Thursday, July 31, 2008
aRMa wEDDiNg cOutURe
Semalam lepas balik kerja, aku jumpa Zura. Bukan saja jumpa sebenarnya. Zura nak pergi fitting baju kahwin dia nnt kat Arma Wedding Couture (Elly). So, dia ajak aku tgk² sekali kot² ada apa² yg aku berkenan kat butik tu untuk wedding aku pulak nnt..
Finally aku jumpa pelamin yg aku rasa cantik dan murah.. Ye la.. buat apa nak membazirkan?? Buat pelamin mahal². Tapi duduk ½ jam je.. pastu nnt dapat tgk gambar je la..
Walaupun ada yg kata,apa salahnya. Kahwin sekali seumur hidup.. Tetapi tetap tak berbaloi kalau buat pelamin mahal bapak giler melainkan org tu anak org berada..
Tapi kat Arma Couture ni, pada pendapat aku, pelamin dia cantik dan murah. Mekap pun cantik..

Posted by nURmALa mAZLan at 11:02 AM 8 comments
bENaRkAh ciNta itU mENyAKitKaN??
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yg dapat menyatakan maksud cinta yg sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam hal ini, hidup berpasangan ni, tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Posted by nURmALa mAZLan at 12:14 AM 2 comments
Wednesday, July 30, 2008
mENgApA wANitA sANgAt iStiMeWa
Ayah dan Ibu sedang menonton TV, seraya ibu berkata. "..saya letih la..dah lewat ni, saya nak tido lah...."
Posted by nURmALa mAZLan at 12:35 PM 14 comments
tiLeS - pARt 2
Hampir siap sudah...
Kepada blogger yg tak tau, dulu rumah aku pakai tikar getah. Skang ada rezeki lebih skit,mak taruk tiles. Bersempena aku nak kahwin thn depan. Insyaallah...
Dalam masa seminggu je,rumah aku dah berubah wajah.. Sekejap je kan?? Mana tak nye, 4 org sekali yg buat. Lagi pun org-org abah aku yg buat, tu yg cepat agaknya..
Ni belum 100% siap.. Baru 90%.. Nnt dah siap, nak masuk perabot pulak.. Nnt aku update kat blog lagi ek...
Posted by nURmALa mAZLan at 12:06 AM 8 comments
Tuesday, July 29, 2008
jAM
Posted by nURmALa mAZLan at 12:23 AM 13 comments
Monday, July 28, 2008
SSF dEkO
Pelamin di SSF. Cantikkan?? Garden concept
Mc'D time
Posted by nURmALa mAZLan at 12:07 AM 6 comments
Sunday, July 27, 2008
eRNi nURsHaNiSzA & mUhAmmAd zAiDi
Erni ni kawan sekelas aku masa form 4 & form 5..huhu~~~ banyak betul kawan-kawan aku yg dah kawin..Aku ni bila la pulak gamaknya...
Semalam,pukul 12.30pm cam tu, aku gerak dari rumah,ambil Azrin. Kemudian gi Stadium Bukit Jalil jap sebab Sayang nak daftar futsal untuk team dia. Lepas selesai hal pendaftaran Sayang tu, terus gi Putrajaya.
Sampai-sampai sana, Erni tgh bersanding. Oklah tu...dapat gak tgk dia bersanding..
~~SELAMAT PENGANTIN BARU ERNI~~
*Seperti biasa,gambar aku tidak akan ada kerana aku yg mengambil gambar mereka-mereka..
*Yang berbaju pink dan bertudung tu pun kawan sekelas aku, Azeera dengan tunangnya, Fairuz. Mereka akan berkahwin pada bulan 1 thn hadapan..
p/s: Yin,persal la kita boleh lupa nak ambil gambar sesama kan?? Padahal sebelum ni kita bukan pantang nampak kamera ker??
Posted by nURmALa mAZLan at 11:47 PM 4 comments
Friday, July 25, 2008
iNdEkS cEMbURu kAuM LeLaKi
Posted by nURmALa mAZLan at 6:17 PM 13 comments
Thursday, July 24, 2008
iNtER hOuSe fUtSaL
Aku pergi sbb aku rindu kawan-kawan aku masa kat sana dulu. Aku nak jumpa diorang. Aku nak sembang-sembang,gelak-gelak cam dulu-dulu.
Kat office baru ni tak de kawan-kawan yg cenggitu. Bosan seh~~~
To all my dearest frens at Sports Toto, I miss u all damn much...
muahxx...muahxx..muahxx
p/s : Eh..Eh.. Kak Hani ni.. Asyik ada muka dia jerk.. Hikkss~~
Posted by nURmALa mAZLan at 11:15 PM 6 comments
mAYa kARiN

Macam yg aku pernah cerita lat post sebelum ni, sijil aku kan dah hilang, Cara untuk selesaikan masalah ni ialah, kena pergi ke Zura’s Akademi,ambil surat pengesahan yg aku pernah datang berkursus disitu. Kemudian bawa surat tu ke Jabatan Agama Islam,dan mereka akan print sijil baru..
Jadi,semalam sayang pergi la Zura’ Akademi nak ambil surat pengesahan tu. Sementara tunggu surat di siap, tiba² ada dorang perempuan ni datang kat sayang tanya “ Macam mana nak daftar berkursus hah?”.. Sayang pon pandang la perempuan tu. Korang nak tau sapa?? MAYA KARIN..
Pastu,saya cakap la "kena ambil boring putih tu dan isi”..
“oo..pinjam pen boleh?”
Pastu Maya Karin pon duduk kat meja sayang tu untuk isi borang.
Sayang tanya “Akak pon buat kursus kat sini?”
“A’ha.. sini famous.hehehe”.
“Akak datang sorang ker?”
“Hari ni sorang. Nnt berdua”.
Pastu surat pengesahan kami tu pon siap. Sebelum gerak tu sayang cakap la “Nnt kawin jangan lupa jemput tau kak”.
“Boleh.. Tapi kena ikut gi Italy la.”
Wakk..!!!!!! Sayang jumpa Maya Karin.. Nak jumpa jugak!!!~~~
p/s: untung nye sapa yg berkursus minggu ni. Ada Maya Karin
Posted by nURmALa mAZLan at 9:53 AM 11 comments
Monday, July 21, 2008
wEeKeNd
Petang tu aku bawa la dia pergi KLCC. Ada beberapa gambar aku attach kan. Tapi gambar aku tak de..huhu~~~ Sbb aku tukang ambil gambar je..Sayang yg melayan si kecil. So, gambar aku takde tapi gambar bakal ayah kepada anak aku je ada..wakakaka...
Love You sayang..
Posted by nURmALa mAZLan at 11:32 PM 7 comments
fERReRo rOcHeR
Wakk!!!!!!
Coklat masa aku bertunang aritu..wakakakaka...
Aku terlupa seh~~~ eh..boleh maklan lagi ker tak??
Posted by nURmALa mAZLan at 11:00 PM 4 comments
Saturday, July 19, 2008
tM piALa mALaYsiA
1st half. minit ke 38:38 Selangor dapat gol yg pertama
Posing masa tgh break time
Posted by nURmALa mAZLan at 9:13 PM 8 comments
Friday, July 18, 2008
aPa kiSaH oRg cAkAp???
Aku dah letih dah dgr org cakap.....
"makin sihat nampak"
"dulu kau kurus skit"
"kau makin gemuk la"
"hari tu nampak kau cam besar skit"
"kau diet ek? nampak cam dah kecik skit"
"kau try ubat ni"
"nampak susut sikit badan kau.kau makan apa?"
"kalau kau kurus skit mesti cantik"
“baju ni tak cantik la sbb kau gemuk.."
bla bla bla bla........
Huh!!! bosan seh~~~ kenapa diorang kena cakap aku camtu? Kenapa diorang nak tentukan aku makin gemuk ke makin kurus? Kenapa diorg kena tentukan aku kurus cantik ke gemuk cantik? Salah ke aku gemuk? Aku minta ke aku gemuk? Berdosa ke kalau aku gemuk?? Tak boleh ke aku nak melawa???
Huh!!!
Siapa kata org berisi tak boleh melawa? Siapa kata kalau badan besar tidak banyak baju yg padan dan siapa kata org gemuk tu tak boleh nampak cantik? Semua boleh tau kalau kena cara dan gayanya..
Aku tak kisah apa org nak kata ttg saiz tubuh aku. Aku senang dan selesa dengan apa aku aku pakai dan aku laluinya.. Siapa mereka menghalang..???



p/s: Hah..ok je aku kan walaupun badan agak berisi..huhu~~~ puji diri sendiri pulak.. ye la,sapa lg yg nak puji kan??
Posted by nURmALa mAZLan at 11:59 PM 14 comments
jANtAnSs~~~
Last two days aku di khabar kan one of my officemate dulu (lelaki) nak kahwin. Dan kad kahwin nya dah pun di edar kan.. Alhamdulillah..
Tapi aku tgh marah sangat ni. Aku bukan nak salah kan lelaki 100%. Tapi bila ada lelaki² yg macam ni wujud di muka bumi ini,maka yg menjadi mangsanya ialah perempuan.
Hah!!! Ni msg² nya yg aku terima :-
Posted by nURmALa mAZLan at 9:17 AM 8 comments
Thursday, July 17, 2008
siJiL HiLaNg
Posted by nURmALa mAZLan at 12:16 AM 15 comments
Wednesday, July 16, 2008
sHuffLe
kali pertama, bole tahan.
kali kedua, biasa-biasa je.
kali ketiga, oklah.
kali keempat, haizzzz.
kali kelima, eeeiiuuw!!
kali keenam, menyampah.
kali ketujuh, meluat.
kali kelapan, tidak!!!!
dan seterusnyaaaaa.....
korang nak tau apa yg aku maksudkan ni?
budak-budak kecik (budak baru nak up la kiranya) yang sibuk meng-shuffle sana, sini. Ini mesti budak-budak ponteng pergi tuition nih. Aku bagitau mak korang.
Posted by nURmALa mAZLan at 11:10 PM 6 comments
Tuesday, July 15, 2008
tiLeS
Mak nak pasang tiles kat umah. Tak nak pakai tikar getah lagi. Bersempena aku nak kahwin ni. Kena la vass!! huhu~~ Lagi satu, untuk guna puasa & hari raya sekali. Sebab ye lah, ahli keluarga mak kan dah bertambah jer.. Nak berhari raya dengan ahli keluarga baru. Mak dah anak 2 org anak sekarang which is aku ngan sayang. Jadi nak letak la meja makan kat depan tu. Senang aku,sayang ngan mak nak berbuka puasa nanti. Sebab,sebelum ni,kalau nak berbuka, aku ni tak da hal sbb leh buka kat luar jer ngan kawan². Tapi sian ngan mak,kalau dia buka sorg kat umah tu, masa buka tu,makan kurma ngan minum air jerk. Maghrib jap. Sat gi dah lama maghrib berlalu baru mak tu berpeluang nak makan berat skit. Huhuhu~~~ sian kan?? Yer la,kitorang dok umah atuk aku. Umah tu kan ramai jerk..
Insyaallah thn ni segalanya akan berubah..!! Yayy..!!!!~~~
Berbalik pada cerita tiles tadi, disebabkan semalam hujan, abah tak jadi ajak aku gi kedai tiles tu. Tapi dia datang umah atuk bawa beberapa contoh tiles tu..
Posted by nURmALa mAZLan at 6:18 PM 11 comments
Monday, July 14, 2008
gEDiKss~~~~
Hari ni aku halfday sebab atuk nak gi klinik. Motor tak de pakcik aku pakai gi kerja. Bosan seh~~~ tak tau nak buat apa. Tapi best jugak kan. Time-time org kerja,aku ada kat umah. Warrgghh!!!! ngantuk..huhu~~
Semalam sepupu aku ada send email kat aku. Email tu bertajuk - Gempaq!! Artis perempuan baru, gedik gile. belom kuar Mangga lagi nih! Aku nak gak tgk sapa artis gedik tu..wakakaka..!!!
Posted by nURmALa mAZLan at 5:40 PM 5 comments
Saturday, July 12, 2008
kENaNgAn
Tadi aku dapat sms yg tak di sangka-sangka..
Posted by nURmALa mAZLan at 11:56 PM 8 comments
pENat tAPi sERoNok
Jadinya, seawal jam sebelas aku dah kuar rumah dah. Pergi amim rebate kereta.Ingat kan pejabat pos tutup kul 1pm. Sekali sampai sana "Waktu urusniaga - Isnin-Sabtu - 8am -5pm".. Dan seperti biasa,kalau anak buah aku - Nurin Adriana - ada kat umah,dia nampak sesapa naka keluar,dia mesti melalak nak ikut. Dan aku pun bawak dia.
Lepas amik rebate tu, aku ajak pergi balik rumah sayang dulu sbb semalam sayang kata nenek ngan ibu dia tanya kenap aku lama tak datang umah. Rindu la tu.. Sampai umah ibu,Nazri (budak yg takde tangan. Dia pernah masuk dalam astro aosis dlm rancangan tetamu umrah) ada kat umah ibu. Pastu ibu minta tolong hantar Nazri ngan mak & nenek dia ke Puduraya sebab diorg nak balik Penang. Nazri tu sebulan sekali kena datang KL buat terapi..
Nak order makan pun nak bertentang mata dulu?
Posted by nURmALa mAZLan at 10:30 PM 8 comments
Thursday, July 10, 2008
sEPi
...Sepi...

Semalam aku gi tgk citer sepi kat Galaxy,Ampang... very touching movie. Baper kali air mata aku meleleh sepanjang citer tu..~~
Sepi didalam percintaan. Kita semua akan ada perasaan tu sometimes,tak kira lah kita suka ke,tak suka ke,perasaan tu tetap akan hadir kadang-kadang. Siapa yang dapat lari dari sepi? Ia pasti singgah di setiap sudut hati setiap insan walaupun sekali.
Cerita ni kisah Adam (Aflin Shauki), Sufi (Tony Eusoff) ngan Imaan (Baizura Kahar) yang melalui detik sepi di dalam hidup masing-masing.
sinopsis:-
Adam, pemilik kafe sangat tertekan kerana hidup bujang dan seharusnya sudah bekeluarga. Jatuh hati pada Ilyana (Vanidah Imran) tetapi malangnya Ilyana dah berpunya dan pada masa Adam ingin melamarnya, Ilyana memberikan kad undangan perkahwinan.Sufi (Tony Eusuff), kematian isteri (Rozita Che Wan) kerana kecuaian dalam kemalangan. Jatuh hati pada (Eja) yang merupakan isteri kepada (Riezman Khuzaimi). Eja menyimpan perasaan kepada Sufi, malangnya status sebagai isteri menghalang perasaan itu dizahirkan.Imaan seorang pelajar sangat setia pada Khalil (Pierre Andre) tetapi dipuja oleh Ean (Sein Ruffudge). Rupa-rupanya Khalil yang dipuja itu telah lama meninggal dunia.
Cerita ni realistik sebenarnya. manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Memang benar! Dan janganlah disalahkan sesiapa kerana kita wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar.
Lepas tgk cerita ni, fahami cerita ni. Baru aku tau macam mana perasaan org yg selalu berubah hati tu. Kita tak boleh salahkan mereka 100% sebenarnya. Kita selalu fikir kalau dah ada boyfriend/girlfriend/tunang/suami tapi suka lagi kat org lain tu maknanya jahat. No!! Kabir Baktiar dah buktikan. Mereka tak jahat. Tapi mereka sepi...
p/s: Favorite quote - "Kenapa berjumpa kalau hanya untuk berpisah???" dan "Awak berlari mengejar sesuatu atau lari dari sesuatu???"
Posted by nURmALa mAZLan at 12:22 AM 9 comments
Wednesday, July 9, 2008
aCcPaC sYstEm
Posted by nURmALa mAZLan at 1:41 PM 6 comments
Tuesday, July 8, 2008
mAs kAhWiN sELaNgOR mUnGKiN nAiK
Posted by nURmALa mAZLan at 11:45 AM 9 comments
Monday, July 7, 2008
ALiNaS
Posted by nURmALa mAZLan at 11:39 PM 7 comments
pAMeRaN pENgAntiN mALaYsiA
Posted by nURmALa mAZLan at 10:30 PM 6 comments
Friday, July 4, 2008
~~~hAPPy biRtHdAy mAk~~~
Posted by nURmALa mAZLan at 12:09 AM 9 comments
Wednesday, July 2, 2008
siJiL kURsUs kAHWiN
Erk...Baru aku ngan sayang teringat pasal sijil tu. Ish...ish...ish... Boleh lupa?? Pastu hari ni baru berkesempatan amibil sebab hari Rabu ngan Jumaat je tempat kursus (Zura's Akademi) tutup pukul 8. Jadi balik kerja tu sempat la nak pergi ambil.
Ish...dah sampai sana,teringat pulak masa berkampung dua hari kat sana. Best.. Pengalaman tu sekali je seumur hidup..
Sedikit maklumat tentang Zura's Akademi
Zura's Akademi telah ditubuhkan lebih daripada 15 thn dan merupakan PUSAT KURSUS KAHWIN yang pertama di Kuala Lumpur.
Dimiliki oleh Cikgu Mohd Nor. Kelebihan membuat kursus di sini ialah their extreme dedication dalam memastikan setiap pelajar yg menghadiri kursus disini faham bagaimana cara-cara proses permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. You will see different states have different application requirements. Satu pngetahuan yg sebelum ni aku tak tahu. Serius!!! Cikgu Mohd Nor banyak menolong. Aku cakap macam ni sebab aku tak kan faham dia punya proses kalau Cikgu Mohd Nor tak repeat over and over again in Day 2 from Day 1. Mula-mula cam pening jugak sebab speaker dia kuat sangat. Tapi ia banyak membantu sebenarnya. Korang kena prepare beberapa perkara untuk memohon KEBENARAN BERKAHWIN:
- Borang permohonan
- Sijil kursus kahwin & fotokopi
- Surat akuan bujang/dara/cerai
- Fotokopi kad pengenalan
- Ujian HIV
- Surat Kebenaran Berkahwin dari pasangan lelaki (untuk pemohon perempuan)
Menurut apa yg aku dengar masa kursus tempoh hari, tempat memohon mestilah sama dengan alamat di kad pengenalan korang i.e. kalau korang punya address in Kuala Lumpur, korang kena amibil borang permohonan dari Pejabat Agama KL. Tapi kalau korang berasal tempat lain,contohnya Kedah (alamat i/c Kedah) tapi korang menetap di KL, korang boleh apply kat KL jugak. tapi,korang kena isi BORANG PEMASTAUTIN dari pejabat agama KL untuk prove yg korang dah tinggal di KL melebihi 6 bulan dan considered as a PEMASTAUTIN. Lagi satu kelebihannya,Cikgu Mohd Nor memberikan perkhidmatan 24 jam kpd sesiapa yg pernah menghadiri kurus di Zura's akademi, incase sesiapa dari pelajarnya mempunyai masalah dalam proses permohonan kebenaran berkahwin.
Jangan terkejut kalau korang di tawarkan personal loan dari Takaful atau CIMB. Hehehe... Lepas tu ada tangkap gambar lagi tu. Tapi aku tak beli gambar tu sebab gambar tak cantik..huhuhu~~~ Food is just ok. Sepanjang korang nak jalan ke arah Dewan, korang akan nampak ucapan-ucapan dan gambar-gambar celebrity yg pernah berkursus di sini dilekatkan di dinding..
Mana Uztaz yg gila-gila tu, cerita la pasal hubungan suami isteri. Kelakar-kelakar jugak Ustaz-ustaz ni. Aku bagi 5 bintang. Pas tu,sapa yg dok belakang-belakang tu jangan la risau tak dengar atau tak nampak. Sebab aku duduk kat belakang sekali,tapi boleh nampak dan dengar dengan jelas sebab ada dua projectors dan screens. Terasa cam duduk kat kedai mamak sambil tgk EURO 2008 pulak..wakakaka.!!!
Chef di Kursus Kahwin??? Inilah kejutan kalau korang berkursus disini.
Enough of fooling around! Time to get married!!!Posted by nURmALa mAZLan at 11:48 PM 16 comments
nURiN aDRiANa
Posted by nURmALa mAZLan at 11:28 PM 11 comments


















