Monday, January 25, 2010

mOOd iLeK pOcHiK

Salam uolls~

Fuh!!! Cam dah lama aku x update blog kan?? Mood blogging aku skang ni dah lari 90%.. Tinggal 10% je lagi ni ha.. tu yg ku gagahi jua.. Yang lagi 90% tu laju na dia lari.. Tak larat aku nak kejar..Melecet peha woooo~ wakakakaka~

Skang aktiviti x banyak.. Maka, cerita pun x banyak~ nak update apa benda pun aku tak tau~ Adeh!!!!!! Kembali lah wahai mood…

Monday, January 18, 2010

kORaNg cAMtu tAk???~

Salam uolls~

Selamat hari Isnin ye... Hahaha~ hari ni NO MONDAY BLUES sebab dah charge bateri masa weekend aritu...lalalalala~ ♫♫♪♪♫♫♪

Korang buat apa arr masa weekend aritu... Weekend aku bosan beb... Dok umah je jadi desperate housewife..wakakaka~

Mau nyer idak... Kerja aku Hari Sabtu Ahad lepas, Sleeping…cooking...sleeping… eating...sleeping… bathing...sleeping… praying... sleeping…ironing... sleeping… surfing...sleeping… playing... sleeping zzzZZZZzzz~~ Oh!!! Indahnyer... Ye ker indah?? Indah!!!!!

Yang tak berapa nak indah nyer time aku menyental bilik air…erkkkkk!!! Rasa cam nak suh Hans Isaac panggil aku berlakon teater Cuci The Musical je..sesuaiii!!!!

Aku ni satu masalah aku kalau dok rumah, tak reti dok diam….Ada je kerja nak buat.. Ntah la..Automatik tau..Tak dok diam aku..Korang cam tu tak??

Thursday, January 14, 2010

bUkit aMaN pANtAu fAcEbOok

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang memantau laman sosial popular, facebook yang digunakan individu atau kumpulan tertentu bagi menyebarkan provokasi bertujuan menghasut orang ramai berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja sebelum ini.

Ini berikutan penahanan seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun di Petaling Jaya, kelmarin selepas membuat pengakuan dalam facebook, dia terbabit dalam rancangan cubaan membakar.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata perbuatan pelajar itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menimbulkan rasa takut di kalangan orang ramai.

Katanya, walaupun pelajar terbabit didapati cuma mahu 'berseronok', polis memandang serius perbuatannya itu kerana boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat di Malaysia.

"Polis menyiasat kes itu mengikut Akta Multimedia, malah pelajar terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan selepas berpuas hati dengan keterangan diberikannya. Ini satu peringatan untuknya dan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas isu ini," katanya kepada media, di sini semalam.



Sumber : - Berita Harian Online

Tuesday, January 12, 2010

tEMaN wANitA vS tEMaN LeLaki


Cerita hari ini adalah teman wanita vs teman lelaki..

Aku nak tanya ni.. siapa org yang paling penting dalam hidup korang? Teman Lelaki? Suami? Betul ke?

Cuba korang fikir sejenak, jika diminta mengingat semua detik “berfoya-foya” paling happening confirm korang terlintas saat dengan teman rapat, berbanding kenangan dengan teman lelaki.. Dalam pada cinta datang dan pergi,tetapi persahabatan akan kekal utuh. Betul tak??

Sebab kalau dengan kawan², kita boleh bergosip.. Saling bertukar cerita.. Cerita pasal tarikh lahir.. pasal zodiac.. Pasal penceraian..pasal persahabatan..dan macam² la yg boleh dibual kan Kalau dengan teman lelaki / suami confirm la kita x leh nak merepek meraban cam gitu kan? kan? kan?

Ada pulak tu kekadang kita rasa kawan baik kita lebih memahami kita dari Teman lelaki/suami sendiri.. Dan kita jugak lebih selesa bercerita apa² dengan kawan baik kita.. huhuhu~

Satu lagi kelebihan rakan adalah kurang bebanan.. Kalau dengan kawan, kita boleh menjalinkan hubungan intim berdua tanpa ada hubungan seks..lalalalala~ Teman lelaki/ suami pulak bersikap cemburu terlampau.. Ye…aku tau cemburu tu tanda sayang.. Tapi x syok la kita nak cerita apa² kan? Kalau kita baru cerita pasal itu ini dia nyer level cemburu dah melampau²..haha~

Apa² pun, kedua² nya sama penting.. Kita kena pandai membahagikan hubungan sebegini (kawan dengan teman lelaki/suami). Kebanyakkan lelaki susah hati bila kedudukannya jatuh pada tangga kedua.. Jadi, korang kena pandai mengimbangi hubungan itu..

Jika korang nak keluar berfoya² dengan rakan wanita, pasti kan hujung minggu nnt korang luangkan masa dengan si dia pula.. Jika dia seorg lelaki yg understanding, dia patut tahu betapa pentingnya hubungan social korang…

Sekian..Terima Kasih…

Monday, January 11, 2010

tERatAk iNDaH

Salam…

Ni aku nak cerita ni.. Hari Jumaat lepas, kawan sekolah aku, merangkap photographer masa aku kahwin aritu, Elena & Ros, bertandang ke TERATAK INDAH kami..hahaha~ Nama tak tahan tu – TERATAK INDAH – Tetiba je tau kua nama tu. Mungkin sebab nama company abah aku VILLA INDAH, so aku pun x nak kalah la…nak yg indah² juga…

Ok²..sambung cerita.. Elena dah roger aku dia cakap dia kua rumah around 8.15pm cam tu…whoaaaa!!! Nak masak apa ni????? Barang banyak yg x de lagi.. Balik kerja tu gigih aku ngan sayang gi tesco..

Balik dari tesco, dengan bangga nyer aku buka bunga silat aku kat dapur..wakakakaka~ Aku masak paprik ayam dan sambal ikan bilis + kentang…nyum nyum!!!!

Ngam² Elena & Ros sampai je, makanan sumer ready.. Eh?? Ye ke sumer ready?? Tak²…Sambal masih lagi in proses..hehehe~

Gambar aku tak sempat nak snap ye.. Mana tak nyer. Aku baru je suruh sayang amik kamera konon² nak snap gambar paprik aku yg nalarekek tu…wakakakaka~ Tetiba Elena dah sampai, terus kami sumer menjamu selera.. Bila dah terbelahak..Burrrppp!!!!! baru aku teringat pic tak amik lagi.. What to do?? Paprik ayam dah masuk dalam perut kami tinggal utk diproses menjadi bahan buangan..yackkkk!!!!

Sudah nyer, gambar ni je la yg sempat aku snap bagi membuktikan diorg ni datang umah aku ari Jumaat aritu.. Ni hadiah dari Elena & Ros..thanks ya korang sudi meluangkan masa ke TERATAK INDAH kami..…muahsss~ ♥♥♥



Semalam pulak member sorg lagi datang – Adini – Tapi langsung sepatah haram gambar x sempat nak amik.. Dah sembang² lupa sumer..Tapi menu utk semalam adalah :- Masak lemak cili api, ikan goreng, sambal belacan, sambal udang & kacang panjang goreng ngan kentang..






p/s: Elena, len kali kalau korang dtg aku masakkan masak lemak cili api eh…huhu~Aritu cam kelam kabut sket sbb baru balik kerja..

Friday, January 8, 2010

hOMe sWeet hOMe


Salam Jumaat~

Bagi sesiapa yg tak tau, aku telah secara rasminye duduk di rumah baru.. Hehehe~

Hari tu sebelum masuk aku ada buat kenduri sket tp x jemput sesapa pon melainkan ahli² surau dengan sedara-mara aku je..

Sejak dok rumah sendiri ni tak de dah aktiviti outdoor lagi.. Dok rumah adalah Heaven…hahaha~ Serious!!! Malas nak keluar².. Nak dok kat umah je.. Lepak²..Baring².. Senang kata sumer aktiviti indoor je la..huhuhu~

Meskipun hanya apartment cikai… tak ada perabot mewah tapi aku bangga karena rumah itu milik sendiri. Milik aku dan Sayang.. Alhamdulillah~

Betul la org kata, Bila dah kahwin better dok rumah sendiri.. Aku benar-benar merasakan ‘nikmatnya’ tinggal di rumah sendiri. Di rumah itu, aku & sayang bebas berbuat apa saja. Sangat berbeza waktu kitorg menumpang di rumah mertua. Hahahaha~ gelak cam setan…wakakaka~

Tinggal kat rumah mertua pon best.. Sebab tak sunyi & tak bosan.. Lagipun mertua aku bukan mertua yg typical. Cuma, lepas tinggal di rumah sendiri aku bebas berbuat apa² sajok…. Nak teriak, nak nangis, nak ketawa, apa orang peduli????... “Ini rumahku syurgaku!”.

Wednesday, January 6, 2010

kHaDiJaH's kitChEN

Salam uolls…

Cerita ni agak basi sebenarnya.. Sebab ia hari Sabtu lepas bersamaan 2nd Jan 2010. Tapi disebabkan banyak perkara² lain yg lebih penting berlaku sejak kebelakangan ini, maka aku hold dulu entry ni..

Ok..Let’s start…..

1st Jan 2010 aritu Anniversary yg ke-30 makcik & pakcik aku. Jadi, anak mak cik aku ni, means sepupu aku, buat family gathering kat Khadijah’s Kitchen. Alahhh….restoran Khadijah Ibrahim tu..

Kami sekeluarga telah berkumpul di sana utk menikmati lunch..woohoo~ makan free.. Thanks Along!!!!!

Makanan dia boleh tahan la.. sumer masakan kampung..

Korang layan la gambar makanan ni.. Aku sendiri jadi lapar tgk gambar² ni..

Aku tetap setia dengan green apple, dan sayang setia dengan air tembikai nyer.. tapi kali ini,bila air sampai, aku minta tukar ngan sayang sebab green apple dia sgtlah masammmmm~wakkkkk!!!











Lepas melantak tu sempat la kitorg berposing sakan.. Tujuan utama aku berposing dah tentu la nak share ngan korang kan.. Hah!! Amik ko tgk pic aku ngan Aunty Kathy ni..

Suka betul dia ngan aku..ekekeke~ perasan..idak lerrr…..aku rasa masa aritu dekat 30 kali dia dok cakap suka tgk muka aku, muka aku cantik, muka aku comel, muka aku macam baby…huhu~ Kembang semangkuk la aku masa tu..

Bila aku nak amik gambar dia dengan sayang aku cakap la itu suami aku.. Lepas tu korang tau dia cakap apa?? “Hah??!!! Dah kahwin ke? Muda nyer kahwin.. Muka macam baby” hahahahaha~ Alhamdulillah…

Muntah hijau la korang baca statement ni..wakakakaka~

Kita dah 26 tahun la Aunty Kathy..dah mmg patut kahwin kan?? Anak Aunty yg dah kahwin tu pon sebaya kita =) Guna lah Safi Balqis.. Anda akan kelihatan muda…wakakaka~ promote siot..







p/s : Sepatutnyer ada pic lain aku ngan Khadijah Ibrahim guna camera sepupu aku..Kamera baik punya.. Tapi dia sudah mendengki ngan kitorg.. Kat dalam fb dia upload pic dia ngan Kathy je..Gambar kami semua yg menumpang camera dia tak de…Seb baik aku ada amik gambar ngan kahty guna camera murah aku ni..ekekekeke~

Noi, kalau kau baca, sila lah bersimpati dan upload cecepat!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 5, 2010

aL-fAtiHaH

Salam..

Semalam I was away.. Tiada sebarang update utk blog ini..

Aku Emergency Leave (EL) sbb pak cik aku kembali ke rahmatullah..

Mari lah kita bersama sedekah Al-Fatihah buat arwah

Semoga rohnya dicucuri rahmat...AMIN!!!!