Thursday, March 28, 2013

4th aNNiVeRsARy

Hari ini, 28/3/2013 genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan suami tercinta. 
Rasa macam tak percaya jeks..Pantas betul masa berlalu.
Rasa macam baru semalam jeks kitorg kenal, bercinta, tunang, nikah~

Alhamdulillah~
We are still together and I love my husband more and more every single day ♥♥~

6 tahun lepas, kami bertemu buat pertama kalinya. 
Pertemuan yang tidak disangka-sangka.
Kami bukan dari sekolah yang sama. Bukan dari kolej/universiti yang sama. 
Bukan juga bekerja di satu company yang sama. 
But yes, kami sama-sama dari KL. 
In fact, kami sebenarnya berulang-alik di laluan yang sama setiap hari. 
Tapi kami tak pernah terjumpa pun walau sekali. 

Tapi siapa kami utk menidakkan ketentuan Ilahi. 
Akhirnya pada 2/11/2007 kami bertemu jua. 

Dan sekarang, sudah 4 tahun kami bergelar suami isteri. 
Alhamdulillah, kami masih bersama walaupun perkahwinan kami pernah dilanda badai suatu ketika dahulu.
Hujung tahun 2011..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah Ya Rabb kerana masjid yg kami bina masih kekal hingga ke hari ini.
Semua yg terjadi adalah diatas kehendak-Mu Ya Rahim..
Syukur Alhamdulillah.. Kau masih memelihara mahligai ini..





Thursday, March 21, 2013

cERitA ni dAh hAmPiR BaSi sEbENaRNyA~~

Pagi Jumaat aritu, 8/2/2013 hujan.. Cam biasa la aku bangun dalam kul 6am camtu.. Walaupun hujan, aku bersiap jugak la untuk pergi kerja sebab aku fikir sementara nak siap² ni kul 7.30am / 8.00am maybe hujan dah benti kan.. Untuk makluman uolls aku g kerja naik motor merempit ngan En.Suami. Tu pasal cuaca memainkan peranan penting buat kami..

Lepas² siap tu kul 7.45am hujan dah benti. Ok dah boleh jalan..Kiorg pun turun la ni nak g kerja kan?? Sekali sampai ground floor tgk² hujan turun balik..Aisehhhh men.. Takpe la aku tunggu jap.. Aku rasa kejap je ni..Hujan hantu orang kata..Dia cam main² kejap lebat kejap benti.. Tapi dah dekat 15 minit tunggu tak benti², aku ngan sayang naik la balik umah kami..Sambil aku dukung Khaleef tgh tidur.. Ye, aku anta Khaleef g umah mak pagi² naik motor.. Takde masalah kan??!!~

Jam dah menunjukkan hampir 8.30am. Aku masuk kerja kul 8.30am. So, aku pon whatapps colleague aku bgtau aku maybe sampai lambat sket sbb nak tunggu hujan reda..

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu........Hujan x reda². Time tu dah kul 9.30am.. Aku whatapps balik colleague aku, suh dia bgtau boss kalau lambat sangat hujan berhenti aku amik time off, kul 10.30am masuk..

Kul 10.00am hujan dah benti, aku pun ingat nak keluar g kerja la ni... Sekali colleague aku tu whatapps aku cakap company bagi halfday sebab nak Chinese New Year time tu..Yahooooooooooo!!!!~

Terus aku reply whatapps dia "Ko bgtau je boss aku halfday pagi ni" Woohoooo!!!~ Maknanya aku tak yah g kerja la kan? Aku apply halfday pagi, petang company dah mmg declare halfday..Hehehehe~

Ye la..Mana tak nya.. Kalau time off,  masuk kul 10.30am kan.. Hari Jumaat pulak lunch time aku kul 12.30pm - 2.30pm.. Kalau takat aku g kerja masuk kul 10.30am, pastu 12.30pm dah balik apa ke jadahnya kan? Kan? Aku halfday la terus..

Haaaaa...Disini lah ceritanya bermula.. Kalau aku kerja aritu, lunch time tu aku mmg ingat nak ke Times Square nak jumpa ex-officemate aku dulu.. Mmg selalu la hari Jumaat aku panjangkan kaki ke Times Square sana melepaskan rindu dendam ngan kawan² lama.

Pagi lepas hujan benti tu Sayang g la kerja cam biasa naik motor.. Tgh hari sket aku keluar, anta Khaleef g umah mak kat Kg Pandan. Kat Kg Pandan lagi dekat la nak ke Times Square kan..

Asalnya kitorg plan nak g karaoke.. Sebelum gerak tu aku pun msg la diorg nak confirm balik jadi ke tak.. Tp diorg kata diorg lapar..Alamakkkkkkkkk!!~ Aku dah gigil² nak pegang mic ni.. Diorg pulak lapar.. Diorg msg aku cakap jumpa kat Restoran Absalute Thai, LF floor Times Square...Dia nak makan sana..

Aku ni dah la baru pas makan..Tambah tenaga la kononnya nak nyanyi ni.. Skali diorg nak makan pulak.. Ok la makan..Aku order pulut mangga ngan air je sebab kenyang lagi..

Sekali tgk lauk² yg sampai maaakkk aiiii...Meleleh air liur, air hidung semua.. Mmg aku sebat la semua.. Tapi aku ratah lauk jeks..Nasi aku x amik..

Sambil menaip entry ni pon baper puluh kali aku telan air liur ntah...Cissss~ Hodoh!!!!!~














Friday, March 8, 2013

aYu & bAhRaiN

01/02/2013 hari tu, adik ipar aku, Ayu Rohaida telah selamat bergelar isteri orang..
Syukur Alhamdulillah~
Ayu telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Bahrain..
Camne diorg kenal?? Panjang ceritanya..Hahahaha~
Yang pasti Bahrain adalah office mate aku uolls!!~ 

Keesokan harinya, 02/02/2013 pulak ada lah hari persandingan.. 
Tema hijau!!~

Yang baju warna kuning tu masa bertangdang belah lelaki..