Tuesday, December 11, 2012

sEMpENa hARi tUa

Ni lagi la entry yg dah lama aku simpan.
Masa birthday aku bulan September aritu ~12/09/2012
Skang dah bulan berapa ko???
Dasar pemalas nak update blog skang kan ko Nurmala Mazlan!!!~

Yg pakai baju kaler hitam kecik molek kat bawah tu My Kakak in Crime..
Aku panggil dia Kak Pah.
Dia ni antara kakak yg banyak membantu masa aku kerja kat Berjaya Group, Berjaya Times Aquare dulu.



Dia kalau tgh bz mmg nak cakap hello kat telepon pon tak sempat..
Tapi kalau tgh free & easy... Yeahhh!!! Marey...Marey...
Banyak naaaaaa agenda dalam kepala dia tu..

Hari tu masa birthday aku, kan org dok wish² kat fb kan?
Kak Pah pun wish aku jugak..
Pastu aku saje la komen kat wall post dia tu, "Jom lunch sama nak? Boss kita takde arini"
Segera Kak Pah reply, "Meh la datang sini. Kita lunch, celebrate birthday ko sekali..Akak try ajak yg lain²"
Haaaaaa!!!~ Kan aku dah cakap... Mesti adaaaaa je agenda dia.

Aku pun apa lagi, bagai org mengantuk disorong bantal la..Hahahaha~
Gigih lunch time tu aku ke Times Square.
Nak makan free punya pasal.. Lalalalalala~
Kak Pah belanja kitorg kat Papa John..



Abg Kamal & Abg Eddy



Kakak vouge & Mak Datin

Kak Norris & Kak Eza

Yg hujung tu Abg Din telor. Sebab dia suka makan telor..Wakakakakaka!!~

Ada kek uolls!!~ 
Terkejut mak..Plus terharu...Huhuhu~
Ye la, dah tua² bangka ni org buat kejutan bagi kek kan...













TQ Kak Pah

Thursday, November 22, 2012

Late pOSt : mAJLiS hARi rAYa kUMpULaN tRaDeWiNdS

Gambar raya aritu..
Dah lama peram dalam draft..
Dah tak tau nak cerita apa pasal gambar ni..
Gambar ni masa Jamuan Hari Raya company aku hari tu..
Korang cuci² mata jeks la ek..


Penyanyi jemputan Ning Baizura dengan M.Nasir


Fizi. Budak Iklan Bernas tu. Masa ni Ahmad on the way~

Fizi ngan Abg dia





Wednesday, October 31, 2012

i-citY

Dalam cerita SAM (Saya Amat Menyintaimu), Lisa Surihani ngan Saheizy Sam tu ada pergi I-City kan? 
Lepas tgk citer tu la cam teringin sangat nak ke I-City sbb mmg x pernah sampai sana.
Tu yg ada sehari tu x tau nak g mana. So, kami decided la nak ke I-City.
Saje boleh bawa mak ngan Khaleef jenjalan
Kebetulan anak buah - Nurin ada skali..
So, angkut la sekali boleh buat kawan Khaleef nak main²..

Sampai sana dalam kul 10pm camtu..
Nak masuk parking je nauzubillah...Mmg ada rasa cam nak patah balik dah.
Queue nak masuk parking sangat panjang ok..
Daripada bersemangat waja terus putus asa.
Ingat mmg nak patah balik jeks, tapi memikirkan Khaleef ngan Nurin dah seronok² tgk lampu² kat sana.
Bertabah je la...

45 minit jugak la queue nak masuk parking tu..
Hati dah banyak panas dah time tu..
Seb baik pastu parking senang. Banyak lagi la parking time tu..
Pastu nampak pulak Khaleef ngan Nurin cam happy sangat kat situ..Lega hati yg menggelegak tadi..


Kak Nurin beria nak posing tu tapi Khaleef cam dah teruja tgk lampu² so, nafsu nak amik gambar tu dah takde..Hahaha~

Tgk tu, mata dia ke lampu² jeks.




Mahalkan I-City ni. Nak naik menatang ni RM10 sorang. Tapi takpe la janji budak² suka.

Khaleef mata dia kemana² ntah. Cam teruja tgk suasana tu.


























Thursday, October 18, 2012

aQiQah

Niat dah lama nak buat Aqiqah utk Khaleef..
Tapi belum rezeki + kekangan masa. Cheewahhhh!!~
Bulan puasa aritu baru berkesempatan.

Kitorg tak buat majlis pun. 
Sembelih kambing. Yang pasti bukan kami yg sembelih sendiri..Hehehehe~
Pastu hantar pergi rumah kebajikan - Pondok Penyayang Raudhah & Rumah Shifa

Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah...
Tercapai juga hasrat kami suami isteri untuk buat Aqiqah utk buah hati pengarang jantung kami, 
Nur Khaleef Ridzki

Kitorg buat sekor jeks dulu.. Itu jek yg termampu setakat ini..
Doakan kami mampu untuk buat yg kedua..
AMIN!!!!!~

Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing. 

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama kerana dapat segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).

Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah - 
apabila telah tiba waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.

Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan. Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534). 

 




Tgk budak kecik ni punya berani nak tgk kambing dia kena sembelih.. Mommy tak berani!!!~












Kari Kambing untuk dihantar ke Pondok Penyayang Raudhah



Takut kena tinggal ye sayang.. Mommy mana boleh tinggal nyawa Mommy..Mesti bawa kemana saje~






Ruang rehat Pondok Penyayang Raudhah

Tempat berwudhuk

Ruang Tamu
Bahagian luar Pondok Penyayang Raudhah