Hari ni kita nak story pasal Trend Sandal Wanita Model Terbaru by Zalora.
Cantik cantik tau koleksi terbaru sandal wanita dari Zalora ni.
Percayalah bahawa zaman ini segala yang mudah dan ringkas akan menjadi pilihan utama dan kegemaran ramai. Tidak kiralah sama ada rekaan koleksi pakaian, rekaan koleksi beg tangan, teknik make up dan apa sahaja!!! Kita kini berada didalam era minimal atau simplicity is the best. tiada lagi rekaan pakaian yang sarat menjadi pilihan penggemar fesyen dan teknik solekan yang heavy bukan lagi favourite para wanita.
Ekoran daripada fenomena rekaan yang ringkas dan minimal bagi koleksi fesyen, rekaan kasut atau sandal juga tidak terkecuali. Oleh yang demikian, anda boleh lihat kini kebanyakan koleksi sandal wanira model terbaru adalah direka dengan rekaan yang cukup simple tetapi menarik seperti berikut;
Gladiator Sandal |
Siapa tidak kenal jekaja jejaka gagah dalam filem Spartan? Filem ini bercerita tentang parajurit Spartan yang gagah dan berani. Dalam filem ini juga mempamerkan pemakaian gladiator sandal di kalangan perempuan.
Gladiator sandal ini nampak macam sandal lama dengan jalinan tali panjang sampai ke pergelangan kaki atau betis. Gladiator sandal boleh digunakan dalam pelbagai cara dengan padanan pelbagai gaya.
Gladiator sandal juga menimbulkan aura seksi tau. Dan masih menjadi trend di masa kini.
Jelly Sandal |
Jenis sandal macam mana kah yang menjadi kesukaan korang? Selesa? Trendy? Atau fashionable? Semestinya kebanyakkan wanita memilih untuk memakai sandal yang selesa tetapi tetap fashionable.
Memang banyak jenis sandal yang dijual di pasaran. Tetapi tidak semua memenuhi ciri-ciri sandal yang selesa kan?
Korang boleh cuba Jelly sandal. Jelly sandal ni sangat selesa dipakai kerana permukaannya yang lembut dan empuk. Cheewahhhh!!!~
Dengan design yang bermacam-macam, warna warni lagi.. Cantik tau!!~
Untuk pemakaian yang selesa sepanjang hari, koleksi Jelly sandal merupakan jenis sandal yang terbaik dan juga yang paling mudah untuk dibersihkan. Kalau terkena air pun tak lembab.
Straps Sandal |
Seterusnya adalah rekaan klasik strap sandal yang juga sentiasa menjadi pilihan wanita dari dulu hingga sekarang.
Strap sandal mempunyai rekaan tali dibelakang pergelangan kaki. Fungsinya adalah untuk memastikan perjalanan lebih lancar. Haaaaaa gituuuuu!!~ Maknanya tak de la tertanggal-tanggal sandal tu nantu sebab tali tu dah pegang kaki kita.
Ankle Strap Flats |
Walaupun dikenali sebagai flats, rekaan ini juga jatuh dalam kategori sandal dimana struktur tapaknya juga rata dan sesuai untuk pemakaian kasual.
Ankle straps flat mempunyai satu strap (tali) yang diikat pada buku lali (ankle). Alaaaaaaa.... yang macam koleksi Zalora dalam gambar kat atas nun.. Haaaa~~ Tu la ankle strap flat. Sesuai digayakan dengan skirts ataupun berseluar jeans.
Buckle Strap Sandal |
Dan trend sandal wanita yang berikutnya pula adalah buckle strap sandals atau juga dikenali sebagai sports sandals.
Sandal yang paling selesa dipakai dan boleh dijadikan teman travel. Rekaannya sangat simple tetapi dapat memberikan sokongan pada kaki ketika berjalan. Haaaaa~~ Kita suka sandal jenis ni. Sesuai sangat dengan kaki kita yang montok dan gebu ni. Hehehehe~
Mana korang nak dapatkan sandal sandal super cantik ni?
Yang kita cerita semua kat atas tu, semua Trend Sandal Wanita Model Terbaru dari ZALORA.
Cantik kan?? Belilah..... Belilah..... Korang takkan menyesal punya.
Harga tak payah cakap la.. Memang mampu milik. Confirm!!!!~
Macam macam design ada. Pelbagai warna. Senang kata banyak pilihan la kalau korang shopping sandal kat Zalora.
SELAMAT BER'SHOPPING' OK!!