Erk...Baru aku ngan sayang teringat pasal sijil tu. Ish...ish...ish... Boleh lupa?? Pastu hari ni baru berkesempatan amibil sebab hari Rabu ngan Jumaat je tempat kursus (Zura's Akademi) tutup pukul 8. Jadi balik kerja tu sempat la nak pergi ambil.
Ish...dah sampai sana,teringat pulak masa berkampung dua hari kat sana. Best.. Pengalaman tu sekali je seumur hidup..
Sedikit maklumat tentang Zura's Akademi
Zura's Akademi telah ditubuhkan lebih daripada 15 thn dan merupakan PUSAT KURSUS KAHWIN yang pertama di Kuala Lumpur.
Dimiliki oleh Cikgu Mohd Nor. Kelebihan membuat kursus di sini ialah their extreme dedication dalam memastikan setiap pelajar yg menghadiri kursus disini faham bagaimana cara-cara proses permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. You will see different states have different application requirements. Satu pngetahuan yg sebelum ni aku tak tahu. Serius!!! Cikgu Mohd Nor banyak menolong. Aku cakap macam ni sebab aku tak kan faham dia punya proses kalau Cikgu Mohd Nor tak repeat over and over again in Day 2 from Day 1. Mula-mula cam pening jugak sebab speaker dia kuat sangat. Tapi ia banyak membantu sebenarnya. Korang kena prepare beberapa perkara untuk memohon KEBENARAN BERKAHWIN:
- Borang permohonan
- Sijil kursus kahwin & fotokopi
- Surat akuan bujang/dara/cerai
- Fotokopi kad pengenalan
- Ujian HIV
- Surat Kebenaran Berkahwin dari pasangan lelaki (untuk pemohon perempuan)
Menurut apa yg aku dengar masa kursus tempoh hari, tempat memohon mestilah sama dengan alamat di kad pengenalan korang i.e. kalau korang punya address in Kuala Lumpur, korang kena amibil borang permohonan dari Pejabat Agama KL. Tapi kalau korang berasal tempat lain,contohnya Kedah (alamat i/c Kedah) tapi korang menetap di KL, korang boleh apply kat KL jugak. tapi,korang kena isi BORANG PEMASTAUTIN dari pejabat agama KL untuk prove yg korang dah tinggal di KL melebihi 6 bulan dan considered as a PEMASTAUTIN. Lagi satu kelebihannya,Cikgu Mohd Nor memberikan perkhidmatan 24 jam kpd sesiapa yg pernah menghadiri kurus di Zura's akademi, incase sesiapa dari pelajarnya mempunyai masalah dalam proses permohonan kebenaran berkahwin.
Jangan terkejut kalau korang di tawarkan personal loan dari Takaful atau CIMB. Hehehe... Lepas tu ada tangkap gambar lagi tu. Tapi aku tak beli gambar tu sebab gambar tak cantik..huhuhu~~~ Food is just ok. Sepanjang korang nak jalan ke arah Dewan, korang akan nampak ucapan-ucapan dan gambar-gambar celebrity yg pernah berkursus di sini dilekatkan di dinding..
Mana Uztaz yg gila-gila tu, cerita la pasal hubungan suami isteri. Kelakar-kelakar jugak Ustaz-ustaz ni. Aku bagi 5 bintang. Pas tu,sapa yg dok belakang-belakang tu jangan la risau tak dengar atau tak nampak. Sebab aku duduk kat belakang sekali,tapi boleh nampak dan dengar dengan jelas sebab ada dua projectors dan screens. Terasa cam duduk kat kedai mamak sambil tgk EURO 2008 pulak..wakakaka.!!!
16 comments:
yey..yey..dah boleh nikah....:)
ghee...
lambat lagi la kak..
takut..!!!!
pembetulan...bkn pelajar...tp peserta...
weh mala...ko takut pe??bkn ko yg kena lafaz akad nikah depan org ramai...
ehh..ermm.aku dgr skang ambik kursus kener tido 2 hari ekk???ker belum lagi wat ekk??...
azrin,
ler.. kira pelajar la tu sbb kita belajar.. kahwin bukan masa akad tu je. aku takut aku tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai isteri tu..
adini,
wakakaka.. nnt aku tido ngan krol 2 hari.. lom buat lagi la..
ko mmgggg..dah agak tue answer ko
adini,
tau tak pe..
ok la tu..
la...zura ni kt bangsar ke?.. sama tmpt aku g r.. pe adini kata tu.. xphm..
aida, ko pon g situ ke...heheh...aku pon..heheh...weh..update le blog ko tu....leh kite komen²...
wakakaka..
adini mmg cam tu.. dia tanya ura² yg kata kursus kahwin kena stay kat sana tu..
Owh..kau pun g kat Zura's ker?? hehe.. Azrin pon gi Zura's
best kan pg situ.. time tu aku pkai tudung(masa blum pkai tudung r) ustaz tu wat lawak penat aku gelak..smpi brooch kt leher aku ni smpi aku kena buka..geli..wakakaka..
laki aku kena amik kt tmpt dia.. time pg ni pg dgn kwn aku..pompuan.. lg la menjadi2.. dok depan la tu.. sbr jer
ala...yin.. aku malas la nk update.. aku bukan suka nk tulis blog ni.. cam mala.. penipulara..ehh..silap
peng lipur lara.. wakakaka...
borak kt blog mala jer r..
huhu/..
aida,
a'ha..best.. aku tergelak² sampai dak² yg dok sebelah² aku tanya "apasal ni?". sebab org lain dah berhenti gelak,aku tak berhenti² gelak lagi..hahahaha
cit,
penipulara???
ha..lupa nk ckp lg satu.. nasib aku x pg krusus dgn mala.. kalau x abis bergegar satu bangsar tu/..wakakakaka
aida,
wakakaka.. tu la pasal. nasib baik tak gi ngan kau..wakakakaka
aida,ala update je la...xkisah la kalo ko tulis satu perkataan sehari pon xpe..kitorg ttp komen....nnt lama² ko jd rajin la..sbb sonok..dulu aku ngan mala pon mls gak tp bile dah start terus addicted...ari² nak post..ari² nak komen..nak kutuk...hehehe...x best arr bukak blog ko je kosong...
Post a Comment