Wednesday, August 6, 2008

si bUtA

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.”

Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?”

Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

12 comments:

NorAzrin MohdNawir said...

moral of the story...
'jgn lupa diri'

Nurmala Mazlan said...

yezzaa...
"dimana bumi di pijak, di situ langit dijunjung"

~daRLee ZuRiS~ said...

ish ish..memang lah xtau diuntung.
tp so sweet pompuan tu dermakan mata dia to her loves one kan..:)

Nurmala Mazlan said...

darlee_luv,
sweet kan?? tu namanya cinta sejati.. Tapi si jantan tu pulak buat hal.. "Melayu Mudah Lupa"

Anonymous said...

aku dah penah dgr citer nie...~~dnie

Nurmala Mazlan said...

adini,
kau pernah dengar kau punya pasal lah.. aku kasi org yg tak pernah dengar..

Unknown said...

x bersyukurnya org itu...

bak kata rynn...jgn lupa diri..betui2

Nurmala Mazlan said...

kak ellyn,
ha.. betul tu..

NorAzrin MohdNawir said...

yelah..masa dia buta kekasihnye tu begitu setia..tp bile dia dah dpt lihat dunia..nak belagak plak...pdn muka dia bile dpt tau mata tu mata kekasih dia..kalo x sdr diri lg tu x tau la nak ckp pe....
huh...brengset..!!!

Nurmala Mazlan said...

azrin,
wakakaka...yg kau bengang sangat ni naper??

aku pun tgh bengang ni ngan si achikz kat n3 love vs money aku tuh..

NorAzrin MohdNawir said...

aku bengang ngan org x kenang jasa...

Nurmala Mazlan said...

azrin,
aku pun sama.. umpama macam melepaskan anjing yg tersepit..