Thursday, January 14, 2010

bUkit aMaN pANtAu fAcEbOok

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang memantau laman sosial popular, facebook yang digunakan individu atau kumpulan tertentu bagi menyebarkan provokasi bertujuan menghasut orang ramai berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja sebelum ini.

Ini berikutan penahanan seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun di Petaling Jaya, kelmarin selepas membuat pengakuan dalam facebook, dia terbabit dalam rancangan cubaan membakar.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata perbuatan pelajar itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menimbulkan rasa takut di kalangan orang ramai.

Katanya, walaupun pelajar terbabit didapati cuma mahu 'berseronok', polis memandang serius perbuatannya itu kerana boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat di Malaysia.

"Polis menyiasat kes itu mengikut Akta Multimedia, malah pelajar terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan selepas berpuas hati dengan keterangan diberikannya. Ini satu peringatan untuknya dan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas isu ini," katanya kepada media, di sini semalam.



Sumber : - Berita Harian Online

13 comments:

attyfir said...

berani betui budak2 skrg..

Nurmala Mazlan said...

atty's ,
tu la pasal kan

Anonymous said...

hurm lega..kf xder fb beb!

Mr. Asada said...

mak aih.. seriau den..

lily lotus said...

berani tak bertempat betul

adha said...

oh igt Bukit aman skodeng fb kita tgok apa kita buat.. ni budak2 terlebih brani.. rasakan la..

eLLy said...

rajin ko kopi paste ;)

tapi bagus gak .. tak de la org nak ambik kesempatan

UnGu VioLet said...

tuela kan.. kite yg dgr tue.. takut jer dgr mcm2..

Pocket said...

tak pasal pasal kan,
tu la buat lawak lagi:)

so next time, blogging pun jangan buat pasal bagi pendapat tentang isu sensitif,
kang blogging pun kantul^^

Nurmala Mazlan said...

Uruchimaru @ kf ,
boleh blah..hahaha~

ASaDa RyutaRo,
tu la kan??

Nurmala Mazlan said...

lily lotus,
konon havoc la tu

adha,
kalau skodeng kita harus la kita kena saman sebab menggunakan bahasa yg x agak2

Nurmala Mazlan said...

eLLy,
dah tak tau apa nak update kak oi..

UnGu VioLet,
tu la pasal.

Nurmala Mazlan said...

Pocket,
tu la..skang ni serba serbi kena jaga..bukan pakai sedap mulut dan jari jemari jek