Niat dah lama nak buat Aqiqah utk Khaleef..
Tapi belum rezeki + kekangan masa. Cheewahhhh!!~
Bulan puasa aritu baru berkesempatan.
Kitorg tak buat majlis pun.
Sembelih kambing. Yang pasti bukan kami yg sembelih sendiri..Hehehehe~
Pastu hantar pergi rumah kebajikan - Pondok Penyayang Raudhah & Rumah Shifa
Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah...
Tercapai juga hasrat kami suami isteri untuk buat Aqiqah utk buah hati pengarang jantung kami,
Nur Khaleef Ridzki
Kitorg buat sekor jeks dulu.. Itu jek yg termampu setakat ini..
Doakan kami mampu untuk buat yg kedua..
AMIN!!!!!~
Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing.
Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama
kerana dapat
segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana
yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak
dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang
kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua
ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan
terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor,
tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu 'Abbas
RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan
(menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”
(HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).
Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi
seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama,
namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah -
apabila telah tiba waktunya- lagi
segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.
Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang
ke tujuh bayi dilahirkan. Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum
habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka
disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan
sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan
sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi
diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi
pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa).
(Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).
Sumber : LAMAN SOAL JAWAB AGAMA
Tgk budak kecik ni punya berani nak tgk kambing dia kena sembelih.. Mommy tak berani!!!~ |
Kari Kambing untuk dihantar ke Pondok Penyayang Raudhah |
Takut kena tinggal ye sayang.. Mommy mana boleh tinggal nyawa Mommy..Mesti bawa kemana saje~ |
Ruang rehat Pondok Penyayang Raudhah |
Tempat berwudhuk |
Ruang Tamu |
Bahagian luar Pondok Penyayang Raudhah |
7 comments:
sayu tgk keadaan pondok ar raudhah tu. kesian pd budak2. emmm Iskandar blom aqiqah lg.masih blom berkemampuan nk adakan
antalya,
Insyaallah nnt ada rezeki..
ko dah buat Aqiqah ..aku belum lagi..dah tercapai niat ko kan...aku ingat nak buat masa kenduri kawen aku next year..Insya Allah
Mimy Hamid,
Kenduri kahwin kau?? Kau jgn memacam nok...Ko nak kahwin lagi ke apa ni? Hahahahaha~
Mimy Hamid,
Kenduri kahwin kau?? Kau jgn memacam nok...Ko nak kahwin lagi ke apa ni? Hahahahaha~
Tak pernah mkn unta.. Sedap ke?
rina mazlan ,
Ntah la..Kita pun tak makan wakkk..Hehehehe~
Post a Comment