Friday, May 8, 2009

hONeYmOOn - pARt 3 : kOtA mAHsURi & dAtARaN hELaNg

Ok..Mari kita sambung balik ceritera fantasia bulan madu aku..huhu~


Hari kedua, belah pagi kami dah pergi Island Hoping, tgh hari tu balik kejap mandi², bersih kan diri dan ........ wakakaka~ Petang tu dalam kul 4 cam tu, kami keluar balik menujuke destinasi yeay!! yeay!! Kemana kawan²?? Ke Kota Mahsuri


Fuh!!!! serius best gi kota mahsuri ni... tak tau la, cam ada satu tarikan tau.. Ye la, selalu aku tau basic je sejarah Mahsuri ni. Biasa yg aku dengar Mahsuri ni cantik dan dicemburui oleh kaum wanita di kampungnya. Suatu hari dia telah difitnah dan dijatuhi hukuman sampai mati. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia sempat bersumpah bumi Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur..


Itu yg basic yg aku tau. Tapi bila aku dah gi kota mahsuri tu, macam² yg aku tahu.. rupanyer macam ni,rupanyer macam tu..Nak tau lagi dan lagi..best!!!!






Kawasan ni tak leh masuk. Tak tau naper. Aku zoom gambar ni dari luar jer




Yang atas ni rumah Panglima Hitam. Aku tak masuk
Yang ni pulak rumah Pandak Mayah iaitu bapa Mahsuri





Potret yg tergantung di dinding rumah


Nama kediaman Pandak Mayah tu, Teratak Sri Mawat

Telaga Mahsuri
Dah selesai kami jelajah Kota Mahsuri tu, kami ke Dataran Helang (Helang Square) pula


Cantik kan gambar ni. Ada mat saleh tu offer nak amik kan gambar kami. Dia dari Paris. Hensem!!! huhu~~




Thursday, May 7, 2009

BARCELONA vs MU – wHo will wiN??

Adeh!!!! Letih la...Sebelum gi honeymoon bola, masa honeymoon bola, balik honeymoon pun bola.. Bola Bola Bola.. Sampai aku pesan kat sayang “Suka hati la sayang, sayang nak suka bola ker, nak main bola ker, nak main game bola ker, asalkan jangan main pompuan.. Kalau saya tau sayang main pompuan, saya kerat anu sayang” wakakakaka~ Setuju tak rakan² ku??

Pagi tadi ntah kul berapa ntah. Kalau x silap aku kul 4am lebih ke kul 5am ntah. Sayang gerakkan aku dari tidur. Aku ingat kan berperang, sbb cara dia kejut aku tu cam nak suh aku lari selamat kan diri.. Rupa nya dia nak bgtau feveret team dia gi final...aduh!!!! ingat aku nak layan??? Wakakaka~ aku tgk muka sayang, pastu aku sambung tido balik..

Aku ingat kan dah selesai babak² kegembiraan tu. Pagi tadi aku kejut sayang bangun nak gi kerja. Lepas dia mandi, masuk bilik, perkataan pertama yg keluar dari mulut dia, “Barcelona pergi final” wakkkkkkkk!!!!! Aku pun layan~~~~~

“menang berapa”
“seri 1 sama”
“abis tu naper Barcelona yg gi final”
“sbb aritu lawan kat Sepanyol Chelsea tak dapat gol. Jadi skang diorg ni kalah aggregate la”
“oooo”

Aku tak paham sebenarnya, tapi aku layan kan ajer…wakakaka~ apa yg aku aku Barcelona akan ke final dan sayang suka..Sayang suka, aku pun suka.. Bermakna skang, aku akan sokong Barcelona instead of Manchester United even though I know nothing..wakakakaka~ Tak pe, pelan² kayuh.. aku dah pandai tgk bole sket² tau..tak lama lagi pandai lah aku main bola tu.. Bola apakah??? ~ Larikkkkks~

Sebelum aku mengundurkan diri…eceh!!!! Meh kita baca serba sedikit tentang UEFA CHAMPION LEAUGE yg aku capat dari Liga Juara-Juara UEFA



*******************************


Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA (bahasa Inggeris: UEFA Champions League) merupakan satu kejohanan bola sepak bermusim (tahunan) yang membabitkan kelab-kelab terunggul di Eropah. Ia dianggap kejuaraan yang paling berprestij dalam bola sepak peringkat kelab di dunia.
Hal ini demikian bukan hanya disebabkan sejarah pertandingan ini, malah ganjaran kewangannya. Setiap pasukan yang terlibat dalam peringkat kumpulan akan dibayar antara €3.8 juta hingga €30.6 juta.

Pada awalnya, kejuaraan ini dinamakan Piala Eropah sebelum musim 1992-93. Kemudiannya ditukar kepada Liga Juara-juara Eropah.

Kejuaraan ini mempunyai tiga peringkat kelayakan untuk memasuki peringkat kumpulan. Biasanya pasukan-pasukan yang hebat memulakan pertandingan pada peringkat kumpulan yang melibatkan 32 pasukan. 16 pasukan yang layak daripada peringkat ini mara ke peringkat-peringkat kalah mati, sehinggalah perlawanan akhir di sebuah stadium yang ditentukan.

Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 merupakan edisi ke-54 kejohanan bola sepak kelab Eropah.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 dijadualkan dimainkan di Stadio Olimpico di Rome pada 27 Mei 2009.







adoiyaiii!!! Tergendala post honeymoon aku

Wednesday, May 6, 2009

bONuS & iNcReMeNt

Aku in Purchasing Dept ye.. Bukan Marketing. Error!!


Alhamdulillah...rezeki anak agak nyer...Alamak!!!! Terlebih sudah..Salah²...Rezeki kahwin agaknyer..Semalam aku dapat dua surat dari HRD..

Satu surat Bonus, satu lagi surat kenaikan gaji.. Ini bermakna, OT aku juga akan naik.. Alhamdulillah~~

Duit bonus aku tinggal separuh je sbb aku dah shopping sakan masa kat Langkawi aritu..Wak!!!!

Tuesday, May 5, 2009

hONeYmOOn - pARt 2 : iSLaNd hOppiNg

Hari kedua tu,sebelah pagi, kami pergi Islands Hopping.Mereka bawa kami pergi ke 3 tempat which is Tasik Dayang Bunting, Eagle Feed & Beras Basah Island Resort..

Jam 9am kami berkumpul di UnderWater World. Kemudian kami di bawa ke ketiga² tempat itu dengan menaiki bot laju..Wah!!!! ayat skema gitew~


Tasik Dayang Bunting.

Korang nampak tak cam ada bentuk perempuan mengandung sedang berbaring tu?

Salah sekor monyet ni dah kejar sayang sebab nampak sayang pegang chipsmore..Hampeh nyer monyet!! wakakaka~

Sayang rendam kaki kat kolam ikan keli.. Aku??? Tidak ler.. Ikan keli pon aku x makan




Eagle feeding. Driver bot tu campak kulit ayam, pastu helang² tu turun sambar kulit ayam tu..pergghhh!!! syok wooo dapat tgk helang dekat², banyak pulak tu.






Wah!!!! tgh syok aku ngan sayang lepak tepi pantai, mat saleh ni lalu pulak depan aku, amik curi² la amik pic dia..wakakaka~ 18SX
Rupanya masa kami tgh tunggu bot datang tu, diorg ni dah curi amik gambar kami pastu buat piring ni. Satu RM10. Tapi aku x beli, aku beli yg gambar kitorg berdua jer


Kami sedang menikmati minum petang sambil menghirup udara segar Langkawi

Tempayan kat depan depan "umah" utk cuci kaki


Monday, May 4, 2009

hONeYmOOn - pARt 1

Salam uollss..
Im Back.. Wuuuaaa!!! Rindu nyer ngan korang..MuahhxXss..MuahhxXs..Muahhhxxs…*hUg*

Macam yg korang semua tau, aku pergi ber’hornymoon’ dengan suami tercinta.. Dimana??? MERITUS PELANGI BEACH & SPA RESORT, LANGKAWI.. Dalam Malaysia je ye..Cuti² Malaysia..

Percutian 4H3M kami sangat seronok ok.. Tapi nanti la aku tepek pics banyak² ek.. Hari ni aku nak korang cuci mata dengan persekitaran resort yg kami tinggal tu.. Sangat cantik…Aku bagi 5 bintang~~

Kalau korang nak pergi Langkawi, mmg aku recommend gi sini, MERITUS PELANGI BEACH & SPA RESORT

Masa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi




Sedang menikmati Welcome Drink

Dihadapan Chalet kami
No Bilik.. Sila jgn beli no 4 ekor ye..hehe~





Chalet Jiran..wakaka~

Di belakang Chalet - Tempat kami menghirup angin petang -


Chalet yg mengadap Pantai Cenang