Monday, April 22, 2013

pONdOk pENyAyANg rAuDhAh

Ada satu hari tu, mak mertua aku ada la cakap nak buat sedekah sikit..
Dia tanya aku kat mana rumah² anak yatim yg dia nak pergi.
Dia tanya aku sebab katanya aku biasa pergi ke rumah² ni..
Alhamdulillah ada rezeki lebih² sket kan..
Aku pun cadang la kat mak mertua aku pergi ke Pondok Penyayang Raudhah.

Tak tau la kenapa, aku dah pergi banyak rumah kebajikan, tapi aku cam tertarik dan simpati dengan rumah yg ni.
PONDOK PENYAYANG RAUDHAH
Tak tau kenapa..Serious!! Mungkin keadaan kediaman ni kot buat aku rasa sebak..
Syukur Alhamdulillah kita ni masih ada tempat yg selesa dan cukup segala segi kan..
Tapi rumah² lain pon aku masih pergi juga..
Cuma kalau ada yg tanya kat mana nak buat sedekah, automatik aku akan teringat pondok ni..
Laju jeks mulut aku suh diorg pergi rumah ni nanti..



Kat mana² pun Khaleef buat cam rumah dia sendiri jeks..Hahahaha~



Ustaz Mokhtaruddin - Pengasas Pondok Penyayang Raudhah




 Makan² time..
Menu hari tu Sate, Nasi Goreng, Nugget & Kuih-Muih..
Suka tgk budak² tu seronok.. 
Nnt ada rezeki lagi, kita makan² lagi ek~
Ins Shaa Allah








Time makan² tu la aku tanya kat Mak (Penjaga Pondok) apa lagi yg tak cukup.
Mak kata pelajar² lelaki nak kasut futsal..Diorg takde kasut..
Alhamdulillah, hasil kutipan daripada rakan² yg sudi menderma, hari tu aku dah belikan budak² ni kasut futsal 14 pasang kat Pertama Kompleks.. 
Gambar tak de sebab time tu huru-hara sket..
Ko bayangkanlah 14 orang sekali aku bawa masuk kedai..
Tak ke huru hara tu jadinya.. 

Kepada sesiapa yg nak berkongsi rezeki, bolehlah terus ke Pondok Penyayang Raudhah..
Atau boleh juga salurkan melalui aku..
Email aku - nur_rosalinda@yahoo.com

Monday, April 1, 2013

5 tAhUN dAh kERjA kAt siNi UoLLs!!!~


Hari ni 1 April 2013, genap 5 tahun aku berkhidmat di sini..
Dari nama Tradewinds Plantation Berhad, sampai la dah bertukar ke Tradewinds Plantation Management Sdn Bhd.
Alhamdulillah~ Rezeki ku disini..

Sekejap jeks masa  berlalu..
Rasa macam baru jeks 1 April 2008, macam baru jeks report duty.
Macam baru je bermalu-maluan, bersegan-seganan dengan kawan² kat sini..
Sekarang dah senior uolls~
Terasa ketuaan bila budak² trainee/budak baru panggil aku kakak...

Bukan tak sedar diri ngok ngek!!!~
Tapi dulu masa mula² masuk umur² cam aku ni la paling muda..
Skang ada yg lagi muda.. Terasa la cam veteran sikit..
Sikit ye!!! Sikit... Hahahaha~ 

Apa² pun semoga lah rezekiku terus melimpah-ruah disini..
In Sha Allah~~

Jom tgk gambar² kawan² aku kat office nih..




Thursday, March 28, 2013

4th aNNiVeRsARy

Hari ini, 28/3/2013 genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan suami tercinta. 
Rasa macam tak percaya jeks..Pantas betul masa berlalu.
Rasa macam baru semalam jeks kitorg kenal, bercinta, tunang, nikah~

Alhamdulillah~
We are still together and I love my husband more and more every single day ♥♥~

6 tahun lepas, kami bertemu buat pertama kalinya. 
Pertemuan yang tidak disangka-sangka.
Kami bukan dari sekolah yang sama. Bukan dari kolej/universiti yang sama. 
Bukan juga bekerja di satu company yang sama. 
But yes, kami sama-sama dari KL. 
In fact, kami sebenarnya berulang-alik di laluan yang sama setiap hari. 
Tapi kami tak pernah terjumpa pun walau sekali. 

Tapi siapa kami utk menidakkan ketentuan Ilahi. 
Akhirnya pada 2/11/2007 kami bertemu jua. 

Dan sekarang, sudah 4 tahun kami bergelar suami isteri. 
Alhamdulillah, kami masih bersama walaupun perkahwinan kami pernah dilanda badai suatu ketika dahulu.
Hujung tahun 2011..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah Ya Rabb kerana masjid yg kami bina masih kekal hingga ke hari ini.
Semua yg terjadi adalah diatas kehendak-Mu Ya Rahim..
Syukur Alhamdulillah.. Kau masih memelihara mahligai ini..





Thursday, March 21, 2013

cERitA ni dAh hAmPiR BaSi sEbENaRNyA~~

Pagi Jumaat aritu, 8/2/2013 hujan.. Cam biasa la aku bangun dalam kul 6am camtu.. Walaupun hujan, aku bersiap jugak la untuk pergi kerja sebab aku fikir sementara nak siap² ni kul 7.30am / 8.00am maybe hujan dah benti kan.. Untuk makluman uolls aku g kerja naik motor merempit ngan En.Suami. Tu pasal cuaca memainkan peranan penting buat kami..

Lepas² siap tu kul 7.45am hujan dah benti. Ok dah boleh jalan..Kiorg pun turun la ni nak g kerja kan?? Sekali sampai ground floor tgk² hujan turun balik..Aisehhhh men.. Takpe la aku tunggu jap.. Aku rasa kejap je ni..Hujan hantu orang kata..Dia cam main² kejap lebat kejap benti.. Tapi dah dekat 15 minit tunggu tak benti², aku ngan sayang naik la balik umah kami..Sambil aku dukung Khaleef tgh tidur.. Ye, aku anta Khaleef g umah mak pagi² naik motor.. Takde masalah kan??!!~

Jam dah menunjukkan hampir 8.30am. Aku masuk kerja kul 8.30am. So, aku pon whatapps colleague aku bgtau aku maybe sampai lambat sket sbb nak tunggu hujan reda..

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu........Hujan x reda². Time tu dah kul 9.30am.. Aku whatapps balik colleague aku, suh dia bgtau boss kalau lambat sangat hujan berhenti aku amik time off, kul 10.30am masuk..

Kul 10.00am hujan dah benti, aku pun ingat nak keluar g kerja la ni... Sekali colleague aku tu whatapps aku cakap company bagi halfday sebab nak Chinese New Year time tu..Yahooooooooooo!!!!~

Terus aku reply whatapps dia "Ko bgtau je boss aku halfday pagi ni" Woohoooo!!!~ Maknanya aku tak yah g kerja la kan? Aku apply halfday pagi, petang company dah mmg declare halfday..Hehehehe~

Ye la..Mana tak nya.. Kalau time off,  masuk kul 10.30am kan.. Hari Jumaat pulak lunch time aku kul 12.30pm - 2.30pm.. Kalau takat aku g kerja masuk kul 10.30am, pastu 12.30pm dah balik apa ke jadahnya kan? Kan? Aku halfday la terus..

Haaaaa...Disini lah ceritanya bermula.. Kalau aku kerja aritu, lunch time tu aku mmg ingat nak ke Times Square nak jumpa ex-officemate aku dulu.. Mmg selalu la hari Jumaat aku panjangkan kaki ke Times Square sana melepaskan rindu dendam ngan kawan² lama.

Pagi lepas hujan benti tu Sayang g la kerja cam biasa naik motor.. Tgh hari sket aku keluar, anta Khaleef g umah mak kat Kg Pandan. Kat Kg Pandan lagi dekat la nak ke Times Square kan..

Asalnya kitorg plan nak g karaoke.. Sebelum gerak tu aku pun msg la diorg nak confirm balik jadi ke tak.. Tp diorg kata diorg lapar..Alamakkkkkkkkk!!~ Aku dah gigil² nak pegang mic ni.. Diorg pulak lapar.. Diorg msg aku cakap jumpa kat Restoran Absalute Thai, LF floor Times Square...Dia nak makan sana..

Aku ni dah la baru pas makan..Tambah tenaga la kononnya nak nyanyi ni.. Skali diorg nak makan pulak.. Ok la makan..Aku order pulut mangga ngan air je sebab kenyang lagi..

Sekali tgk lauk² yg sampai maaakkk aiiii...Meleleh air liur, air hidung semua.. Mmg aku sebat la semua.. Tapi aku ratah lauk jeks..Nasi aku x amik..

Sambil menaip entry ni pon baper puluh kali aku telan air liur ntah...Cissss~ Hodoh!!!!!~














Friday, March 8, 2013

aYu & bAhRaiN

01/02/2013 hari tu, adik ipar aku, Ayu Rohaida telah selamat bergelar isteri orang..
Syukur Alhamdulillah~
Ayu telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Bahrain..
Camne diorg kenal?? Panjang ceritanya..Hahahaha~
Yang pasti Bahrain adalah office mate aku uolls!!~ 

Keesokan harinya, 02/02/2013 pulak ada lah hari persandingan.. 
Tema hijau!!~

Yang baju warna kuning tu masa bertangdang belah lelaki..