mercu tanda dan bangunan pencakar langit dari seluruh dunia bergelap selama satu jam tahun lepas sebagai menyokong program menjimatkan elektrik Earth Hour. Tahun ini, hari Earth Hour 2009 akan berlangsung pada hari Sabtu terakhir bulan ini iaitu 28 Mac serta bakal dijayakan oleh sekurang-kurangnya 75 negara.
Earth Hour tahun ini turut disokong oleh stesen televisyen tempatan, 8TV, stesen radio Hot FM dan beberapa mercu tanda negara termasuk Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall.
Justeru, tanpa mengira agama dan warna kulit, mari kita sebagai warga dunia bersatu-padu memadamkan semua lampu atau perkakas elektrik yang tidak diperlukan pada hari tersebut selama satu jam bermula pukul 8.30 malam demi menyokong penjimatan sumber tenaga yang kian nadir.
******************************
Wak!!!! Aku sangat cuak ok.. Sebab malam tu aku akan adakan majlis malam berinai..
Eh korang, aku nak tanya ni.. Kempen ni suka hati kita kan nak padam lampu ke tak?? Kalau tak nak padam kan pun boleh kan korang.. Ni bukan paksaan kan korang??? Wuuuaaa!!!! Aku dah takut nih.. Bagitau la aku!!!!! benda ni wajib ke, sunat jer????