Tuesday, December 8, 2015

mAjLiS bEReNdOi & cUKuR jAMbUL nUR mUhAMMaD biN aBDuL sHuKoR

Tajuk hari ni adalah Majlis Berendoi & Cukur Jambul Nur Muhammad Bin Abdul Shukor.
Chewahhhhhhhhh!!~~

Gigih juga buat kad jemputan ni masa dalam pantang.
Ada alamat sebenarnya sebelah kiri kad ni. Tapi sebab nak tepek kat blog, so kita delete alamat tu.
Kang jenuh orang datang nak minta autograph pulak. Hehehehe~
Hampir lupa juga nak buat kenduri ni sebenarnya. Maklum la berpantang sendiri kat rumah. Busy kelek anak jeks. Nasib baik husband kita ingatkan. 

Lepas husband remind tu je, lelaju kita pilih tarikh, plan itu ini.. Dan whatsapp kat group family members suruh diorg block date tu. Harus memeriahkan majlis okeh!!!~

Dah... Malas nak cerita panjang². Korang pun bukan nak baca sangat kan? Nk tgk gambar je kan? Hehehehe~ Nah!!~ Tgk ler puas².


Acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan marhaban oleh Kumpulan Marhaban Nurul Iman, Kampung Pandan Dalam. 

Berlangsung pada 31 Oktober 2015, jam 3.00pm. 
Alhamdulillah, Majlis Marhaban, Berendoi dan Cukur Jambul berjalan sangat lancar. 

Muhammad pun sangat² good boy. Tak menangis, tak meragam, tak merengek. 
Mau tak suka bertukar² tangan orang dukung dia. 
Mummy pun suka sebab Mummy takde la kalut sangat.

Muhammad dengan ayah.
I Love you both ♥♥♥





Dua orang dah hero kecik Mummy sekarang.
Nur Khaleef Ridzki & Nur Muhammad
Khaleef sangat² abang yang penyayang~

Ni antara kawan² yang datang memeriahkan majlis. 
TQ uolls~





Ni Door Gift untuk tetamu yang hadir.
Fridge Magnet

Wednesday, November 18, 2015

nUR mUHaMMaD biN aBDuL sHuKoR




Assalammualaikum.

Alhamdulillah, kembali menulis di blog picisan ini.

Untuk permulaan setelah sekian lama menyepikan diri. Aku nak share sesuatu yang hebat dengan korang.. Ecehhhhhhh~~ Hebat la sangat!!~ Ye, Sangat hebat Ya Allah.

Tanggal 9 August 2015, Jam 9.25am aku selamat melahirkan Baby Boy di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru.

Ye......... Baby Boy seberat 3.11kg.

NUR MUHAMMAD BIN ABDUL SHUKOR nama diberi.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah~~

Syukur ke hadrat Ilahi.

Doa dan harapan yang dipanjatkan kepada Allah selama ini akhirnya dimakbulkan. Kurniaan yang tidak ternilai dari-NYA.

Sekarang Khaleef dah ada adik.. Yahooooooooooo!!!~~

Ok la uolls~
Nak sambung buat kerja.
Ins Sha Allah, ada kelapangan nanti aku update lagi entry baru ok~

Tata Titi Tutu~
Muahss Muahsss~~ ♥





Wednesday, November 4, 2015

stALkER




Assalammualaikum,

Wahhhh!!~ Lamanya tak jenguk blog ni. Nak dekat 2 tahun dah uolls.

Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi. Kalau ada benda nak share pun biasa nya up status atau gambar kat facebook je. Kawan² sama² blogging dulu pun ramai yang menempel kat facebook je. Siapa yang gigih lagi buat entry blog tiap² hari tu mmg gua caya sama lu la.

Diam tak diam. Pejam celik pejam celik. Dah dekat 2 tahun dah takde entry blog ni.

Last sekali entry amsa tgh berduka-lara dulu. Hahaha~ Dah sembuh dah pun duka tu.. Ecehhhhh!!~

Yang sebenar benar benarnya, yang membuatkan aku dah lama tak update blog, sebab blog ni ada stalker..  Auuwwwwww!!~

Eh chop!!!~ Agak² stalker tu tau tak STALKER tu apa?

Stalker adalah gelaran untuk orang² yang kepoh atau ingin tahu tentang kehidupan orang lain melalui media sosial. Kaedahnya, dia suka mengintai media sosial yang lain senyap². Konon macam private investigator la. Mencari maklumat. Kah Kah Kah!!!~

Pendek kata, stalker ni adalah seorang yg busy body.

Tak tau apa agenda si stalker ni. Maybe dia jealous, dengki atau mungkin juga dia admire atau peminat aku. Atau dia sangat free takde kerja nak buat. Haaaa~ Berapa banyak atau daaaaaa.....

Mula² tu rasa nak marah. Tapi bila difikir² balik, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Aku anggap je dia orang gila. Biar dia menyalak sorang².

Kepada stalker itu,
Saya dah open semula dah blog ni. Sila la stalk lagi dan lagi dan lagi.....

Dah puas jadi stalker. Dah dapat kumpul segala maklumat dari blog aku ni, lepas tu meroyan sendiri. Kesian.... Kesian.... Tak puas hati lagi tu. Pergi balik bagitau Mak, Ayah, Kakak, Opah, Atuk kau. Ada aku kesah??!!~

Wednesday, April 2, 2014

tUtUp mAtA. tAHaN aiR MatA




Segala rasa cinta, kasih & sayang yang pernah awak hamparkan kepada saya, saya sangat menghargainya. Segala kesakitan yang awak bagi sekarang umpama satu umpitan racun. Awak pergi tanpa kata, tanpa sebab. Kepala saya sakit memikirkan kenangan kita, bila teringat awak.

Tutup mata. Tahan air mata.

Siapa suruh awak masuk ke hati saya? Saya tak pernah minta pun. Hari-hari saya sekarang, saya lalui dengan semangat yang kental tanpa tangan awak. Sata senyum, beri harapan palsu untuk diri sendiri bersandarkan cerita kita dulu. Saya tak sanggup sebenarnya. Tak sanggup mengakui yang saya dah takde dalam hati awak.

Kalaulah semudah ini awak lupakan saya, baik jangan kenal saya langsung. It will hurt less if we don't meet at all. Saya tak menyesali takdir. Tapi saya sakit. Sakit sangat.

Hari ni saya stalk awak lagi. Awak nampak gembira. Hidup awak sempurna kan sayang? Maaf kerana kehadiran saya mungkin merimaskan awak. Cinta saya mungkin menyesakkan dada awak. Kata-kata saya mungkin meloyakan awak. Sampai awak sanggup pergi....................... Tinggalkan saya. Membiarkan saya sendiri. Takpe, luka ini akan sembuh sendiri. Saya dah biasa dah. Saya tahu, it will just take sometime. Not some time maybe, its forever. It take forever to forget you.

But..... I have no choice. I will let you go. Terima Kasih :'(










Monday, February 10, 2014

hARuSkAh mENgALaH



Aku selalu sangat.........
Buat keputusan terburu-buru.
Buat kesimpulan melulu.

Tapi kemudian hari, perasaan aku yang akan rabak sendiri. Keadaan tidak makin baik, malah semakin kusut.

Manusia selalu nak menang. Tercemar ego kalau kalah kononnya. Padahal sebenarnya, kalau kita nak menang kita kena mengalah dulu. Hero kan selalu kalah dulu..Huhuhuhu~~

Sungguh..........

Biarlah kita kalah pun...
Biarlah ego tercalar sekali pun...
Biarkan!!!~~
Biar!!!~

Kalah aku untuk dia.
Kalah aku untuk mereka.
Hadiah untuk dia, Hadiah untuk mereka.
Hadiah untuk aku? Ins Sha Allah akan tiba.

Bila???!!!~

Saat Allah memandang aku dengan penuh kasih sayang.
Saat aku berjaya melawan keinginan.

Mengalah itu tidak apa-apa.
Percayalah!!~