Tuesday, March 1, 2016

cELoTeH nURmALa mAzLaN

Sekiranya anda adalah orang yang suka mengutuk orang, saya tidak salahkan anda. Mungkin anda dibesarkan oleh ibu bapa atau keluarga yang suka mengutuk. Atau dibesarkan di dalam persekitaran dan kawan-kawan yang suka mengutuk juga. Ini lah yang membentuk sikap anda.


4.28 سُوۡرَةُ الهُمَزة / Al-Humazah (Pengumpat & Pencaci)

(وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ (١
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.

Pernah tak kita terfikir kenapa hidup kita penuh dengan masalah dan tekanan? Salah satu puncanya adalah dari bala mulut kita. Itulah bala dari perbuatan kita sendiri. Orang tua tua kan ada kata, kerana mulut badan binasa. Jadi, sila lah jaga mulut tu..

Kalau marah sekali pun, tak perlulah nak dirungkai semua. Biarkan simpan kekal diam. Tak perlu dijaja sama ada jahatnya dia, atau silapnya engkau.

Boleh bercerita, tapi bukan semua. Kena ada limit yang sangat rigid semasa bercerita. Dan tujuan pun bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. 

Sebab kadang orang dengar bukan sebab dia betul betul kisah, tapi sekadar nak tahu. Seronok mengambil tahu. Dan cerita engkau akan dijadikan modal untuk bercerita pulak kepada mereka mereka mereka yang lain.

Oklah!!~ Sampai disini sahaja celoteh kali ni. Maafkan saya jika ada tersalah kata. Ia sekadar memberi peringatan untuk diri saya sendiri dan juga sesama kita. 

Jangan lupa ye. 
Jaga mulut. 
Jaga keluarga sendiri.
Jaga kain sendiri. Jangan sibukkan kain orang lain, kain sendiri koyak tak perasan.

No comments: