Wednesday, March 16, 2016

mUhAmMaD 1st sWiM & mAsSagE sEsSiOn at hiPpOpO bAbY sPa & wELLNess

Assalammualaikum.....

11 March 2016, Jumaat, aku berkesempatan bawa Muhammad ke Hippopo Baby Spa & Wellness. A very nice plan untuk parent luangkan masa dengan baby.

Memang dah lama teringin nak bawa Muhammad ke sini. Dah masuk 7 bulan ni baru berkesempatan. Even sebenarnya masa tgh pregnant lagi dah cakap ngan husband nanti nak bawa baby g Spa. Husband layan kan aje.

Tak plan pun sbnrnya, tapi memandang kan bulan March ni aku kena "clear"kan baki cuti tahun lepas ada lagi 8 hari. Daripada cuti yang sia-sia, baik lah aku buat aktiviti sihat, Betul tak??!!~

Aku pergi Hippopo Spa & Wellness, Great Easterm Mall, Jalan Ampang.

Ok, just nak share dengan korang pengalaman aku bawa Muhammad ke satu-satunya Spa Baby di Malaysia. Huhhh!!~ Kecik² dah pandai Spa ye dik.

Amik mood sebelum masuk kolam. Main² air dulu. Sebab nampak mood Muhammad macam tak ok. Dalam kereta tadi pun nampak macam bad mood jeks.


Mula² bagi Muhammad pakai pelampung yang kat leher tu.


Tapi tak lama. Mommy dah agak dah. Budak belakang dia tu tersinggung dia sikitttt jeks. Dia dah menangis.. Haaaa~ Anak Mommy not in a good mood. 

Dia dah nangis² tu Therapist dia bawa la keluar dari kolam tu. Mommy pujuk² dia dulu. Bagi susu, tepuk², dodoi², sayang²... Hehehe~ Baru dia senyap. 

Ok, kita masuk balik dalam kolam. Kali ni Therapist bagi pelampung yang duduk. 

Macam tu juga la Muhammad. Takde mood.

Tapi ok la. Dapat la dia swim dalam 15 minit macam tu. Lepas therapist tu usik ball dia je, dia dah nangis.. 

Last² Mommy cakap cukup la untuk swimming session. Continue with massage pulak.







Masa massage Mommy tak dapat amik gambar sbb Muhammad nak melekat je. Maknanya masa dia tgh kena urut tu Mommy dukung la. Nasib baik minyak urut aroma therapy tu wangi. Melekat kat baju Mommy. Dan yang penting nasib baik time tu Khaleef sangat behave.

Lepas kena urut, Eh.. Bukan lepas. Masa dah nak hujung² urut tu, Muhammad dah lena. Haaaa~ Kepenatan la tu. Swimming, pastu kena urut.. Syokkkkkkkkkk kan....



Nampak tak betapa selesanya dia disitu. Hahahaha~

Therapist Muhammad suruh biarkan dia tidur dulu sbb kesian katanya. Ada la dekat 15 minit aku menunggu. Lepas tu Khaleef dah bunyi "Cepat la Mommy, Khaleef dah lapar ni"

Aku angkat la juga Muhamamd. Sebab nak bawa Khaleef gi makan. 

"Khaleef nak akan mana?"

Dia pilih Chicken Rice Shop ok!!!!~

Nahhhh..... Belanja satu gambar Abg Khaleef



Ins Sha Allah nanti nak bawa Muhammad ke sini lagi.

Bagi yang nak tau harga untuk Swimming & Massage ni, Only RM86 per session (30 minutes swim + 30 minutes massage)

Itu harga per session. 

Ada juga Baby SPa package, jap aku tepek harga dia.




Untuk parent yang nak bawa baby ke Hippopo Baby Spa & Welness Boleh check website diorg. Sangat berbaloi tau.



No comments: