Monday, July 7, 2008

ALiNaS


Hari ahad pulak mak ajak pergi cari langsir ngan cadar kahwin.. eeiiuwww.!!! cam dah nak dekat kahwin pulak.

Jadinya, aku,mak ngan sayang ke Alinas di Jln Tunku Abdul Rahman membeli belah di sana. Beli langsir ngan cadar untuk bilik pengantin. Ngan langsir untuk rumah. Tempah sekali kat situ.

Sebelum nak balik tu,org kedai yg entertain kitorg tu (Emy) cakap "Akak ni comel lah".. huhuhu~~~ Termalu aku sekejap.

Pastu siang tadi kat ofis aku call Emy. Nak suruh dia tambah kain langsir bilik pengantin
"Hello, Bole cakap ngan Emy".

"Emy ni. Sapa tu"

"Saya Mala lah. Yang tempah langsir semalam".

"oo..hah..".

"betul ker awak ingat saya ni. Pelanggan Alinas ramai".

"Alah..ingat la. Kakak comel tu kan?".

wakakaka...Alhamdulillah





p/s: masa dah balik tu mak kata "Nanti raya nak belikan khairul baju raya satu. Kau buat la sepasang ngan dia". wakk!!! sayang menantu lebih-lebih nampak..

pAMeRaN pENgAntiN mALaYsiA



Hari Sabtu lepas,aku pergi Mid Valley. Ada Pameran pengantin Malaysia 2008 bertempat di Mid Valley Exhibition centre. Macam-macam ada. Sampai pening kepala otak aku. Dari pelamin,catering,baju pengantin,cadar pengantin,kursus perlansingan badan, dan segala pakej org kahwin la yg ditawarkan.

Mula-mula masuk je kat Dewan tu,aku rasa cam ada org pandang aku. Sapa ek? Aku pun pandang dia balik.. Erkk..korang nak tau sapa? Abg Lee. Tak kenal? Abg Lee atau lebih dikenali sbg 'Kuali'.. wakaka..hah..!!ingat??? Rupa-rupanya dia sekarang buat bisnnes butik pengantin. Dia share ngan kawan dia. Nama butik dia Zatie's Beauty Home. Ada lah serba sedikit pakej kahwin yg dia offer kat aku,pelamin-pelamin dia cantik gila. Seriouss..!!! Tapi dia tak de pakej pelamin je. Kena amik make up dan baju sekali. So,aku tak amik sebab baju ngan make-up aku dah ada butik sendiri.

Aku tanya sayang, "Sayang,cari booth Nas Great idea".

Mmg panjang umur Nas Great Idea ni. Lepas aku cakap je,terus nampak booth dia. Mak aii..!!! dia punya deco,Grand tak ingat punya.. Ada Class!!!! Ingat tak sebelum ni aku ada cerita Nas buat Deco Reflesia kat Hotel Istana,sekali rupa-rupanya flowerist tu kawan sayang. Lepas-lepas tu,aku call bos dia si Nas tu,asyik busy je. Hah..skang aku dapat jumpa depan mata. Jangan marah..Borak-punya borak,cerita-punya cerita,dia quote aku harga yg aku rasa berpatutan. Katanya sbb Khairul kawan ngan Epul (flowerist). Tapi dia kata nak kena jumpa kat luar,dia tak boleh design kat situ sbb nnt org lain tgk. Dia tak nak client dia punya pelamin sama antara satu sama lain. Setiap client dia memiliki pelamin yg berlainan. Ye ker??? Tak pe,kita tgk nanti.

Tgh dok sembang-sembang kat booth Nas Great Idea tu,tetiba ada sorang mamat nyah ni buka majalah Ratu Sehari. Dia tanya "dah beli dah majalah ni?". Aku cakap la " dah". Rupa-rupanya dia tunjuk gambar model dalam majalah tu. Dia yg make up kan. Cantik jugak. Aku tanya pulak harga dia..wakaka..rambang mata aku. Dia pon bg harga yg memuaskan..hehe. So,aku akan ambil dia for my reception nnt..
Last sekali sebelum keluar dewan tu,mata aku ternampak pulakbooth kad kahwin yg dikerumuni. Aku pon kepochi la. Rupanya,harga yg ditawar kan untuk hari itu sahaja mmg murah. Ingat tak aku pernah cerita kat entry aku yg lepas ttg kad kahwin pilihan aku. Hah..!!! gambar sebelah ni. Harga kad ni RM1.20. Tapi offer hari tu,aku dapat RM0.80 je. Aku apa lagi.. Booking la..

Selesai sudah beberapa masalah. Catering-sattle,dewan-sattle,kad kahwin-sattle. Tinggal lagi nak booking door gift,pelamin,make-up dan baju. Erk..ada apa-apa lagi ker yg aku tertinggal ek??

Friday, July 4, 2008

~~~hAPPy biRtHdAy mAk~~~



4th of July
My Mak's Birthday...
Happy Birthday, Mak!!
May Allah bless Mak...
My Mak, My love, my strength, my happiness, my friend, my idol...
My Mak, my all...
I love u, Mak!!

Mak...selamat ulang tahun kelahiran from your only child..kot2 la dia nak baca kat sini..


p/s: Aku ni selalu je gaduh-gaduh ngan mak. Tapi aku sayang mak sebenarnya. Tanpa mak,aku tak dapat lihat dunia ni. Nak bg apa ek kat mak?? Any idea??

Wednesday, July 2, 2008

siJiL kURsUs kAHWiN




Dah dua minggu berlalu selepas aku pergi kursus kahwin tu,baru tadi aku pergi ambil sijil kursus tu. Terlupa!!! Kelmarin ada budak yg pergi kursus kahwin sama ngan kitorang tu call sayang Tanya “Bro, lu dah amik sijil?"..

Erk...Baru aku ngan sayang teringat pasal sijil tu. Ish...ish...ish... Boleh lupa?? Pastu hari ni baru berkesempatan amibil sebab hari Rabu ngan Jumaat je tempat kursus (Zura's Akademi) tutup pukul 8. Jadi balik kerja tu sempat la nak pergi ambil.

Ish...dah sampai sana,teringat pulak masa berkampung dua hari kat sana. Best.. Pengalaman tu sekali je seumur hidup..

Sedikit maklumat tentang Zura's Akademi
Zura's Akademi telah ditubuhkan lebih daripada 15 thn dan merupakan PUSAT KURSUS KAHWIN yang pertama di Kuala Lumpur.

Dimiliki oleh Cikgu Mohd Nor. Kelebihan membuat kursus di sini ialah their extreme dedication dalam memastikan setiap pelajar yg menghadiri kursus disini faham bagaimana cara-cara proses permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. You will see different states have different application requirements. Satu pngetahuan yg sebelum ni aku tak tahu. Serius!!! Cikgu Mohd Nor banyak menolong. Aku cakap macam ni sebab aku tak kan faham dia punya proses kalau Cikgu Mohd Nor tak repeat over and over again in Day 2 from Day 1. Mula-mula cam pening jugak sebab speaker dia kuat sangat. Tapi ia banyak membantu sebenarnya. Korang kena prepare beberapa perkara untuk memohon KEBENARAN BERKAHWIN:

  • Borang permohonan
  • Sijil kursus kahwin & fotokopi
  • Surat akuan bujang/dara/cerai
  • Fotokopi kad pengenalan
  • Ujian HIV
  • Surat Kebenaran Berkahwin dari pasangan lelaki (untuk pemohon perempuan)

Menurut apa yg aku dengar masa kursus tempoh hari, tempat memohon mestilah sama dengan alamat di kad pengenalan korang i.e. kalau korang punya address in Kuala Lumpur, korang kena amibil borang permohonan dari Pejabat Agama KL. Tapi kalau korang berasal tempat lain,contohnya Kedah (alamat i/c Kedah) tapi korang menetap di KL, korang boleh apply kat KL jugak. tapi,korang kena isi BORANG PEMASTAUTIN dari pejabat agama KL untuk prove yg korang dah tinggal di KL melebihi 6 bulan dan considered as a PEMASTAUTIN. Lagi satu kelebihannya,Cikgu Mohd Nor memberikan perkhidmatan 24 jam kpd sesiapa yg pernah menghadiri kurus di Zura's akademi, incase sesiapa dari pelajarnya mempunyai masalah dalam proses permohonan kebenaran berkahwin.

Jangan terkejut kalau korang di tawarkan personal loan dari Takaful atau CIMB. Hehehe... Lepas tu ada tangkap gambar lagi tu. Tapi aku tak beli gambar tu sebab gambar tak cantik..huhuhu~~~ Food is just ok. Sepanjang korang nak jalan ke arah Dewan, korang akan nampak ucapan-ucapan dan gambar-gambar celebrity yg pernah berkursus di sini dilekatkan di dinding..

Mana Uztaz yg gila-gila tu, cerita la pasal hubungan suami isteri. Kelakar-kelakar jugak Ustaz-ustaz ni. Aku bagi 5 bintang. Pas tu,sapa yg dok belakang-belakang tu jangan la risau tak dengar atau tak nampak. Sebab aku duduk kat belakang sekali,tapi boleh nampak dan dengar dengan jelas sebab ada dua projectors dan screens. Terasa cam duduk kat kedai mamak sambil tgk EURO 2008 pulak..wakakaka.!!!

Chef di Kursus Kahwin??? Inilah kejutan kalau korang berkursus disini.
Enough of fooling around! Time to get married!!!

nURiN aDRiANa

Nak letak gambar anak sendiri,tak de anak lagi. Belum sampai masa pun. Nak taruk gambar anak buah sendiri,tak de adik beradik. So, tumpang la bermain-main,bermanja-manja,mengada-ngada dengan anak org lain.
Nama dia Nurin Adriana. Kepada kwn-kwn yg pernah bersekolah ngan aku dulu mesti tau sejarah 'Nurin' kan??
Tak de idea la nak tulis apa. Korang tgk je la gambar si kecil ni.




Tgh berangan la tu minah sorang ni. Perasan~~
p/s: Kepada sesiapa yg berkenaan,sila beri sumbangan gambar Haris Zikri