Wednesday, August 6, 2008

si bUtA

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.”

Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?”

Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Tuesday, August 5, 2008

sAHaBat

Bulan Ogos = Bulan Persahabatan
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahankerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya


***********************

Sahabat, Teman, atau kawan. Semua tu adalah satu perkataan yg membawa makna yg sama. Selama lebih kurang 25 thn aku melalui kehidupan ini, kawan² merupakan salah satu daripada tulang belakang aku .Tanpa kawan², aku takkan menjadi seperti hari ini. Mungkin jugak aku takkan mampu berdiri seperti hari diri.. bila aku mengahadapi kesukaran, disaat semua org menghina dan mengata aku, disaat aku dipandang rendah oleh org sekeliling, kawan² aku yg sentiasa disisi memberi semangat, memberi dorongan..

Korang,
Bersempena bulan persahabatan ni,
Aku nak korang tau. Aku sayang korang sangat²..
Korang sumber kekuatan di saat aku lemah..
Korang suara aku disaat aku tak mampu untuk berkata apa²..
Korang mata aku bila aku tak mampu melihat dengan jelas..
Korang nampak kebaikan aku disaat tak de sorang pun nampak kebaikan tu..
Dan, korang tegur kalau ada kekurangan yg telah aku buat..
Korang GREAT!!!!!

Seribu Impian Disenjakala begini

Teringat kembali

Teman-teman lama dahulu

Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa

Sehati sejiwa

Tak mungkin ku lupakan segala

Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama

Rentasi rintangan yang ada

Tiada sempadan yang memisahkan

Kasih sesama kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina

Demi masa depan...

Tenggelam jauh dalam khayalan

Di buai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma

Teringat kembali

Di ketika bergurau senda

Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa

Bagaikan permata...

Setinggi langit biru, mimpi kita

Abadi selamanya...

************************************

Sahabat seperti tangan dan mata
Saat tangan luka, mata menangis
Saat mata menangis tangan menghapusnya
Selamat Bulan Persahabatan Dunia.....

p/s: Yin, kau ingat thn 2006. Kita tertonggeng, kita tersembam ketanah. Kita menangis, tak siapa yg tahu..

Sunday, August 3, 2008

rAkAmAN pRoGRaM rAYa "tERatAk siti"

Venue : Studio TV3 Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Program hiburan ini akan menemui penonton TV3 pada hari raya pertama, 1 Oktober 2008 pada jam 10pagi hingga 11 pagi. Rancangan ini turut menampilkan kakak dan adik Siti iaitu Siti Nursaida dan Siti Nursaerah.










p/s: Harus lah aku mengadap tv pagi-pagi raya nanti...

Thursday, July 31, 2008

pENgALaMaN


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salahsebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnyamenemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukurdengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yangterluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telahmencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yangtelah menyentuh hidup mereka.

aRMa wEDDiNg cOutURe

Semalam lepas balik kerja, aku jumpa Zura. Bukan saja jumpa sebenarnya. Zura nak pergi fitting baju kahwin dia nnt kat Arma Wedding Couture (Elly). So, dia ajak aku tgk² sekali kot² ada apa² yg aku berkenan kat butik tu untuk wedding aku pulak nnt..

Finally aku jumpa pelamin yg aku rasa cantik dan murah.. Ye la.. buat apa nak membazirkan?? Buat pelamin mahal². Tapi duduk ½ jam je.. pastu nnt dapat tgk gambar je la..

Walaupun ada yg kata,apa salahnya. Kahwin sekali seumur hidup.. Tetapi tetap tak berbaloi kalau buat pelamin mahal bapak giler melainkan org tu anak org berada..

Tapi kat Arma Couture ni, pada pendapat aku, pelamin dia cantik dan murah. Mekap pun cantik..