Wednesday, March 28, 2012

zOo NegARa

Aritu aku dapat sms dari Thrisha...

"Pet, kita bawa anak ko gi zoo nak ahad ni? Dah lama tak gi zoo sesejak dah tua bangka ni..Amacam?"

Aku reply... 

"Aku ok jeks..Auntie Tsha belanje"

So, hari Ahad tu, 4 March 2012, kami bertiga pun pergi lah membuat lawatan ke Zoo Negara..

Aku tgk Khaleef rileks jeks...cool jeks....
Aku ngan Tsha pulak yg macam buang tebiat tak pernah g zoo..
Wakakakakakakaka~

Enjoiceeeee the picture ye kawan²...Ahaks~
















Masa tgh lunch tu kitorg nampak suami Sazzy Falak kat restoren tu jugak. Tgh beli makanan..Kitorg cam bajet maybe dia ada show ke, ada photoshoot ke kat zoo tu..

Sekali esoknya aku try buka fb Sazzy Falak.. Aku nampak dia post gambar dia naik keretapi kat Zoo tu. Caption kat situ katanya "Bawa the twins jenjalan kat zoo with daddy"

Maknanya time aku nampak suami dia tu, dia mmg ada jugak la kat zoo tu kan? Kerugian sungguh!!~ Kalau tak harus amik gambar nak tayang kat uolls~












Balik dari zoo tu aku singgah umah mak.
Letak Khaleef kat umah mak sebab aku tgk dia pun dah kepenatan dah tu..

Yang sebenarnya aku ng Tsha nak merendek kat Tutti Frutti..
Aku tak moh la bawa Khaleef sbb dia nak tido time tu..Dah layu dah..
Lagi pun kejap jeks Mommy ber"Tutti Fruitti"
Tak sanggup tinggal buah hati lelama kat rumah..





Friday, March 16, 2012

cOsMo wORLD

Hari tu Berjaya ada buat BERJAYA FOUNDER DAY.
Oleh kerana aku adalah bekas..diulangi bekas.....Hehehehe~
Bekas pekerja Berjaya Group, aku pun gediks la melibatkan diri.
Lagipun dijemputkan? Harus la menonjolkan diri..

Hari tu Cosmo World dibuka pada org ramai.
Sesiapa yg ada voucher boleh la masuk dengan free nya..
Aku ni kalau benda free mmg laju jeks..
Tok sah nak ngata aku sangat, korang pun sama kan???
Wakakakakakakaka~

Aku pergi pon x de la intention nak main sangat..
Saje nak bawa si kecik ni jenjalan melihat dunia..
Isnin - Jumaat dah terperap kat umah jeks kan..
Kesian pulak.. So, weekend adalah masa utk anak teruna ku~~

Umat manusia punya la ramai..
Free kannnnnnn??!!~
Tak dapat main banyak permainan la..
Aku pulak x boleh tempat ramai² org ni..
Semakkkkk...Cepat jeks aku nak naik angin nnt..

Khaleef dapat la main 2-3 mainan.
Sayang pun dapat la main 2-3 mainan..
Khaleef pun dah kepenatan..
Pastu balik..................






Sebelum balik tu gi makan dulu.......
Aktiviti wajib tu..
Dimana jua anda berada..
Tgh² makan tu tergerak pulak aku nak toleh belakang..
Skali ternampak la si Puteri Sakura nih...
Perkara pertama, amik gambar...Post kat Facebook & Blog...




Thursday, March 1, 2012

cUti aRitU kAMi pERgi gENtiNg

Hari tu pergi Genting..Masa cuti 4 hari aritu..Cuti apa ek? Lupa pulak!!~
Tapi tak pergi main kat outdoor pon..Sebab public holiday, confirm pack..
Lepak² bilik jeks..Kitorg stay kat Awana Genting ~

Malam tu baru naik atas jenjalan Indoor.. Malam kurang sket org..
Dulu dah ada pengalaman naik atas time public holiday..
Pack giler..Ramai sungguh umat manusia... 
Mmg serik dah..Mmg takkan naik atas time public holiday pasni..

Korang tgk jeks la gambar yg ada..
Malas pulak nak menaip pepanjang nih..
Korang pon confirm nak tgk gambar jeks kan? Hahahahahaha~

Enjoiceeee!!~




Alaa...Gambar senget la..Lupa nak rotate siap² tadik..




Anak ngan Ayah buat muka comel ler konon!!~







Thursday, February 9, 2012

cUti-cUti mELaKa

Hari tu masa cuti CNY kami gi Melaka..
Aku, Sayang, Mak, Ibu Mertua ku & Adik² iparku. 7 Adults & 2 Babies~
Asalnya nak g Cameron. Tapi atas nasihat seorg teman yg mengatakan time public holiday adalah lebih baik kalau tak naik Cameron, sbb Cameron confirm pack!!!!!~ So, kami pun tukar plan g Melaka.

Kami gerak dari KL pagi dalam kul 9.30am camtu..
Sampai Melaka kul 11am terus g Dahtaran Pahlawan. Lunch kat sana~
Sbb check in kul 2pm.

Pas lunch tu kami jenjalan dulu kat Bandar Melaka ni..
Dah kul 2.30pm camtu baru kitorg check in hotel sebab 2 hero comel kami dah keletihan..
Kesian kat diorg..

5 minit jeks pon Bandar Melaka ngan hotel yg kitorg tinggal tu.
Arenaa De Luxe Hotel~
Hotel dia ok la..Sangat ok..
2 stars!!~ Tapi cantik dan bersih

Balik tu, check out kul 12pm.
Sebelum masuk Tol Ayer Keroh tu kami singgah Taman Buaya..Huhuhu~
Teringat zaman² sekolah dulu cikgu buat lawatan ke Melaka..
Last aku masuk Taman Buaya, Rumah Hantu ni semua masa aku Form 2, Tahun 1997

Ok!!!~ Enjoice the picture ye uolls~





Gembiranya anak mummy dapat breakfast ♥


Lobby Hotel











Thursday, February 2, 2012

kARaOkE sEsSioN witH cOuSiN

Sabtu lepas, before CNY tu, sepupu² aku ajak g karaoke..
Tak pernah karaoke ngan aku katanya..
Kannnnn???!!~ Aku pun rasa cam tak pernah karaoke ng diorg..
So, apa salahnya.. Lagipun semangat lain macam sket kali ni.
Sebab angkut dak kecik ni sekali..Hehehehe~
Yes, Khaleef ikut kami g karaoke ye aritu..

Bukan main lepak lagi korang ek..
Khaleef & Dua pupu, Syawal~





Tetappppppp nak pandang kamera hokehhh!!!~
Ikut sapa la nih..Ahaks~
Nyanyi lagu sedih sangat la kononnya nih!!~


Syawal dah dapat mic, langsung tak nak lepas..
Kami gilir² jeks pakai satu microphone..

Sukanya anak mummy nih!!~