Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, April 2, 2014

tUtUp mAtA. tAHaN aiR MatA




Segala rasa cinta, kasih & sayang yang pernah awak hamparkan kepada saya, saya sangat menghargainya. Segala kesakitan yang awak bagi sekarang umpama satu umpitan racun. Awak pergi tanpa kata, tanpa sebab. Kepala saya sakit memikirkan kenangan kita, bila teringat awak.

Tutup mata. Tahan air mata.

Siapa suruh awak masuk ke hati saya? Saya tak pernah minta pun. Hari-hari saya sekarang, saya lalui dengan semangat yang kental tanpa tangan awak. Sata senyum, beri harapan palsu untuk diri sendiri bersandarkan cerita kita dulu. Saya tak sanggup sebenarnya. Tak sanggup mengakui yang saya dah takde dalam hati awak.

Kalaulah semudah ini awak lupakan saya, baik jangan kenal saya langsung. It will hurt less if we don't meet at all. Saya tak menyesali takdir. Tapi saya sakit. Sakit sangat.

Hari ni saya stalk awak lagi. Awak nampak gembira. Hidup awak sempurna kan sayang? Maaf kerana kehadiran saya mungkin merimaskan awak. Cinta saya mungkin menyesakkan dada awak. Kata-kata saya mungkin meloyakan awak. Sampai awak sanggup pergi....................... Tinggalkan saya. Membiarkan saya sendiri. Takpe, luka ini akan sembuh sendiri. Saya dah biasa dah. Saya tahu, it will just take sometime. Not some time maybe, its forever. It take forever to forget you.

But..... I have no choice. I will let you go. Terima Kasih :'(