Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Friday, May 29, 2009

LeMbU pUNyA sUsU, sAPi yG dAPat nAMa

Barcelona Win cup Champions league 2008/2009


Seawal Barcelona dapat pergi Final, aku dah pesan dengan sayang, “jgn perasan nak gi tgk Final kat luar eh..tgk kat umah jer”

Dan dalam seminggu kebelakangan ni sebelum final pagi semalam ,sayang dok pujuk aku nak gi tgk final kat luar.. Tgk kat umah x de suasana katanye. Aku kata “ No Way”

Tapi kelmarin, on the way balik rumah dari kenduri tahlil itu, sayang cakap “Sayang..bg la pergi eh..Nanti saya………”

ooo…sayang nak umpan saya eh…Jgn harap saya termakan umpan saya tu”

“Betul!!! Kalau sayang bg saya pergi tgk luar hari ni, nnt saya spend RM***** kita gi shopping barang sayang”

Wakkkkkkk…mata aku juling sudah. “Terpedaya istana kaca..Terkesima kata mulia"..wakakaka~ Terus aku kata OK …wah…sangat materialistic ke aku?? Ada aku kesah? saper lagi nak perabih duit suami kalau bukan isteri kan? kan? kan?

Lagi² BARCA dah menang 2-0 dengan MU….harus ku tuntut okeh!!

Thursday, May 28, 2009

bARcA cHaMpiOnS!!!!! woohooo~



Sebelum aku memulakan entry hari ni, apa kata kita sedekah kan Al-Fatihah buat makcik mak aku yg telah pergi menyambut seruan ILAHI pagi semalam – AL-FATIHAH –

Yang kedua, hari ni genap 2 bulan aku menjadi suri hidup MOHD KHAIRUL NIZAM – Till end do us apart -

Let’s start the entry

Pagi tadi sayang pergi tgk Final UEFA Champions League kat luar. Aku benar kan. Sbb aku tau sayang ni penyokong kuat BARCELONA. Pagi tadi BARCA vs MU

Sayang balik dekat kul 6 pagi x silap aku. Aku perasan sbb aku terasa pintu bilik terbuka. Bila sayang datang dekat aku, soalan pertama aku “ Kalah ke menang”

“Yes!!!!! Menang 2-0”

Wooohooo~~~ Sungguhpun aku bukan peminat bola, tetapi macam aku cakap sblm ni, sayang suka, aku pun suka. Dan aku suka sbb BARCA menang..wooohoo~

Kepada penyokong² MU yg pernah mendabik dada, kononnya BARCA menang nasib dengan Chelsea aritu,Beza aggregate je, MU pernah kalah kan BARCA last year 1-0, MU menang dengan bergaya mengalahkan Arsenal 3-1 dengan aggregate 4-1…huh!!!! Pagi tadi, membuktikan, BARCA menang bergaya menundukkan MU dengan 2-0...wakakakaka~ Lu pikir la sendiri..Fuh!!! Excited aku ni..

AIZAT…THIS ENTRY IS NOT FOR YOU...AWAK BAIK KAN...TAK PERNAH KUTUK² BARCA KAT DEPAN² KITA KAN. …WAKAKAKAKA~ JGN MARAH AIZAT. REZEKI BARCA LA PAGI TADI..huhuhuhuhu~ LUCKILY KITA TAK BET KAN? ; P



Kain rentang ni la teman aku tidur semalam sbb sayang keluar tgk bola…wwuuuaaaaa!!!!!!




P/s: Telah berlaku provokasi di lokasi apabila penyokong² MU menyejek nama “messi arr…messi arr” – menggunakan slanga cina bukit. Ingat penyokong BARCA nak diam? “Sapa yg beli mafla MU tu esok gi kerja boleh buat spender” wakakakakaka~ terdengar lagi suara² sumbang seperti “ Ronaldo harap muka je hemsem, tp dah x reti main bola.Main p*****r boleh la”..dush..dush…pergaduhan pun terjadi… SAYANGKU TAK TERLIBAT OK!!!!!

Tuesday, May 26, 2009

a.gAgAk???!!!!! sAPeR tU?

Semalam balik kerja, baca suratkhabar.. Aku baca Kosmo, Sayang baca metro. Aku ni tak boleh tgk sayang tu dok diam², aku mesti nak sakat dia. Aku terfikir, nak sakat aper eh?? Hah!!! Aku gi page belakang sekali bahagian sukan,paper kosmo semalam ada benda ni…..



Aku pun mula sakat sayang, “Sayang, tgk ni apa messi kata. Dia takut ngan Ronaldo tau..huhu

“Eleh..tgk pulak la apa Ronaldo cakap. Dia pon takut ngan Messi.”

“Eleh..dia cakap je tu, sebenarnya Messi celah gigi dia je sayang”

“ Tolong sket!!!! Tgk apa messi cakap, kalau diberi peluang, dia akan mengambil kesempatan itu dengan baik. Kalau diberi peluang…Ingat Messi nak bg dia peluang??”

“Tak bg peluang pun Ronaldo mesti pandai cari peluang punya. Sayang tgk la malam esok”

“ Tak akan dapat punya. Ronaldo sendiri kata Messi tu bahaya”

“Eleh…ok, kita bet!!! Esok malam kita keluar, tgk final. Tapi saya nak dok ngan budak² MU. Kalau MU menang, saya nak buka sticker Barca kat kereta tu, ganti ngan sticker MU”

Sayang dah sakit hati la tu.haha~ Malas nak layan aku lagi. Dia geleng kepala “Macam ni la perempuan. Tak tau apa² pasal bola, tetiba nak suka org tu sebab hensem”

Wakakakakakak~ kan aku dah kata sayang dah sakit hati tu..woohoo~

Aku tanya sayang “Dah mmg Ronaldo tu hensem. Kan?? Kan?? Kan??”

Huh!!! Hensem aper. Dari Ronalo, baik A.Gagak. Lagi hensem”

“Hah???!!!! Sapa apa A.Gagak?”

“Alah…yg main cerita gerak khas tu”

“Itu A.Galak la…wakakakakakkakaka”

“ooo..eh????”


Terbantai gelak la aku kat situ. Wakakakakakaka~ saper yg kenal aku, tau la aku gelak macam mana? Terkekek-kekek aku dibuat nyer.. Akhirnya, misi aku nak menyakat sayang tercapai..
Sayang..sayang.. Kelakar la sayang ni.

That’s my hubby. My other half. My Soul. My Happiness. My Sadness. I love you sayang!! Apa² pun, A.Galak ok…bukan A.Gagak..wakakakakakakakaka~

Monday, May 25, 2009

mAzE & siti - aNgLes & dEmONS – bODy sHoP

Hari Jumaat aritu aku menggedik ngan dak ex-officemate aku.. Maze & Siti. Balik kerja, dalam kul 9.00pm cam tu, diorg sampai amik aku kat umah mak mertua. Tapi tu la x amik gambar la pulak.. Aku ni lembab la sejak dah kahwin ni.. x macam dulu, asal ada benda yg buat je, sure amik gambar punya. Skang ni bila dah selesai, baru terfikir “alamak…x amik gambar la” hampeh!!!

Hari Sabtu malam pulak, aku ngan sayang gi tgk movie ANGLES & DEMONS. Kitorang tgk Mid-Night show punya. Bosan dowh…aku x minat tgk cerita cam tu..wwwaaarrgghhh!!! ngantuk aku.. Tapi demi suami tercinta ku gagahi jua..ehehehe~



Hari ahad pulak aku gi sg wang. Sb aku nak pergi Body Shop.. Body Shop ada buat sale..Sale tu sampai 14 Jun 2009 sebenarnya, tapi untuk members sampai semalam je & get additional 10% . Aku beli Loose Powder (np: RM55), Lip Gloss (np: RM39) ngan Blusher Limited Edition (np: RM79.9). Kos sebenar barang² tu ialah RM173.9. Tapi aku enjoy the discount + additional 10%, maka kesemua barang diatas hanya berharga RM97.40 woohooo~ murah x murah tu u uollsss??

Aku tak tepek gambar eh sebab barang tertinggal kat umah mak aku,aku kan dok ngan ibu mertua ku. Huhu~~ Yea!! Yea!!!! Esok gaji..




Friday, May 22, 2009

BERtANDaNg ~4 aPRiL 2009~

Isk isk isk… kesian.. disebabkan keghairahan aku yg terlampau nak share cerita honeymoon ngan korang, baru aku perasan yg aku tertinggal nak post entry bertandang aku.. Huhu~ Hari ni baru lah aku teringat..

Meh la, korang layan je la gambar²ni.. Cam dah basi pulak..wakkkkkk!!!! ada aku kesah?? :p



















Thursday, May 21, 2009

bOHsiA tU Mmg bEst dOwH


Semalam aku pergi tgk wayang with my so called sister. Kak Hanim..Al-maklumlah org tak de kakak kan? Tumpang gedik kat kakak org lain…wwwwuuuaaaa!!!!

Asalnya kitorang nak tgk citer ANGLES & DEMONS. Tapi ntah cam mana bila sampai sana, tarikan BOHSIA tu cukup kuat. Akhirnya kitorang tgk lah citer bohsia..Walaupun agak ketinggalan, tapi ada aku kesah??!!! Wakakakaka~

Citer ni best dowh!!! Serious best!!! Nanti aku nak jadi BOHSIA jgak..wakkkkk!!!!! terlebih sudah~

“kau tu buat penyedap dia je”

“eh..kau tu bukan penyedap ke? Lagipon, aku mmg sedap pon”

“wak luuu”

Aku mmg suka tgk movie tau.. Tak kisah la citer apa² because my hobby is movie

Aku dah lama nak tgk citer ni. Tapi sayang x minat tgk wayang..hampeh!!!! sejuta kali aku ajak tgk wayang, dua juta alasan dia bg. So, sapa nak teman aku tgk wayang pas ni???!!! Woohoo~
Kalau aku nak jadikan Syamsul tu laki angkat aku, rasa²nya dia sudi tak?? Larikkkkksssss….

Jom tgk sikit sedutan BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM

Wednesday, May 20, 2009

cORntOz


Korang tgk apakah aktiviti aku semalam.?

Aku tak tau nak buat ape..

Menumpukan 100% kat kerja pun bosan gak kan?
wahhh!!! berani..mentang² bos jenguk blog ni..confirm ke?

Bosan seh!!!

Semalam aku tak update blog sbb dah kekeringan idea. Kalau tak boleh jugak layan komen² korang kan?

Facebook aku pulak cam slow je semalam .

Adeh!!!! Ini la akhirnya.CORNTOZ..ahahaha~

Nampaknyer Twisties dah ada pesaing ye..

Rasa dia cam Twisties yg coklat tu jer.





p/s - wah...1st time aku masak kat umah mak mertua ni ..uhuhuhu~ kalau sayang tu aku x kisah sangat. Dia dah biasa makan masakan aku. Ni nak masak untuk mak mertua, bapak mertua & adik² ipar ku..oh!!! apakah nasib aku. Sebelum diorg menjamah tu, terkumat kamit aku berdoa supaya xde cacat celanyer kat masakan aku dan Alhamdulillah...Licin beb..wakakaka~ -gambar aku x amik ek. Kang pelik pulak pak mertua aku"apahal pulak menantu aku amik gambar lauk lak ni"..wakakaka`` tapi, sila lah percaya yg aku masak semalam..ehehe ;P

Monday, May 18, 2009

kAu sAyANg kU


Aku sangat suka baca novel..Antara novel yg aku pernah baca KAU SAYANGKU, tulisan BIKASH NUR IDRIS. Antara synopsis novel tu -

“KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri. Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?”

Tapi serius aku x tau novel tu telah diadaptasikan menjadi semua drama. Sampai la last week aku jenguk blog cik amy kita, baru aku tau novel tu dah jadi drama. Sangat ketinggalan kan aku??Walhal cerita ni dah ditayangkan akhir thn 2008 airtu.. Al-maklumlah, aku ni bukan org yg into TV sangat.Apa² pon drama yg diadaptasi dari novel ini bertajuk DARI MATA ARISA. Fuh!!!!dengan bangganya bermula lah episode aku x makan time lunch sebab dok tgk cerita DARI MATA ARISA. Best²!!! Aku suka citer ni sbb aku suka novelnya. Tapi aku baru tgk sampai episode 9...Another 31 episode to go..huhu~~


















Bagi yang nak baca tentang drama ini boleh lah berkunjung ke link2 berikut. ada byk gambar2 menarik :) - mycelebritynews, hmetro, mstar, budiey, alaf21, bikashnuridris, prolog


photo credit to - budiey

Friday, May 15, 2009

aKu riNDu

Semalam masa aku tgh kemas² file² aku, sekali aku ternampak benda ni kat tempat aku letak kertas² terpakai. Korang tau x aper ni? Saper yg dapat kad kahwin aku aritu mesti tau kan? Ini kertas nama² dan alamat korang...wuuuuaaaaaa!!!!! aku rindu~ aku teringat masa aku dok kalut nak pos kad² kahwin aku...aku rindu semua during my wedding preparation aritu, aku rindu semua...





- aku rindu nak survey² website/blog/fotopages cari photographer, cari wedding package, cari make-up artist, cari fesyen baju pengantin bla...bla...bla...- aku rindu menunggu quotation dari pelbagai pihak
- aku rindu rasa berdebar menunggu jadi isteri orang makin dekat tarikh, maki laju debaran dada ini
- aku rindu rasa cuak takut xde orang nak datang majlis aku
- aku rindu nak membelek majalah pesona pengantin, ratu sehari, bride guide & whatsoever
- aku rindu ngan wedding outfit aku
- aku rindu Jln TAR, Semua House
- aku rindu suasana sibuk-sibuk, hiruk pikuk kat umah sebelum majlis
- aku rindu nak menitiskan air mata sebaik saja aku bergelar isteri MOHD KHAIRUL NIZAM
- aku rindu nak tersenyum puas bila majlis dah selesai
- aku rindu suasana bila ramai saudara mara dan kenkawan berkumpul
- aku rindu nak senyum perasan cantik bila orang ajak bergambar
- aku rindu bila org treat aku cam puteri
- aku rindu nak dok atas pelamin
- aku rindu nak bukak hadiah bebanyak
- aku rindu mak andam aku - Zirin
- aku rindu make up artist aku - Freda Lestari Putra
- aku rindu pelamin desinger aku - Arma Couture

Aku rindu SEGALANYA...

wwwwuuuuaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Thursday, May 14, 2009

hONeYmOOn - fiNaL pARt : cABLe cAR & tELagA tUjUh

Ok² this is the final part... sila jgn bosan. Pasni dah takde dah episode bulan madu kami.. tunggu next honeymoon pulak..


Day 3 tu, lepas ke Underwater World, kami bergegas ke Cable Car pulak.. Pagi tadi dah pergi, tapi hujan la pulak.. So, cable car ditutup kerana cuaca kurang memuas kan.. tu yg ptg tu kami gigih jugak ke sana sbb esoknyer dah nak balik…wuuuuaaaa!!!! X nak balik~


Kat sini ada Animal Farm.. Ala....animal dia pon aper je? Pelanduk ngan arnab jer..eh, pelanduk ke tu?? Tapi aku x amik gambar arnab ye…Malas!!


Dari sini leh Nampak cable car tu nak naik atas..tu yg lagi buat excited tu..
















Tetiba aku ternampak signboard dang wangi daaaaa….bole??


It’s the time to Cable Car..Yea!!!!!




Tgk la muka aku cam terpaksa senyum..sebenarnya dalam hati Tuhan sajer yg tau betapa kecutnyer paru² aku..wakakaka~


Bila dah naik tinggi sket, kami nampak telaga tujuh dari cable car tu


See!!! sangat cantik kan permandangan dari atas ni..

Nampak tak nun di bawah sana tu station cable car ni..Nak tinggi daaa...makin kecut perut aku


Indahnyer ciptaan Tuhan.. Yg dua pulau kecik tu pulau buatan ok

Dah sampai destinasi pertama cable car


wah!!!!!! tersangat lah cantik nyer..


Second trip...Nak ke tempat yg lebih tinggi..wakkkkkk!!!!



Tgk!!!! tgh hari tadi kan hujan, kabus tebal masa kat atas. Amik gambar pon x nampak aper2 permandangan kat bawah nun..







Nak turun dah.. Bye Gunung Macinchang!! Gunung yg melindungi angin dari terus menuju ke bumi Langkawi.




Naper muka mamat ni seposen???!!!wakakaka`





Telaga Tujuh. Aku sampai kat air terjun dia jer ok.. Itu pon setengah mati aku daki bukit..wakakaka~ tapi sayang sampai ke telaga pertama..budget jumpa puteri bunian tgh mandi la tu??? ceh!! huhu~



Wednesday, May 13, 2009

pERiNgAtAn pERiStiWa 13 Mei 1969

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.

Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini sebenarnya tidak dirancang.

Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana marah dengan kelakuan kurang ajar Gerakan. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Tetapi rupa-rupanya, ada di anatra mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.

Bermula jam 4.00 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya juga dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina dan pemuda Cina ini pula lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer turut dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer ketika itu dikatakan adalah seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mula mengamuk bila merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Pentadbiran mula diambil-alih oleh Askar Melayu.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei

Monday, May 11, 2009

hOnEYmOOn - pARt 4 : uNdERwAtER wORLd


Day 3, Rabu - 29 April 2009 lepas je lunch kami terus berangkat ke Langkawi Cable Car. Niat dihati nak naik Cable Car la konon, tapi sampai sana jer, hujan turun dengan selebat²nya.. Dah sah² lah tak bole nak naik cable car kan? Makanya, aku dan sayang pun tukar fikiran nak ke Underwater world dulu.. Plan asalnya nak gi Underwater world ni ptg² sket sbb underwater world ni dekat dengan Pelangi Beach Resort, tempat kami stay tu. Tapi dah x leh nak naik cable car tu sbb hujan, x kan nak tunggu pulak, so kami ke "Dunia Bawah Air" wakakaka~

Korang tgk je la gambar² ni eh.. Aku dah x de idea nak membebel aper lagi..wakakakaka~ Korang pon mesti cam dah bosan kan aku asyik update pasal honeymoon jer..huhu~~



My Idol - Tun Dr. Mahathir -

Ni semua menantang aper ntah. Aku pon tak tahu..huhu~
















Friday, May 8, 2009

hONeYmOOn - pARt 3 : kOtA mAHsURi & dAtARaN hELaNg

Ok..Mari kita sambung balik ceritera fantasia bulan madu aku..huhu~


Hari kedua, belah pagi kami dah pergi Island Hoping, tgh hari tu balik kejap mandi², bersih kan diri dan ........ wakakaka~ Petang tu dalam kul 4 cam tu, kami keluar balik menujuke destinasi yeay!! yeay!! Kemana kawan²?? Ke Kota Mahsuri


Fuh!!!! serius best gi kota mahsuri ni... tak tau la, cam ada satu tarikan tau.. Ye la, selalu aku tau basic je sejarah Mahsuri ni. Biasa yg aku dengar Mahsuri ni cantik dan dicemburui oleh kaum wanita di kampungnya. Suatu hari dia telah difitnah dan dijatuhi hukuman sampai mati. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia sempat bersumpah bumi Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur..


Itu yg basic yg aku tau. Tapi bila aku dah gi kota mahsuri tu, macam² yg aku tahu.. rupanyer macam ni,rupanyer macam tu..Nak tau lagi dan lagi..best!!!!






Kawasan ni tak leh masuk. Tak tau naper. Aku zoom gambar ni dari luar jer




Yang atas ni rumah Panglima Hitam. Aku tak masuk
Yang ni pulak rumah Pandak Mayah iaitu bapa Mahsuri





Potret yg tergantung di dinding rumah


Nama kediaman Pandak Mayah tu, Teratak Sri Mawat

Telaga Mahsuri
Dah selesai kami jelajah Kota Mahsuri tu, kami ke Dataran Helang (Helang Square) pula


Cantik kan gambar ni. Ada mat saleh tu offer nak amik kan gambar kami. Dia dari Paris. Hensem!!! huhu~~