Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, September 30, 2009

sUSu kAMbiNg - HIGOAT

Hello peeps….

Hari ni aku nak memperkenalkan korang denagn susu kambing HIGOAT keluaran HR Marketing..

Kepada sesiapa yg alah pada susu lembu atau yg ingin mencuba susu kambing.. HIGOAT adalah yang terbaik selain khasiatnyer yg mengatasi susu lembu..

Tak de bau kambing okeh!!! Huhu~

KELEBIHAN HIGOAT

• Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu

• Kaya dengan protein, enzim, mineral & vitamin yang penting untuk kesihatan

• Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, demam kuning, asma, sukar tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain, masalah buah pinggang, lemah tenaga batin, awet muda dll.

• Menguatkan sistem imunisasi paru-paru, juga bersifat anti-arthritis(inflamasi sendi)

•Menyeimbangkan kandungan gula dan darah•Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri

( Pertama di pasaran Didatangkan dalam bentuk serbuk, tiada bau, tiada bahan awet dan enak rasanya.)

Harga pasaran:RM36.60 (SM), RM 41.60 (SS)
Untuk mendapatkannya boleh hubungi aku – 016-3066621
Digalakkan menjadi ahli – harga ahli RM29.90


Selain daripada susu kambing HIGOAT, another killer dari HR Marketing is SPYHRU. Ia adalah kopi spirulina + susu kambing

- Sesuai untuk semua peringkat umur

- Kombinasi susu kambing, kopi, koko, krimer bukan tenusu dan spirulina (yang diternak secara persendirian beserta jagaan yang rapi)

- Minuman ideal penjana kesihatan membantu proses pembuangan toksin, tingkatkan sistem imun, anti oksidan, mengurangkan risiko kanser, tingkatkan stamina, tenaga & membekalkan bekalan pelbagai vitamin & mineral kepada tubuh


Aku pun minum susu kambing HIGOAT tu ok.. Enak gitu..Ni ha tadi aku bawa 5 paket gi office buat stanby kat office..huhu~

Banyak lagi produk keluaran HR Marketing seperti, Produk penjagaan badan, Produk penjagaan kulit, Produk penjagaan rambut, Produk komestik & Produk makanan dan kesihatan,

Sebarang Pertanyaan Mengenai Produk dan Harga, korang boleh tanya ngan aku

p/s :- Harga susu kambing tu RM36.60 kan? Kalau korang tambah lagi RM3.40 = RM40, korang boleh dapat susu kambing dan secara automatic korang akan jadi ahli HR Marketing..Lepas tu korang dah boleh dapat kan HIGOAT dengan harga RM29.90. So, what say u? Berminat? Sila hubungi ku – Nurmala Mazlan – 016-3066621

Monday, September 28, 2009

sEsUci LeBaRaN ‘09

Salam Uolls…
Selamat Hari Raya..

Meh sini.. Aku nak cerita cerita aku di hari raya pertama sebagai seorg isteri mithali..wak!!!! Mithali ker??uhuks~ Tahun ni aku beraya kat umah mertua tau.. tgk!! Mithali x aku? Aku dahulukan suami terchenta tau..huhu~

Pagi² raya tu, tgh aku dok siap² panas kan lauk bagai, belum pun mandi sunat hari raya, tetiba handphone mak mertua ku berbunyi msg..tet tet~ tet tet~ Pastu mak mertua aku cakap “ Mak we lama Khairul msg”..wakkkkkkkk!!! Apakah?? Sb baik la pagi raya kan.. Tak jadi la aku nak meroyan..ehehehe~

Hah!!! Meh sejuk kan hati dengan makanan di pagi raya..




Seperti biasa lah.. Macam org lain² beraya jugak.. Lepas sembahyang raya tu, Kami bermaaf²an la sesame kami.. Aku ni sgt sentitive okeh.. Adik² ipar aku bersalaman siap tawa² lagi.. Aku lak leh tangkap leleh.. Cam bangang je aku rasa.. Aku sorg nangis..wakakakaka~

Lepas kami sekeluarga beraya, kami beraya kat umah nenek sayang pulak. Umah sayang tingkat 2, umah nenek dia kat Ground Floor je..Dah bersalaman, dah beraya ngan nenek, ngan makcik², pak cik² sayang..Kami pun berangkat pulang ke kampong ku.. Dimana?? Kampung Pandan cikgu…wuaaa!!! pandai…

Raya pertama dan raya kedua kitorg x kemana..Lebih banyak berehat..

Raya ketiga kami ke rawang, pastu terus ke Batu gajah.. Tak plan okeh nak gi batu gajah tu.. Tetiba dah sampai Serendah baru la plan “Jom gi Batu Gajah” Kalau x plan mmg selalunyer menjadi kan?

Hari raya keempat, kami balik kg ayah sayang kat Kuala Selangor.. Balik tu, maki round² beraya KL je..















Malam hari raya keempat tu baru ak balik semula ke umah ibu mertua ku..uhuks~ Balik² je..Lom panas pon bontot aku, aku dengar lagi satu berita gembira “Nnt makwe lama aKhairul tu nak dtg beraya kat umah.. Boleh ker?” wakkkk!!! Gembirakah aku? Aku gembira kah?? Hampeh~
Then, what do you expect me to answer?? Uhuks~

Akhirnya sayang yang jawab “ Cakap la kita x de kat umah..’

Ibu kata “Dah kita ada kat umah. Takkan nak tipu”

Sayang cakap “Hah!! Kalau dia nak datang jugak, nnt kita kua sampai malam.. Dia dah berambus balik, baru kita balik?” huh!!!??

Bukan pagi raya tu baru bermaafan dengan ibu ke sayang?? Wakakakaka~ “Sesuatu yg tak disangka.. Seringkali mendatangi kita”

Betina tu pun x tau malukan.. Nak datang beraya pulak.. Bangkai.. SELAMAT HARI RAYA..MAAF…..malas aku nak minta maaf zahir batin kat betina gam**** itu..huhu~

Dan hari ini, Isnin, 28 September 2009, aku secara rasmi nyer start kerja..wuaa!!! malas la weh~ mood cuti masih menebal di dalam diri ini..ahaks~

Friday, September 18, 2009

sALaM aiDiLfitRi ‘09

stiCKy mOdE
Salam dihulur, maaf ku pohon buat semua rakan²

Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
Ingin meminta maaf sekiranya ada:-


TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^


WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA &
HaTi TeRsaLaH MeNDuGa.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :-
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN..
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Katak kenyang lalu tertidur
Gajah pitam lantas terjatuh
Andai tak sampai tangan menghulur
Ku pohon keampunan dari jauh.


Raya tahun ni REZEKI melimpah2..jadi terima lah duit raya dari ku..Jangn membazir lak..cukup rasanya sampai raya tahun depan ni.. Hehehe..


hALf dAy..wOoHoO~~

Saya, Nurmala Mazlan, sebagai penyimpan mohor² besar bagi blog :: a gift fRoM hEaRt :: ingin mengumumkan bahawasanya diri ku kerja halfday hari ini kerana semalam diriku dapat email yg berbunyi:-


Dear All,

CEO has declared that office hours ends at 1pm, tomorrow (18/09/2009).


On behalf of Zainudin.



Cheers,
Meng Chee


Tradewinds Plantation Berhad
22nd Floor, Wisma Zelan
1 Jalan Tasik Permaisuri 2
Bandar Tun Razak
56000 KL

Thursday, September 17, 2009

mACaM mANa aKu tAk hANgiN



Korang tgk!!! Macam mana lah aku tak hangin satu badan.. Org sibuk² nak raya, buat preparation nak raya..Sayang boleh pulak sibuk ngan Jersi Barcelona dia ni..Adeh!!!!

Baju tu baru dapat yg sebenarnya.. Sayang gi hantar tulis nama ngan nombor kat belakang Jersi tu.. Pastu nak tayang² kat aku la pulak kan~

Tapi nasib baik bila aku tanya, “ Apasal no.12 pulak?”

“Birthday sayang kan 12hb”

Huhuhu~ seb baik kan..

Apa² pun pagi tadi Barca seri 0-0 dengan Inter-Milan.. Ye la.. nak raya kan.. 0-0 la..ahahaha~

Tuesday, September 15, 2009

bERbUkA di sRi MeLati pALaCe

Salam Uolls..
Hari Jumaat hari tu aku berbuka puasa kat Sri Melati Palace dengan rakan² sekelas aku masa sekolah dulu.. Best kan sesekali berkumpul cam ni..huhu~

Pastu hari Ahad pulak, aku kuar berbuka dengan geng² aku..Wah!!!! cam geng apa pulak kan.. Kami satu group masa sekolah dulu.. Apa², susah senang bersama..eceh!!!! Tapi betul tau weh??!!!

Konon nyer nak berbuka kat Cozy House hari ahad tu, tapi tidak kejadian.. Nak Sri Melati Palace jugak.. Gasak la aku dua kali makan kat sana…ahahaha`

Seb baik makanan sedap.. Butter Prawn dia terbaik….Bak kata Thrisha, “Bole take away tak?”

“Mesti la bole”

“Itu kalau aku bawa balik rumah tu, baru syok makan”

“Aha..mmg la..kepala² udang tu kau boleh gigit kan??”
wakakakaka~

Alice pulak suka D/F Kangkung tu.. Dia kata “ Lain kalau kalau datang sini lagi, D/F kangkung tu order 2 pinggan”. Wakkkkkk!!!!
Apa² pun, kedua² hari tu mmg happening.. Bila lagi la nak jumpa korang² ni kan..

Ayam Pandan
D/F Kangkung


Butter Prawn

Jumaat & Ahad menu yg sama okeh.. hahaha~
Yang berbaju kurung ni dah tentu la hari Jumaat kan




Haa….yg ni Hari Ahad

Hari Jumaat tu aku dah membujang, hari Ahad aku bersuami okeh

Mummy & Mummy to be
Tiga dara pingitan..wakkkkk!!! Dara kah??

Monday, September 14, 2009

sEMpENa hARijADi kU

Salam Uolls…

Di sini..dengan bangga nyer..Aku nak memberitahu sekelian alam.. Hari Sabtu lepas birthday aii ok..ehehehe~ Alhamdulillah.. Aku masih bernafas sampai ke hari ini..Semoga hari ini lebih baik dari semalam & semoga masa depan menjanjikan yg terbaik buat aku..AMIN!!!!

Hari Jumaat tu,sblm aku balik, aku jumpa Yuzz9071..kerana??? ….. Biarlah rahsia..wakakakaka~ Pastu sempat dia bg kek ka aku ok.. Terkejut aku.. “Mala, esok birthday kau kan. Aku x tau nak kasi apa” Wakkk!!!!!! Thanks yus..muahXXx~ SEDAP!!!!!


Pastu hari Sabtu nyer pulak..Aku gi Time Square ngan sayang sbb aku ada make over..huhu` Haritu aku beli barangan cosway.. Ada promotion kalau beli RM200 above, dapat free makeover.. Kebetulan tarikh amat sesuai sekali 12 September 2009 which is my birthday...So, mak gedik ok….ahahahaha~

Ini lah sekitar penggambaran aku hari Sabtu hari tu..wakakakakak~ sila jgn muntah

Gambar aku sedang disolekkan x de la.. sebab cameraman aku gi main game..ahahaha~




Korang tgk la muka ku selepas di make over.. Aku tanya “sayang, cantik tak?”
Korang tau sayang jawab aper? “Cantik apa.. cam Pontianak je saya tgk”
Huh!!! x romantik langsung En. Suami.. Lelaki lain kata saya cantik baru sayang tau.. =p


Inilah gambar yg sudah di touch up..gasak la korang kena tgk muka aku kan


Selepas aktiviti solek-menyolek.. sayang kata sempena birthday aku dan hari raya yg bakal menjelma ini, dia nak belikan aku kasut..Sayang tanya aku nak kasut apa? Aku sajer cakap aku nak kasut ALDO… ahahahaha~sbb haritu sepatutnya aku nak buat kasut ALDO as my kasut hantaran. Tapi masa aku cari tu x de size la pulak kan, So aku sajer la minta masa birthday ni..Sayang belikan ok…lalalalalalala~





Naik giler aku tgk kasut² ni tersusun cantik.. Nak² pulak ada sales.. Great deal lagi you!!




Tada............ ♥♥♥

Friday, September 11, 2009

sRi mELati pALaCe

Salam kawan² ku sayang..ahahahaha~ sila jgn muntah eh pagi² Jumaat ni..


Aku sebenarnya nak bgtau korang. Ptg karang aku akan berbuka puasa sini……..


Dengan rakan² sekolah aku aka rakan² sekelas aku… Diorg arr ni.. nak berbuka, nak jumpa, nak tgk wayang, nak karaoke… “Mala, kumpul budak²..kita keluar sama²”


Wakkkkkkk!!! Korang ingat aku apa arr… Kalau aku kumpul², semua dapat join ok la..puas hati..Tapi aku bengkek kalau aku dah call² bagai nak giler.. Tiba hari kejadian, “Mala, sorry la..hari ni x dpaat join korang” Huh!!!! Letih beb~

Takpe…korang tunggu entry seterusnya nnt ye aku update pasal berbuka puasa ptg ni..Insyaallah~Setakat tadi ni.. 7 org dah member kata persetujuan.. Kita lihat sapa yg kena.. Samada mmg 7 org yg dtg, atau sebaliknya.huhu`






Wednesday, September 9, 2009

bAjU RaYa

Hari tu aku ngan sayang gi Jalan TAR cari baju raya..umat manusia punya la ramai.. Aku ngan sayang pulak jenis x tahan nak bersesak².. Terus kami membawa diri ke Semua House..Fuh!!!!!!!!lega…
Sayang tanya aku thn ni nak baju kaler ape.. aku kata aku nak kaler ………. Ahahaha~ ok..cari kaler tu.. jgn pandang kaler lain okeh..kalau tak harus semua kaler aku nak..
Cari punya cari punya cari… masuk satu kedai ni.. mak aiii..baju dia lawa² beb…aku x cari baju kaler lain dah… Aku terus cakap ngan akak tu “saya cari baju kaler ………..”
Ok..dah fitting sumer..dah alter apa yg patut..sattle!! dapat pon baju raya aku thn ni.. Senangkan kalau pergi membeli-belah ngan aku.. x cerewet..miahahahaha~ sekejapan dah dapat apa yg aku nak..
Nnt aku update eh baju raya aku..lalalalala~
Tgk tu..banyak pilihan baju kan.. Sapa yg nak bertunang ke, nak Kahwin ke pun boleh cari baju kat sini..
Berplastik bagai tu baju kurung.. Baju melayu x pulak dia balut kan.. Heran…






Ni la kedai baju tu.. HUGO CLOTHIER…korang tau sapa amik pic ni.. Sayang okeh… Dia dah tau dah rutin harian isteri terchenta.. mesti nak update kat blog punya.. Dia dah siap² amik gambar…caiyokkkk!!!


Ha…zooommmm sket


Ni model utk kedai ni.. Rozita Che Wan..cantik kan..huhu~ Aku dah promote kedai ni.. Mana lah tau untung² pasni dia pecat Rozita dan amik aku pulak jadi model kedai dia…wakakakakaka~ perasan siot


Dah selesai cari baju raya tu korang ingat aku nak bersidai kat sana dalam tghari buta tu?? No Way.. Terus aku balik…dok umah diam²..ngadap tenet puas² lagi bagus..huhu~
Sajer je posing² dulu sblm balik..konon² pelancong la..Jakun kan`

Tuesday, September 8, 2009

ASaM pEDaS + pOpiA siMPuL

Salam uolls..
Semalam aku berbuka kat umah mak aku tau.. Masyaallah..aku sendiri kecur liur tgk gambar² lauk ni. Semalam mak aku masak asam pedas ikah terubuk + ikan terubuk goreng + bendi campur su’un goreng….perghhh!!!!! Marbeles… Caner la aku ni x memboolat..




Pastu ada desert you… pengat pisang…nyum..nyum…
Lepas berbuka tu aku ada agenda tersembunyi…wakakaka~ aku ada order popia ngan Si Ina yang Kaki nyer suka berjalan tu..ahahahaha~
Plan dari hari Sabtu – tak jadi, Ahad – tak jadi…Makanya… disebab kan semalam aku balik umah mak kat pandan, dan umah ina pon sekangkang kera je ngan pandan..Aku pon singgah arr umah dia..
Aku beli 2 botol satu utk mak aku..satu utk mak mertua aku..weee~
Omak aiii…Aku rasa lagi sekali aku ngan dia berjumpa.. Mesti suami kami pening kepala..wakakaka` Mau nyer idak… Mulut aku ngan dia je kedengaran di ruang legar umah dia tu.. Jgn kata tu.. masa nak balik..sayang dah dok dalam kete dah ni.. Aku ngan Ina bersidai lagi depan umah dia bersembang…
Tu la..jumpa pon cam rushing je kan..x puas siot jumpa kau.. Nnt kita menggedik lagi k.. MuahXx..MuahxxX..MuahhxX..


Aku selekeh semalam siot…Sblm buka tu aku tertido.. Pas bgn tido tu aku cuci muka malas aku nak bersiap², mekap² bagai…Jumpa kau je pun Ina.. wakakakaka`

Monday, September 7, 2009

MATTA FAIR-PWTC

Salam uolls
Hari Sabtu aritu aku teman sayang main futsal kat Subang Grand.. Tapi aku malas la nak cerita lebih².. Karang korang bosan la pulak..huhu~
Aku nak cerita hal semalam je..Semalam aku gi MATTA FAIR kat PWTC.. Org punya la ramai macam semut.. Keluar ketiak org tu, masuk ketiak org ni..Fuh!! akhirnyer ketiak aku yg berpeluh…yak!!!!! Aper citer ketiak nih… Hamsap..wakakaka~
Aku pergi MATTA FAIR ni sebenarnya sebab aku nak cari pakej percutian.. Org kata time MATTA ni kan banyak offer..
RM3/entry/person ye….. Lepas bayar RM3 tu, setiap org akan dapat beg, mask ngan “gelang”..cam nak masuk genting la puloks




Masuk² je 1st yg kami Nampak burung.. Apakah??!!! Ooo..ini booth Bird Park daaaa…. Burung hantu dia bapak besar.. tapi x dan nak amik gambar la puloksss…. Tapi kami sempat amik gambar ngan burung² itu…Kena RM10 ok
Korang tgk cina tu dajalkan aku.. Dia tau aku takut, lepas dia snap satu pic u, dengan panas nyer dia letak burung tu atas kepala aku.. Tak jerit aku kat situ....wakakakaka` Sempat la aku menarik perhatian ramai kat situ..

Gambar di atas dan dibawah adalah dari kamera aku ye..


Jalan² punya jalan..Cari punya cari².. kami jumpa satu booth Perhentian ni.. Pakej yg dia tawar kan lebih kurang je yg tadi Cuma biasa la setiap travel agent mesti ada lebih kurang dalam pakej kan.. Mana boleh sebijik sebuata sama jer.. Yang membuatkan kami setuju utk letak deposit adalah kerana…. Pakej dia RM388/pax dan dia hanya minta RM50 je utk deposit.. Dan yg best lagi dia extend kitorg nyer offer sampai Oct 2010..woohoo~
So, kami amik la pakej ni.. Pastu dapat free gift paper bag


Mula² cam tertarik ngan pakej ni.. Harga RM430 tapi dia bg aku RM400.. Pakej yg ditawarkan pon menarik..Masalah nyer, dia minta deposit RM400..perghh!!! dah la x confirm la gi nak pergi kan.. Ye la kot² ada aral melintang. Tak ke dah rugi RM400..Dah la offer limit sampai March 2010 je..so, abaikan

Meh kita tgk apa ada dalam paper bag zOOm Malaysia ni..
Tada……








Notepad


Poskad

Pin Malaysia... Truly Asia