~mY sOuL~

Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 20, 2009

aLa oMaK KaHwiN KaN aKu…ngEh3x

Salam uolls..

Minggu lepas x banayk entry dari aku kan? sbb x de idea dan x de bahan yg nak di tepek kan dalam blog kesayangan aku nih..

Tapi hari ini aku kembali, kerana aku jga merindui kamu semua..

Aku mula kan dengan cerita hari Sabtu eh.. Sabtu hari tu aku teman sayang gi majlis pernikahan kawan dia kajang.. Majlis start kul 11.. tp aku yg excited bangun kul 8am ok.. nak bersiap bagai..wakakaka~ pastu aku la yg over berdebar². Wah!!!!!!!! Teringat sehari sblm aku dinikahkan aritu..punya lah berdebar²..tidur pon x lena ok… 1 jam je aku tidur..ahahaha~






Lepas habis majlis dalam kul 12 cam tu, kami terus ke Putrajaya pulak. Kawan sekolah rendah aku kahwin..

Masa ni aku terasa sgt cam masa berlalu begitu pantas kan. Dulu, kami sekolah rendah sama²... Kecik² je... skang dah kahwin dah masing².. Serious!! Aku rindu zaman tu.

Aku ngan saza ni x rapat sgt masa sekolah rendah dulu.Sbb dia pengawas dan aku pelesit..wakakaka~ Tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku sekolah Convent, Saza sekolah BBGS, aku agak rapat la ngan dia.Kami tuisyen sama².. Most of my weekend aku akan spend ngan dia. Lagi satu, aku ngan dia punya satu minat yg sama iaitu menonton teater.. Dulu masa ngan saza rajin benar aku tgk teater..Tu pasal skang kalau aku gi tgk teater, aku mesti teringat kat Saza.. Tapi lepas PMR, saza masuk sekolah asrama penuh. Maklum la, dia ni bijak budak nyer. Gila babi nyer pandai.. x tau naper dia pilih nak kawan ngan aku yg bengap ni..wakakakaka~ lepas dia masuk sekolah asrama tu, dah lost contact dah. Sebab dia pon bz ngan aktiviti asrama dia, jarang nak balik on weekend.

Tp masa aku nak kahwin aritu aku call dia, nak jemput. Menjerit² dia dgr suara aku…wuuaaagghhh!!!! Rindu arr..

Sampai je kat majlis dia aku tercari² mak Si Saza ni nak salam. Sekali mak cik depan aku ni tegur aku “Mala kan?” wakkkkkkkkkk!!! Mak dia depan² aku je..aku leh x ingat mak dia..wakakakaka~ mak dia yg kenal aku..huh!!! anak² zaman sekarang..



Ni pulak Intan, dia ni sebenarnya kawan kami masa sekolah dulu. Kawan sama² tgk teater. Dia satu sekolah Menengah ngan Saza. Tapi tanpa disangka² , lepas SPM.. aku jumpa dia balik kat Isetan. Masa tu kami sama² buat kerja temporary kat Isetan.. Pengalaman tu..

Aku x perasan dia, sbb dia ni kecik benar.. ahahah~ tenggelam dek org ramai.. Aku pulak jenis menonong.. Seb baik dia panggil aku..



Wednesday, July 15, 2009

bEtiNa ciPaN***

Assalammualaikum..

Cerita hari ini adalah cerita yg tidak sedap didgr…wakkkkkkkk..

Jadi sila maafkan aku jika ada perkataan² yg kurang enak utk didengari oleh halwa telinga..huhu~

Dulu, aku ada sorg kawan baik, Yati(bkn nama sebenar). kawan dari kecil. Susah senang bersama. Masa sekolah, mmg hari² kami bersama. Bila dah bekerja,walaupun jarang jumpa, tapi kalau ada masalah,kami lebih senang utk cerita antara satu sama lain. Serious kami sangat rapat. Sehinggakan masa dia mengandung, aku yg hantar dia pergi weekly check up. Masa tu dia dah masuk 8 bulan kalau x silap. Suami dia kerja kat Penang, dia dah balik KL masa tu sbb nak bersalin kat sini..

Tapi malangnyer jodoh dia dengan bekas suami tak panjang. Perkahwinan yg baru masuk thn kedua menemui titik noktah.

Suatu hari (beberapa bulan lepas mereka bercerai) bekas suami nye, Nazri (bkn nama sebenar) call aku. Nazri kata, kononnyer dia dapat cerita yg macam² pasal Yati dari teman sekerja Yati. Dan utk kepastian, Nazri call aku utk kesahihan cerita tersebut. Korang rasa aku akan cerita ke kat Nazri ke apa² yg aku tau? Dah tentu la aku tak cerita kan. Aku kata aku x tau. Tapi Nazri kata x mungkin aku x tau sebab aku paling rapat dengan Yati.

Agak nyer sbb x puas hati, pagi buta tu. pukul 4.30am, Nazri msg aku. Kali ni dia merayu dia kata sebenarnya dia nak hak penjagaan anak, sbb Yati x kasi dia berjumpa dengan anak mereka. So, dia nak tau details Yati tu skang. Maknanyer dia nak tau apa yg Yati tu buat skang, so that senang dia nak bawa kes ni gi mahkamah. Korang ingat aku nak layan? Pergi la mammmm…..
Esok nyer aku bgtau sayang pasal tu. Sayang marah. Ye la, lelaki lain telefon dan msg tunang (masa tu masih bergelar tunangan ye) dia pagi² buta.

Nak dijadikan cerita, masa aku tgh sembang² ngan sayang tu, Nazri call aku. Sayang yg jawab. Sayang marah dia. Sayang kata jgn call aku lagi, aku tak de kena mengena ngan kisah rumahtangga dia. Pastu Nazri kata “takkan cakap kejap pun x boleh”

Sayang jawab, “mmg tak boleh. Aku x suka. Lepas ni jangan nak call² lagi. Aku jumpa, aku tumbuk muka kau”

Fuh!!!!!!!!! A month later…..

Aku dapat panggilan dari Yati. Dia marah² aku. Dia kata apa yg aku dah cerita kat bekas suami dia sampai bekas suami dia tu nak bawa kes ni pergi mahkamah. Aku terangkan lah apa yg terjadi, tapi malangnyer dia x nak percaya. Lebih dari itu, dia cakap jgn masuk campur hal dia lagi..

“Kau jgn masuk campur hal aku lagi. Aku nak tertongeng ke, nak terbalik ke, aku dah kahwin, dah ada anak sorg. Kau tu baru bertunang. Tak de pengalaman lagi. Tak rasa lagi asam garam perkahwinan. So, jgn sibuk² nak ajar aku, nak jaga tepi kain aku”

Fuh!!! Korang rasa aper? Apa perasaan korang? Aku x tau nak cakap apa masa tu. Sbb mulut dia cam lahanat begitu lancang cakap macam² kat aku.

Dan yg lebih mengguris hati aku, dia kata “kau tu baru nak bertunang. Belum kahwin lagi. Aku nak tgk, kalau kau kahwin nanti, berapa lama je kau boleh tahan” duh!!!! Seorg kawan baik mendoakan aku macam tu sekali?? Hanya dengan satu kesilapan. Itu pun bukan kesilapan yg aku buat. Mmg manusial..

Maka, mulai daripada itu, terputus lah hubungan aku ngan dia. Pergi mati la kau.. Kau ingat aku kesah tak kawan ngan kau? Pergi jahanam~Hah!!!! Mulut aku dah mula la cam g*****g
Kita kawan punya la lama, tapi kau lagi percaya cakap bekas laki kau tu kan. aku tau la kau dah pernah tido ngan dia. Dia tu bapak kepada anak kau. Tapi mmg kau kena percaya cakap dia bulat² ke sampai dok doa² kan aku..B*****t punya betina.

Pastu, Jumaat lepas, aku tgk hp aku ada 1 missed call dan 1 received msg.. Sapa nih?? Fuh!!! Betina tu rupa nyer.Dia jemput aku ke majlis dia. Dia nak menikah lepas isyak hari tu. Tapi aku tgk msg tu masuk kul 9.31pm.. tu maknanyer aper? Dia betul2 nak jemput aku ke? Atau nak bgtau aku yg dia nak kahwin utk kali kedua?? Ada aku kesah kau nak kawin ke, nak menjanda ke?

Lepas tu cara dia bg msg kat aku tu, “aku jemput kau on behalf mama aku” konon nak bgtau la bukan dia yg jemput aku, tapi mak dia. Cet~ bodoh la kau ni. Kalau mak kau nak jemput aku, biar la mak kau call aku. Persal lak kau sibuk² nak call on behalf. Brengset~ pastu dekat 10 kali dia dok ulang “aku jemput on behalf mama” Podah!!! Tak ku heran kan msg dia tu.. Aku nak balas msg dia?? Never!!!!!!!!!! Aku dah x de kena mengena ngan betina musibat tu.

Sekali dia dah cakap jgn masuk campur hal dia, sampai bila² aku tak akan masuk campur hal dia. Dia dia doa kan keburukan aku, 10 kali aku doakan kebahagiaan dia..

SEMOGA DIA BAHAGIA SELALU.
MOGA PERKAHWINAN KALI INI KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT NYA..
AMIN!!!!!!!!!

Monday, July 13, 2009

hUjUNg miNggU kU

Hari ni aku nak share story dari hari Jumaat aritu eh...

Hari Jumaat kan aku lunch 2 jam. Biasa kalau hari Jumaat aku akan keluar punya. Itu pon, atas belas ehsan sayang nak hantar aku gi memana sblm dia solat Jumaat, atau pon aku akan follow mereka² yg ada kenderaan utk keluar.

Hari Jumaat lepas, ex-officemate aku ajak gi Time Square (Office lama aku). Kalau x de sebab x mungkin aku akan meredah panas kesana.. Tetapi Aku kerajinan kerana, dia nak belanja aku makan Kenny Roger’s..Wuaaaa!!! keji ok aku ni.. wakakaka~


Hari Sabtu pulak, aku gi jogging ngan adik ipar aku. Hahaha~ tapi x de amik gambar eh. Malas nak berposing masa nih.. Gigih nak berjogging je..huhu~ Ada org ngorat aku weh…Dia minta No telefon aku..miahahahaha~ tinggi lagi saham aku rupanya…wakkkkk!!!!!

Pastu aku ada beli USB speaker ni dari one of our blogger friend – Mel – Dia datang hantar kat Tasik Permaisuri, tempat aku jogging ptg tu..Gigih kan.. Thanks Mel sayang ♥




Malam tu pulak, mak mertua aku ajak gi downtown. Kul 1am camtu baru kami keluar rumah, sbb tunggu sayang abis main futsal.. Niat nyer nak cari kasut kerja. Tapi x de yang bersesuaian..Korang tau la kasut² yg dijual kat downtown tu macam mana rupanyer.. Tak kan mak mertua aku nak pakai kasut yg fancy² tu.. Tepuk dahi pak mertua aku nanti..wakakakaka~At last, mak mertua aku beli tudung jer.. Tgk!!! Aku sempat snap pic dia tgh menmbayar duit tudung


Semalam pulak, aku attend kenduri kahwin kawan sekolah aku dulu – Yana - Nak dijadi kan cerita, dan membuktikan lagi yg dunia ini sgt kecil, suami kawan aku ni – Black - rupanya kawan sayang..wuaaaaa..kebetulan gitu..

Balik dari kenduri tu, kawan aku – Thrisha - call. Dia pulak ajak aku gi jogging.. terkejut aku . Sbb masa hari jumaat tu aku ajak dia gi jogging. Dia kata “tak nak la aku. malu la weh. Dah tua² cam gini baru nak jogging”

Pastu semalam x agak².. “Mala, kita buat jogging ni aktiviti mingguan kita nak”

“Eleh..bukan ke kau yg kata malu nak jogging sbb dah tua. Kau tgk skang baper banyak lagi org yg tua dari kita dok berjogging?”

Insyaallah next week kami pergi lagi.

Balik jogging tu macam biasa la kan. Tabiat org Malaysia…wakakakaka~ lepak mamak, pekena neslo..huhu~ terliur aku..dah la puasa nih..





Itu je la cerita aku utk hari ni eh.. Aku nak gi kerjakan aku nyer Sorority Life jap.

Friday, July 10, 2009

Si ciLiK siNaR.fm & gARNieR sEaRcH

Assalammualaikum uolls..Its Friday again..Syok nyer…yea!!yea!!

Kelmarin aku dapat msg dari sepupu aku & kawan aku. Sepupu aku msg : -

“Please vote for Harris at Sinar.fm
Ajak kekwn reramai vote anak buah ko sorang nie...”


Malam nyer pulak, aku dapat msg dari kawan aku. Msg nyer berbunyi :-


“Vote 4 Anys @ Garniersearch.com.my”
Anis adalah adik kepada pemberi msg itu




Fuh!!! Aper ni main vote² ni.. Akademi Fantasia dah abis tau..uhuks~

So, kepada kawan² blogger sekelian yg jelas atau yg tersembunyi, sila lah vote for anak buah aku – Harris dan Anis ye – Klik je link yg aku bagi tu..bukan lama pon.. Pls vote eh…caiyok!!!

Thursday, July 9, 2009

jEjAkA iDaMaN



Semalam aku tak update blog.. sebab?? Internet cam haram..huhu~ ingatkan balik rumah internet ok. Tapi internet kat rumah pon cam tu jugak..alamat nyer, x de la entry kat blog aku ni semalam..

Ok la..cerita hari ini ialah tentang jejaka idaman..miahahaha~

Masa muda² dulu..wakkkkkk..cam lah skang ni dah tua sgt.. Dulu², kalau org tanya aku, ciri² lelaki idaman aku..Confirm aku jawab :-

- Handsome
- Putih
- Berbadan sasa
- Romantik
- Kaya
- Aku mesti suka kat org tu
- Tak cemburu buta
- Sentiasa bersama ngan aku. Kalau boleh 24 jam
- Sekepala
- Satu tempat ngan aku sbb aku x nak jauh ngan mak aku ( yg sebenarnya dulu² aku syok kat anak makcik depan umah aku..wakakakaka~)

Tapi itu dulu…di ulangi DULU…..

Skang ni, bila aku dah masuk alam rumahtangga, kalau korang tanya balik aku apa ciri² lelaki idaman aku, sure dah berubah ciri² tu :-

- Memahami
- Ringan tulang (tolong aku buat kerja rumah or wharsoever)
- Hormat keluarga aku
- Hormatkan aku
- Pandai membahagiakan masa (Masa utk aku & masa utk lain² aktiviti dia)
- Mesti bertambah² sayang kat aku (Belai² aku cam kucing..wekkkkkk!!!)
- Memberi aku ruang (sometime I miss my past life)
- Menghormati privasi aku
- Boleh jadi kawan aku bercerita suka dan duka
- Boleh membimbing aku

Wah! sangat berbezakan.... hiks... hiks...

Walau macam mana pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni, walaupun kekadang rasa nak mengamuk, rasa nak tenyeh² hidung dia tu..




p/s: Kepada sayang, kalau sayang baca entry ini, sila jangan kecik hati ya, saje je suka2..Lagipun kekadang saya mmg geram ngan sayang..rasa nak pijak kaki sayang kuat²

Tuesday, July 7, 2009

stARbUcKs

Ini cerita hari Sabtu. Aku balik dari rumah mak aku kat Pandan, lebih kurang kul 10pm cam tu la. Lepas abis tgk rancangan Jangan Lupa Lirik.

Aku ajak sayang kua jalan². Ye la, dah seharian aku dok umah. Bosan tau tak. So, aku ajak la sayang kuar. Seronok tau. Kehidupan malam..Ye la.. lepas² kahwin ni la aku merasa nak kuar² malam tanpa sebarang halangan. Kalau masa bujang dulu, jgn kata lewat malam..kul 10pm lebih kalau aku x sampai rumah lagi, mak aku mesti call.. Ringtone kalau mak aku call masa tu “Mummy..Mummy minta duit..Minta seringgit..Nak beli coklat..ooo Mummy..Mummy minta duit” wakakakaka~

Lagi satu, kuakui, aku bukan seorg yg senang bangun pagi..Wah!!! pengakuan nih.. Even dah dok umah mak mertua skang pun. Aku masih dengan tabiat lama aku iaitu bgn lambat..wakkkkkk!!!!!! Tak lama lagi kena hambat la aku ngan penyapu…

Back to the story, malam tu kami berjalan² cuci mata. Perut pulak antara lapar dan tidak..huhu~ Nak makan aper eh?? Nasi berat sgt..Budget nak gi makan kat OutBack. Nama pun dah malam kan, outback pun dah tutup. Aku ajak gi White House coffee, sbb tgk kebanyakkan blogger kita cam suka lepak situ kan. Nak gak la aku merasa. Aku x pernah lepak situ okeh!! Tapi sayang pulak x nak. X minat katanya sbb ramai org. Maka dengan itu, kami decide pergi je la Starbuck..




Air yg sayang minum ni – Caramel Hot Choc – sebenarnya fav aku tau. Tapi sbb sayang dah order tu, Ku budget cam nak minum la yg lain, nnt leh main rasa² kan.. Aku pun order – Chocolate Frapuccino - but end up with…aku yg minum air sayang…wakakaka~ Sedap ooo…korang gi try- Caramel Hot Choco -



Cheese cake ini adalah tidak sedap. Tak pasti sama ada cake ni mmg x sedap, atau mungkin sbb ini cake dah lama disitu. Sbb masa aku amik tu pun, ni la last piece

Monday, July 6, 2009

hAPPy biRtHdAy mAk ;)


Sabtu lepas (4 July 2009) Birthday mak aku..

Dear Mak,
May you have a great birthday (4th July 2009). God is always being with you. I know that. You are the strongest woman ever on earth. You sacrifice a lot and try your best to make me happy. You are the best mom. You are the best cook. Without you, things may get chaotic.

You hide your tears sometimes. You hide your sadness. You want your space but you have huge responsibilities.

I know it’s hard for you now as your daughter is away from you. I am sorry, mak. I wish I could be with you. As this year was the first time I was not there to celebrate your birthday. Al-maklum lah..dah bersuami..Pe’el suami lagi nak kena jaga.. Ingat kan nak ajak mak gi dinner. Tapi mak tak nak pulak..Malas kata nyer~

I am grateful that I went home to visit you all last time. We had a good time. I guess, that was my birthday gift to you. Almost every weekend, I had to see you.

Anyway, this message is mainly for my mak. Eventhough I know she not read my blog..huhu~

Happy birthday Mak. May you have a great life and happiness always. My love is always for you.


Mak,
You are my mom,
Sometime, I hurt you,
Sometime I make you smile
Sometime I make you cry
Sometime I make you happy
Sometime I make you sad
And sometime I can be so naughty.

Mak,
Without your blessing, I won’t be here,
Without your blessing, I won’t be who I am now,
Because I know, through your blessing,
I can feel your tender, love, care to me,
Thank you for your blessings.

Mak,
I want you to be happy,
I want you to have a great life,
I want you not to worry so much,
I want you to know,
I love you so much.

Mak,
Be strong, be you,
I know it’s hard,
Easy people to say,
But I have faith,
You have the sweetest heart.

Mak,
I am sorry I cannot be with you now,
I am sorry I make you cry,
I am sorry I am not there.
This is my wish just for you: I love you, I miss you and
Happy birthday my dearest mak, Ramlah Muhammad. xoxox..

Love,
♥♥♥Mala ♥♥♥

Friday, July 3, 2009

LegENd wAtER cHaLet,PD

Semalam ibu mertua aku call. Dia cakap "Mala, kawan ibu ni nak kasi korang gi PD. Nah, kau cakap sendiri ngan dia eh"..

Aku pun sembang la ngan kawan ibu merua aku tu. Rupa² nya dia nak bg kami pakej gi honeymoon ke Port Dickson..woohoo~ Dia kata, dia nak bg masa kitorg lepas kahwin aritu. Tapi bila dia dapat tau kami honeymoon ke Langkawi, so dia hold dulu.

Aku x terfikir pun lah mana² resort yg ada kat PD tu. Smlm lepas makan malam ibu mertua aku bg satu kertas "Ni ha, resort yg kawan ibu nak bg korang duduk tu"

Kat kertas tu tertulis "LEGEND WATER CHALET, PD - 3 DAYS 2 NITE + BREAKFAST"

Gigih!!! aku terus buka internet, minta tlg En. Google bawa aku ke Legend Water Chalet ni.. Ini gambar² yg aku dapat..banyak lagi tp aku amik sket je la..

Fuh!!! pengantin basi sudah aku ngan sayang ni. Tapi alhamdulillah org nak sponsor honeymoon. Thanks Kak Zue..

Wahhhhhh!!! sgt excited ok.. maybe sebelum puasa kami kesana..Insyaallah

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut pasal chalet ni. Sila klik sini






Thursday, July 2, 2009

SEmALaM aKu mC

Aku kan dah lewat period 3 weeks. Pastu bila aku cerita kat org, semua sibuk cakap ada isi tu..kau mengandung kot…kau ni mengandung la aku rasa…bla…bla…bla.. Pastu aku pun plan la nak g jumpa gynea aku semalam. Tup..tup.. malam hari selasa tu, aku period sudah!!! Pandai period aku ni kan.. dia tau esok tu nak jumpa doc, cepat² dia keluar..

Aku kena amik darah semalam..huhu~ aku dah la takut kena inject. Tapi dek kerana aku tgk ada budak kecik yg relax je kena cucuk, ku gagahi jua.. buat muka maintain je cam x takut..hahaha~


Ni ubat yg doc bg kat aku suh mkn..wakkkkk!!!!! ubat lagi

Kesimpulannya dari cerita period aku ni :-

– Jgn percaya sgt yg kita ni mengandung walaupun kita dah lewat period sampai 3 minggu pun
– Kalau korang period ke, tak period ke, sila jgn cerita kat mak cik² yg korang rasa cam kepochi. sebab nyer diorg ni akan cakap yg korang ni pregnant bagai.. huh!!! Letih la..elok² aku tak fikir lagi nak pregnant, tapi sbb diorg tu dah berhari² cakap cam gitu, membuatkan aku letak sedikit harapan. Tapi bila nan ado…sapa yg frust?? Aku ke diorg?? Lu piker la sendiri!!!

Lama jugak la tunggu turn aku.. kul 2pm cam tu baru nyer turn..Keras bontot aku..ahahaha~ balik daru Hospital tu, agaknyer sayang tgk aku agak down.. apa lagi yg dapat membangkit kan semula mood aku????? Harus la shopping kan..woohoo`

Kami ke Sg. Wang.. Aku beli T-shirt goggle dua helai + selipar Nike. Terima kasih suamiku~ muahxXxx ♥♥♥





Monday, June 29, 2009

tRaNsfORmERs & fUtSaL


Salam uolls. Selamat hari Isnin..ahahaha~

Hari Jumaat aritu kan aku, sayang ngan adik ipar gi tgk Transformers: Revenge of the Fallen. Perhhh!!!!! Giler gempak arr citer tu.. so, kepada sesiapa yg belom tgk, silalah berbuat demikian..ahahaha~

Sekuel pertama Transformer ialah pada tahun 2007. Dimana masa tu x de maknanya aku nak tgk cerita² cam gini..ahaha~Aku tgk pun lepas sayang beli DVD dan aku pon layannnss~~

Tak payahlah aku nak cerita panjang lebar lagi pasal cerita ni sbb aku rasa cam ramai je yg dah buat ulasan dengan pendapat masing² ttg cerita ni kan? Yang pasti, aku rasa cam lebih banyak robot dalam cerita ni compare to the 1st Transformer..kan? kan? kan? tak silap aku lah..

Sam Witwicky (Shia LaBeouf) watak utama mengetahui asal-usul Transformer setelah dia menyentuh kepingan allsparks yang ada di jaketnya. Perkara ini membuatkan The Decepticon yang dah pulang ke planet Cybertron, merancang untuk balik ke bumi dan menculik Sam untuk info yg sgt berharga untuk balas dendam kepada puak Autobot.

Informasi yang Sam ada adalah tentang The Matrix of Leadership iaitu sebuah kepingan yang boleh menghidupkan robot yang mati termasuk senjata deception yang terkubur di Pyramid di Mesir.

The Decepticons juga mempunyai maksud yg lain, iaitu membangkitkan Megatron. Ending Transformer 1 menceritakan bahawa Megatron - Ketua Decepticon itu mati ketika melawan Optimus Prime (Ketua Autobot) dan akhirnya ditenggelamkan Oleh askar² AS di Lautan Atlantik.


Itu cerita hari jumaat…cerita hari Sabtu pulak..aku telah menggedik ikut sayang pi main futsal. Game start kul 11pm – 1am.. Friendly - FC BARCELONA MALAYSIA vs AC MILAN MALAYSIA..Keputusan nyer seri 15-15..wakkk!!!! agak rancak jugak la game ni.. tapi Barca lead la sama game ni..masa nak abis masa tu Barca dah 15-11.. Akan tetapi, masing² confident agaknya Milan x leh buat gol..Sekali kena 4 biji gol daaa masa minit² terakhir tu..wakkkkkk….cam buat ulasan sukan lak aku kan? ahaha~

Berguna gak aku tau ikut sayang. Berfungsi jugak la aku ni, Jadi photographer..wakakakaka~


Yang ni pertukaran baju la kan.. Milan Malaysia dan Barca Malaysia tukar² baju.. Yang biru tu baju Barca.. Yang kaler putih tu baju Milan



Baju Milan Malaysia




Wahhh!!!! Dapat kawan baru la..eheheh~ Nama dia Azilah..Maknanya lepas ni kalau sayang ada game lagi, boleh la aku ikut sbb dah ada gang..tidak la aku kebosanan kan..?? ahaha~


  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP