Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, October 30, 2013

kAwAN yANg hEBat

Kawan... 

Tak dapat aku bayangkan macam mana hidup aku tanpa kawan²..

Kawan suka.. Kawan duka.. Kawan nak bergurau.. Kawan bergelak ketawa..Kawan nak share masalah..Kawan menangis~~ Haishhhhhhhhh..

Kita sayang kawan² kita!!!!!~

Alhamdulillah.. Aku dikurniakan kawan-kawan yang HEBAT!!~ Sangat hebat!!!~

Sudi bersama aku susah dan senang. Berdiri.. Berlari.. Terjatuh..Terduduk..Tersungkur.. Mereka ada dengan aku..  Most of all, diorg terima diri ini seadanya ..

Sayang korang!!!~  ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 

Thanks kawan-kawan ku yg SUPER HEBAT!!!~

Family isn't not always about blood. It's about who's willing to hold your hand when you need it the most.



**Gambar sebahagian kawan² aku yang hebat tu.. Sebahagian jeks tau.. Nak letak semua tak mampu~~ 








Friday, October 18, 2013

mERaWat hAti yANg tERLuKa




Hampir 2 bulan kami berpisah~~

Walaupun hati dan diri ini sudah semakin stabil, tapi tipu kalau aku cakap aku dah boleh lupakan semuanya. Ia memerlukan masa bagi menyesuaikan diri dengan keadaan baru~

Dalam kegembiraan, kadang² sedih menyapa. Dalam keriuhan, sunyi masih terasa. Takkan termampu aku membuang segala sejarah suka & duka sepanjang kami bersama.

Walaupun zahirnya nampak kuat, jujurnya diri ini masih mencari kekuatan. Solat sunat, solat hajat, solat istikharah, sangat memberi ketenangan jiwa.

Cuba menyibukkan diri dengan membaca buku, blog dan laman web untuk mencari jawapan, merawat hati yang dah hancur luluh. Dengan harapan dapat sedikit semangat dan mampu bangun meneruskan hidup dengan kekuatan baru.

Tiada dia bukan bererti jasad ku akan mati.

Apa pun, aku harus terima kenyataan. Jodoh dan pertemuan adalah ditangan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kita merancang. Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sangat hebat.

Aku anggap ini adalah kafarah dosa aku sendiri. Atau mungkin ujian dari Allah

Tuesday, October 1, 2013

cOMeBaCk eNtRy - hiDuP MeSti ditERusKaN





Almost lima bulan aku tak sign in, tak menaip even singgah kat blog sendiri. Sekarang rasa janggal yang teramat bila nak bercerita dekat sini. Takut takde dah yang sudi nak singgah dan baca kat blog aku yg dah bersawang ni.

Allahuakbar..
Allah Maha Besar...
Sesungguhnya selama hampir 5 bulan ni, banyak sangat perkara-perkara yang mengejutkan berlaku dalam diri aku.

Sungguh besar kuasa Allah.
Kunfayakun..
Kalau Allah kata ianya jadi, maka jadilah ia macam mana hebat sekali pun rancangan yang telah kita atur.

Hati manusia penuh dengan emosi.
Marah, gembira, sedih.......... aku juga tidak terlepas.

Diuji di bulan Ramadhan. Ketika orang lain sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berat sungguh ketika itu. Awalnya mmg agak tewas dan sering melayan emosi. Namun akhirnya, sedikit demi sedikit aku menemui kekuatan.

Ya... aku barangkali tewas dengan keadaan sekeliling. Maka seperti biasa, aku mengambil pendekatan untuk 'melarikan diri' dari orang ramai. Bersendirian itu kadangkala perlu.

Ok lah... Dah cukup kot comeback entry ni. Lain macam pulak rasa nak publish entry ni. Terasa macam baru nak ber 'blog'.

Apa-apa pun, Hidup mesti diteruskan~