Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Monday, June 30, 2008

tHRee mONtHs

Tadi aku tgh buat kerja, tiba-tiba Exec. aku - Kak Roy - datang.

"Mala,I want to ask you something".

"Yes".

"How about your work?? Erm...I mean, do you comfortable with your work? Since Hada on martenity leave. You have to do all the invoices. Are you feel pleasure or what so ever??"

"No. Im ok with that. But, why are you asking me that que? Seem like u're not satisfied with my work. Is it anything wrong".

"Tak de apa-apa la. bcoz tomorrow is your 3 month here. So, I kena confirm kan you. I just want to know whether you comfortable with this, how you catch up your work. Sebab I tak nak bila I dah confirm kan u, nnt u resign..But I think u ok kan? You dont have any problem with estate kan?"

"Yes"...!!

Wak..!!! dah 3 bulan aku kerja kat sini ..tak sangka kan? cepat betul masa berlalu. Dan Insyaallah esok aku confirm jadi warga Tradewinds Plantation Berhad.




siti nURhALiZa


Aku minat kat perempuan ni since aku Form 1. Masa tu umur aku 13 thn - 1996 - Sampai la sekarang ni,aku masih meminati dan mengagumi beliau. Biar la apa org nak kata pasal Siti Nurhaliza. Yang nyata,aku minat dia.








Siti Nurhaliza di Laman Santai,Istana Budaya - Gema Suara bersempena Hari Seniman -





wALLet



Tajuk kita hari ni ialah wallet.

Setelah sekian lama aku tak kuar jalan-jalan ngan sayang, Ahad lepas aku kuar jugak akhirnya. Itu pun sebab baru dapat gaji dan aku kena pergi Avon & Cosway sebab ada org order barang.

Dah beberapa bulan aku purchase cosway dan dapat kupon. Dah banyak dah kupon yang terkumpul tapi aku tak tau nak buat apa. Tapi semua benda cam tak menarik perhatian. Tapi semalam, masa kat cosway,saja aku selak-selak catalog yg ada. Sekali aku nampak satu wallet tu cam menarik perhatian. Rasa cam nak beli since wallet aku dah berlumuran miinya sebab hari tu aku bawa bekal letak dalam beg. Habis bekal tu terbalik dan beg aku dipenuhi minyak. Berbalik pada wallet,rasa cam nak beli. Tapi tgk harga..mak aii...RM199.90. Tak mo arr beli. Baik aku g downtown,banyak lagi pilihan wallet 'imi' yg murah-murah. Sekali aku telek lagi kat bawah dia, retail = RM199.90. If 18 coupons = RM29. Coupon?? aku check coupon aku.. wakk..!!! ada 30 coupons.. mans boleh beli. Guna 18 coupons dan bayar hanya RM29.

Yes,akhirnya aku dapat wallet baru - Pierre Balmain -


p/s - Moral of the story,kita kena berjimat-cermat. Selagi ada barang yg murah atau yg memurahkan barang tersebut, baru boleh beli. huhu~~~

Friday, June 27, 2008

mUhAmmAd aiMaN hAMiZaN

Baby Aida – Muhammad Aiman Hamizan – kena bedah bulan 4 hari tu - 28 April 2008 – Masa Birthday suami dia pulak tu. Baby Aida kena cataract. Doktor kata sebab premature (tak cukup bulan).

Aida pernah cakap kat aku yg anak dia ada cataract. Tapi Aida kata tak nak buat operation sbb sian ngan anak dia. Dia nak berubat cara kg je. So,masa dia datang aku tunang tempoh hari,aku ingat cam anak dia dah ok.

Tapi baru² ni,dia bg tau aku yang anak dia buat operation buang cataract tu. Rupa²nya Aida kata dia dah puas berubat cara kg tapi tak berhasil. Dia bukan tak nak bg tau kawan² semua. Tapi dia tau kita bz dan ada hal kita sendiri.

Aida cerita macam mana keadaan dia dari malam sebelum anak dia operation tu. Ya Allah,naluri seorg ibu benar² mengubah kita. Aida skang tak sama ngan aida yg aku kenal dulu. Sedih aku dengar. Bergenang juga la air mata aku..

Aida kata masa masuk biilik pembedahan tu, dia nak nangis. Tapi dia tgk anak dia tak nangis,dia tahan. Dia kuatkan hati. Eee…sedih la aku dengar.. Benda² ni semua akan mengajar kita tabah dan sabar. Macam tu la mak² kita kan?

So,pada kawan² atau sesiapa je yg view blog aku ni. Mari la kita berdoa bersama² semoga baby Aida sembuh seperti sedia kala. Amin..!!!





bOWLiNg - iNtER tRaDeWiNdS


Haru Jumaat hari tu - 20 June 2008 - Tradewinds ada buat charity. Bowling inter Tradewinds kat Ampang superbowl Times Square. Mula² aku dah letak nama nak main,walau pun tak tau main. Tapi sebab diorang dah ajak,cam saje nak enjoy². Sekali baru aku teringat aku ada appointment ngan Az. Az ni org buat pelamin. Aku gi jumpa dia nak survey pelamin dia since pelamin aunty Sue tu harga tak masuk dek akal..

At last,aku gi untuk tgk je sbb game abis kul 10 lebih dan aku appoinment ngan Az kul 9. Sebelum gi tgk diorg main tu,aku gi la office lama. Tak de sapa pon sebab semua org dah balik. Yang ada Mazenah, Abg Din ngan Abg Kamal je tgh main ping pong..



Team ibu mertua ku. Fantastic 4 lagi. wakakaka..Tgk la sapa terselit kat belakang tu.

Wednesday, June 25, 2008

tOt

Nama kucing aku Tot.

Balik kerja tadi aku tgk semua kusyen berjemur kat luar. Aku tanya mak "kenapa"? Mak kata "Tot kencing".

OMG..kau kencing naper Tot?? Kang kau kena buang kang.

Lepas solat maghrib, mak kata "Mala,buang la Tot tu. Dia dah mula kencing bersepah-sepah dah. Pagi tadi sebelum pergi kerja mak mop satu rumah"
Kan aku dah kata..Nak tak nak terpaksa la buang jugak Tot. Ya Allah Ya Tuhan ku, boleh ke aku bunag ni?? Alah.. Boleh kot..

Sayang sampai je umah,dengan bangga nye aku cakap "Sayang, jom kita gi buang Tot".

"Betul ker?".

"Ye la. Naper?".

"Tak de pape. Saya tak percaya sayang nak buang Tot".

On the way nak pergi buang tu,aku beli ikan dulu. Nak letak ikan tu masa nak buang dia nnt. Sekali, tgh duduk dalam kereta tu, Tot peluk aku..Waarrgghhh..!!!!! Terus aku menangis.. Bukan nangis biasa-biasa. Bukan setakat airmata bergenang. Tapi menangis beria-ia. Ya Allah,tak sampai hati aku nak tinggal Tot kat situ ( Pasar Tmn Maluri ). Dia tau aku nak buang dia. Dia dok peluk je aku. Bila aku angkat dia,dia cengkam aku. Bila aku letak dia kat bawah,dia naik balik kereta. Sayang suruh aku tutup pintu kereta. Aku dah meraung dah masa tu. Tapi nak tak nak,aku tutup jugak pintu kereta. Dia panjat pulak tayar. Dia tak nak kasi tinggal dia. Ya Allah,kuat kan la hati ku. Aku sayang Tot. Biar la walaupun dia buruk. Tak gebu cam kucing lain. Aku sayang Tot. Dah 4 thn aku bela dia. Masa dia kecil,comel semua org suka. Bila badan dia luka,aku sapu minyak gamat. Aku mandikan dia. Aku bersihkan hidung dia.Bulan puasa thn lepas mata dia kena korek ngan manusia lahanat mana ntah.. Ya Allah, lindungi lah Tot.. Jangan lah kucing-kucing kat situ kacau,gaduh ngan dia. Dia tak sihat.. Lama jugak aku menangis. Ada lah dekat setengah jam.
At last, sayang kata "Lepas ni saya tak nak sayang bela kucing ke,ikan ke,burung ke,arnab ke".

"Kenapa?".

"Ye la. Nanti dah bela, bila nak buang atau bila dia mati sayang macam ni lagi. Saya susah hati tau sayang nangis cam tu tadi"

Even skang tgh tulis entry ni pon aku still nangis. Aku fikir, macam mana Tot malam ni? Dia tido mana? Biasa dia tido dalam umah. Malam ni mesti dia sejuk. Nanti dia nak makan apa??
________________________________________________

p/s : ada yang suka aku dah buang Tot




aZRiN's dAy

HAPPY BIRTHDAY AZRIN...!!!~~~




Hari ni birthday azrin. Birthday yang ke-25. Happy birthday Azrin. Hope our friendship last forever.. Tak kira la, dah kahwin ke, dah ada anak ke.. Dan yang penting aku doakan kau kecapi kebahagiaan yang kau dan aku cari selama ini. Love You Azrin..~~






Tuesday, June 24, 2008

hAMpiR kE SitU


Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
___________________________________________________
p/s : Aku suka lagu ni. Cam ada kena mengena je ngan aku. Hah, lepas aku berhempas pulas mencari kebahagiaan untuk diri aku. Skang aku tak peduli dah apa org nak cakap lagi. Yang aku tau,sekarang aku nak hidup bahagia ngan sayang..

Monday, June 23, 2008

sEBuAh pEngALaMaN & KeHiDuPaN

Dah berapa hari aku tak update blog. Sebab aku tak de idea nak post apa kat blog ni. Tapi hari ni. Tgh duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Tiba-tiba pulak teringat kisah dulu kala tu. Kisah pahit. Kisah manis.

Hehehe... Kelakar kan bila ingat-ingat balik. Sekarang ni mmg la kelakar. Tapi masa melaluinya tu??? Ya Allah.. Tuhan je tau.. Orang kata setiap yang pahit pasti ada manisnya. Dan Alhamdulillah, kehidupan aku sekarang kembali tenang.. Kadang-kadang terfikir di fikiran aku ni, betapa hebatnya aku dalam menempuhi kehidupan penuh dugaan ni. Macam mana aku begitu kuat menghadapi pahit maung tu.

Pengalaman lalu yg amat mahal.Aku pernah menempuh onak & duri, pahit, manis & rebah terlungkup terngadah. Dlm melayari bahtera sebuah kehidupan sentiasa dilanda badai gelombang. Tiada siapa dapat membeli sebuah pengalaman & pengorbanan, terlalu susah teramat payah. Orang hanya melihat aku tersenyum, ketawa, gembira. Dalam hati aku??? Tuhan Maha Mengetahui. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Doaku agar hari ini lebih baik dari semalam & hari esok lebih baik dari hari ini. Kulayari bahtera hidup ini dgn tabah dan mohon dirahmati. Segala ketentuan ALLAH aku pasrah & reda. Hanya satu pintaku Tuhan, berikanlah aku kesabaran. AMIN..

Wednesday, June 18, 2008

aBaH


Tadi aku keluar ngan member ofis lama aku. Lepak kejap je. Tak pergi mana pun. Lepak kat mamak kat area umah ni je.

Aku tak bawa phone, bila balik je aku tgk phone aku ada 1 missed call. Aku tgk la phone aku, sekali abah aku call. Hah??? Kenapa ek?? Aku pun call balik. Tapi abah kata nanti dia call back. Aku tunggu abah call sampai dok surf internet. Tak lama pastu abah pun return call aku. Terkejar-kejar la jawab call tu sbb aku rasa cam ada hal penting sbb abah jarang nak call aku kecuali kalau ada hal.

Aku jawab phone "Hello".

"Kenapa abah call tadi tak jawab?".

"Keluar jap jumpa kawan. Tak bawa phone".

"Ni...abah nak tanya. Kereta dah ok?".

"Dah".

"Duit dah amik". ( Hari tu abah bagi aku duit untuk buat road tax )

"Dah".

"Apasal kau cam tercungap-cungap ni?".

"Tak de apa-apa. Tadi kejar kan telefon ni".

"Kau sihat?".

"Sihat".

"Kau pernah check darah tak".

"Pernah".

"Doktor kata apa? Ok?".

"Ok je",aku mula pelik. Naper abah ni?. " Hari tu masa nak masuk kerja baru ni kan ada buat medical check up. Ok je. Tak de apa-apa".

"Tak... abah saje cakap. Jaga diri. Jaga kesihatan tu. Makan jangan sembarangan. Sekarang ni macam-macam benda ada dalam makanan tu. Jangan makan manis-manis,lemak-lemak,masin-masin, bla bla bla........

Wak..!!!! Kenapa abah ni. Aku pelik lah.. Kenapa abah cakap macam tu. Ya Allah,minta dijauhkan perkara-perkara buruk. Tapi aku cam pelik. Atau pun abah dengar kata hati aku ni yang aku rindu kan dia. Ye la father's day kan baru lepas. Happy father's day abah. I Love You..

"Ya Allah, minta dijauhkan perkara-perkara buruk dari keluargaku Ya Allah. Lindungi lah mereka. Amin...."




sAkit pERut

Ya Allah.. Tuhan saja yg tahu betapa sakit nya perut aku hari ni.. Biasa la 1st day datang bulan mmg macam ni. Tak de mood nak buat kerja. Macam mana nak ada mood?? Perut ni teramat² sakit nya.
Aku call sayang bgtau sakit perut, dia nak datang nak hantar g klinik. Sayang kata dia sattle skit kerja. Pastu sayang nak datang bawa aku gi klinik. Tapi aku malas la sbb hari ni tak de sapa kat department. Tinggal aku ngan bos aku je. Kerja banyak. Selagi boleh tahan,tahan je la..
Pastu biasa la kan, time² period ni mood tak menentu. Tadi lunch sayang datang. Dia kata nak makan sama ngan aku. Sayang cerita kat aku yang dia dapat kerja part time baru dan dia pergi interview sebab dia nak berhenti kat Hotel Istana. Beria² sayang cerita kat aku. Aku pun beria² dengar. Ye la,rezeki kan??? Sekali aku tanya
“ Mana sayang tau ada kerja kosong kat situ?”.

“kawan saya receptionist kat situ. Dia yg cakap”.

Uik..!!!!????? receptionist bukan perempuan ker?? Aku dah mula nak naik angin dah – tahap cemburu aku mmg susah dikawal -

Aku tanya lagi “ sapa kawan sayang tu?”.

“ Alah,dulu dia kerja citibank. Saya kan selalu buat transaction kat sana dulu.”

“Sapa kawan sayang tu?”

“Bukan kawan, kenal² cam tu je”.

“sapa kawan sayang tu. kawan sayang tu tak de nama ke?”. Ya Allah,sabarkan lah aku..

“oo…Serina”.

Terus aku senyap sampai habis makan tadi. Tapi bila dah naik, bila aku fikir² balik,cam over pulak aku ni. Ntah sapa² ntah budak tu,itu pun aku nak jealous pulak. Sian sayang. Nnt mesti dia rasa tersepit kan? Dah tak bebas lagi nak berkawan ngan sapa².. Lama² nnt dia boring.. wakkk..!!!!! Tapi aku dah say sorry.. sayang pun dah cium kepala aku.. erm..ok la tu….opsss!!! terlebih sudah..

Sunday, June 15, 2008

kURsUs pRa pERkAhWiNaN IsLaM - zURa's aKaDeMi


Aku snap gambar ni dari tempat duduk aku. Aku duduk belakang sekali. Boleh tido.hehehe...

Pada hari Sabtu dan Ahad ( semalam & kelmarin ), aku & tunang tercinta berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam di Zura’s akademi, Bangsar.

InsyaAllah kami berdua akan berusaha untuk berkahwin dan hidup bersama-sama sehingga akhir hayat kami. Tak sabarnya aku rasa.. Hik3.

Tujuan aku cerita mengenai kursus pra perkahwinan ini adalah, aku nak berkongsi dengan korang semua kenapa kita patut mengikuti kursus ini. Setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini yang diadakan selama dua hari.

Kursus ini adalah wajib dan penting kerana kita akan belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri apabila sudah berumahtangga nanti. Kita juga akan belajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah contohnya.

Bukannya senang nak kahwin ni. Macam-macam tanggungjawab dan perkara yang perlu kita pikul. Dan macam-macam prosedur yang perlu kita ikuti sebelum boleh menjadi seorang suami isteri yang sah.
Tersentuh jugak la hati aku bila uzstaz-ustaz ni cerita tanggungjawab suami dan isteri ni. Mudah rupanya

Itu sebabnya jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal pengantin. Bagi aku, memang patut kursus ini diwajibkan. Jadi dapatlah bakal-bakal suami isteri ini bersedia dan tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin.

Mungkin ada dikalangan korsng yang merasakan kursus ini membosankan. Sebab aku pun rasa cam bosan sangat bila time ustaz-ustaz yang skema tu. Ye la, dah nama pun kursus kan… Tetapi kursus yang aku ikuti ini tidak membosankan sgt sbb penceramah-penceramah yang hadir sangat-sangat sporting dan open. Diselitkan dengan lawak jenaka dan gaya ceramah yang pelbagai menyebabkan kami semua tergelak geli hati apabila mendengar ceramah yang diberikan - Dua tiga org je cam skema sikit yang membuat kan ceramah tu jadi hambar dan bosan.

Gelak-gelak juga tetapi apa yang penting adalah isi yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah korang akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Di akhir segmen kursus ni, mereka adakan sketsa kecil bagaimana adab-adab ketika dari merisik sampai la akad nikah. Dan seperti biasa, bila dengar akad je, hati aku ni menjadi hati Kristal. Dengan lakonan pun airmata aku leh bergenang?? Ish…ish…ish…

Sekiranya korang belum lagi mengambil kursus kahwin ini, pergi la daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal kalau mengikuti kursus ini (lagipun kan ia nya wajib diambil sebelum boleh bernikah). Dan sekiranya anda sudah pun mengikuti kursus ini, bila nak kahwin?

Hari Ahad kelas start jam 8am. Ni gambar aku dan sayang On The Way ke Zura's Akademik, Bangsar






uPdAtE dEWaN sEJaRaH

Semalam lepas aku mendaftar untuk kursus kawin, aku balik ambil mak kat umah dan bawa mak ke Wisma Sejarah sbb mak nak tgk Dewan Sejarah tu. Maklum la,hari tu pergi ngan tunang tercibta je. Skang mak nak tgk sendiri dewan tu dan terus nak booking date. Hehehe...Excited mak aku. Maklum la, aku the only child kan??

Masa sampai je kat Dewan tu, jumpa En. Shahril dan kemuan En. Shahril bawa aku,mak dan tunang tercinta pergi tgk Dewan.

Erm...tgh hari karang ada org kahwin. Kali ni punya pelamin cantik pulak aku tgk. Warna dia sama ngan theme colour aku pulak tu. Warna putih. Cantik,simple, nice. Aku tanya jugak sapa yg buat pelamin ni. Pastu dia kata org yg buat pelamin ni baru je balik. Waakkk..!!!! frust nyer...
Tapi caterer masih ada kat situ, aku suh sayang tanya kot-kot caterer tu ada link ngan pelamin ker. Sekali tgk org caterer tu kawan lama mak. Dia kata nnt dia tolong minta kan no fon org pelamin tu. Tgk la, kalau ada rezeki tak kemana kan??




p/s - rasa-rasa korang cantik tak pelamin tu??

Saturday, June 14, 2008

eLkeN

Masuk semalam dah dua kali Elena ajak aku jumpa. Nak terangkan pasal business yang dia sedang ceburi sekarang. Katanya bagus. Boleh buat aku jadi kaya, cantik dan sihat.
Semalam,balik kerja aku terus ke Bangunan Elken, Jalan Kelang Lama. Kat sana aku jumpa Elena dan Ros. Kemudian Elena kenal kan aku dengan seorang Haji tu.
15 Min selepas duduk-duduk, minum-minum, Haji bawa aku dan tunang tercinta berjalan-jalan di bangunan Elken. Disamping mem'promote' aku join Elken.
Memang aku teruja dengan barangan-barangan Elken. Cara Haji tu kenalkan promote aku barangan tu pun,buat aku rasa "Yes, akhirnya aku jumpa multi level yang boleh dipercayai". Tengok Elena pun cam ok jer join Elken ni.
Habis rounding satu bangunan, kitorang pun duduk mula nak cerita-cerita pasal ni. Mula-mula tu memang best. Memang kalau Haji ni close aku masa ni, mmg aku dah terjebak ngan benda ni punya. Tapi,masyaallah.....dia punya cerita,punya la panjang lebar. Perut aku dah lapar giler dah masa tu. Elena pun dah dekat 1000x bagi hint yang dia dah lapar. Tapi malang nasib kami,Haji tu tak berhenti bercakap jugak. Huh.. Muka tunang tercinta dah berubah dah masa tu.
Yang aku tak boleh terima kenyataan tu,
1) Haji tu suruh aku tangguh kan Kursus perkahwinan aku semata-mata suruh aku pergi kelas
2) Haji tu promote aku shampoo color lock
3) Haji tu boleh tanya aku " takkan awak tak de RM75 pun skang??"..
dan beberapa lagi.. uik.!! pelik la. Kenapa Seorang Haji macam ni?? Org lain sibuk suruh aku percepatkan kursus perkahwinan tu. Kenapa seorang Haji macam ni? Sepatut nya mana boleh dye rambut kan?? (walau aku pun dye). Tapi Haji ni rugged la,siap leh cerita pasal color lock shampoo lagi. Caya laaaa.... akhir sekali, Haji tu leh minta aku duit on the spot untuk bayar yuran keahlian RM75.. uik..??
Akhir sekali, mood aku yang happy masa mula-mula tu pun dah lari, denagn perit lapar lagi, dengan tgk muka sayang dah kelat, aku pun tak join lagi buat masa ni.
Tak pe la. Mungkin aku jadi pengguna dulu. Dan apa-apahal aku akan berurusan dengan Elena je. Wakkk..!!!! tak sanggup nak berhadapan dengan Haji tu lagi.

bANyAk Nye kERjA..!!!!!

Minggu merdeka aku dah berakhir. Minggu lepas bos aku pergi Germany for 1 week. And he will came back on this Monday..

Ish...mesti cam bosan je kan. Dah la kerja aku berlambak-lambak sekarang ni. Rasa cam nak kerja sampai kul 10 malam pulak. Tapi cam tak sesuai jer nak menabur bakti sebanyak tu kat company yg baru 2 bulan aku join ni.

Kak Hada dah mula cuti bersalin. So,semua kerja dia aku kena buat. Banyak tak terkata. Belum abis kerja yg lama,kerja yang baru sedang menunggu. Jangan harap la nak tgk meja aku clean & clear macam dulu.

Kerja tu dah la memerlukan tenaga mata aku yang banyak. Sampai pedih-pedih la mata aku mengadap pc tu dari pagi sampai lewat petang. Mana tak nya,kerja kena buat ngan teliti, silap sikit dah kena bambu ngan Finance. Tak sanggup aku nak berhadapan ngan En. Azman tu. Macam singa lapar.





p/s - kerja-kerja aku yang entah bila akan selesai. (berhenti kerja baru kerja ni selesai)

Thursday, June 12, 2008

pEtRoL ReBatEs


Pening kepala aku nak kena re-budget balik gaji aku bila petrol dah increase ni.

Wakk..!!!!! Dulu full tank aku RM120. Skang berapa pulak agak nya..

Dengar cerita kerajaan ada bg Rebat untuk petrol tu. Sesiapa yg renew roadtax antara April – Mei,jadi mereka boleh apply berkuat kuasa Sabtu ni. Tapi kalau renew bulan Jun, 1 Julai nnt baru berkuat kuasa..

Rebates

- RM625 per year For private vehicle with engine capacity of 2000cc and below, including private pickup trucks and jeeps with engine capacity of 2500cc and below.

- RM150 per yearFor each private motorcycle with engine capacity of 250cc and below

- RM200 reduction on road taxFor private petrol and diesel vehicles with engine capacity above 2000cc

- RM50 reduction on road taxFor private motorcycles with engine capacity above 250ccStreamlined diesel subsidy(for approved transportation companies, vessel owners and fishermen)

- Diesel – RM1.43 per litre (previously RM1 per litre for fishermen and RM1.20 per litre for vessel owners)

- RM200 per month for every owner and employee

Wakk…!!!! Sakit hari aku. Patut nya insurans aku expired 27 Mei 2008,tapi disebabkan kereta aku accident hari tu,jadi aku fikir dah amik kereta nnt baru renew la. Sekali 4 Jun hari tu baru kereta aku siap. 5 Jun baru aku gi renew roadtax ngan insurans. So that, 1st Julai la baru aku leh apply rebate tu kan??
Iskk….menci..!!!!

Tuesday, June 10, 2008

tAggEd

had been tagged by Ju-Lia

Impression Of Her/Him
1) Talkative
2) Creative
3) Friendly
4) Kind
5) Bubbles – bLuP bLuP bLup..!!!!

Most Memorable Thing She/He has Done For You
Julia (formerly known as Nonoi). Phone sesiapa yang out of credit di tgh² malam buta, can use her service – easy topup. Sesiapa yang rasa² nak makan cake, chicken chop, muffin, spaghetti and etc tunggu lah dia balik dari penang. She will make for you.

3 Person You Wanna Tag
1) rynn2506
2) aDiNi
3) Ju-Lia

siLveR

Insyaallah hari bahagia aku nnt akan bertema kan silver & putih.

Dah dua butik pengantin yang aku pergi, kedua-dua nya tak de stock baju warna silver. Tapi,mereka boleh buatkan aku yang baru jer.

Satu lagi masalah, bila aku cakap kat org butik tu aku nak warna silver, mereka akan berfikir sekejap, pastu mereka akan tanya aku, “ silver macam mana?”. Uik..aku pun jenuh la fikir nak silver macam mana..

Dan,disebabkan aku begitu banyak masa terluang - bos aku gi Germany for 1 week… yaaahooo!!!!!! – aku pun surf internet cari silver bagaimana yang aku mahu kan "ku mahu, kesetiaan dan kejujuran. Kasih sayang yang tiada bersempadan. Berkorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan”. Eh..melalut pulak..

Hah..silver seperti ini la yang aku mahukan.. Aku akan bawa gambar ni bila nak ke butik itu nanti. Senang. Tak yah dok fikir². Kalau korang ada tau apa² atau mana² silver lagi,sila lah beritahu aku ye..




p/s - Sila abaikan gambar org² itu. Kita highlight kat warna baju je ye

Saturday, June 7, 2008

bORiNg

Selepas 2 bulan,tetiba aku rasa cam boring je kerja kat tempat baru ni. Ntah la. Rasa tersendiri. Macam katak bawah tempurung jer. Diorang ni macam...ntah la...susah aku nak cakap. Buat hal masing-masing je. Aktiviti aku skang ni,pagi-pagi pergi kerja. Sampai je ofis,aku akan duduk kat tempat aku sampai waktu lunch kul 1pm. Lunch time - makan -. Kul 2 masuk kerja balik,aku akan duduk balik kat tempat aku tu sampai balik nanti..Wakkk!!! Bosan nya.. Macam tak de life kat situ.
Tak de lagi macam dulu kat ofis lama. Tak de lagi gelak ketawa,tak de lagi makan-makan,takde lagi gosip-gosip.. waarrgghhh..!!!! I miss that moment..

Skang ni,kerja kerja kerja. Makan kerja,minum kerja,tido kerja.. Tak menggembirakan langsung. Aku betul-betul rasa nikmat kehidupan, masa balik dan weekend jer. Selebih nya.. KERJA..!!!!!

Ya Allah..Pertingkatkan lah tahap kesabaran aku. Sampai bila aku boleh bertahan ni? Berapa lama lagi aku boleh tahan? Ada ke org lain senasib ngan aku?

BOSAN!!! BOSAN!!! BOSAN!!! BOSAN!!!

AARRGGGHHH...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


BORING.....!!!!!!!!!!!!!!


kERetA kU

Hari Rabu hari tu sayang call aku. Dia cakap "sayang,hari ni tak payah tgk ezora". aku tanya "apasal"? Sayang kata " kereta siap hari ni. Kita gi amik kereta balik kerja karang"..

Wakk...!!!! aku seronook bukan kepalang. tak sabar rasanya. Tepat pukul 5.30pm aku ngan sayang terhegeh-hegeh,hujan-hujan gi bengkel nak amik kereta.

Sampai je sana, wahh...kereta ku cantik. Seperti sedia kala.. Nak check-check tak sempat sebab hujan lebat masa tu. Lagi pon bengkel dah tutup. Tak pe la,balik nanti baru check je..

Aku pun balik,bosan giler. jalan sesak sana sini. Maklum la,masa hari rabu tu kan petrol naik harga. Berpusu-pusu org nak isi minyak.. tgh boring-boring tu aku nak pasang cd. Tak boleh. Naper ek?? Tak pe la,dengar radio dulu. Balik kang baru check naper.

Malam tu aku nagn sayang check kete,wakk..!!! cd changer aku tak de.. tak boleh jadi ni. Kebetulan Abg sedara aku datang, dia ni particular skit pasal kete. Dia la yg beria-ia check kete aku. Hah...!!! ambik kau.. Serba serbi tak kena pada pandangan mata dia.

Antaranya :-
  1. Bonet bocor
  2. Cap kat rim aku takde
  3. CD Changer aku takde
  4. Ekzos senget
  5. Tempat air mengalir tertutup rapat. So that,kalau air masuk,tak boleh nak mengalir keluar..

Keesokan harinya aku call bengkel, aku cakap la semua tu. Marah lah jugak aku dibuatnya. At Last dia suh datang hari sabtu. Pastu tadi kat ofis dia call sayang,dia kata tak yah datang hari sabtu. Tutup. Public holiday. Ini tak boleh jadi. Takkan aku nak tgu lagi seminggu?? Kesudahannya,dia suh datang hari Ahad kul 12pm.. Tgk je la apa ceritanya nnt..

p/s - tgk la dibawah ni. Kereta ku dah cantik. Luaran jer.. erkk..!!!





Tuesday, June 3, 2008

sEBeLuM & sELepAs

Perbezaan muka pengantin sebelum dan selepas di touch-up oleh Zirin


Sebelum
Selepas

ziRiN La bEaUtE

Hari ahad hari tu, lepas pergi member sayang kahwin,kitorang dah mati kutu dah. Tak tau nak buat apa. Nak balik, awal lagi. Lagipun bapa mertua bg pakai kereta, takkan nak balik awal kot. Sayang pun kata tak nak balik lagi.

Akhirnya kitorg redah je gi butik pengantin Zirin kat Bandar Tun Hussien Onn tu tanpa sebarang temujanji. Dah nama pun tanpa temujanji, jadinya,si Zirin ni pun tak de la kat butik tu. Yang ada cuma pekerja-pekerja nya sahaja. Tak pe lah. Tgk-tgk album pon jadi lah.

Nama mak andamnya Zirin. Zirin berusia 25 thn. Wahh...skemanya ayat. Dia pernah make up kan sepupu aku kahwin masa thn 2006. Make-up dia cantik sangat (penilaian aku la). Jadi,aku ingat nak ambil Zirin juga untuk menata rias wajah aku di hari bahagia aku nanti.

Korang nilai la sendiri hasil kerja tangan zirin ni ye. aku ada letak beberapa gambar pengantin yg mendapat sentuhan Zirin.