Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, January 30, 2013

wEDDiNg nONoi ~ 20/10/2012 ~

Wedding sepupu aku aritu..
Baru berkesempatan nak update buat entry..
Lom basi lagi la kan???
Dia kahwin bulan 10 aritu.. Skang baru bulan 1.. 

Korang enjoiceee la ek tgk gambar-gambaran kami sepupu-sepapat..
Yang pasti gambar pengantin takde dalam post ni sbb aku kan jaga guest book kat luar..
So, cam hilang arah la bergambar sakan kat luar sampai terlupakan pengantin..Kui kui~~

Apa pun, mari kita doakan semoga pengantin yg dah suam² kuku ini, Nonoi & Amin kekal bahagia hingga ke akhir hayat... AMIN!!!~

Berapa kali Amin daaaaaaaaaaa~ Hehehehehe~
















Monday, January 21, 2013

uMa's wEDDiNg

16/12/2012 hari tu aku pergi wedding kawan sekolah aku, Uma Darshini.
Masa mula² dapat invitation tu, aku agak terkejut jugak la.
Sebab masa kat sekolah dulu aku ngan dia bukan rapat kot..Huhuhu~
Tapi tetap berbangga jugak la kerana diriku dikenang..Hahaha~ Poyo..
Tunggu...Ini semua Poyoooo....

Aku tanya dia siapa lagi dia jemput..
Adini, Parveen & Alice..
Ok, aku tanya tiga² tu siapa yg pergi sebab aku nak saing diorg..
Takkan aku nak g sendiri..Segan pulak..

Alice kata x dpt pergi sbb kerja..
Adini & Parveen on..Woohoo!!~
Aku janji ngan diorg tunggu kat PJ Hilton kul 6pm..
Aku tak bgtau Adini, Parveen ada..
Aku x bgtau Parveen juga, Adini ada..
Sebab kalau aku bgtau diorg ni org tu ada org ni ada, diorg akan excited lebih..
Sebab lama tak jumpa kan..
Pastu bila dah excited karang satu benda tak jadi..
Baik aku plan senyap²..Hehehehe~

Pastu mulut aku gatal ajak Thrisha sekali.
Dia kata "Uma tak jemput aku pon"
Aku dengan confident cakap "Ada..Dia ada buat event kat fb"
Padahal x de pon.. 
Aku saje la nak suh Thrisha ikut sbb dia ni sepanjang tahun nak bz..Pelik!!
Saje nak test market dia boleh meng'join'kan diri ke tak?
Sekali boleh daaaaaaaa......

Pagi² sblm event tu aku msg Uma cakap Thrisha ikut.
Dia cakap Thrisha not in list. So, takde RSVP tempat utk dia..
Wakkkkkkkkkkkkkkk....
Ini salah aku la ni gatal g ajak buat apa?
Nak bgtau Tsha aku x sampai hati pulak..
Dia dah siap ready nak g umah aku dah tu...
Wakakakakaka!!~
Tapi andai kata Thrisha x leh masuk time tu, mmg aku pon x masuk jugak.
Sebab tak baik la kan..Aku yg gatal ajak, takkan nak suh Thrisha balik pulak kan?

Tgh dok pening² fikir camne nak bgtau Tsha tu, tetiba Parveen msg,
 "Mala aku x dpt join sbb anak aku demam"
(Lebih kurang gitu la bunyi msg dia)

Haaaa...Selesai la masalah kalau gini kan? 
Tempat Parveen tu boleh la kasi Thrisha duduk..Hehehehe~

Masa nak register tu, Thrisha register atas nama Parveen la..Hehehehe!!~
Sorry Parveen, bukan mengambil kesempatan tau.
Tapi mengelakkan pembaziran makanan.. Peace Yaw!!!~












Monday, January 14, 2013

uStAz dON

Entry kali ini juga adalah entry tahun 2012
Kita kasi clear dulu memori 2012 baru masuk 2013 nnt ek..Hehehehe!!~

Ok, nak cerita ni. Sempena nak sambut Raya Haji aritu, company aku telah menganjurkan satu ceramah.
Ceramah bertajuk PENGORBANAN.
Ustaz jemputan adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid!!~
Ceramah berlangsung di Surau Al-Usrah, Menara HLA
Sehari sebelum tu, aku dah buat preparation nak ke ceramah tu..
Hahahaha!!~ Ustaz pilihan katanya.....
Preparation disitu bermaksud aku pakai baju kurung & bawa tudung siap² dari rumah..

Ceramah dijangka bermula pada jam 12 tengah hari..
Pukul 11.45am aku dah turun dah ke surau..
Sebab takut tempat penuh..Aku nak dok depan sekali kalau boleh..Hahahaha!!~
Alhamdulillah tercapai hajat..

Ustaz Don sampai lambat sket.. Kul 12.15pm kalau tak silap aku..
Masa tu tak yah cakap la...Surau dah penuh dah..
Seb baik aku awal, dapat dok depan sekali.. 
Itu pun kejap² org suruh injak² ke depan sikit sebab ada org nak masuk lagi dan lagi..

Sampai² je, Ustaz Don terus dibawa ke bahagian depan Surau..
Ustaz Don ni pemalu tau uolls.
Masa dia nak jalan ke depan tu, kan semua mata memandang kan? Dia cam tersipu-sipu..Hehehe!!~

Pastu masa sebelum ceramah start, dia dok depan puluhan/ratusan org tu pon dia cam malu²..
Cam control²..Bukan control cun..Tapi cam nak control gemuruh dia kot..

Tapi bila dia dah start ceramah dia tu ok dah..
Dah becok cam biasa² dia bagi ceramah tu...

Alhamdulillah... Kami semua dapat sesuatu dari ceramah itu..
Sesuatu itu bukan la material..Tetapi pengisian hati..
Syukur Ya Allah mengumpulkan kami pada hari itu..

Ceramah selesai lebih kurang jam 1.30pm macam tu..
Terus solat Zuhur diimamkan oleh Ustaz Don..
Alhamdulillah..Semoga dapat lagi peluang macam ni..



Malu-Malu..Hahaha~














Ni gambar selepas solat Zohor.
Kamera aku bg kat abang office aku ni sbb takkan aku nak solat sekali kat surau lelaki kan?
Dah ada kamera, diorg pon amik la gambar bersama.. 
Kitorg yg pompuan² ni la yang melepas nak amik gambar bersama Ustaz Don..Hehehe~








Tuesday, January 8, 2013

hAPPy biRtHdAy kHaLeef ~08/01/2013~
























Happy Birthday Nur Khaleef Ridzki.

Time flies so fast and now you are 2 years old. I still remember the first moment I hold you in my arms. Looking at the way you smile in your calm sleep. That day you frightened us with your health condition. How much Mommy & Ayah cry for you. For us can't afford to see you in pain. You have thought us - Nenek, Ayah & Mommy lot of thing. On how to be patient and stronger.

May you have a great year and glorious life ahead. We are always with you. You made us so happy by just coming into our lives.

Nothing can be compared to the feeling with your presence, my son.

Senyumanmu penawar dukaku. May you grow as a healthy baby. Semoga menjadi anak yang soleh, panjang umur & murah rezeki. AMIN!!!~

Thank You Allah for this precious gift. Syukur Alhamdulillah..

LOVE MUCH FROM MOMMY!!~ ♥♥♥

Wednesday, January 2, 2013

jUNgLe gYM, bANgSaR sHoPPiNg cENtRe

Dah masuk 2013 dah pun. 
Tapi aku dok terkial lagi nak cerita pasal 2012..
Azam tahun baru moga aku rajin la update blog..Hahahaha~

8/10/2012 aritu aku ngan sayang amik cuti..
Nak bawa Khaleef jenjalan sempena dia genap 1 tahun 9 bulan la kengkonon..Hehehe~
Aku bawa la dia g Jungle Gym kat Bangsar Shopping Centre..

Amboiiii...Kemain suka la dia..
Pastu cam biasa kalau dah bawa dia main², pengakhirannya mesti ada drama swasta..
Dia meraung la kat situ tak nak balik..
Adoiii la anak..!!!~ 
Nanti kita pergi lagi ek..

Kesian pulak tgk dia main sorang² je.. 
Nak berkawan tp anak² C*** kat situ cam sombong² jahanam puloks!!~

Nanti nak ajak sesiapa yg ada anak pergi sekali nak kasi kawan ngan Khaleef..
Aku cam dah aim siapakah org itu...
Nok tembam aku : Eryn & Mimy..
Wakakakakaka!!~








Sesuka hati je ek.. Cam rumah dia, dia buat kat sini




Ni ayah yg lebih!!~ Hahahaha~


Betul tak aku cakap.. Ayah dia yg excited!!~