Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Friday, October 31, 2008

LoNeLy


Naper semalam ngan hari ni aku rasa blog aku cam sunyi je arr? Tak meriah cam selalu pun.. uhuks~~~~

Thursday, October 30, 2008

dEpOSit iNsURaNs


Pagi tadi officemate aku bg aku satu borang kajiselidik..

Dia punya assignment kot.. Sebab dia belajar lagi..

Kajian ni bertajuk “Keberkesanan Program kesedaran masyarakat mengenai Deposit Insurans”

Soalan pertama dia “Pernahkah anda terdengar mengenai PIDM/MDIC?”

Aku tak pernah dengar.. Korang pernah dengar tak?? Kepada sesiapa yg tau apa itu menatang PIDM/MDIC tu, boleh terangkan kat aku tak???

Mak aiii!!!! Jakun nya aku nih..

Wednesday, October 29, 2008

sAbtU, AhAd, iSNiN

Eee....bosan betul aku..aku ingatkan internet akuni ada problem..Asyik tak boleh nak load gambar je..Rupanya aku yg mengong..Aku lupa nak resize gamba ni..wakakaka~~~


Jumaat, 24 Oct 2008


Company aku halfday. Kitorg ada jamuan hari raya kat Hotel Istana.. Aku cam excited nak pergi. Bukan sebab nak celebrate jamuan nih, tapi sbb tunang tercinta kerja kat hotel Istana..woohooo... Lagi satu aku nak jumpa x-officemate aku..Lama giler tak jumpa..rindu seh~~






Ni door gift yg kitorg dapat aritu - candy bowl -
Kak Roy, Tantee, Puan Ida & Puan Zil


Cenderahati dari Hotel Istana

Aku sangat tak percaya aku makan sikit je masa ni.. Biasanya, kalau buffet, aku la org yg paling tamak sekali di dunia..wakaka~~~ Tapi korang tgk la aku makan apa jer..??


Pulut ngan pengan durian

Rojak buah

Nasi impit ngan kuah soto

Satay

Aku yg hantu desert ni boleh tak pandang ngan kek & aiskrim..Selalunya, benda2 ni la yg aku rebutkan dulu.. Naper ek?? Buang tebiat ker???


Sabtu, 25 Oct 2008

Akak office lama aku dulu ajak datang rumah dia sebab dia open hse + cucur jambul anak adik dia kat ampang.. Hari sabtu aritu, aku ada 4 open hse.. wak!!!! caner aku nak diet nih?? **alasan**


Dapat la aku cup cakes ada tulis baby nih

Aku ada 2 lagi open hse kat area ampang nih.. Tapi semua pun start kul 3.. So, aku gi Setapak dulu.. Dah selesai kat setapak,patah balik gi Ampang.. Ada dua lagi open hse.. Kat Bukit Indah, hotel umah Senior Manager aku, ngan kat Bandar baru Ampang umah x-officemate aku yg kerja kat Hotel Istana tu..wah..wah..wah...sangat letih okeh... Dalam kul 9 malam cam tu baru balik..waarrgghh!!!!


Ahad, 26 Oct 2008

Hari ahad umah aku pulak buat open hse..Wah!!!! start kul 1..masa tu org cam suam2 kuku jerk..aku cam dah cuak dah, ada org datang ke x nih?? Makanan banyak.. Tapi tak sangka, lepas kul 2 lebih camtu,, org punya la ramai.. x menang tangan aku.. Alhamdulillah.. Org datang tak putus2. Start dari Senior manager aku, lepas tu...terus org tak putus2 datang..Murah rezeki Senior Manager aku, En. Amir..Amin!!!!

Penat mmg penat. Tapi hati aku sangat terhibur okeh...Jumpa kawan2 yg dah lama x jumpa. Pastu yg best sekali, kawan blogger kita, wawa datang memeriahkan suasana...thanks wawa...muuahhhXxx~~

Aku budget nak buat sampai kul 6 ptg je, tapi meleret sampai ke 10 malam..heh~~ Sangat puas hati ok..

Tetamu aku yg terakhir ialah keluarga bakal mertua... Ibu ngan ayah sayang penat sebenarnya, sebab diorg baru balik daari Penang. Tapi diorg sanggup demi menantu nya ini..wakakakaka!!! Thanks ayah & Ibu...uik??? Over ker aku??

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 yg sudi menghadirkan diri di rumah terbuka aku yg tak seberapa itu.. thanks ya..!!! next time kita buat lagi, leh berkumpul ramai2 lagi..woohoo~~~ thh depan mesti aku buat kat umah aku sendiri bersama suami tercinta..wakaka~~Insyaallah....

Aku tak sempat la nak amik gambar setiap kejadian dan setiap org yg datang kan?? Tapi ada lah beberapa pic yg sempat aku snap dalam kesibukan itu..yayy!!!


Sunday, October 26, 2008

~~oPeN hOuSe~~


Assalammualaikum,

Bersempena bulan baik ini, saya ingin menjemput anda ke rumah terbuka saya yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 26 Oktober 2008, bermula jam 1pm – 6pm di alamat seperti tertera di atas kad jemputan. Rumah terbuka ini diadakan sempena Aidilfitri yang dah hampir sebulan berlalu.

Kepada sesiapa yang ingin berkunjung, bolehlah menghubungi saya (Nurmala) di no telefon yang tertera di atas… Selamat hari raya semua…..hehehe ♥♥♥

Friday, October 24, 2008

bLaCkOut

Plan sebenarnya semalam nak tgk pra-tonton Musical High School. Kawan aku yg kerja kat Era.fm tu bagi ticket free..

Tapi macam org kata, kita hanya merancang, Tuhan yg menentu kan..eceh…ayat..

Semalam umah aku terputus bekalan elektrik.. umah aku je tau.. umah lain semua ok..jadi,maknanya mmg elektrik kat umah aku la yg ada masalah kan??

Sempat gak la kitorang candle light dinner semalam
Pastu aku ada panggil pak cik wiring ni datang umah tlg tgk² kan..

Sekali satu haram pon dia tak leh nak buat apa².. sudah nya dia cakap “call TNB la” siot tol..tapi dia charge kitorg 15 hengget okeh..geram tol aku..

sudahnya,aku call je TNB. Sejam kemudian,diorg pon sampai..


Mula² abg TNB ni godek cable yg kat pintu umah aku nih. Tapi dia kata sini ok, tak de apa² masalah..


Rupa² nya yg kat sini daaa...
Masa mula² dia tgk cable nih, dia cakap ngan kat uncle lagi satu tu “cut out”.. pastu aku leh jeri pulak “hah??? Ada katak??” wakakakak~~~ abg ngan uncle ni gelakkan aku boleh???

Uncle ni pulak tukang suluh.. Aku pulak,tukang amik gambar..wakakaka~~~


Sudahnya, umah aku ada lah cahaya balik, tanpa dikenakan apa² bayaran. Tapi pak cik wiring tu pulak yg dapat 15 hengget. Walhal dia x buat pape pun. Aku bg abg ngan uncle TNB ni 15 hengget tu buat duit kopi diorg lagi bagus kan kan kan???

Thursday, October 23, 2008

LeLaKi & aiRmAtA

Wuuu…lelaki nangis wuuu… Tak malu wuuu…”

Kenapa? lelaki tak boleh menangis ke? perempuan je yang boleh menangis? Lelaki pun boleh menangis gak tau.

Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang sangat menghargai airmata. Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Lelaki nak simpan air mata dorang utk sesuatu perkara yg lebih memerlukan mereka mengeluarkan airmata. Tu pasal la lelaki tak menangis sesuka hati.

Pemikiran lelaki dengan perempuan berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Takde nangis-nangis ni. Bagi dorang, buat penat je menangis ni. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Erk…boleh pakai ke idea² tu?? any idea??

Monday, October 20, 2008

hUJuNg miNggUkU

Jumaat - 17 Oct 2008

Ingat nak gi tgk wayang. Sekali x sempat masuk mall pun, ada org jual barang pulak.. dan aku pon terjebak seh...pandai betul diorg ni buat demo sampai aku tergoda..

mula² diaorg buka kete aku tanpa menggunakan kunci..steady je..tgk² enjin sumer dah start.. x de bunyi alarm kete pon..diorg kata cam tu la cara org nak curi kete..

benda yg diorg jual ni nama nya HECTOR. Tak tau la kalau² sblm ni korang da hpernah dgr.. Kot aku ke yg ketinggalan..HECTOR ni satu system macam access card kat office korang tu. Maknanya,kalau aku nak start enjin kete, aku kena swipe dulu kad HECTOR tu.. kalau x, kereta aku x leh start..pastu kalau aku pasang system ni, korang pon pasang system ni, tapi kad korang ngan kad aku x leh read antara satu sama lain.. maknanya kad aku, kete aku je leh access..kad korang, kereta korang je leh access..

hahaha...maknanya skang, hanya aku je la yg leh drive kete aku tu sbb hanya aku je yg ada access card utk kete aku tu..wooohoo~~~~

mula² cam x nak la beli. sekali tgk harga dia berpatutan. harus la aku install gak kan system nih..

HECTOR

Ahad - 19 Oct 2008

Kawan aku masa sekolah rendah dulu kahwin. Namanya Hafiedah..

Selamat pengantin baru Hafiedah & Muhd Noh

Tak sangka kan, dah kahwin dah kau fiedah.. Dulu masa sekolah rendah,sama² nakal...

Nama aku kan Nurmala Mazlan. Nama Fiedah, Hafiedah Idris. Aku ingat lagi masa darjah 4,masa tu thn 1993. Dalam kelas tu aku ngan fiedah je Melayu. Pastu masa thn tu tgh hangat kisah Mazlan Idris ngan mona fendi tu.. Budak² dalam kelas suka ejek kitorg.. diorg panggil aku ngan fiedah anak Mazlan Idris..wak!!!!! Sian kitorg tau.. Dah la masa tu ala² sengal lagi. Org ejek pon buat diam je..huhu~~~

Satu lagi kalau korang nak tau, semalam aku masuk bilik fiedah sblm dia bersanding tu. Sesaje la nak jumpa dia. Kang dah kua kang x dapat dah nak salam peluk2 cium kan?? Sekali masa aku masuk bilik tu, rupa2nya, mak andam Fiedah ni ialah mak andam aku nnt (zirin).. Aku pernah citer pasal dia kat post2 sblm ni.. Cuba korang klik kat sini & sini...



Lepas pergi kenduri Fiedah ni, kitorg pergi pulak open house umah kawan sayang kat Kota Damansara. Makkk ai!!! cuaca panas x hengat.. Xde langsung ciri-ciri akan hujan..


Tapi bila kitorg on the way balik tu. Makkk aiii!!!! Hujan selebat-lebatnya. Korang tgk la gambar bawah ni.. Terasa sejuk je kan??? hahahaha~~~

Sunday, October 19, 2008

LAGu kENaNgAn


Korang2 mesti ada lagu kenangan korang kan?? Tak kisah la kenangan apa pun.. Suka ke, duka ke.. Tapi bila dengar je lagu tu, korang akan rasa sesuatu..wak!!!!
Aku ada tau lagu kenangan.. huhu~~

1st - Kekasih Gelapku

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..
Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ooh..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

*************************************************************

Haishh~~~ lagu ni sangat berhantu okeh.. Dulu masa muda2 aku ni agak nakal la org kata. Aku dah ada boyfriend, tapi aku scandal ngan org lain. Dia pun cam tu gak, dia dah ada girl masa tu. Tapi scandal ngan aku..wak!!!! sesame miang la ni kan? huhu~~ Mula2 rasa cam nak sesajer je. Tapi lama2 aku rasa cam serius pulak..Aku serius, tapi aku tak tau dia.. harap2 perasaan kami sama lah waktu tu.. Tapi masa tu aku mmg betul2 dah sayang kat dia. Tak tau la bertepuk sebelah tgn atau sebaliknya, Tuhan je tau.. Dalam masa yg sama, masa tu aku dah ada boyfriend..Caner tu?? Tu la yg jadi kekasih gelap ku itew... Mula2 mmg cam nak fight je supaya aku dapat dia. Tapi atas nasihat kawan2, "apa perasaan kau kalau boyfriend kau diambil org?" dan "Sampai ke hati kau? kau bukan x pernah tgk girlfriend dia".. oooiii!! aku ada hati gak tau. Aku menjauhkan diri ..Hahaha..sebenarnya x tau la, aku yg menjauhkan diri ker?? Atau dia yg menjauhkan diri.. Whatever it is, masa tu hubungan aku ngan boyfriend aku mmg dah tak dapat diselamat kan..


2nd - Tapi bukan aku

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Karena tak kan pernah kan kau temui, cinta sejati
Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku tak kan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku t’lah mati untuk menyadarinya

S’moga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu, tapi bukan aku

*********************************************************

Kan tadi aku kata, apa pun yg terjadi kat aku, hubungan aku ngan boyfriend aku masa tu mmg dah x dapat diselamatkan lagi.. Aku pun minta putus ngan Boyfriend aku.. Ya Ampun!!!!!!! Punya la susah aku nak luah kan perasaan aku masa tu. 7 thn tu hubungan aku ngan dia..Tapi Alhamdulillah Allah bersama aku ketika tu, dan semua nye berjalan lancar.. Tapi sblm tu aku dah minta maaf ok.. Aku minta maaf sebab masa aku masih berhubungan ngan dia, aku berhubungan ngan kekasih gelap ku itew..

So, selepas itew... boyfriend aku yg almost 7 years tu pun aku tak.. Ngan kekasih gelap tu pun aku tak..

Skang aku ngan tunang tercinta ok and I LOVE HIM so much~~ muahXXxx'''



p/s: salah ke aku post entry ni?? salah ke aku post entry pasal kenangan2 nih?? salah ke aku nak kongsi cerita ngan korang.. Kalau salah /akan mengguris hati sayang aku, bagitau cepat ek..aku nak delete post ni..

Friday, October 17, 2008

mOtHeR


Baby Monkey hit by bike at Jaipur (India)
but monkey mother...... we already know the Mother history.







That Is How Mothers Protect You

Wednesday, October 15, 2008

eN. nURmALa & rEstORaN pELitA nASi kANDaR

Seperti biasa,semalam aku terima Delivery Order dari ladang.

Tapi tyg memusykilkan aku...
benda ni
*****
****
***
**
*


En. Nurmala

wak!!!! naper aku dapat title Encik pulak??

Yang ni pulak, ntah kenapa kelmarin saya kata dia mengidam kan nasi kandar kat Restoran pelita nasi kandar tu.. Tapi masa tu mak aku dah masak. Takkan nak kua kot. Jadi nya, semalam aku ng sayang harus lah ke Pelita nasi kandar.. Ingat nak g kat Bangsar punya, sbb masa mula² jatuh cinta ngan nasi kandar ni, masa makan kat Pelita, Bangsar. Tapi fikir, time² balik kerja ni jammed. So, destinasi jalan² cari makan kami di Restoran Pelita Nasi Kandar, Ampang je.. Kat sebelah KLCC tu..




Aku amik cheese nan jer.. Tapi cheese Nan dia still tak leh lawan Cheese Nan kat Steven's Corner,Pandan Indah.

Monday, October 13, 2008

HuJaN

"Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut"


Haiishhh!!!!
Begini lah nasib seorg penunggang dan pembonceng motosikal kalau time2 hujan.. Elok aku nak balik kerja je masa hari Jumaat hari tu hujan pun turun. Tapi renyai2 je. Jalan je la..sekali baru half way, hujan dah lebat dah..Ingat nak redah je tapi fikir aku baru baik demam, aku ngan sayang pun berteduh.

Mula2 berteduh kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Bila hujan agak2 rea tu,aku ngan sayang jalan la. Tak sampai 5 minit kemudian,sampai kat depan Sekolah Jalan Cheras tu, hjan balik. Hah!!! apa lagi,aku ngan sayang pun berteduh lagi.
Kesudahannya, aku keluar office kul 6.30 tapi sampai umah kul 7.30 padahal umah ng ofis aku 15 minit boleh sampai

hujan cam tak nampak kan?? Padahal lebat je


Kitorang naik jejantas. Berteduh kat jejantas sebab busstop dah full house jer
Sekolah Menengah Tekknik Kuala Lumpur
Tgk la tu, bukti kelebatan hujan..uik!! leh pakai ker??

Ha!! Ni 2nd time kitorang berteduh. Hari hari terang sampai hari gelap.

Wednesday, October 8, 2008

10 tHiNgs i hAtE aBoUt yOu


Tiba-tiba, saja teringat tentang poem nie ngan movie yg pernah popular suatu ketika dulu..

Mmg betul pun, kalau kita dah sayang kat org tu, kita try utk benci dia pon tak boleh..mesti nak sayang jugak..betul kan??

so, korang enjoy la poem ni ek..tak de idea nih!!


10 things i hate about u

I hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much that it makes me sick
It even makes me rhyme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry

I hate the way you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.

Monday, October 6, 2008

cERitA bERaPa hARi

Rasanya macam dah lama je aku dah jenguk blog ni..huhu~~ sian dia.. maklum la, last post minggu lepas, masa tu dah mood raya dah..yay!!!

Ok..kita mulakan dengan bismillah... Aritu, aku ada purchase dvd secara online from mylilshine.

Hari Jumaat sebelum raya tu, dvd tu sampai. Coffee Prince & My Lovelu Sam Soon... wah!! apa lagi, layann~~~






Pastu,ntah bila ntah aku dah lupa, aku anta atuk aku g kedai mamak zaman berzaman..wakaka~~setiap kali raya, atuk aku suka beli air botol kat kedai mamak nih..alah,air orange f&n tu..biasa kan dalam botol plastik,tapi atuk aku beli yg dalam botol kaca punya..ala² kopitiam gitew~~ tak de berat?? aku mmg x larat la kan. aku ingat mamak tu nak tlg.
bila aku tgk atuk aku yg bawa, aku pon turun la kete "ane, u boleh tolong bawa g masuk kete tak? takkan nak tgk je org tua bawa berat² nih.." hah..kan dah kena..


Hari Ahad sebelum raya tu, aku ngan sayang g shopping raya.. sbb kitorang x start pape lagi..Hasil nya...tadaaaa..... tapi gambar baju melayu atuk,butang baju melayu atuk ngan kuih raya bakal ibu mertua tak dan nak amik.. korang tgk je la gambar yg ada nih..









pagi raya tu, kami on the way ke kg sayang di sabak bernam.."balik kampung...ooo..balik kampung"



uik??? apa nih??

mari kita zoom!!!

**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
*


Tgh berseronok nak beraya nih, ada pulak la***u nih.. Aku x nak marah, x nak ingat lagi dah sebenarnya. Bulan puasa thn lepas ada kes mak aku di maki hamun oleh anak buah sendiri. Aku sendiri dgr sbb masa tu aku ada dalam bilik tgh tido...isk..x mo la ingat yg buruk²... buang yg keruh,ambil yg jernih..

Tapi bila aku tgk mural didinding rumah ni, panas balik jadinya hati aku nih.. aku x kisah, kalau nak tegur, tapi cakap la, takkan sampai nak conteng² dinding kot. benci sangat ke kau kat mak aku sampai x nak cakap langsung. kalau x nak cakap x pe la. kan ada alternative lain. cakap ng aku, nnt aku sampai kan la kat mak aku..kau ng aku pon bukan nyer tak bertegur langsung, bertegur apa..!! walaupun sikit².. kau buat macam ni, hati aku x sakit ker?? dia tu mak aku,sedikit sebanyak terasa jugak la aku kan??

Dah la..malas aku nak cakap panjang².. kang ada org terasa hati. Aku ng mak aku jugak yg kena.. akhir kata... WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKOM WAROHMATULAH HIWABAROKATU..