Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, December 29, 2010

rEuNiON cPR - bAtCh 2000 (pARt 2)

Selepas sesi memotong kek, sebenarnya ada sesi bertukar-tukar hadiah...Tapi terlupa sudah aku nak upload kat sini..So, kita skip la terus ke sesi bergambar di dalam kelas..Ahaks~

Masa ni Ya Ampunnn!!!!! Masing-masing macam org hilang pedoman dowh..

Tak padan dengan bini org.. Dengan mak budak!! Perangai aku tgk sama je cam 10 thn dulu...Termasuk la aku..Hak hak~

Beza nya skang kami dah cun la kan?? Wakakakakaka~ Karang ada pulak yg sesak nafas baca statement aku ni!!!! Bluwekkkkkkkkk~Masalahnya ada ke yg nak baca blog ni?? Huhu~


Dua pic kat bawah ni adalah ex-classmate aku (5 Science Social 2)..Huhu~ Masing-masing dah membesar dengan cantik & jelitanya....Ngeeeeeee~

Dari kiri : Syafina, Rose, Aku , Erni, Qursiah & Aida






Yang hujung tu adalah kantin.
Court ni pula, masa kami sekolah hanyalah sebuah padang kecil tempat kami didenda berjemur di tgh panas / kena berlari keliling padang...Wakakakaka~ Berpeluh paha..


Belah atas adalah kelas terakhir kami masa form 5
Yang bawah pulak Dewan Sekolah tempat kami berhimpun setiap pagi, jugak tempat terakhir kami memduduki peperiksaan (SPM)

Yang ni pula, belah atas adalah perpustakaan & pusat sumber..
Yang bawah adalah Makmal 1 - Makmal 3 kalau x silap
Pondok-pondok kecil tu dulu masa kami sekolah x de pon..Tapi itu la port kami pepagi sebelum loceng berbunyi...


Huh!!!!~ Terubat sedikit rindu pada sekolah ni...
CPR tetap dihati~~

To be continue.....






Gambar adalah dari camera aku sendiri dan ihsan dari Zaid Dong

Tuesday, December 28, 2010

rEuNiON cPR - bAtCh 2000 (pARt 1)

Salam uolls~

Sebelum nak start cerita, nak bgtau CPR adalah singkatan untuk Convent Peel Road..

Tanggal 11 December 2010 aritu, telah diadakan Reunion SMK Convent Jalan Peel batch 2000~

Bertempat di SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur..

Tema pakaian adalah putih & biru (biru kain sekolah)

1st of all, congrat kepada mereka yang membantu manage handle reunion ini.. Kita berjaya Babes!!!~ Muahhhsss~



REUNION. Bunyi best tapi sebenarnya macam-macam perasaan ada.
Happy - Jumpa kawan-kawan lama. Plus reunion ni diadakan di sekolah pulak tu~
Nervous - Takut apa yg aku usahakan bersama teman-teman tidak menjadi seperti yg diharapkan~
Agak sedih - Sbb terasa macam terlalu cepat masa berlalu...Bila jejak je sekolah, semua perkara yg berlaku 10 thn lepas bagai menari2 didepan mata...Bagai baru semalam aku tinggalkan sekolah tu...Sangat touching!!!
Tgk!!!!! Aku nak nangis dah..
Ok2...Tak mo touching..
Aktiviti pertama pada hari itu adalah sesi memperkenalkan diri..Ye la, dah 10 thn berpisahkan?? Nak tau la perkembangan kawan-kawan..


Selepas selesai semua memperkenalkan diri..Kami merasmikan reunion dengan acara memotong kek...Hehehehe~

Kek adalah tajaan kawan sekolah ku yg skang dah jadi tauke kek - Linda Bake Corner



To be continue........

Thursday, December 23, 2010

nAtRaH - ciNtA, pERjUaNgAN & aiRmAtA

Bila aku baca je tweet Erma, yang Natrah akan ada second season, gigih aku nak g booking ticket sebab yg season pertama punya aku terlepas..

Sayang tak nak ikut sbb tak minat teater katana...Dasar la jiwa nyer tak berseni..Maka aku gi ngan Bonda tercinta je..

Mansor Adabi & Natrah/Putih/Huberdina Maria Hertogh


Ibu angkat & Ibu kandung Natrah - Che Aminah & Adeline Hunter



Lufya - Natrah berumur 20thn
Sharifah Sofea - Natrah berumur 40thn
Sofea Jane - Natrah berumur 70thn

Aku check-in 4sq kat fb...Istana Budaya, time for Natrah
Prebet-Sabu komen tanya aku dok kat mana...Diorg kat atas..
Aku check handphone,tgk Kak Mas bbm aku tanya jugak aku kat mana..
Maknanya PS ngan Kak Mas pon tgk la teater ni kan?
Choppp!!~ Sebelum terlupa, Kak Mas & PS adalah pasangan suami isteri..Ahaks~

Ok2...Shhhhh!!!~ Citer dah nak start..sila matikan telefon bimbit anda..










Aaron Aziz sangat cool & humble okeh!!~
Setiap peminat yg nak bersalam ng dia mesti dia bangun dan salam..
Korang bayang kan berapa banyak org beratur nak amik gambar dan signature dia..
Sebanyak itu jugak la dia bangun duduk, bangun duduk sebab nak bersalam ngan peminat..

Aku & Kak Mas
Gambar adalah di curi dah blog Masviona ye..
Sebab masa ni bateri camera aku dah kong..
Dan amik gambar mengguna kan BB aku adalah gelap..



Tuesday, December 21, 2010

sHoRt mEEtiNg fOR rEuNiON

Seminggu sebelum Convent Peel Road Reunion Batch 2000 berlangsung, kami ada kan short meeting.

Hanya beberapa org je yg terlibat dalam short meeting ni..Tujuannya tak lain dan x bukan adalah untuk membicangkan hal-hal berkaitan reunion & pembahagian tugas..

Meeting berlangsung di Jusco Maluri dimana situ adalah tempat jatuh lagi dikenang kami-kami CPRians.

Bagi mengambil mood reunion yg akan diadakan di sekolah, kami memilih Jusco sebagai lokasi untuk short meeting..

Mau tak kenang..
Balik sekolah tak balik terus..Kemana? Jusco Maluri..
Study group kemana? Jusco Maluri..
Serong sekolah kemana? Jusco Maluri...
Nak bergaduh ngan budak-budak Ya'acob Latif kat mana? JuscO Maluri...wakakakaka~






Baby Sofes panggil aku Ati Ala "Auntie Mala" Hahahaha~ So cute~


Thursday, December 16, 2010

LiN & eDDy wEDDiNg

Haihhh...Bila bulan 12 je, berlambak jemputan kahwin.
Berlambak jemputan kahwin je, bulan 12...

Yang ni pulak Lin's Wedding
Kad yg hijau ni kad jemputan hari pernikahan..Tapi aku x dapat pergi sbb date ni sama dengan wedding Mimy tu..

Aku kenal Lin ni daripada bonda tercinta..
Lin kerja satu office ngan mak aku..Mak selalu citer pasal aku kat dia..Pastu bila balik kerja citer pasal Lin kat aku..Cerita la kami ni sebaya and so and so and so....

Pastu kami pulak terlebih peramah..Memula add kat YM, Pastu fb...Pastu bila aku call mak kat office kami sempat la jugak sembang2 sblm line di-transfer ke talian mak.. Bla Bla Bla Bla.......terus kami dah berkawan skang...

Apa2 pun,
Selamat Pengantin Baru Lin
Semoga Lin & Eddy bahagia ke akhir hayat..



Yang ni pulak kad jemputan majlis persandingan yang telah berlangsung di Dewan Perdana Felda..
Terbalik la puloks gambar kad ni..Maleh aku nak rotate..Korang tgk je la.






Ini dia pengantin perempuan...Cantikkan?? Mekap by Epie Temerloh


Tengok pelamin dia...Meletoppsssss ok!!~
Hasil sentuhan NAS Great Ideas






Aku tak dapat amik gambar dengan pengantin.
Sebab org ramai giler + ini adalah protocol wedding kerana ada VVIP spt Sultan Kedah & Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Cuma dapat salam pengantin..Takpe la..Berkat :-)






Gambar Ihsan - Shah E Shahrom & Ahmad Shahir

Tuesday, December 14, 2010

sELaMat pENgANtiN bARu miMy & mEgAt

Seperti biasa la kan..Entry aku mesti entry yg dah beberapa minggu berlalu..
Maklum la..Mak bz~ Mak kan VVIP..Ahaks~

27/11/2010 hari tu berlangsungnya hari bahagia buat pasangan Mimy & Megat di Taman Koperasi Polis, Gombak..

Ku kenal Mimy ni lepas entry blog aku balik dari honeymoon, Langkawi..Mimy survey kat tenet pasal Langkawi. Pastu dia TERmasuk blog aku sbb masa tu pon aku baru post kisah bulan madu aku di Langkawi..

Banyak songeh la minah ni....tanya aku macam-macam..Stay kat hotel mana? Sewa kereta berapa? Island hoping berapa? Island hoping tu pergi mana? Bla...bla...bla....

Tapi ku tetap memberi ko layanan mesra kan Nok???!!~

Akhirnya kami pun berkawan dah sampai skang..Alhamdulillah~
Semoga persabahatan kita ni kekal ye Nok...

Korang layan la ye beberapa photo masa wedding dia aritu..



Minah ni pon aku kenal dari blog - Eryn....
Sesama meroyan sbb kami dah kahwin tp lom dikurniakan cahayamata..
Tapi kan, dia skang dah pregnant tau..Almost 5 month kalau x silap..Eeee~ x sabar nak tgk baby ko nok.. Doakan aku juge mengikuti jejak langkah ko tau..Ada kawan anak ko nnt..Insyaallah~


Ini juge aku kenal melalui blog - Ina
Masa tu raya 2 thn lepas kot, dia jual popia kecik hasil tgn ibunda tercinta.
Aku beli la masa tu..Jumpa kat rumah dia. Tujuan asal nak membeli-belah popia je...Tapi terus jadi aktiviti mengumpat...wakakakaka~
Yang penting skang terus lekat nama dia Ina Popia...Hak hak~





To Mimy & Megat...
Selamat pengantin baru. Semoga bahagia & kekal ke akhir hayat..
Sabar & tabah dalam melayari bahtera rumahtangga adalah sangat penting..
Jangan nak pikir belayar di atas katil je okeh...wakakakakaka~