Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Friday, August 21, 2009

kURmA yAYaSaN Al-bUkHaRy

Semalam masa tgh² buat kerja, sekali dapat msg novell pop-up kat pc aku..

“ For all TPBians, please take your Kurma at Rizal Alimin place.. For those who one to buy a sugar – 12kg = RM 16.10”

So, semalam kami semua dapat Kurma.. And one more things, kami semua boleh beli gula dengan harga RM16.10 utk 12kg.. ahahaha~

Ala..harga gula tu lebih kurang je macam kat kedai. Cuma nyer skang kan susah nak cari gula, so, company jual gula kat staff. Company kami adalah pengeluar kepada gula CSR..korang pernah dgr tak?? Dia x de la famous cam gula prai tu. Tapi kekadang tu Nampak ar gak kat super market..lambang dia kaler merah tu?? Pernah Nampak x??

Pastu ada beras jugak..wakakaka~ Al-maklum la..aku ni bekerja kat ladang.. Aritu masa musim buah, rambtuan satu guni aku bawa balik. Ladang yg prihatin hantar pada kami yg kat HQ nih..Tapi x dan nak update kat blog..huhu~




Meh kita tgk sapa bagi aku kurma nih.. Tiap² dia mesti bg kurma punya bila nam masuk bulan puasa..Terima Kasih Yayasan Al- Bukhary

Thursday, August 20, 2009

sELaMat bERpUaSa

Assalammualaikum…

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL- MUBARAK.....
SEMOGA PUASA KITA DITERIMA OLEH ALLAH ...AMIN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut..."
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada
hari Jumaat.



Oleh itu aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Wednesday, August 19, 2009

hAPPy biRtHdAy tO tHe bEst mOtHeR iN LaW

I want to wish you the best birthday yet..
I'm so glad that your son and I met



Hari ni Harijadi Ibu Mertua ku..

Selamat ulangtahun Ibu. Sepanjang tempoh saya kenal Ibu,Ibu seorang yang sangat COOL dan peramah.Perhatian Ibu,makan minum serta layanan Ibu selama ini sangat TIP TOP.

Terima Kasih.Ibu dah kita anggap seperti Mak kita sendiri ..

Harapan kita semoga Ibu sentiasa cool dan dipanjangkan umur sihat wal’afiat serta dimurahkan rejeki selalu. AMIN…



Wish you a wonderful birthday

Monday, August 17, 2009

yM ni pENyAkit Ke, atAu sAJeR cARi pENyAkit??

~add me~




Chatting wabak penyakit?

Itulah kerisauan yang dihadapi oleh sebahagian isteri-isteri apabila suami mereka terjebak dengan berchatting ini.

Kemudahan berchatting ini adalah satu teknologi komunikasi baru yang amat mudah, murah dan jangkauannya tanpa sempadan. Batasan yang sebenar ialah ketukan jari-jemari kita di atas papan kekunci itu.

Apabila teknologi ini dibawa ke dalam rumah, perlulah kita fikirkan juga peraturan-peraturan penggunaannya.. Kita boleh menerima pakai adab agama seperti kita menerima tetamu yang bertandang dan bersembang di rumah kita atau budaya kita bertandang ke rumah orang lain. Pastinya tidak manis dan tidak wajar kita bersembang dengan anak dara atau janda atau isteri orang tanpa ditemani oleh muhrimnya di rumah itu. Biasanya kita ditemani muhrimnya. Begitu juga waktu-waktu kita bersembang dia laman sembang..

Oleh itu, bagi mereka yang telah menggunakan kemudahan chatting di rumah, eloklah berbincang sesama suami isteri agar membuat satu peraturan di rumah seperti mana kita menerima tetamu atau kita berkunjung ke rumah kawan-kawan untuk bersembang. Pastikan mereka yang diajak chat itu orang yang dikenali secara peribadi dan kita sama-sama mengetahuinya. Tidak salah kalau bersama-sama chat dengan orang itu agar tidak timbul fitnah antara suami isteri. Kalau ada orang baru ingin berkenalan, sama ada sama jantina atau tidak, eloklah minta kebenaran pasangan untuk menerima salam perkenalan itu.


Kenapa ketagih berchatting

1. Mudah dapat ‘bersembang’ dengan wanita (mungkin asli atau tipuan) hingga menyebabkan mindanya bertambah aktif semula dan bermotivasi untuk dirinya.

2. Kalau ‘wanita’ yang dia chat itu melayan dan dia pula dapat ‘menguasai’ perbualan mereka, maka dirinya terasa puas, seakan-akan tersangat macho. Tinggilah hormon testosteronnya.



Artikel dari - Akademi Muslim

_________________________________________________________



YM ni mmg penyakit gak..

Lagi² kalau ada yang ngaku xkawen.. Tu,mmg saje nak test market la tu.Mmg ade laki suke cam gitubajet best kot..wakakaka~

Org yg baru nak kenal YM ni...akan jadi mcm cempera (x torah..seronok x ketahuan punca) ..kalo nasihat pun dia akan buat jugak..sbb ni benda baru bg dia..mmg dia nak explore lebih2...cuma apa yg di risaukan bila bukan sekadar chatting biasa.. kasih, sayang, cinta, benci, rindu.. konon² nyer “ala..kat Ym je.. bukan nyer in a real life”. tapi ia akan jd sesuatu yg x elok satu hari nanti...

Dunia YM ni dunia PENIPU BESAR!!! cukup PENIPU BESAR!! (Kalau chatting dengan org² yg kita kenal tu idak ler pernipu besar) Selama 7 tahun aku kenali YM..mmg dah kenal n tahu cara org yg nak chat. Maksud aku kat sini bila kita chat dengan org yg kita x kenal.. Kalo YM dgn kawan2 opis yg mmg kita dah kenal tu lain kira...ni start chatting dgn org yg mmg kita x kenal...mcm2 nanti akan kluar...tambah2 plak kalo dah leh tengok webcam..LINGKUP!!!!

YM ni ada baik buruk nyer.. kalau kita gunakan dia kearah kebaikan, baik la jadi nya.. Kalau kita guna kan kearah yg tak sepatutnya.. Hampeh lan jadi nyer.. Kalau bg yg dah berkahwin tu, silap² boleh hiruk piruk hubungan suami isteri.. Betul tak apa aku cakap ni?

So, What say uollss??

Thursday, August 13, 2009

sUPPoRtERs cLuB tOuRnEMeNt

Salam Uolls
8 Ogos 2009, Sabtu lepas, telah berlangsung ada SUPPORTERS CLUB TOURNEMENT kat Sport Planet, Ampang... Banyak gak la team yg masuk. Kalau x silap aku ada 32 team kot...

Sayang main utk team FC BARCELONA. FC BARCA hantar dua team.. FC BARCA ‘A’ dan FC BARCA ‘B’.. Sayang main utk FC BARCA ‘A’...

Team sayang dapat masuk sampai suku akhir je. Ok la tu kan utk team yg baru pertama kali main utk touney ni.. Yang lain² tu mmg team yg gempak², yg dah every year masuk tourney ni.. Lagi pulak ada team yg salah sorg pemain dia player kebangasaan..Mana aci kan?? Dah tentu diorg terror.. Mangkuk tingkat tol!! Tak pe..Leh cuba lagi next year..huhu~

Ha..korang tgk la gambar laki aku sampai muntah eh…wakakakaka` Ada gambar player lain sebenarnya. Tapi buat aper aku nak tepek pic laki org kan?? wakakakaka~ Tak la, sebenarnya gambar dia banyak gilos.. x kan aku nak tepek semua kot.. Kang blog aku jadi blog bola pulak..




FC BARCA 'A'

I likeeee this pic







p/s : sesapa nak buat friendly sila bagitau eh..

Wednesday, August 12, 2009

hONeYmOoN, LegENd wAtER cHaLet - fiNaL pARt

Masih lagi cerita PD aku.. huhu~ harap korang x bosan la eh.. Sb aku sendiri pon agak bosan gak buat entry PD ni banyak² sebab x de cerita nak cerita sgt.. Tak macam masa gi Langkawi aritu..
Di PD ni kami banyak melakukan aktiviti indoor…wakkkkk!!!!! Apakah??

Malam tu kami makan kat Medan Ikan Bakar..Huh!!! Ingat KL je ke ada Medan Ikan Bakar.. PD pon ada tau.. Ikan² dia fresh lagi..

Kitorg amik Ikan bakar dan ketam bakar. Aku tak pandai makan keam tau.. Boleh?? Sayang yg tolong kopekkan utk aku..lalalalala~




Esok pagi nyer sama lah seperti pagi semalam.. Kitorg gi breakfast..Tapi hari ni punya makanan macam x best sgt..Kebanyakan nye makanan semalam.. Dia punya croissant lagi la dah keras ok..Hampeh tol~



Sayang nyer orange.. Susu tu aku yang punya..wakakaka~



Yougart masam...yackkk!!!!! tak sedap langsung~


Lepas breakfast tu, ‘lepaking’ kejap.. Lepas tu terus bersiap² sbb kul 12pm tu dah nak check out..uhuks~~ Lepas bersiap tu, sementara nak tunggu kul 12pm, macam x biasa pulak.. Harus la posing kan..




Sayang tgh tgk Dairi Ramadhan Rafique


Perjalanan balik KL…huhu~ pasni kembali lah rutin seperti biasa semula..Pergi kerja, Balik kerja, Basuh baju, Gosok baju, bla bla bla…….

Dah x de makne nyer Jacuzzi bagai…wakakakaka~



Tuesday, August 11, 2009

hONeYmOOn,LegENd wAtER cHaLet-pARt 2

Hari kedua di PD

Pagi tu kami gi breakfast... pagi tu hujan la pulak.. syok oo menyorok dalam selimut.. Breakfast time habis kul 10.30am, tapi aku ngan sayang kul 9.30 baru terkebil² nak bgn..lalalala~ Seb baik diorg ada sedia kan sekaki paying kat dalam bilik..wakakaka` dah lama x guna perkataan sekaki payung..

Moh tgk pa yg aku ngan sayang melantak pagi tu.. Sayang nyer satu je, nasi goreng… Yang lain, lu piker la sendiri..wakakakaka~ cam mana aku x semakin membolat, laki aku x semakin melidi..








Lepas breakfast tu, kami ‘lepaking’ je dalam bilik sambil² tgk tv.. Tgh hari sket baru kami keluar.. X tau nak pergi mana pon.. PD x de pape.. Ada laut je.. Tak macam gi Langkawi aritu, kitorg x dok bilik langsung.. Merayap je kerja x tentu kehala..

So, kami round² the PD nak cari la konon² sesuatu yg menarik perhatian.. Tapi nan ado.. Sudah nyer kami kelaparan, aku ajak sayang di mkn kat area Teluk Kemang nun.. Kitorg makan kat Kedai Anjung Selera..


Lepas mkn tgh hari, jln² sekitar pantai tu je la.. Macam org masa zaman bercinta.. Bercanda di pasiran pantai.. Bermadu asmara…wakakakakaka~

Pastu ada la kedai jual² kat tepi² tu kan. Aku pon singgah la beli seluar pendek yg bunga² tu..sedap pakai ooo…nipis je kain dia..pastu beli la sket baju ada tulisa Port Dickson tu.. Kenangan la konon kan..





Balik tu, macam biasa la..Melepakkan diri je kat balkoni.. Tak boleh buat apa² la kat PD kan.. Paling tidak pon, aku tgk muka sayang, sayang tgk muka aku… pastu tgk laut, pastu laut tgk kitorg..wakakakaka~

Pape pon Legend Water Chalet mantoppsss~





Nak balik bilik ni.. Bilik kami kat Atlantik..huhu~


Korang nak tau x, ni bumbung kat bilik air tau.. Bumbung di boleh dibuka².. Konon² sky roof.. nak tgk awan la tu.. tetapi, masalahnyer ialah ia terletak di dalam bilik air. Kalau aku buka sky-roof tu, x ke x senang aku nak mandi.. mesti la cam takut² ada org intai kan? Jadi, aku x tau apakah motif sky roof itu..




Monday, August 10, 2009

hOnEyMoOn,LegENd wAtER cHaLet–pARt 1

Selamat Hari Isnin Uolls~
Lepas berehat dari ber’blogging’ last week, minggu akan k gagahi jua meng’update’ blog ini ok. Episode kali ini, aku akan bawa krang gi PD…wakakakaka~

Korang ingat x aku cerita kawan mak mertua aku sponsor honeymoon kami kat LEGEND WATER CHALET. Dia suruh kami pilih date bila nak pergi dengan syarat on weekdays sahaja.. Maka dengan itu, hari Selasa lepas, kami telah berangkat ke PD..

Kami bertolak dari KL dalam kul 1pm cam tu sbb check in time dia kul 3pm.. Kul 2.30pm camtu kami sampai kat PD, tapi kami dok mencari mana letak nya LEGEND WATER CHALET ni. Rupa nyer dia betul² bersebelahan dengan Glory Beach Resort

Chalet dia kat air tau..Kalau time air pasang tu..wakkkkkkk!!! gayat aku dowh..Rasa cam berada ditgh lautan..eceh~~

Moh kita tgk sekitar LEGEND WATER CHALET ni.. Entry lepas ni nnt akan ku tepek lagi cerita hornymoon ku ye…ehehehehe~ Layannnnnzzzz~~







See..ada Jacuzi lagi~


Air surut

Dia dah nak pasang dah

Pasang sudah..syok oo..suasana cam gini

Friday, August 7, 2009

fAcEbOOk

Salam Uolls
Memandang kan aku dah bercuti selama 3 hari.
Makanyer hari ni aku sangat la "kebizian" dengan kerja yg bertimbun.
Nak load gambar pun tak dan.
Jadi, hari ni no entry ok.
Aku nak dok bersidai kat Facebook je sambil² jenguk blog korang.
So, sesapa yg lom ada dalam friend list FB aku, sila lah berbuat demikian ye..
Kita jumpa di sana...sana....sana.....

Tuesday, August 4, 2009

bOLa & sHoPPiNg

Salam Uollss.. Sorry eh, semalam aku tak update blog sbb smlm aku ketiadaan mood..ehehehe~


Okla, hari ni aku start dari cerita hari Jumaat eh.. Hari Jumaat hari tu, mak aku ajak tgk bola. Company tempat dia kerja - Deloitte vs PricewaterhouseCoopers (PWC) ada lawan bola. Inter Audit Firm punya yearly sports.. Best kan ada sukan tahunan..


Sayang, kalau ajak tgk bola mmg laju jer. So, hari Jumaat hari tu Mak, Aku ngan Sayang gi tgk bola, Deloitte vs PWC kat stadium MPSJ.


Seperti tahun2 sebelum ni, Deloitte pasti akan menang..Eceh!!! bangga lak aku.. Ye la, aku pernah kerja kat Deloitte kejap tau..huhu~



Pastu, hari ahad pulak, sebenarnya ada birthdya party 2 anak buah aku Harris Zikri (2) dan Nurin Adrianna (4). Tapi aku leh ter'delete' gambar tu.. Boleh?? Bengang aku..


Petang tu, macam biasa la sayang ada bola. Kali ni kat padang Sekolah Aminuddin Baki. Aku??? Apalagas...gigih la aku ke JJ Maluri me'nyopping' kan diri..ahahahhaa~


Aku gi sorg je tau.. 1st time aku gi shopping Sdn Bhd..Serious!!! 1st time. Tapi best tau.. Bebas gerak geri ku..Sesuka hati aku je nak beli apa yg aku nak, try apa yg aku nak, amik pastu letak baju, letak pastu amik baju..x de sapa nak kesah kan??

Ha....ini la hasil rembatan aku hari Ahad hari tu. Ada lagi balance tau duit yg sayang bg tu.. Ingat weekend ni nak gi ngan adik ipar aku pulak.. Insyaallah













p/s : Hari ni aku akan ke PD ye kawan2 sekelian alam.. Aku akan tinggal kan blog ni dalam 3 hari cam tu..wuaaaaa!!! kerinduan nanti.. pape pon, Jumaat nnt aku update pic PD yeah!!! tata titi tutu..