Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, January 17, 2018

gANg bAs sEkOLaH

Hari tu plan dengan "Gang Bas Sekolah" nak buat BBQ kononnya. Sebab dah lama gila tak jumpa.
Plan punya plan memasing free masa 31 Dec 2017. Makanya tak ada lah BBQ segala kannnnn sbb esok lusa anak anak memasing dah nak buka sekolah.

Jadi kitorg plan nak gather je la.. Perjumpaan sebelum masuk tahun baru. Buat cukup syarat la bahawasanya tahun 2017 kami ada jumpa. Plan asal memasing nak bawa suami memasing. Tapi fikir balik, apa kata kita girls day out je. Tak yah bawa En. Suami. On!!!!

Kitorg jumpa kat Sunway Velocity. Detik awal perjumpaan dah ada tragedi dah!!! Kasut aku tanggal ok!!~

Sebab kasut aku semua aku letak dalam kereta atau kat umah mak. Kasut yg tinggal kat umah aku semua kasut lama lama zaman zaman pakai heels ngan wedges. Dah tak ada pilihan aku terpaksa la pakai juga wedges yang tinggi lampai tu. Kasut tu dah lama kot. Zaman sblm kewujudan Muhammad lagi confirm dah reput. Ngam ngam sampai Velocity je kasut aku hancussssss.. Tak dapat dimaafkan lagi. Dengan terpaksa selamber, aku berkaki ayam ala² Elyana jalan satu Velocity tu cari kedai kasut. Huhuhuhu~~ Pastu tamak haloba beli sampai 2 pasang kasut. Haaaaa.. Kira ni penutup 2017 aku lah.... Tragedi kasut tanggal. Nasib baik ada Erni ngan Nuzul buat aku cover line. Hahaha~~


Mula² g makan. Laparrrrrrrrr...... Gossip!! Lepas makan sambung coffee² kat Starbuck.. Gossip lagi tak sedar diri sampai husband aku text, "Dah habis lepak ke?? Lama gila u lepak". Baru sedar ada suami ngan anak kat umah rupanya. Wakakakakakaka!!~


Nanti plan jumpa lagi ye uolls. Aritu x puas. Kali ni nnt kita plan ngan suami & anak anak sekali ok!! Muahhhhsss ciked!! 



No comments: