Tuesday, January 21, 2014

oRaNg kEtigA



Ntah la..
Tetiba rasa cam nak post pasal orang ketiga. Pasal kekasih gelap.. Pasal teman tapi mesra.. Pasal underground relationship.
Ntah.... Ni hanyalah pendapat peribadi. Mungkin tak sama ngan pendapat korang..

Lets Start~~~

Ok, Aku nak tanya.. Dalam satu situasi hubungan yang kononnya kekasih gelap/teman tapi mesra/skandal. Senang kata orang ketiga lah. Salah seorang dah berpunya, dan salah seorang lagi belum. Kita nak salahkan siapa? Yang dah berpunya tu sebab menggatal ngan orang lain? Atau yang belum berpunya tu sebab jahat ganggu hubungan orang?

Bagi aku la..Dua² pihak salah!!~

Jujur cakap, aku pernah berada dalam dua² pihak. Pihak yang korang kata dah berpunya, tapi menggatal dengan orang lain (Ni sebelum kahwin hocayyyy!!~). Dan pihak yang takde sesiapa punya lepas tu kacau hubungan orang. Tapi bukan itu je.. Aku jugak pernah berada dalam situasi yang pasangan aku pergi menggatal dengan orang lain. Mesti korang nak cakap padanlah dengan muka aku. Hukum karma katanya. Aku Redha~

Mentaliti orang kita pula (Aku jugak kadang²) kebanyakkannya bagi imej mereka yang disimpan ni biasanya jahat, liar, murahan. Tak dinafikan kebanyakkannya mereka macam tu. Tapi entah la.......... Aku cam dah mula belajar, kalau cinta tu tiada salah tiada betul. Mungkin timing tak betul? Atau mungkin keadaan masa tu.

Kenapa kita salahkan orang ketiga? Sedangkan kita tak tau pun perasaan mereka yang sebenarnya. Diorang pun pening sebenarnya berada didalam ketidakpastian. Berada dalam tekanan sebab penat menanggung penilaian negatif orang lain terhadap diorang. Padahal diorg tak minta pun utk jadi orang ketiga.

Pohon takkan bergoyang kalau takde angin. Curang adalah perkara yang tak boleh dilakukan kalau bertepuk sebelah tangan.

Haaaaa... Lagi satu ingat jadi orang ketiga ni senang? Ingat jadi orang yang disimpan ni senang? Dah tentu saban hari hidup diorang dalam keadaan bersalah. Melainkan diorang mmg takde hati dan perasaan.

Nak keluar dating berdua pun kena setting time baik punya. Tak kena timing mmg berminggu la kroang tak jumpa. Yang lagi best siap ada yang boleh jadi kaunselor lagi untuk lelaki. Kau boleh bayangkan tak perempuan yang bagi relationship advice untuk lelakiyang dia sayang???!!~ Pergghhhhhhh........ Cam siat hati sendiri pastu perah limau nipis. Syahduuuuuuuu je.. Sakit..Perit..Pedih..

Lagipun, kita tak boleh kawal hati kita. Mmg sejak azali sesuka hati je daging kecik dalam dada kita ni nak jatuh untuk orang lain. Sayang.. Rindu.. Haihhhhhhhhhh!!~




Orang ketiga dalam entry aku ni aku maksud kan yang mmg serious, jujur & ikhlas dalam hubungan.
Orang ketiga yg mmg sesaja nak hanky panky tu aku tak tau nak cakap apa..No komen~

3 comments:

Mimy Hamid said...

org ketiga bahaya...aku anti org ketiga..aku pernah dilanda ribut gara2 org ketiga..i hate u org ketiga

rahayu said...
This comment has been removed by the author.
nUR_rOsALiNdA said...
This comment has been removed by the author.