Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Thursday, March 24, 2016

Innchii's Boutique Studio

Macam mana aku nak start cerita ek?

Macam ni..... Aku ada jadi agent dropship kasut.
Nak meniaga kasut la konon.
Aku pun jadilah agent untuk DROPSHIP KASUT EYRA

Dropship Kasut Eyra

Mula² tu semuanya ok. Smooth jeks~
Biasa lah, baru lagi kan..

Kasut semua pre-order katanya
2-3 weeks. Fine~~~~

1st customer aku, kawan masa aku kerja kat office lama dulu. Dia buat payment 29/12/2015. Sampai Raya Cina kasut dia tak sampai sampai ok!!!~ Raya Cina bila??? 08/02/2016 kan???
Bayangkan berapa lama dah tu?????~ Hujung bulan February baru kasut dia sampai. Itu pun ntah hape hape. Tapak kasut tertanggal bagai. Gambar takde pulak aku nak tepek. Nanti aku jumpa balik gambar kasut tu aku update.

2nd customer, orang luar. Dia buat payment dalam bulan Januari. Masuk bulan Februari kasut dia x sampai² dia dah bising kat aku. Aku faham la, sebab kalau aku order barang, dah buat payment tapi barang tak sampai sampai pun aku naik angin kan. Sudahnya aku janji kat dia, kalau by March kasut dia tak sampai jugak, aku akan refund duit dia.

And Yes!!!!! Sampai March kasut dia tak sampai. Akhirnya aku refund je la duit dia pakai duit aku sendiri. Takde rezeki. Kalau dia jujur, kalau kasut sampai, sama ada dia pulang kasut tu kat aku, atau pulangkan balik duit aku. Tapi kalau dia x jujur, ambil je la kasut tu. Rezeki kau laki bini la kot. Mungkin rezeki aku kat lain.

Aku bunyi la jugak kat Eyra ni pasal kasut sebab dia yang open dropship kan. Pepandai ajak orang jadi agent dia, tapi x tau ak handle macam mana.

Dah aku bunyi hari², baru lah terbuka tembelang.. Sebenarnya bukan dia pun yg open dropship ni. Dia tlg kawan dia ke apa ntah. Yang pasti atas orang.

Yang dropship ni sbnrnya Si Innchii's Boutique Studio punya. Huhhhhhh!!!~

Innchii's Boutique Studio

Nak contact punya la payah. Konon business hour Isnin - Jumaat sahaja. Tapi msg hari Isnin - Jumaat pun Lambat nak reply.

Bila tanya bila kasut customer leh dapat. Jawapan dia, "Tak tau. Kena tanya supplier"
Bila tanya agak² bila boleh dapat, "Tak tau. Kena tunggu supplier"

Tak tau tak tau tak tau.. Serba tak tau. Baik tak payah meniaga. Status kasut tu dah sampai mana pun dia boleh jawab tak tau. Salah supplier kononnya. Semua salahkan supplier. 

Kau nak meniaga, nak orang jadi agent kau, patutnya kau cari la trusted supplier. Ini cari supplier ntah apa². Bila orang tanya dia, dia sendiri susah nak reach supplier. Pastu senang jawab tak tau. 

Haaaaa~~~ Bukan aku je kena. cuba tgk ni...




Dua customer tu je aku amik order. Pastu dah aku tak nak jadi dropship agent dia lagi dah. Baik aku tumpukan kat bisnes aku yang lain.

Berfikiran positif je la aku. 

Dalam bisnes, bab tipu menipu ni mmg banyak. 

Apa perlu buat? Lupakan je la kerugian dan tumpukan pada bisnes lain.

Peniaga sejati tak akan buang masa fikir kerugian, tapi lebihkan masa fikir keuntungan. 

Meh singgah InstaShop aku meh

nurmala_houseboutique

nurmala_beautycare




No comments: