Tuesday, October 1, 2013

cOMeBaCk eNtRy - hiDuP MeSti ditERusKaN





Almost lima bulan aku tak sign in, tak menaip even singgah kat blog sendiri. Sekarang rasa janggal yang teramat bila nak bercerita dekat sini. Takut takde dah yang sudi nak singgah dan baca kat blog aku yg dah bersawang ni.

Allahuakbar..
Allah Maha Besar...
Sesungguhnya selama hampir 5 bulan ni, banyak sangat perkara-perkara yang mengejutkan berlaku dalam diri aku.

Sungguh besar kuasa Allah.
Kunfayakun..
Kalau Allah kata ianya jadi, maka jadilah ia macam mana hebat sekali pun rancangan yang telah kita atur.

Hati manusia penuh dengan emosi.
Marah, gembira, sedih.......... aku juga tidak terlepas.

Diuji di bulan Ramadhan. Ketika orang lain sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berat sungguh ketika itu. Awalnya mmg agak tewas dan sering melayan emosi. Namun akhirnya, sedikit demi sedikit aku menemui kekuatan.

Ya... aku barangkali tewas dengan keadaan sekeliling. Maka seperti biasa, aku mengambil pendekatan untuk 'melarikan diri' dari orang ramai. Bersendirian itu kadangkala perlu.

Ok lah... Dah cukup kot comeback entry ni. Lain macam pulak rasa nak publish entry ni. Terasa macam baru nak ber 'blog'.

Apa-apa pun, Hidup mesti diteruskan~



8 comments:

Mimy Hamid said...

harapa ko tabah ye nok...rindu kat ko tapi aku tak nak kacau ko..walau aku boleh baca apa yang berlaku....kalau ko perlukan aku...ko wasap je aku eh nok...aku memang tutup FB...hugsss

nUR_rOsALiNdA said...

Mimy,
Ooo..Ko dah tutup fb ke? Patut la lama x nampak ko update pape.. Hugssss!!~

♥ Wina ♥ said...

update la beb..update pasal khaleef..yang happy²

nanti dah besar dia leh baca :)

nUR_rOsALiNdA said...

Parveen,
Harus la babe..Aku akan cuba update..Hehehe~

eLLy said...

Yes darling hidup perlu di teruskan!


psst aku pun dah update sila la perchayaaaa!!

nUR_rOsALiNdA said...

Kak Elly,
Mari kita mengembalikan zaman kegemilangan kita berblogging..Hahahaha~

attyfir said...

Alhamdulillah mala sudah temui kekuatan ,.
kadang allah mahu berikan yg lagi terbaik dlm hidup kita.

kty penah alami situasi mcm mala..memula mmg rasa down ..tp tertiba smgat itu dtg .bila teringat ank2..allah bersama org2 yg sabar.. semoga mala terus tenang dlm menghadapi hidup yg penuh onak duri ini.

nUR_rOsALiNdA said...

attyfir ,
Ins Sha Allah kak..AMIN!!!~ Kita yakin ada sesuatu utk kita :-)