Friday, October 18, 2013

mERaWat hAti yANg tERLuKa




Hampir 2 bulan kami berpisah~~

Walaupun hati dan diri ini sudah semakin stabil, tapi tipu kalau aku cakap aku dah boleh lupakan semuanya. Ia memerlukan masa bagi menyesuaikan diri dengan keadaan baru~

Dalam kegembiraan, kadang² sedih menyapa. Dalam keriuhan, sunyi masih terasa. Takkan termampu aku membuang segala sejarah suka & duka sepanjang kami bersama.

Walaupun zahirnya nampak kuat, jujurnya diri ini masih mencari kekuatan. Solat sunat, solat hajat, solat istikharah, sangat memberi ketenangan jiwa.

Cuba menyibukkan diri dengan membaca buku, blog dan laman web untuk mencari jawapan, merawat hati yang dah hancur luluh. Dengan harapan dapat sedikit semangat dan mampu bangun meneruskan hidup dengan kekuatan baru.

Tiada dia bukan bererti jasad ku akan mati.

Apa pun, aku harus terima kenyataan. Jodoh dan pertemuan adalah ditangan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kita merancang. Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sangat hebat.

Aku anggap ini adalah kafarah dosa aku sendiri. Atau mungkin ujian dari Allah

14 comments:

lily lotus said...

sedihnya akak baca entry awak ni. be strong dear :)

eLLy said...

Darling anggap ja dia sebahagian mimpi indah yg pernah singgah didalam tidur mu

*tetiba aku lak jiwang nie*

nUR_rOsALiNdA said...

Kak Lily,
Ins Sha Allah..AMEEN kak :-)

nUR_rOsALiNdA said...

Kak Elly,
Mimpi ngeri la ni...

attyfir said...

inshallah allah janji kan yg lagi baik utk mala..

Leen elly said...

yunk.. kuatkan diri. reset minda n hati.. insyaallah allah tu tau apa yg terbaik untuk kamu... dia xkn menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya.. :)

mie said...

fuh....
semuanya ketentuan yang maha Esa...

nUR_rOsALiNdA said...

Kty,
AMEEN!!!~ TQ Kty :-)

nUR_rOsALiNdA said...

Leen elly,
Terima Kasih Sayang

nUR_rOsALiNdA said...

mie,
Ya Betul!!!~

Bada Ariff said...

Semoga tabah ye mala...sy kenal mala sms mala tgk sibuk prepare utk majlis yg indah...

nUR_rOsALiNdA said...

Bada Ariff,
Thanks Bada.. Alhamdulillah saya masih berdiri.. :D

Nawal Aizad said...

Perempuan ni kuat, i believe u are too kak mala. I went through the same thing, but Allah gave me a second chance.

Chin up!

nUR_rOsALiNdA said...

Nawal Aizad,
Thanks sayang.. Ins Sha Allah, ada sesuatu dari Allah..AMEEN~