Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Wednesday, December 18, 2013

aLPa




Bila tengah gembira, kita kadang-kadang boleh terlupa apa yang pernah terjadi. Sibuk mengukir hari bahagia sehingga hampir mengulang semula sejarah yang lama. Kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah difobiakan. Kita hampir membunuh hati sendiri sekali lagi. Jadi, penting ke tak sejarah itu sebenarnya? Bila dikenang, agak susah nak move on. Tapi bila kita abaikan... Nah~~~~~ Sejarah mungkin berulang.

Ini peringatan untuk aku, Sebab aku takut, bila dah rasa suka, Bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa. Aku alpa, manusia tu hatinya dipegang Tuhan. Dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukanlah.

No comments: