Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Monday, December 2, 2013

mAAf




Maaf.

Kalau boleh, sekarang jugak aku nak susun sepuluh jari nak minta maaf diatas segala kesilapan. Sebab, dalam separuh sedar, aku dah jatuh. Aku dah cuba menahan rasa, supaya tak tersungkur. Akal pun ligat bekerja menghadam segala yang logik dan realistik. Tapi dalam masa yang sama, tangan sendiri juga masih menghulur secebis demi secebis masa yang tak akan dapat kita tarik balik.

Semua yang normal kini rasa janggal. Ganjil. Bernafas pun macam satu perkara baru. Padahal, sebelum ni elok je aku hidup tanpa dia. Bila cuba diklasifikasikan antara kita, lidah membisu tanpa jawapan. Puas ditanya pada diri, dari siang ke malam, membawa ke siang semula. Masih juga tiada jawapan. Kosong.

Ya Allah, aku mohon Tuhan bukakan pintu hati ku ini.

Sedar tak dalam dunia ni ada banyak lagi benda yang boleh kau buat selain sengaja jadi miserable????~

Is this worth the fight?

No comments: