Tuesday, December 31, 2013

bYe bYe 2013




Hampir ke garis akhir tahun 2013.

Rasa macam baru je masuk tahun 2013. Hari ni dah mengira detik nak meninggalkan tahun 2013. Banyak juga yang dirasa. Lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut. Itu belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh sepenuhnya. Susah rupanya hidup ni..Susah rupanya ada hati.

Jujurnya, tahun ni adalah antara tahun yang paling mencabar. Antara tahun yang aku nak lupakan kalau boleh. Kalau boleh dilumpuhkan ingatan untuk tahun 2013, sungguh aku sanggup.

Jangan salah faham. You're one of the best things that had happen to me. Aku juga tau, jodoh itu ketentuan Allah.

Dan penghabisan tahun 2013 ini, Saya harap apa yang terjadi antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kalau rindu, bolehlah sekali-sekala diselak dengan senyuman. Kita bermula sebagai kawan, diharap walau apa pun yang pernah terjadi, masih boleh kekal sebagai kawan.

Buat diri ini..... Sudah lama bersedia memulakan kehidupan baru, bersama orang baru, mencipta memori baru, tanpa mengingati apa-apa langsung dari yang lama.

Akhir kalam..... Selamat Tahun Baru 2014!!~
Semoga tahun baru, hidup lebih teratur. AMEEN!!~ ♥

4 comments:

Mimy Hamid said...

selamat tahun baru mala ku sayang...apa bakal terjadi 2014 pun kita tak tau..semoga yang baik baik saja

lily lotus said...

happy new year sis :) semoga tahun ini akan beri lebih kebahagiaan kepada kita...amin

nUR_rOsALiNdA said...

Mimy,
Ye sayangku Mimy..Semoga semuanya baik² saje..AMEEN!!~

nUR_rOsALiNdA said...

Kak Lily,
AMEEN..Thanks kak ♥