Saturday, July 12, 2008

kENaNgAn

Tadi aku dapat sms yg tak di sangka-sangka..
" Semalam org tgk gambar kita. Just nak bagitau,tetiba je rindu. Nanti kita jumpa nak? Kita makan kat ikan bilis pedas tu.Tetiba terasa pulak nak makan kat situ"

Ya Allah. Msg tu di hantar oleh x-bf aku. Kenapa lah di bg msg macam tu di saat-saat aku tgh bahagia dengan sayang sekarang,dia cuba kembalikan ingatan aku pada kisah silam kami?
Bohong la kalau aku kata aku tak teringat. Dia adalah cinta pertama aku. Kami berkawan hampir 7 thn. Satu jangka masa yg lama.

Ya Allah..ni la yg org kata dugaan di alam pertunangan.. Wak!!! Jangan la jadi apa-apa pada hubungan aku ngan sayang. Aku bahagia dengan sayang..Aku sayang sayang..!!!

"YA ALLAH, jika benar dia untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku,jika dia bukan milikku,damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU..Dialah permata yang kucari selama ini..Kukuhkanlah hatinya dengan kesetiaan padaku..Bukakanlah hatinya hanya untukku...YA ALLAH..sesungguhnya aku buta tanpanya disisi.."


Setia Ku Korbankan

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

p/s: Tetiba pulak teringat kat lagu ni

pENat tAPi sERoNok

Wah...penatnya..
Sepatutnya aku ada gath ngan kawan-kawan sekolah aku dulu. 4 org confirm nak pergi. Aku,Azrin,Adini & Thrisha.Sekali last minit Azrin msg bg tau tak dapat pergi sbb mak dia ajak balik kg. So,aku pun fikit baik postpone je sbb kalau jumpa bertiga cam tak best je kan??

Jadinya, seawal jam sebelas aku dah kuar rumah dah. Pergi amim rebate kereta.Ingat kan pejabat pos tutup kul 1pm. Sekali sampai sana "Waktu urusniaga - Isnin-Sabtu - 8am -5pm".. Dan seperti biasa,kalau anak buah aku - Nurin Adriana - ada kat umah,dia nampak sesapa naka keluar,dia mesti melalak nak ikut. Dan aku pun bawak dia.

Lepas amik rebate tu, aku ajak pergi balik rumah sayang dulu sbb semalam sayang kata nenek ngan ibu dia tanya kenap aku lama tak datang umah. Rindu la tu.. Sampai umah ibu,Nazri (budak yg takde tangan. Dia pernah masuk dalam astro aosis dlm rancangan tetamu umrah) ada kat umah ibu. Pastu ibu minta tolong hantar Nazri ngan mak & nenek dia ke Puduraya sebab diorg nak balik Penang. Nazri tu sebulan sekali kena datang KL buat terapi..
Balik dari puduraya,amik mak dan bawa pergi Jalan TAR. Beli baju untuk pengapit aku nanti,tempah bunga pahar,beli baju raya,ambil dan tempah baju dekat Maju Junction - Anggerik Apparel - Tempat aku tempah baju tunang aku dulu dan seterusnya aku jadi pelanggan tetap kat situ sbb tiap-tiap bulan aku akan tempah baju kat situ..
Eh..eh..nak bermanja-manja dengan sayang aku pulak
On the balik dari Puduraya. Nak gi amik mak
Nak order makan pun nak bertentang mata dulu?
See..jalan pun dah tak nak ngan aku..huhu~~~
Nak Belon pulak.
Sementara tunggu aku ngan mak cari bunga pahar
Depan butik Anggerik Apparel. Kepenatan la tu..

Thursday, July 10, 2008

sEPi

...Sepi...


Semalam aku gi tgk citer sepi kat Galaxy,Ampang... very touching movie. Baper kali air mata aku meleleh sepanjang citer tu..~~


Sepi didalam percintaan. Kita semua akan ada perasaan tu sometimes,tak kira lah kita suka ke,tak suka ke,perasaan tu tetap akan hadir kadang-kadang. Siapa yang dapat lari dari sepi? Ia pasti singgah di setiap sudut hati setiap insan walaupun sekali.


Cerita ni kisah Adam (Aflin Shauki), Sufi (Tony Eusoff) ngan Imaan (Baizura Kahar) yang melalui detik sepi di dalam hidup masing-masing.



sinopsis:-


Adam, pemilik kafe sangat tertekan kerana hidup bujang dan seharusnya sudah bekeluarga. Jatuh hati pada Ilyana (Vanidah Imran) tetapi malangnya Ilyana dah berpunya dan pada masa Adam ingin melamarnya, Ilyana memberikan kad undangan perkahwinan.Sufi (Tony Eusuff), kematian isteri (Rozita Che Wan) kerana kecuaian dalam kemalangan. Jatuh hati pada (Eja) yang merupakan isteri kepada (Riezman Khuzaimi). Eja menyimpan perasaan kepada Sufi, malangnya status sebagai isteri menghalang perasaan itu dizahirkan.Imaan seorang pelajar sangat setia pada Khalil (Pierre Andre) tetapi dipuja oleh Ean (Sein Ruffudge). Rupa-rupanya Khalil yang dipuja itu telah lama meninggal dunia.


Cerita ni realistik sebenarnya. manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Memang benar! Dan janganlah disalahkan sesiapa kerana kita wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar.


Lepas tgk cerita ni, fahami cerita ni. Baru aku tau macam mana perasaan org yg selalu berubah hati tu. Kita tak boleh salahkan mereka 100% sebenarnya. Kita selalu fikir kalau dah ada boyfriend/girlfriend/tunang/suami tapi suka lagi kat org lain tu maknanya jahat. No!! Kabir Baktiar dah buktikan. Mereka tak jahat. Tapi mereka sepi...

p/s: Favorite quote - "Kenapa berjumpa kalau hanya untuk berpisah???" dan "Awak berlari mengejar sesuatu atau lari dari sesuatu???"


Wednesday, July 9, 2008

aCcPaC sYstEm


Haiz...!!!

Hari ni system aku buat hal pulak.. bila klik je " you do not have a licence to use this product".

uik..??? sejak bila pulak kena ada lesen ni.. Tapi bagus jugak kan? Dapat la aku berehat² tadi. Aku main e-mail ngan member² tak betul aku. wakakaka...!!!! Azrin,Adini and Thrisha..

Thrisha jerk tak de reply..Menciii..!!!!! Aku ym ngan Nuzul...

Kul 12.15 tadi baru system aku ok. Heh..cam malas pulak nak buat kerja..


p/s: pagi tadi aku buat air teh tak sedap. sapa tau buat teh cam mamak tu??

Tuesday, July 8, 2008

mAs kAhWiN sELaNgOR mUnGKiN nAiK

Ni Tahun bila punya Budget daa..

Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia

SHAH ALAM 7 Julai - Selangor bercadang untuk menaikkan kadar mas kahwin kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka di negeri itu, mulai tahun depan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, cadangan itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar berkenaan mengikut perkembangan semasa.
Katanya, Selangor tidak pernah mengkaji semula kadar mas kahwin iaitu sebanyak RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak ia ditetapkan pada tahun 1978.
"Kita (Selangor) telah lama tetapkan mas kahwin mengikut kadar tersebut, manakala negeri-negeri lain pula telah menaikkan kadar mas kahwin yang ditetapkan di negeri masing-masing mengikut keadaan semasa.
''Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan dan kita akan usulkan kepada Jawatankuasa Fatwa serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
''Sekiranya dipersetujui, kita akan dapatkan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemungkinan dilaksanakan pada tahun depan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapakah kadar baru yang akan ditetapkan untuk cadangan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura JAIS untuk mengkaji semula kadar mas kahwin di Selangor seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain.
Pada Oktober tahun lalu, Negeri Sembilan telah menaikkan kadar mas kahwin untuk anak dara dan janda masing-masing sebanyak RM200 dan RM100 seorang, manakala Perak pula telah menetapkan kadar berkenaan sebanyak RM101.
Tiga negeri lagi, Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak menetapkan kadar mas kahwin, sebaliknya, ia ditentukan mengikut persetujuan yang ditetapkan oleh keluarga pasangan terbabit.
Dalam pada itu, Mohamed Kushrin ketika ditanya sama ada cadangan tersebut dibuat ekoran kenaikan harga minyak dan barangan ketika ini, berkata, ia bukan dibuat kerana alasan tersebut.
Sebaliknya, beliau berkata, cadangan sedemikian dibuat sebelum kerajaan membuat pengumuman untuk menaikkan harga bahan bakar itu Jun lalu.
''Kita bukan buat cadangan untuk naikkan kadar ini susulan kenaikan harga minyak, tetapi kita mahu kaji semula kadar mas kahwin di Selangor yang diamalkan sejak 30 tahun lalu.
''Perkara ini masih di peringkat cadangan dan saya beri jaminan sekiranya diluluskan, ia tidak akan membebankan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan di negeri ini,'' katanya.


Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2008