Friday, February 12, 2016

iNstAsHoP nURMaLa

Assalammualaikum,

Hari ni kita nak cerita tentang perniagaan kecil-kecilan yang kita jalankan sekarang. Kita baru je start berniaga. Baru sangat!!!!~Baru dalam 3 bulan macam tu. Tapi Alhamdulillah, rezeki yang Allah Ta'ala bagi memang tiada batasan.

Mula-mula meniaga ni biarlah untung sikit, asalkan tak rugi. Lagi satu prinsip kita, biar lah untung sikit asalkan pelanggan berterusan.

Terima kasih juga buat kenalan dan family, sebab diorg mmg pelanggan tetap. Asal ada stok baru, diorg yang nak tgk dulu.

Buat masa sekarang ni kita cuma jual baju² wanita, produk kesihatan, produk kecantikan, komestik dan kasut lelaki & wanita. Sedang cuba usahakan menjual baju dan barangan baby. Ins Sha Allah.

Meh la jamu² mata kat Instashop kita. Cuci² mata, mata tau ada yang berkenan dihati, boleh order. Hehehehe~

Instashop baju² wanita - @nurmala_houseboutique



Instashop produk kesihatan, produk kecantikan & kosmetik - @nurmala_beautycare



Instashop kasut lelaki & wanita - nurmala_fashion_shoes



Buat pelanggan² yang pernah berurusan dengan kita, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Akhir kata, salam sayang buat pelanggan Nurmala Mazlan. Apa yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk datang dari kekurangan saya sendiri. ADIOS!!!!~





Wednesday, January 27, 2016

tReNd sANdAL wANitA mODeL tERbARu

Assalammualaikum uolls~
Hari ni kita nak story pasal Trend Sandal Wanita Model Terbaru by Zalora.
Cantik cantik tau koleksi terbaru sandal wanita dari Zalora ni.

Percayalah bahawa zaman ini segala yang mudah dan ringkas akan menjadi pilihan utama dan kegemaran ramai. Tidak kiralah sama ada rekaan koleksi pakaian, rekaan koleksi beg tangan, teknik make up dan apa sahaja!!! Kita kini berada didalam era minimal atau simplicity is the best. tiada lagi rekaan pakaian yang sarat menjadi pilihan penggemar fesyen dan teknik solekan yang heavy bukan lagi favourite para wanita.

Ekoran daripada fenomena rekaan yang ringkas dan minimal bagi koleksi fesyen, rekaan kasut atau sandal juga tidak terkecuali. Oleh yang demikian, anda boleh lihat kini kebanyakan koleksi sandal wanira model terbaru adalah direka dengan rekaan yang cukup simple tetapi menarik seperti berikut;

Gladiator Sandal


Mula popular sejak beberapa tahun yang dahulu, namun rekaan gladiator terkini adalah lebih ringkas dengan penggunaan tali atau strap yang minimal.

Siapa tidak kenal jekaja jejaka gagah dalam filem Spartan? Filem ini bercerita tentang parajurit Spartan yang gagah dan berani. Dalam filem ini juga mempamerkan pemakaian gladiator sandal di kalangan perempuan.

Gladiator sandal ini nampak macam sandal lama dengan jalinan tali panjang sampai ke pergelangan kaki atau betis. Gladiator sandal boleh digunakan dalam pelbagai cara dengan padanan pelbagai gaya.

Gladiator sandal juga menimbulkan aura seksi tau. Dan masih menjadi trend di masa kini.

Jelly Sandal

Jenis sandal macam mana kah yang menjadi kesukaan korang? Selesa? Trendy? Atau fashionable? Semestinya kebanyakkan wanita memilih untuk memakai sandal yang selesa tetapi tetap fashionable.

Memang banyak jenis sandal yang dijual di pasaran. Tetapi tidak semua memenuhi ciri-ciri sandal yang selesa kan?

Korang boleh cuba Jelly sandal. Jelly sandal ni sangat selesa dipakai kerana permukaannya yang lembut dan empuk. Cheewahhhh!!!~

Dengan design yang bermacam-macam, warna warni lagi.. Cantik tau!!~

Untuk pemakaian yang selesa sepanjang hari, koleksi Jelly sandal merupakan jenis sandal yang terbaik dan juga yang paling mudah untuk dibersihkan. Kalau terkena air pun tak lembab.

Straps Sandal

Seterusnya adalah rekaan klasik strap sandal yang juga sentiasa menjadi pilihan wanita dari dulu hingga sekarang.

Strap sandal mempunyai rekaan tali dibelakang pergelangan kaki. Fungsinya adalah untuk memastikan perjalanan lebih lancar. Haaaaaa gituuuuu!!~ Maknanya tak de la tertanggal-tanggal sandal tu nantu sebab tali tu dah pegang kaki kita.

Ankle Strap Flats

Walaupun dikenali sebagai flats, rekaan ini juga jatuh dalam kategori sandal dimana struktur tapaknya juga rata dan sesuai untuk pemakaian kasual.

Ankle straps flat mempunyai satu strap (tali) yang diikat pada buku lali (ankle). Alaaaaaaa.... yang macam koleksi Zalora dalam gambar kat atas nun.. Haaaa~~ Tu la ankle strap flat. Sesuai digayakan dengan skirts ataupun berseluar jeans.

Buckle Strap Sandal

Dan trend sandal wanita yang berikutnya pula adalah buckle strap sandals atau juga dikenali sebagai sports sandals.

Sandal yang paling selesa dipakai dan boleh dijadikan teman travel. Rekaannya sangat simple tetapi dapat memberikan sokongan pada kaki ketika berjalan. Haaaaa~~ Kita suka sandal jenis ni. Sesuai sangat dengan kaki kita yang montok dan gebu ni. Hehehehe~

Mana korang nak dapatkan sandal sandal super cantik ni?
Yang kita cerita semua kat atas tu, semua Trend Sandal Wanita Model Terbaru dari ZALORA.
Cantik kan?? Belilah..... Belilah..... Korang takkan menyesal punya.
Harga tak payah cakap la.. Memang mampu milik. Confirm!!!!~
Macam macam design ada. Pelbagai warna. Senang kata banyak pilihan la kalau korang shopping sandal kat Zalora.

SELAMAT BER'SHOPPING' OK!!

Tuesday, December 8, 2015

mAjLiS bEReNdOi & cUKuR jAMbUL nUR mUhAMMaD biN aBDuL sHuKoR

Tajuk hari ni adalah Majlis Berendoi & Cukur Jambul Nur Muhammad Bin Abdul Shukor.
Chewahhhhhhhhh!!~~

Gigih juga buat kad jemputan ni masa dalam pantang.
Ada alamat sebenarnya sebelah kiri kad ni. Tapi sebab nak tepek kat blog, so kita delete alamat tu.
Kang jenuh orang datang nak minta autograph pulak. Hehehehe~
Hampir lupa juga nak buat kenduri ni sebenarnya. Maklum la berpantang sendiri kat rumah. Busy kelek anak jeks. Nasib baik husband kita ingatkan. 

Lepas husband remind tu je, lelaju kita pilih tarikh, plan itu ini.. Dan whatsapp kat group family members suruh diorg block date tu. Harus memeriahkan majlis okeh!!!~

Dah... Malas nak cerita panjang². Korang pun bukan nak baca sangat kan? Nk tgk gambar je kan? Hehehehe~ Nah!!~ Tgk ler puas².


Acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan marhaban oleh Kumpulan Marhaban Nurul Iman, Kampung Pandan Dalam. 

Berlangsung pada 31 Oktober 2015, jam 3.00pm. 
Alhamdulillah, Majlis Marhaban, Berendoi dan Cukur Jambul berjalan sangat lancar. 

Muhammad pun sangat² good boy. Tak menangis, tak meragam, tak merengek. 
Mau tak suka bertukar² tangan orang dukung dia. 
Mummy pun suka sebab Mummy takde la kalut sangat.

Muhammad dengan ayah.
I Love you both ♥♥♥





Dua orang dah hero kecik Mummy sekarang.
Nur Khaleef Ridzki & Nur Muhammad
Khaleef sangat² abang yang penyayang~

Ni antara kawan² yang datang memeriahkan majlis. 
TQ uolls~





Ni Door Gift untuk tetamu yang hadir.
Fridge Magnet

Wednesday, November 18, 2015

nUR mUHaMMaD biN aBDuL sHuKoR




Assalammualaikum.

Alhamdulillah, kembali menulis di blog picisan ini.

Untuk permulaan setelah sekian lama menyepikan diri. Aku nak share sesuatu yang hebat dengan korang.. Ecehhhhhhh~~ Hebat la sangat!!~ Ye, Sangat hebat Ya Allah.

Tanggal 9 August 2015, Jam 9.25am aku selamat melahirkan Baby Boy di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru.

Ye......... Baby Boy seberat 3.11kg.

NUR MUHAMMAD BIN ABDUL SHUKOR nama diberi.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah~~

Syukur ke hadrat Ilahi.

Doa dan harapan yang dipanjatkan kepada Allah selama ini akhirnya dimakbulkan. Kurniaan yang tidak ternilai dari-NYA.

Sekarang Khaleef dah ada adik.. Yahooooooooooo!!!~~

Ok la uolls~
Nak sambung buat kerja.
Ins Sha Allah, ada kelapangan nanti aku update lagi entry baru ok~

Tata Titi Tutu~
Muahss Muahsss~~ ♥





Wednesday, November 4, 2015

stALkER




Assalammualaikum,

Wahhhh!!~ Lamanya tak jenguk blog ni. Nak dekat 2 tahun dah uolls.

Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi. Kalau ada benda nak share pun biasa nya up status atau gambar kat facebook je. Kawan² sama² blogging dulu pun ramai yang menempel kat facebook je. Siapa yang gigih lagi buat entry blog tiap² hari tu mmg gua caya sama lu la.

Diam tak diam. Pejam celik pejam celik. Dah dekat 2 tahun dah takde entry blog ni.

Last sekali entry amsa tgh berduka-lara dulu. Hahaha~ Dah sembuh dah pun duka tu.. Ecehhhhh!!~

Yang sebenar benar benarnya, yang membuatkan aku dah lama tak update blog, sebab blog ni ada stalker..  Auuwwwwww!!~

Eh chop!!!~ Agak² stalker tu tau tak STALKER tu apa?

Stalker adalah gelaran untuk orang² yang kepoh atau ingin tahu tentang kehidupan orang lain melalui media sosial. Kaedahnya, dia suka mengintai media sosial yang lain senyap². Konon macam private investigator la. Mencari maklumat. Kah Kah Kah!!!~

Pendek kata, stalker ni adalah seorang yg busy body.

Tak tau apa agenda si stalker ni. Maybe dia jealous, dengki atau mungkin juga dia admire atau peminat aku. Atau dia sangat free takde kerja nak buat. Haaaa~ Berapa banyak atau daaaaaa.....

Mula² tu rasa nak marah. Tapi bila difikir² balik, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Aku anggap je dia orang gila. Biar dia menyalak sorang².

Kepada stalker itu,
Saya dah open semula dah blog ni. Sila la stalk lagi dan lagi dan lagi.....

Dah puas jadi stalker. Dah dapat kumpul segala maklumat dari blog aku ni, lepas tu meroyan sendiri. Kesian.... Kesian.... Tak puas hati lagi tu. Pergi balik bagitau Mak, Ayah, Kakak, Opah, Atuk kau. Ada aku kesah??!!~