Tuesday, July 26, 2011

tiCkEt MaLaYsiA vS siNgApORe - 28 jULai 2011



Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai pukul 9 pagi esok hingga hari perlawanan pada Khamis ini.


Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.


Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.


Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.


Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my



- Bernama





p/s : - Jom kita memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil!!~ Aku pergi tau..Jumpa korang kat sana k...Kita akan menjadi saksi Harimau membaham Singa!!~ Aummmmm!!!~





Sumber : En. Nakal

Thursday, July 21, 2011

kHaLeef kE 'LaLoK' aN

Tengok gambar pun dah mencerita kan segalanya kan?
Betapa nikmatnya bila orang korek / dibersihkan telinga...
Hahahahaha~
Gini la rupa Khaleef tiap kali aku bersih kan telinga dia...
Macam high jeks~

Wednesday, July 20, 2011

aNaK mUMMy kUat tAk nANgiS KeNa cUcUk. Alhamdulillah~

8 July hari tu Khaleef genap 6 bulan.. Alhamdulillah!!~ Dah besar anak mummy...Semoga terus membesar dengan sihat & kuat..Wahhhhh!!! Dah cam iklan milo la puloks...Ahaks~

Aku bawa Khaleef g check up..Nak amik suntikan imunisasi untuk 6 bulan..

Aku bukan pergi klinik pakar la...Belum mampu lagi nak g pakar tetiap bulan..Aku g klinik biasa jeks~ Tapi doc ni ok la.. Padahal nak buat jab jeks~ Tapi dia check segala bagai..



Khaleef nak kena timbang...Alhamdulillah anak mummy good boy..Tak nangis pon..

Berat = 6.9 kg
Tinggi = 64 cm
Lilit kepala = 43 cm

Alhamdulillah doctor kata ini adalah normal


Ready nak kena cucuk ye sayang.. Tak mo nangis tau..Mummy sayang awak~



Hehehehe~ Dah kena cucuk..Good boy...Alhamdulillah Khaleef tak nangis!!!~


Monday, July 18, 2011

tHe dANNa LaNgKaWi - dAy 2

Second day kat Langkawi. Aku ingat nak bawa Khaleef mandi kat swimming pool..Gigih aku dah siap beli pelampung ng baju mandi dia..Sekali sayang kata swimming pool dia kena pakai swimming attire..Mmg tak la kan aku pakai baju mandi..Terpampang nanti lemak2 tepu aku...Huhuhu~

So, bagi memenuhi hajat aku yg teringin tgk Khaleef berendam ng pelampung, disamping aku dah banyak kali dok cakap kat Khaleef nnt kita mandi swimming pool ek..Mmg la dia x paham lagi..Tapi aku tetapppp x sampai hati...

Sudahnya, aku penuhkan bath tub, mandikan je Khaleef dalam bath tub...Kesian kan...Kesian aku, kesian Khaleef...Takpe sayang, nnt mummy bawa awak gi swimming ek sayang..Muahssssss~

Dan kalau korang nak tau, the next day tu kitorg sesaje round kat area swimming pool tu. Aku tanya kat staff situ, diorg kata bole je kalau pakai t-shirt & short...Huh!!!~



Macam biasa la kalau dah g Langkawi, mesti la pergi perkampungan Mahsuri kan.. Tak banyak la aku amik gambar macam 1st time pergi dulu.. Dulu g berdua..Nak merambu kemana pun suka hati kan..

Tapi kali ni bawa Khaleef, mak aku & mak cik aku...Khaleef dengan meragam nyer... Mak pulak x nak naik rumah2 Mahsuri tu...Takut katanya..Hiks~ Pastu dengan tgh panas lak masa tu..So, x lama pon kitorg kat Perkampungan Mahsuri tu..



Kat bawa ni pulak beberapa view hotel yang aku duduki itu..The Danna, Langkawi~





Tengah Q nak naik cable car...

Tgh hari tu kitorg dah g dah sebenarnya..Tapi harga dia RM30. Kul 5 - 7 Happy Hour baru dapat RM15 kalau tunjuk Mycard.. Tu yg kitorg balik hotel dulu, petang tu baru g balik cable car since hotel aku ng cable car sekangkang kera je..15 minit cam tu dah sampai~

Dulu masa 1st time aku g tu tak pun happy hour ke, sad hour ke...Bila2 masa pon, tunjuk je Mycard, dapat la harga RM15..Skang pulak kena tunggu kul 5-7...Dah tu time murah kan? Berdedai-dedai la org time kul 5-7 tu...Tu yg kena Q panjang sampai tertido Khaleef~

Mak aku takut naik cable car ok..Hehehehe~ So comel`









Tuesday, July 12, 2011

tHe dANNa LaNgKaWi - dAy 1

Salam~

Hari tu, sempena harijadi mak aku, aku g Langkawi.. Sesaje je~ Memula plan cam nak g Kuching..Tp belanja mesti agak lebih mahal kan? So, Langkawi pun ok kan uolls~

Flight aku kul 12pm....Kalau aku berdua ng sayang je, mmg aku amik flight pepagi buta..Sebab sampai awal, sblm check-in tu leh jenjalan dulu kan? Tapi sbb ni aku bawa mak aku, makcik aku ng cik kecik ni, so, kalau boleh biarla sesampai je terus check in nok..Tak de la penat mak ng makcik aku..Dengan si kecik tu lagi..

Kul 8am aku dah gerak ke LCCT.. Sepupu ku hantar~ Sampai sana dalam kul 10.15am. Sesuai sangat!!! Kul 10.30 kaunter Air Asia buka then check in~



Masa ni dah nak berlepas dah..Sementara tunggu diorg panggil, Khaleef dah menangis2 nak tido.. Anak teruna aku ni satu perangai dia, kalau nak tido nak kena mengamuk dulu~ Puting dia pulak aku lupa bawa. Bole??!!!~ Kesian ok dia susah nak tido tanpa puting..Menangis dekat 15 minit kot~ Sedih sangat aku masa dia nangis tu..Skang tgh taip ni, teringat pon aku ada rasa nak nangis..Sobsob~. Even sampai hari ni pon aku masih rasa bersalah sangat....Maafkan mummy ye sayang!!~ Pasni mummy janji x buat lagi...Pengalaman berharga ni..Belajar dari kesilapan.

Gambar yg kat bawah ni nak kasi dia diam kasi dia tgk TV..Tgk!!~ Kusyuk!!~ Cam la awak tu paham tgk TV Khaleef~

Gambar gedik santai ni, masa tu ada org Korea dok main2 ng Khaleef..Khaleef famous ok time tu..Heran aku..Omputih, Org hitam, Org coklat semua nak main2 ng dia..Paling best ada sorang negro tu, nampak je Khaleef, dia terus g amik anak dia letak depan Khaleef kasi anak dia main ng Khaleef...Hiks~ Yang org Korea pulak dok nak amik gambar ng Khaleef...Hehehe~

Kami sampai Airport Langkawi kul 1pm~ Kereta sewa aku dah call siap2 dari KL..Sampai sana kereta dah tunggu, terus kami ke hotel dulu nak merehatkan diri..Lagipon kesian ng Khaleef. Dia mesti penat sebab nangis lama sangat!!~ Haa...Lupa nak cakap..Seb baik kedai kat Airport Langkawi tu ada jual puting..Ekekekekeke~

Kami stay kat The Danna Langkawi..Cam biasa la, bila sampai2 aku cakap ng mak, makcik & sayang, jgn buat apa2 dulu.. Aku nak amik gambar..Hehehehe~ Gigih ko..

Ok tadaaaa.... Ni la dia sekita bilik tempat kami menginap~





Permandangan dari bilik kami

Dah rehat kan diri..Lelap kan mata kejap.. Kitorg keluar.. Sebab lapar!!!~ Pastu cam biasa terjah Pekan Kuah tak sah kalau tak singgah Haji Ismail Group kan??!!~ Nak borong coklat.. Aku mmg dah plan, kali ni g Kuah sekali je..Sebab hotel kitorg kali ni agak jauh dari Kuah so, malas nak ulang 2-3 kali..

Dah alang2 tu kitorg singgah la kat Dataran Helang..Alang2 dataran ni pon dekat ng pekan kan..Sebab esok lusa mmg dah x nak datang pekan lagi..Jauh nok!!~ Kebas bontot dok lelama dalam kereta...Ngengada~

Dulu amik gambar kat sini berdua..Skang bertiga..Ngeeee ~LOVE~


Ini setelah kepenatan seharian berjalan...
Skang time bergedik santai atas katil sambil tunggu nak titon..


Monday, July 4, 2011

hARi ni biRtHdAy mAk kitA. KaMi sEMuA kAt LaNgKaWi NiH!!~~~

Salam semorang!!~
Selamat hari Isnin...Today no Monday Blues hocay!!~
Kerana masa korang baca entry ni, aku dah menjejakkan kaki di Tanah Langkawi..
Insyaallah~

Hari ni juga adalah Hari Jadi Mak aku... 4 Julai 2011

Happy Birthday MAK ! Sayang Mak ketat ketat !!! :)
May Allah bless and protect you always...
And may all your wishes come true..love you so much my dearest mummy !

Oh! Lupa nak habaq Mai..*Mementang kat Kedah, keluar loghat utara*
Sempena Birthday Mak yang ke 58 ni, aku bawa mak jenjalan...Gi Langkawi~~

Kami stay kat The Danna Langkawi~

Ok la..Ni Auto publish post ni~
Kami nak bercuti naaaaaa~ Lain hari cek habaq pasai percutian cek ni...Ahaks~

Doa kan kami Selamat pergi & Kembali...Insyaallah~









Friday, July 1, 2011

mBo :: viVa hOMe


Salam~

Korang pernah pergi tak Viva Home?
Viva Home yg baru buka gantikan Plaza Uncang Emas tu..Tau tak?
Alaaa.......Yang kat Jalan Loke Yew tu..

Viva Home ni tempat shopping untuk org yg membeli-belah barangan rumah, termasuk barangan dapur, meja, kerusi, sofa, paling tepat semuanya barangan interior design..

Apa saja yang korang nak cari yg berkaitan dengan hiasan rumah mmg ada kat Viva Home nih~

Hari aku aku ngan sayang try tgk wayang kat MBO movie kat Viva Home tu..

Ok la MBO kat situ..
Compare to MBO Galaxy Ampang tu..MBO Viva Home ni much much better.
Cam dah sama standard jugak la ngan GSC / TGV
Disamping org tak berapa nak ramai, ticket juga murah nak dibanding kan dengan GSC / TGV~