Wednesday, February 27, 2013

rEstOReN uPiN iPiN

Hari tu tak tau nak pergi makan mana.
Nak pergi Q-Bistro, dah selalu sangat
Sampai mamak tu pon dah kenal muka aku..
Fikir punya fikir..
Aku ajak Sayang gi Restoran Upin Ipin.
Masa ni Restoran Upin Ipin ni tak de lagi cawangan kat Permaisuri..
So, aku pergi yg kat Melawati punya..

Majority yg makan kat sini semua mesti ada bawa budak²..
Al-maklumlah, nama pun character kartun kanak².
Tapi makanan dia x de la kebudak-budakan sangat..

Pelanggan akan dihiburkan dengan video Upin Ipin.
Tu yg budak² suka tu..
Pastu ada juga jual barangan Upin Ipin kat situ..












Aku geram tgk budak ni..
Siap pakai cermin mata lagi..
Dia dok tgk cerita Upin Ipin..
TV pulak bebetul atas kepala aku masa ni..
Aku curi² la amik gambar dia




Ni anak Mommy gediks bila suh amik gambar sebelah Upin Ipin..
Love you sayang!!~ ♥♥



Thursday, February 21, 2013

biRtHdAy bASh kHaLeef - KFC, Carrefour Ampang

12/1/2013 hari tu buat birtyday party Khaleef kat KFC, Carrefour Ampang.
Birthday Khaleef sebenarnya 8/1/2013.
Tapi disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Selasa, maka aku buat pada hari Sabtu-nya, yakni 12/1/2013.
Dah kenapa ayat aku skema pulak nih!!~
KFC memperuntukkan 2 jam utk sesiapa yg nak celebrate birthday kat situ..
Birthday Party Khaleef berlangsung dari kul 3pm - 5pm.
Tapi lebih² jugak sampai kul 6pm gitu..
Maybe sebab time tu takde orang lain sewa tempat tu kot..

Asalnya nak buat kat KFC, Wangsa Maju.
Tapi diorg dah tak provide party kat KFC situ..Kena lah cari KFC lain..
Survey punya survey, aku pilih KFC, Carrefour Ampang ni.
Sebab KFC ni ada satu bilik khas utk birthday party..Means ko tak campur ngan org yg datang walk-in.

Majlis kecil-kecilan jeks..Cuma jemput sardara-mara ngan kawan² yg terlintas..
Hehehehe~ Boleh gitu?









Khaleef ngan Cik Nonoi & Kak Nurin


Tak boleh dipisahkan Khaleef ngan Kak Nurin dia ni..













Sepupu giler~

Eidayn takut ngan Chicky



Game utk kanak²
Tapi ada jugak mak² budak yg terselit






Khaleef dapat hadiah dari Chicky..
Time dapat hadiah tak takut ko.....





Ni kek yg Mommy tempah utk Khaleef.
Theme : Timmy Time


Ni kek dari Tok Li & Family..Thanks~

Ni kek utk Ayin / Mak Ngah

Ni kek yg KFC provide

Terima Kasih daun keladi
Kepada yg sudi menghadirkan diri..
*PantunDuaKerat*

Wednesday, February 13, 2013

tEatER tUN Dr. siti hAsMaH

Puas mencari siapa lah yg sudi teman aku tgk teater nih..
Sayang tak minat tgk teater.. 
Nak bawa mak, tp nak minta mak tlg tgkkan Khaleef..Hehehe~ Kejam tak?
Nak ajak Nuzul, dia dalam pantang..
Kalau takde yg nak teman, mmg aku gigihkan diri tgk sorang²
Last sekali cuba nasib tanya Nana.. Huhuhu~
Seb baik dia nak temankan.. 
(Eh, tgh² taip ni dia lalu lak kat sebelah..Panjang umur)

Tapi x de gambar kami berdua ek..
Sebab cam rushing..Sampai jeks terus masuk..
Abis show jeks terus balik..

Takde gambar dekat. 
Sebab tak tunggu sampai pelakon² tu keluar..
Kan tadi dah cakap..Abis show jeks terus balik..
Maklum la dah ada anak ni kan..
Kalau keluar tak bawa Khaleef, hati tu mmg dirumah jeks la..
So, korang tgk jeks la gambar dari kejauhan ini ek..

Lisa jadi Tun Hasmah masa muda.
Eja jadi Tun Hasmah time veteran.

Nazim Othman jadi Tun Mahathir time muda..
Esma Danial jadi Tun Mahathir time veteran..

HIDUP UMNO..
Dulu, Kini dan Selamanya......
Hehehehe~~ 











Tuesday, February 5, 2013

gENtiNg LaGi!!!~

Sabtu, 10 November 2012
Kitorg pergi Genting..
Aku, Sayang, Khaleef ngan Thrisha..
Tempat percutian paling budget bagi kami...Ngeeeeeee~

First time jugak aku pergi Genting ngan Thrisha..
Korang ingat tak Thrisha?? Alaaaaaaa~ Kawan aku yg bz semendang tu.. Hehehehe~

Kitorg gerak dari KL lambat jugak sbb Thrisha lambat.. Konon nak gerak kul 9am. Tp kul 9am tu Thirsha baru bgn tido okeh!!!~ Katanya sbb semalam balik office kul 1am. Sbb nak bercuti dua hari kan.. So, terpaksa bergolok gadai la kat office sblm cuti-cutian...Tol tak aku kata dia bz woman??

Sampai sana dalam tgh hari la..Ngam² makan tgh hari..
Aku pun lupa kitorg g makan tgh hari kat mana.. Maklum la..Cerita bulan November baru nak citer skang..Hampeh!!~

Seperti biasa la kalau ke Genting, mana lagi kalau bukan stay kat Awana Genting Golf & Resort..


Aduhaiiii...Gediks ek anak Mommy ni.. Suka sebab Mommy ada bawa horse dia..

Dia buat pekak dia jeks jalan² kat lobby tu dengan kuda dia..

Dari lobby - masuk lif - sampai la ke bilik dia dok heret kuda dia jeks..Pedulikkan org lain..Hahaha!!~



Baru keluar lif nak ke bilik.







Ni dah second day dah.. 
First day tu kitorg dok melepak jeks dalam bilik.. 
Dah tua² ni cam kurang selera nak mengonjeng..

Second day tu asalnya nak g main outdoor. 
Tapi masa ni musim hujan. Kabus tebal so, banyak mainan tutup.. 
Daripada kerugian wang dan ringgit, baik main indoor jeks.

Kalau dah main indoor tak kuasa la Mommy nak beli ticket kan..
Dah tentu yg teruja dengan mainan indoor tu hanyalah budak²
So, aku suh sayang jeks beli ticket & teman Khaleef main kat indoor.. 
Mommy tgk dari luar rides jeks la..
Sebab Khaleef kalau x nampak muka Mommy kang melalak puloks~
Itu pon bila rides tu berjalan jeks, dia nampak Mommy kena tinggal, dia menangis..
















Yang ni pulak 3rd days..
Sebelum balik tu suh sayang bawa Khaleef g swimming dulu..
Aktiviti wajib kalau kat Awana..




Ok..Kami dah nak balik..
Hingga berjumpa lagi Awana Genting...
Chewaaaaahh....