Monday, December 2, 2013

mAAf




Maaf.

Kalau boleh, sekarang jugak aku nak susun sepuluh jari nak minta maaf diatas segala kesilapan. Sebab, dalam separuh sedar, aku dah jatuh. Aku dah cuba menahan rasa, supaya tak tersungkur. Akal pun ligat bekerja menghadam segala yang logik dan realistik. Tapi dalam masa yang sama, tangan sendiri juga masih menghulur secebis demi secebis masa yang tak akan dapat kita tarik balik.

Semua yang normal kini rasa janggal. Ganjil. Bernafas pun macam satu perkara baru. Padahal, sebelum ni elok je aku hidup tanpa dia. Bila cuba diklasifikasikan antara kita, lidah membisu tanpa jawapan. Puas ditanya pada diri, dari siang ke malam, membawa ke siang semula. Masih juga tiada jawapan. Kosong.

Ya Allah, aku mohon Tuhan bukakan pintu hati ku ini.

Sedar tak dalam dunia ni ada banyak lagi benda yang boleh kau buat selain sengaja jadi miserable????~

Is this worth the fight?

Wednesday, November 20, 2013

sEkERat hAti sUdAh aKu bERi



Currently, my heart is not following my heart. It is currently happening although I've been trying hard to not be in that same situation I was last 7 years~

Why?????

Why Him??????????

Why?????!!!!!~~~

Tolong la Mala...!!!!!~ Please don't do this anymore. Be strong. Be stronger than before ya. You're not young anymore.

Wednesday, November 13, 2013

ciNtA pLatONik




Semalam aku ada terbaca tweet seseorang ttg "CINTA PLATONIK"

Sejujurnya, aku 1st time dengar tentang CINTA PLATONIK. Rasa ingin tau yang meluap-luap membuatkan aku gigih kan diri google sana sini  nak kasi faham maksud CINTA PLATONIK ni~

"Secara spesifik, CINTA PLATONIK adalah sebuah perkaitan kasih sayang, namun tanpa wujudnya rasa cinta dan tarikan seksual bagi pasangan lelaki dan perempuan"

Setakat apa yang aku faham, CINTA PLATONIK ni melibatkan dua orang. Lelaki dan perempuan yang rapat. Mereka berkawan rapat. Tapi kadang-kadang nampak cam rapat lebih dari seorang kawan. Tapi sebenarnya diorang langsung takde perasaan cinta dan tarikan seksual.

Means that, hubungan mereka sangat rapat tapi takde intention untuk couple pun.

Faham tak?

Hubungan camni lebih flexible sebab.......... Mereka tak perlu cemburu, tak perlu terasa hati, terkecil hati etc..........

Tapi~~~~~


Pada aku la, serapat mana pun sesuatu hubungan, walaupun dikata kononnya "Hanya Kawan", Mesti akan ada satu perasaan iaitu "Cinta".

Kalau kita betul-betul kuat menahan diri dari perasaan cinta tu, kira mmg hebat la.. Hebat!!!!~ Susah doh!!!~ Sebab lambat laun mesti ada perasaan cinta punya.. Toksah la nak menipu..Huhuhuhu~~~

Wednesday, October 30, 2013

kAwAN yANg hEBat

Kawan... 

Tak dapat aku bayangkan macam mana hidup aku tanpa kawan²..

Kawan suka.. Kawan duka.. Kawan nak bergurau.. Kawan bergelak ketawa..Kawan nak share masalah..Kawan menangis~~ Haishhhhhhhhh..

Kita sayang kawan² kita!!!!!~

Alhamdulillah.. Aku dikurniakan kawan-kawan yang HEBAT!!~ Sangat hebat!!!~

Sudi bersama aku susah dan senang. Berdiri.. Berlari.. Terjatuh..Terduduk..Tersungkur.. Mereka ada dengan aku..  Most of all, diorg terima diri ini seadanya ..

Sayang korang!!!~  ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 

Thanks kawan-kawan ku yg SUPER HEBAT!!!~

Family isn't not always about blood. It's about who's willing to hold your hand when you need it the most.



**Gambar sebahagian kawan² aku yang hebat tu.. Sebahagian jeks tau.. Nak letak semua tak mampu~~ 








Friday, October 18, 2013

mERaWat hAti yANg tERLuKa




Hampir 2 bulan kami berpisah~~

Walaupun hati dan diri ini sudah semakin stabil, tapi tipu kalau aku cakap aku dah boleh lupakan semuanya. Ia memerlukan masa bagi menyesuaikan diri dengan keadaan baru~

Dalam kegembiraan, kadang² sedih menyapa. Dalam keriuhan, sunyi masih terasa. Takkan termampu aku membuang segala sejarah suka & duka sepanjang kami bersama.

Walaupun zahirnya nampak kuat, jujurnya diri ini masih mencari kekuatan. Solat sunat, solat hajat, solat istikharah, sangat memberi ketenangan jiwa.

Cuba menyibukkan diri dengan membaca buku, blog dan laman web untuk mencari jawapan, merawat hati yang dah hancur luluh. Dengan harapan dapat sedikit semangat dan mampu bangun meneruskan hidup dengan kekuatan baru.

Tiada dia bukan bererti jasad ku akan mati.

Apa pun, aku harus terima kenyataan. Jodoh dan pertemuan adalah ditangan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kita merancang. Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sangat hebat.

Aku anggap ini adalah kafarah dosa aku sendiri. Atau mungkin ujian dari Allah