Thursday, June 24, 2010

miShA oMaR NiKaH..???~


"MISHA Omar dah kahwin. Kenapa tak keluar surat khabar cerita kahwin dia? Takkan wartawan nak sorok kut?” Begitulah pertanyaan seorang peminat Pancaindera yang naik radang kerana dia menganggap wartawan sengaja nak menyembunyikan berita perkahwinan Misha.

Sumpah dik... Abang Niezam pun tak tahu ni. Kalau dia kahwin, memang kami keluar cerita dia muka depan. Nak suruh hantar surat khabar depan pintu rumah pun boleh.

Jangan nak mengamuk ya dik... Cukuplah industri hiburan kita ada kumpulan Amuk seorang.

Senang cerita macam nilah. Sebenarnya Niezam pun tak tahu sama ada Misha benar-benar kahwin ataupun tidak sebab sehingga hari ini dia tak mengaku pun perkara itu.

Yalah... Misha bukannya kecil-kecil anak. Kalau dia kahwin mesti dia tak akan sorok punya, sebab satu Malaysia kenal dia.

Kata peminat tu, di Kelantan sudah heboh kisah kahwin Misha. Cuma yang jadi tanda tanya kenapa berita itu tidak dilaporkan?

Niezam pun tanyalah kalau betul dakwaan itu, siapai suami Misha?

Kata peminat tersebut, lelaki berkenaan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru. Beruntung Misha bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

“Cukuplah saya beritahu lelaki yang dimaksudkan bernama “Kiss”. Dia orang memang dah kahwin. Hadiah perkahwinan Misha ialah sebuah kereta mewah.

“Kalau nak tahu, masa final Juara Lagu hari tu, si dia pun datang temankan Misha tau,” kata pembaca berkenaan.

Wah... betul ke? Sedap nama Kiss. Mesti Misha kena cium 24 jam dengan ‘suaminya’ itu kalau betul dia dah kahwin.

Petang Khamis lalu Niezam telefon Misha dan terus bertanyakan perkara berkenaan.

Misha sedikit pun tak terkejut sebab selama ini macam-macam spekulasi orang bercakap tentangnya.

Cuma Misha tak menafikan dia dan kakaknya Mimi memang ada meninjaubeberapa butik pengantin sebagai persediaan untuk majlis nikah nanti.

Tapi berita yang mengatakan dia sudah bernikah dalam diam tu disangkal sepenuhnya.

“Kalau betul saya nak kahwin, saya tak akan sorok. Selama ini pun saya dah beritahu peminat yang saya sudah ada kekasih istimewa.

“Nikah kahwin perkara yang baik. Lebih baik orang tahu. Ini janji saya. Selagi kisah sebenar tidak keluar daripada mulut saya, anggaplah ia sekadar khabar angin,” tegas Misha.

Kita orang percaya dengan kata-kata Misha itu kerana selama ni dia tak pernah nak sorok perkara yang baik. Tak gitu adik?


Kredit: Utusan Malaysia Online

Wednesday, June 9, 2010

LagENdA bUdAk sEtAN - pARt 4

Masih lagi demam LAGENDA BUDAK SETAN. Sebelum ni kita asyik di hiburkan dengan lagu touching tu kan? Hari ni meh aku nak kasi korang dengar lagu happening pulak – Getar Hati

Lirik Lagu - Gio - Getar Hati (Ost Lagenda Budak Setan)

Saat pertama aku mengenal dirimu
Berdetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh Padamu

Dengar Hatiku
Kan ku Bisikan Cintaku (Cintaku)
Lihat Jiwaku
Kan Kau Dapatkan Setia....kuI
ngat Diriku Kau Kan Rasakan Rinduku
Untuk Dirimu Kan
Ku Berikan Hidupku..wooo





Sapa nak men'download' OST LAGENDA BUDAK SETAN, free kan la diri korang klik link dibawah :-

Getar Hati

Bila Cinta - Gio

Bila Cinta - Filianti Vlee



A Big Thanks to :-

Tuesday, June 8, 2010

LagENdA bUDaK sEtAN – pARt 3


Masih terkesan lagi kesetiaan Kasyah dan kekecewaan Ayu..
Oleh itu, mood aku hari ni masih LAGENDA BUDAK SETAN

Kan aku dah kata 2-3 hari ni entry aku mmg pasal budak setan ni je..
So, jgn lah korang muntah hijau baca blog aku ye.
Terima lah kekurangan diri ini seadanya…ahaks~
Hari ni meh aku kasi korang layan lagu OST Lagenda Budak Setan versi lelaki dan perempuan

Versi Lelaki
Versi Perempuan
Sumber : Youtube - SNFAZD14

Monday, June 7, 2010

LagENdA bUDak sEtAN - pARt 2

Ni la buktinyer aku sangat In love dengan cerita LAGENDA BUDAK SETAN ni..Semalam aku paksa sayang teman aku tgk citer ni lagi….ahaks~


Ala…tgk kat Leisure Mall je…Sejengkal ke dari umah aku..Movie start kul 7, kul 6.30 baru kua umah pon sempat..Tapi makan cam kartun la kan..

Sempat la singgal Old Town~ Makan cam kartun cecepat, pastu terus bergegas ke GSC…woohoo~






Entry kali ni aku nak bagi pendapat peribdi aku ttg pelakon baru Shiqin Kamal yg jadi Emilia (Ayu selepas pembedahan plastic). Aku rasa dia cam tak adapt la dengan watak Ayu tu..Ni pendapat peribadi aku je, jangan la pulak ada yg nak meroyan ye..Cam hilang feel aku tgk dia lakonkan watak Ayu tu..Kalau Lisa Surihani sampai habis kan best!!!!

Tapi nak buat caner kan. Dah jalan cerita dalam novel pon cam tu. Ayu bertukar wajah..Huhu~

Apa yg penting, aku mmg dah gila kan LAGENDA BUDAK SETAN ni kerana, semalam aku cakap kat Sayang, “Sayang, mulai hari ni, sayang panggil saya Ayu tau…Saya panggil sayang Kasyah”…wakakakakakaka~

Sayang hanya mampu tepuk dahi, pastu dia kata aku giler…wakakakaka~ Hampeh nyer suami?? Atau hampehnyer isteri????

Ha…..sebelum aku lupa, kan ending citer LAGENDA BUDAK SETAN ni ada cakap “TAMAT BAHAGIAN SATU”

Aku rasa cam ada bahagian dua je nnt. Dan bahagian dua tu cam cerita KATERINA pulak sebab kalau ikut Novel dia pon mmg ada 3 sequel kan???

LAGENDA BUDAK SETAN, KATERINA & KASYAH (Lagenda Berakhir)

Kalau la betul, maknanyer Fazura la yg akan menerajui watak utama kan?? Yeay!!!!!


Meh nak kasi korang² yg lom tgk citer ni amik mood dulu..
Layan Trailer LAGENDA BUDAK SETAN

Saturday, June 5, 2010

LagENdA bUdAk sEtAN


Untuk pengetahuan korang, sekarang ni, Im so so so….into LAGENDA BUDAK SETAN…

Setelah sedekad yg lalu aku baca novel ni, dan berangan akan ada pihak yg sudi nak adaptasikan novel ni kelayar perak…Akhirnya……Yes!!!! Lagenda budak setan di pawagam sekarang..

Semalam aku gi tgk!! Bagi sesiapa yg baca novel ni, mungkin penghayatan terhadap cerita ni lebih la kot…Contoh nyer aku..Sedih!!! Aku nangis laaa hai sepanjang citer ni..Sampai ada org sedekah tisu kat aku sbb tgk aku dok lap air mata…hahahaha~

Jadi korang jangan marah aku tau kalau beberapa hari ni entry aku asyik berkaitan dengan LAGENDA BUDAK SETAN..Yes!!! Nurmala Mazlan is now in LAGENDA BUDAK SETAN mode….ahaks~~



Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?



To be continue…….