Wednesday, October 31, 2012

i-citY

Dalam cerita SAM (Saya Amat Menyintaimu), Lisa Surihani ngan Saheizy Sam tu ada pergi I-City kan? 
Lepas tgk citer tu la cam teringin sangat nak ke I-City sbb mmg x pernah sampai sana.
Tu yg ada sehari tu x tau nak g mana. So, kami decided la nak ke I-City.
Saje boleh bawa mak ngan Khaleef jenjalan
Kebetulan anak buah - Nurin ada skali..
So, angkut la sekali boleh buat kawan Khaleef nak main²..

Sampai sana dalam kul 10pm camtu..
Nak masuk parking je nauzubillah...Mmg ada rasa cam nak patah balik dah.
Queue nak masuk parking sangat panjang ok..
Daripada bersemangat waja terus putus asa.
Ingat mmg nak patah balik jeks, tapi memikirkan Khaleef ngan Nurin dah seronok² tgk lampu² kat sana.
Bertabah je la...

45 minit jugak la queue nak masuk parking tu..
Hati dah banyak panas dah time tu..
Seb baik pastu parking senang. Banyak lagi la parking time tu..
Pastu nampak pulak Khaleef ngan Nurin cam happy sangat kat situ..Lega hati yg menggelegak tadi..


Kak Nurin beria nak posing tu tapi Khaleef cam dah teruja tgk lampu² so, nafsu nak amik gambar tu dah takde..Hahaha~

Tgk tu, mata dia ke lampu² jeks.




Mahalkan I-City ni. Nak naik menatang ni RM10 sorang. Tapi takpe la janji budak² suka.

Khaleef mata dia kemana² ntah. Cam teruja tgk suasana tu.


























Thursday, October 18, 2012

aQiQah

Niat dah lama nak buat Aqiqah utk Khaleef..
Tapi belum rezeki + kekangan masa. Cheewahhhh!!~
Bulan puasa aritu baru berkesempatan.

Kitorg tak buat majlis pun. 
Sembelih kambing. Yang pasti bukan kami yg sembelih sendiri..Hehehehe~
Pastu hantar pergi rumah kebajikan - Pondok Penyayang Raudhah & Rumah Shifa

Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah...
Tercapai juga hasrat kami suami isteri untuk buat Aqiqah utk buah hati pengarang jantung kami, 
Nur Khaleef Ridzki

Kitorg buat sekor jeks dulu.. Itu jek yg termampu setakat ini..
Doakan kami mampu untuk buat yg kedua..
AMIN!!!!!~

Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing. 

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama kerana dapat segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).

Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah - 
apabila telah tiba waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.

Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan. Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534). 

 




Tgk budak kecik ni punya berani nak tgk kambing dia kena sembelih.. Mommy tak berani!!!~












Kari Kambing untuk dihantar ke Pondok Penyayang Raudhah



Takut kena tinggal ye sayang.. Mommy mana boleh tinggal nyawa Mommy..Mesti bawa kemana saje~






Ruang rehat Pondok Penyayang Raudhah

Tempat berwudhuk

Ruang Tamu
Bahagian luar Pondok Penyayang Raudhah



Friday, October 12, 2012

bYe bYe kUcHiNg, sARaWak - dAy 3 (9/7/2012)

Passport untuk masuk ke Kampung Budaya
Pas lawatan ke Sarawak.. Kena amik kat immigration.. Cam g oversea pulak..Mmg over the sea pon kan? Ahaks~


Ni last day kitorg kat Kuching, Sarawak :'(
Sedihnya...Sedih nak tinggalkan Sarawak...Ecehhhhhh~

8 tahun bercinta ngan org Sarawak... 
Ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sarawak...
Apakan daya jodoh tak kesampaian..Cheewahhhhhhh
*MoodKenanganMengusikJiwa*

Kitorg sebenarnya nak amik gambar kat patung kucing yg byk² tu..
Semalamnya masa second day tu, cikgu yg bawa kitorg jenjalan tu ada tanya "Nak tak singgah kat Tugu Kucing tu tak?..
Tapi cam dah kepenatan kan..aku cakap ngan dia "Tak pe la, nnt kitorg g sendiri"
Tapi mmg tak pergi la kekdahnyaaaaa....

Sampai la masa nak check out tu..
Baru cam teringat, "Alamakkkk!!~ Tak amik gambar kat tugu kucing lagi"...
Cam tak bermakna jeks percutian kat Kuching kalau x amik gambar kat Tugu Kucing kan??

Aku cakap kat Sayang "Nnt cakap kat pakcik teksi yg nak bawa kita ke airport tu, dia boleh tak berhenti japs kat Tugu Kucing tu.. Kalau dia minta bayar extra pun bayar jeks la janji dapat amik gambar ngan Kucing". 
Hahahaha~ Gigih kan?
Seb baik Pakcik tu kata boleh singgah... 

So, aku excited la ni nak amik gambar ngan kucing bebanyak tu.
Sekali tu punya la banyak kereta berhenti kat situ.. 
Patung Kucing tu kan kat bulatan kan? Penuh satu bulatan tu ngan kereta² sewa ngan teksi²..
Ye la..Diorg pon nak amik gambo ngan kucing kan..Ko ingat ko jeks nak?

Dah ramai tu malas lak aku nak benti.. Kang nak tunggu lagi untuk parking..
Sementara nak parking tu takkan aku nak suh pak cik teksi tu dok keliling jeks bulatan tu..
Wakakakaka~
Last² aku cakap "Tak yah la pak cik..Tak de rezeki..Len kali kitorg datang lagi kitorg amik gambar ngan kucing ni" 
Sodih bonar bunyinya kan???!!  :'(

Sekali pak cik tu cakap "Otw kita nak ke Airport karang ada satu lagi patung kucing..Sana kurang sesak sket. Tapi kucing dia sekor jeks"..

"Boleh la pakcik..Janji kucing..Boleh buat kenangan"..
Hehehehe~












Sekejap jeks ni... 5 minit pertama jeks..Pastu dia sibuk sekali nak tolak troli ni.

Tgk la tu tak reti dok diam mengacau org..

Tersadung nnt Sayang....





Haaa...Masin la mulut Mommy ni.. Meh tampar laju² mulut Mommy..
Masa ni bebetul dia tersadung.. Tu yg baru reti dok diam tu..









Bye Bye Kuching, Sarawak
Till we meet again..
You will be missed 
Thank you for the wonderful memories~~