Thursday, October 18, 2012

aQiQah

Niat dah lama nak buat Aqiqah utk Khaleef..
Tapi belum rezeki + kekangan masa. Cheewahhhh!!~
Bulan puasa aritu baru berkesempatan.

Kitorg tak buat majlis pun. 
Sembelih kambing. Yang pasti bukan kami yg sembelih sendiri..Hehehehe~
Pastu hantar pergi rumah kebajikan - Pondok Penyayang Raudhah & Rumah Shifa

Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah...
Tercapai juga hasrat kami suami isteri untuk buat Aqiqah utk buah hati pengarang jantung kami, 
Nur Khaleef Ridzki

Kitorg buat sekor jeks dulu.. Itu jek yg termampu setakat ini..
Doakan kami mampu untuk buat yg kedua..
AMIN!!!!!~

Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing. 

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama kerana dapat segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).

Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah - 
apabila telah tiba waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.

Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan. Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534). 

 




Tgk budak kecik ni punya berani nak tgk kambing dia kena sembelih.. Mommy tak berani!!!~












Kari Kambing untuk dihantar ke Pondok Penyayang Raudhah



Takut kena tinggal ye sayang.. Mommy mana boleh tinggal nyawa Mommy..Mesti bawa kemana saje~






Ruang rehat Pondok Penyayang Raudhah

Tempat berwudhuk

Ruang Tamu
Bahagian luar Pondok Penyayang Raudhah



7 comments:

antalya said...

sayu tgk keadaan pondok ar raudhah tu. kesian pd budak2. emmm Iskandar blom aqiqah lg.masih blom berkemampuan nk adakan

nUR_rOsALiNdA said...

antalya,
Insyaallah nnt ada rezeki..

Mimy Hamid said...

ko dah buat Aqiqah ..aku belum lagi..dah tercapai niat ko kan...aku ingat nak buat masa kenduri kawen aku next year..Insya Allah

nUR_rOsALiNdA said...

Mimy Hamid,
Kenduri kahwin kau?? Kau jgn memacam nok...Ko nak kahwin lagi ke apa ni? Hahahahaha~

nUR_rOsALiNdA said...

Mimy Hamid,
Kenduri kahwin kau?? Kau jgn memacam nok...Ko nak kahwin lagi ke apa ni? Hahahahaha~

rina mazlan said...

Tak pernah mkn unta.. Sedap ke?

nUR_rOsALiNdA said...

rina mazlan ,
Ntah la..Kita pun tak makan wakkk..Hehehehe~