Saturday, September 20, 2008

bUNgA aPi

Balik kerja tadi aku ngan sayang amik anak buah aku - Nurin -

Aku ngan sayang amik dia kat umah nenek dia - makcik aku - bawa gi umah aku since office aku dekat je ngan umah macik aku tu..

Wahh..practise gitu..balik kerja amik anak la konon-konon..wakaka

Balik tu singgah pasar Ramadhan. Anak buah aku panggil "pacar mada"

Kat situ aku tanya dia nak apa. Erm.. "Nak bunga api."

Aku tak layan.. Aku cakap "Nak makanan boleh. Bunga api x boleh"..

Tau tak dia jawab apa?? "kenapa" siap ikut intonasi iklan U-mobile tu..

Nak tak nak aku kena belikan jugak sbb selagi tak beli,dia tak nak balik..adehh!!!









saje je tepek gambar ni.. gambar sayang ku dengan tv kami di rumah baru nnt....wakakak!! Insyaallah..
p/s : FYI, anak buah aku ni,kalau datang gediks dia, dia nak melekat je ngan sayang aku. Sampai kan dia panggil sayang aku tu sayang jugak. Itu dia dok dgr aku panggil sayang la tu..

Thursday, September 18, 2008

ciNtA & sEks

** Topic hari ni mungkin akan menyentuh sensitivity sesetengah pihak.. Tapi aku tak kira. Aku nak post jugak..

Love unseen

Aku cuba membahas kan topic ni dengan seorang teman perempuan. Ye la, bulan-bulan puasa, tak de buat pape lunch time. Tetiba datang seorang teman kami,dia seorg lelaki. Dia kata “Isk..korang ni tak de topic lain ker?? Suka cerita pasal cinta..Bosan la...”

Tak lama lepas tu, aku tanya pulak kat seorang lagi teman kami yg lain. Juga seorang lelaki. Dia nak tau apa yg kami sedang sembangkan. Aku pun cakap la kisah cinta... Dia pulak kata “topic korang ni casual sangat la. Tak mencabar”..

wak!!!! Sian aku tau….

Pelik la. Kenapa lelaki enggan berbicara tentang cinta?? Aku tau,bukan semua lelaki akan mengelak bila berbicara tentang cinta. Ada juga yg masih mahu berkongsi kisah cinta mereka walaupun mereka tak akan betah berlama-lama cerita tentang cinta macam org perempuan..

Tiba-tiba lelaki-lelaki yg kata bosan cerita ttg cinta ni bersuara , “ Kau nak bincang pasal seks?? Aku terkejut. Pastu aku cakap , "Larr.. yg kau merepek ke situ bulan2 puasa ni pahal?? Cerita pasal cinta tak nak.. Nak cerita pasal seks pulak”.

Mmg lelaki ni tak suka sembang pasal cinta tapi suka sembang pasal seks ek?? Aku tak puas hati lagi nih, aku try la gak tanya kat beberapa org. Tak kira la lelaki ke,perempuan ke. Yang jelas, lelaki tidak suka berbicara soal cinta tetapi lebih cenderung kepada cerita seks..

Nape ek??

Tuesday, September 16, 2008

wHeN wE wERe sMaLL

Tadi aku dapat email dengan subject : - When we were small

Adalah beberapa pic gambar ni dan aku rasa aku nak share ngan korang sumer..

Ok..Enjoy ek..huhu~~


















Monday, September 15, 2008

tUpAi-tUpAi & bOdY sHoP

Nampaknya hari ni pun aku akan post 2 cerita sekali gus.. Maleh la nak buat satu2..

14 Sept

Plan since minggu lepas nak berbuka ngan member2 masa sekolah dulu. At last, jadi jugak.. Aku, sayang, Azrin, Sepul, Adini, Jimmy & Thrisha..Kitorang berbuka kat tupai-tupai..ingat kan nak ala carte.. tapi ala carte start kul 9.30 sempena bulan Ramadhan nih.. harus lah kami amik buffet jer. RM46/person..

Tapi org nyer ramai tak ingat.. Nak amik makanan pun kena bersesak2 sb tempat dia sempit, pastu dia tambah2 pulak meja.. aisshh...~~

Last2,buffet yg sepatut nya dari kul 7-10pm tu, tapi kul 8.30pm cam tu kitorg dah angkat kaki. Sbb dah kenyang + ramai org tak kuasa nak g amik makanan lagi. Tempat duduk kitorg dah la jauh.. 1 jam je kitorang makan situ, but it cost us RM322..

551A Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur
Tel: +603 2143 2525
Fax: +603 2144 5921

Buffet - RM46/person




15 Sept

Birthday aku kan 12 Sept bersamaan ngan hari Jumaat. Tapi masa tu sayang tak berkesempatan kot nak belikan aku hadiah..

Semalam lepas buka kat tupai2 tu, aku ngan sayang g Pavillion kononnya sayang nak belikan aku baju,sana sini kedai kat Pavillion tu aku redah. Sampai kedai tutup kul 10pm. Tapi tak de satu pon yg berkenan di hati.. Mungkin sbb kekenyangan kot.

So, tadi pas makan. Aku ajak sayang g Avon BB Plaza sbb ada org order barang. Kitorg gi cari lagi baju aku. Tak berkenan gak. Sayang kata beli kasut je la. Tapi aku tak perlukan kasut buat masa ni.. Kasut aku kat umah dah boleh buka kilang - kata mak cik aku - wakakaka

Sayang suggest beli perfume. Dia nak belikan my fav perfume - Be Delicious - Tapi aku fikir yg lama punya ada lagi..

At last, tgh jalan2 tu..aku nampak body shop.. Aku ajak sayang masuk. Aku kata beli barangan Body Shop je la since lotion ngan mandian aku pun hampir habis..

So,ini lah ia..

Kesemua ini membolehkan aku dapat membership kad from Body Shop..~~

Thanks Sayang.. I Love You.. MuahhxXXx...



Sunday, September 14, 2008

jALaN-jALaN cARi mAKaN

Haishh...
disebabkan kemalasan yang telah melanda diri ini.. Jadi aku kumpul 2 hari nyer citer sekali utk post.. kita bermula dengan...

12 Sept.....
Hari Jumaat tu kan birthday aku. Tak kisah la.. tak de apa2 yg istimewa pon. Balik kerja cam biasa,aku amik mak kat stesen LRT Cempaka. Sekali aku nampak, mak bawa satu kotak kek dari La Manila Cafe.. Hahaha~~~ kek aku la tu - Pineapple carrot cake -

Hari itu, kami berbuka puasa over skit ok. Sbb makanan punya lah banyak. Maklum lah,sempena birthday aku kot.. Tapi aku sempat amik gambar kek ngan satay jerk..Yang lain2 tu sorry to say la, tak sempat aku nak amik..Sedar2 je dah licin. Sebenarnya ada daging bakar, ayam percik,ikan percik,sup daging,kuih muih & buah sebagai pencuci mulut...wak!!! kekenyangan aku.. satay boleh masuk 3 cucuk jer. Sbb dah full ok..

Sebenarnya aku ajak x-ofismate aku - Maze - datang buka kat umah masa tu, sbb aku tau makanan banyak. Tapi last minute dia sms "Mala,aku buka kat umah je la. Aku segan la"

Ek eleh..hang segan pasai apa? Hang tak dak hidung ka?? Bukan tak biasa pun. Tampar kang!!hehe..marah nih..







13 Sept

Petang tu dalam kul 3 lebih cam tu, sayang datang umah. Pastu dekat kul 4 kitorg keluar umah sbb ada misi yg kitaorg harus selesaikan..wakaka!!!

Selesai misi tu dalam pukul 5 lebih,,awal lagi. Aku tanya sayang nak buka kat mana? Pastu sayang kata nak buka kat luar. Nak buka kat mana?? Aku tak de idea ni.... At last,sayang ajak berbuka kat Medan Ikan Bakar Kampong Baru..Wah..ada org main angklong la.. Tak pasti la sama de sempena bulan puasa ni je ada atau mmg hari2 pon ada persembahan angklong tu. Tapi best.macam2 lagu dia dok main guna angklong tu. Lagu relaku pujuk, kuch kuch hota hai, asereje...macam2 lagi la..

Perh...berselera aku. Sbb dah lama tak makan sini. Dulu masa mula2 bercinta dulu selalu la makan sini. Skang kena makan kat umah jerk sbb nak kumpul duit nak kahwin!!!! huhuhu~~~

Kat sini ada buffet. RM20/person. Tapi aku tak suka buffet, so,amik order ala carte..

Bon apatite''


persembahan angklong


jus tembikai - sayang punye
jus epal - aku punye
sup tulang

daging masak merah
telur dadar
kailan ikan masin
ayam goreng kunyit
**makin gemuk la aku cam gini**