Tuesday, July 27, 2010

fiNaL wORLd cUp

Hehehehe~

Salam uolls~

Korang tgk je gambar-gambar di bawah ni mesti korang dah tau betapa gambar ini dah lama berada dalam handphone aku tanpa di upload dalam blog…Tapi dalam fb gigih tau uolls~ ahaks~

Gambar-gambar seperti yg korang sedia maklum adalah masa demam final world cup aritu..woohoo~ aku baru dan nak update blog..

Dah berapa minggu berlalu pon aku dah lupa…ekekekekeke~

Gambar kat bawah ni time balik kerja aku ngan sayang jenjalan kat Pavilion. Sbb sayang nak beli kasut bola yg World Cup Edition tu..Menyampah aku!!!!

Masa jenjalan tu nampak lak replica player² ni, excited pulak sayang nak amik gambar.. Tak dapat jumpa org bebetul, amik gambar ngan replica pon jadi la kan?? Ahaks~

David Villa

Idola sayang - Lionel Messi

Masa ni pulak, siang sblm menjelang World Cup tu. Sayang nak amik mood. Tapi mmg havocccc apon kat Bukit Bintang masa ni.. Aku pon dah dok terkinja² pikir nak gi layan final kat mana malam tu..Ahaks~




Aku tak suka Cristiano Ronaldo!!!! Wekkkkkkkk~

Tgh jenjalan cuci mata tu, jumpa lak Zura. Apalagas, 2-2 support Argentina kan!!!! Ahaks~



Aku amik cuti keesokkan harinya tu...sbb layannn final world cup kan.. sampai kul baper!!!! Malam tu aku angkut sekali Malot tido umah aku..

Pic ni time jenjalan kat Time Square sebelum aku hantar dia ke pangkuan keluarga...wakakakakaka`





Monday, July 19, 2010

hAPPy biRtHdAy mAk ~4 July 2010~

Happy Birthday Mak....

Emak aku lahir pada 4 Julai 1953

Walaupun entry ni agak basi, tapi ada aku kesah? Wakakakaka~

Entry ini ditujukan untuk mak tersayang. Mak aku memang sempoi dan penyayang. Aku cakap macam tu sebab aku memang sayang mak aku.

One thing yg aku tak sangka, walaupun aku dah kahwin, mak tetap layan aku macam budak 4 tahun. Boleh??





You’re someone who’s ever so special.

You’re someone who’s loving and true.

You’re someone who’s precious to the family and whom is loved all year through!!

Monday, July 12, 2010

rOjAk~~

*Entry tiada kaitan dengan tajuk* wakakakakaka~

Banyak betul cerita yang aku tak post kat blog ni..Ye la!!!!!!! hadap sangat fb tu..Terus jiwa raga melekat kat fb, tak sedar diri, dulu masa x reti main fb, blog ni la menghibur jiwa lara..ahaks~

Last post aku pon bulan lepas rasanyer..Tambah² pulak skang office aku block segala datuk nenek social networking!!!! Lagi la cam haram aku rasa~Boleh...blog diorg tak block...tp sebab fb tu kan nyawa kedua aku, so bila diorg block fb, terus aku rasa cam x leh bernafas dah..hiks~

Dekat 2 minggu jugak la aku x jenguk langsung blog aku, semalam lak cam ter'rindu'..Sekali tgk blog aku dah x de layout...putih suci gitu...Rupanya layout yg aku gunakan tu dah kena bayar..

Semalam la, aku baru terhegeh² cari layout baru utk blog aku..aku pilih pon pakai aci redah je. Janji ada dari tak de kan....Cun jugak apa layout bidan terjun nih..Cun cam tuan blog dia...wakakakakaka~ perasan nak mamposssss~

Ok².....stop merepek meraban...Skang aku nak tayang piccas aku yg lepas²....aku tepek sumer sekaligus kat sini k...Korang cuci mata je la tgk gambar ni. Aku tau, korang pon sebenarnya cam malas kan nak baca panjang²...wakakakakaka~ Itu cam bercakap ttg diri sendiri...ahaks~

Meh la tgk gambarr.......Layanssssssss~~~



Lunch date with Dayang @Paradize Logde Hotel

Sesi melawat colleague aku yg tgh cuti berpantang..




Thursday, June 24, 2010

miShA oMaR NiKaH..???~


"MISHA Omar dah kahwin. Kenapa tak keluar surat khabar cerita kahwin dia? Takkan wartawan nak sorok kut?” Begitulah pertanyaan seorang peminat Pancaindera yang naik radang kerana dia menganggap wartawan sengaja nak menyembunyikan berita perkahwinan Misha.

Sumpah dik... Abang Niezam pun tak tahu ni. Kalau dia kahwin, memang kami keluar cerita dia muka depan. Nak suruh hantar surat khabar depan pintu rumah pun boleh.

Jangan nak mengamuk ya dik... Cukuplah industri hiburan kita ada kumpulan Amuk seorang.

Senang cerita macam nilah. Sebenarnya Niezam pun tak tahu sama ada Misha benar-benar kahwin ataupun tidak sebab sehingga hari ini dia tak mengaku pun perkara itu.

Yalah... Misha bukannya kecil-kecil anak. Kalau dia kahwin mesti dia tak akan sorok punya, sebab satu Malaysia kenal dia.

Kata peminat tu, di Kelantan sudah heboh kisah kahwin Misha. Cuma yang jadi tanda tanya kenapa berita itu tidak dilaporkan?

Niezam pun tanyalah kalau betul dakwaan itu, siapai suami Misha?

Kata peminat tersebut, lelaki berkenaan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru. Beruntung Misha bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

“Cukuplah saya beritahu lelaki yang dimaksudkan bernama “Kiss”. Dia orang memang dah kahwin. Hadiah perkahwinan Misha ialah sebuah kereta mewah.

“Kalau nak tahu, masa final Juara Lagu hari tu, si dia pun datang temankan Misha tau,” kata pembaca berkenaan.

Wah... betul ke? Sedap nama Kiss. Mesti Misha kena cium 24 jam dengan ‘suaminya’ itu kalau betul dia dah kahwin.

Petang Khamis lalu Niezam telefon Misha dan terus bertanyakan perkara berkenaan.

Misha sedikit pun tak terkejut sebab selama ini macam-macam spekulasi orang bercakap tentangnya.

Cuma Misha tak menafikan dia dan kakaknya Mimi memang ada meninjaubeberapa butik pengantin sebagai persediaan untuk majlis nikah nanti.

Tapi berita yang mengatakan dia sudah bernikah dalam diam tu disangkal sepenuhnya.

“Kalau betul saya nak kahwin, saya tak akan sorok. Selama ini pun saya dah beritahu peminat yang saya sudah ada kekasih istimewa.

“Nikah kahwin perkara yang baik. Lebih baik orang tahu. Ini janji saya. Selagi kisah sebenar tidak keluar daripada mulut saya, anggaplah ia sekadar khabar angin,” tegas Misha.

Kita orang percaya dengan kata-kata Misha itu kerana selama ni dia tak pernah nak sorok perkara yang baik. Tak gitu adik?


Kredit: Utusan Malaysia Online

Wednesday, June 9, 2010

LagENdA bUdAk sEtAN - pARt 4

Masih lagi demam LAGENDA BUDAK SETAN. Sebelum ni kita asyik di hiburkan dengan lagu touching tu kan? Hari ni meh aku nak kasi korang dengar lagu happening pulak – Getar Hati

Lirik Lagu - Gio - Getar Hati (Ost Lagenda Budak Setan)

Saat pertama aku mengenal dirimu
Berdetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh Padamu

Dengar Hatiku
Kan ku Bisikan Cintaku (Cintaku)
Lihat Jiwaku
Kan Kau Dapatkan Setia....kuI
ngat Diriku Kau Kan Rasakan Rinduku
Untuk Dirimu Kan
Ku Berikan Hidupku..wooo





Sapa nak men'download' OST LAGENDA BUDAK SETAN, free kan la diri korang klik link dibawah :-

Getar Hati

Bila Cinta - Gio

Bila Cinta - Filianti Vlee



A Big Thanks to :-