Tuesday, July 26, 2011

tiCkEt MaLaYsiA vS siNgApORe - 28 jULai 2011



Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai pukul 9 pagi esok hingga hari perlawanan pada Khamis ini.


Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.


Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.


Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.


Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my



- Bernama





p/s : - Jom kita memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil!!~ Aku pergi tau..Jumpa korang kat sana k...Kita akan menjadi saksi Harimau membaham Singa!!~ Aummmmm!!!~





Sumber : En. Nakal

3 comments:

@e_da said...

kalau tak ke sabah mmg nak gi.. aduhaii melepas.. tgk kat tv jek nampaknya

Mimy Hamid said...

laki aku tadi dah terkinja sebok nak beli...rm30 sudehhhhh

Nurmala Mazlan said...

@e_da,
Hehehehe~ Saje la nak kasi semangat kat Malaysia Team

Mimy Hamid,
Jgn cakap laki ko..Aku pon dah terkinja2 ni ok~