Wednesday, February 25, 2009

tUgAsAN

Aku tgh dok buat checklist mengagih²kan tugasan utk wedding aku nanti. Yang ni je la aku fikir skang ni. Tak tau la kalau² ada yg aku tertinggal. Makanya, kalau korang atau akak² ada terperasan aku tertinggal sesuatu atau apa² tugasan, tolong bagi tau ye...
"Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan" (bukan tau nak menghentam je tau - wakakakaka!!)






Ade x pape yg aku tertinggal?
Semalam aku dah sattle borang kahwin aku ngan Tok Kadi..wakaka~~ Next week gi JAIS nak amik surat kebenaran kahwin.wooohooo~~

Tuesday, February 24, 2009

mUtiARa hiKmAt

Wah...tajuk..tak tahan!!!

Salam Uolls..
1st of all, aku minta maaf sangat2 sebab aku tak update blog ni dah berapa hari dah. Sangat bz ok. Last week aku sibuk menyiapkan borang2 kebenaran kahwin aku. Nak jumpa Tok Kadi bagai..Adeh!!!! macam2 nak kahwin skang..

Weekend pulak aku sibuk menyiapkan kad2 undangan aku .. Adoiyai!!!! dah bulan berapa dah ni.. Apa pun tak siap lagi. Help!!! Help!!!

Ha..ni la kad2 korang yg dah bg aku address tu, tinggal nak pos je. Sabar ye.. Kepada sesiapa yg belum bagi aku alamat atau email, sila lah berbuat demikian..huhu~~



Apakah!!!??? Ada abg kad office aku ni bagi aku pinjam buku ni..ekekeke~~ "MUTIARA HIKMAT".. Bagus tau buku ni. Boleh dijadikan panduan utk bakal2 pengantin macam aku. Aku baru baca beberapa muka surat je..huhu~~

Thursday, February 19, 2009

eKiN mAWi dAh mULa LoYa²..kERjA sAPa niH..???

Aku bengang gile nih..
Internet kat umah aku tak boleh connect..
Tension!!!!!!!
Biasa malam² sebelum tido aku bertenet dulu…
Tapi dah 3 hari aku cam mati kutu x leh nak bertenet..
Persal arr…???? Call telekom, servis nyer sangat lah lembab cam siput babi..10x call baru nak pick up..aarrgghh!!!!!



******************************
Disebabkan internet kat umah aku tu cam sialan, jadinya aku x boleh la beria² nak upload gambar bagai..
So, aku tepek kan la cerita mawi & ekin ni..Ikutkan aku menyampah tgk muka diorg ni..wakaka~~





Sorry, Ekin bukan mual & loya tekak seperti yang anda bayangkan, beliau terasa begitu tatkala melihat melihat penduduk Korea memakan daging khinzir tanpa mengira waktu. Ah sudah, penulis ingatkan dia sudah mengandung, memang hebat’lah kan. (turn off sungguh)
Melihat keadaan yang tidak memihak kepada penduduk Islam, pasangan Mawi & Ekin bercadang untuk membuka sebuah restoran halal di’sana. Selepas ini, sesiapa yang pergi ke korea tidak perlu gusar lagi mencari makanan halal, sebut sahaja nama Ekin atau Mawi. Penulis beranggapan jikalau nama mereka berdua di’jadikan branding dalam industri pemakanan halal di’sana, sudah tentu meletup. Iya’lah, sudah tentu kesemua pelancong muslim menjadikan mereka sebagai pilihan utama sajian. Contohnya, karipap Ekin.


Kredit berita Mahu buka restoran di Korea

Wednesday, February 18, 2009

aDiNi & jiMMy – pARt 2

Salam..
Ha..semalam aku dah citer hari pernikahan Adini. Hari ni aku nak kongsi cerita masa hari persandingan dia pulak (15 Februari 2009)

Hari tu (15 Februari 2009) baru lah tak rasa rushing sangat cam semalamnyer. Sbb kami pon dah keletihan berenang, kami tido awal.. majlis pon start lambat kan..Bersanding kul 1.30pm.. Semalamnya sangat letih ok sbb tido pukul 4.30am, pagi dah bangun rushing gi masjid..

Tepat kul 12pm kami gerak dari Puchong, sampai Dewan Komuniti Bandar Tun Razak, tempat berlangsungnya majlis kul 12.30pm.. "tiga kereta konvoi kau Adini…"

Sebelum org lain merasmi pengantin, kami dulu yg merasmikan penagntin.. amik² gambar ngan pengantin kat parking sblm masuk dewan..wakaka~~

Korang enjoy la gambar² ni ok..



Thrisha ngan Adini..










Ha…hampir terlupa aku nak cerita..masa kat dewan u, aku masuk dewan lambat sebab aku gi arak pengantin. Bila aku masuk je dewan, aku cari kawan aku – Azrin - sbb dia yg ‘chop’ kan meja utk kami.. Sekali, aku Nampak seseorg dok sekali kat meja tu.. Cam kenal..Sapa ek?? Oo..rupanya aD…huhu~~(comel je kamu aD) tapi x sempat nak amik gambar la kan..cam bz pulak masa tu..sungguh kecil dunia. Rupanya dia husband dia kawan pengantin lelaki..

Monday, February 16, 2009

aDiNi & jiMMy

Hari Jumaat lepas (13 Feb 2009) aku halfday sbb aku dan beberapa kawan yg lain tidur rumah Adini kat puchong.. Adini nak nikah hari sabtu (14 Februari 2009). Dia ni kawan kitorg masa sekolah (Sek Men Keb Convent Jalan Peel) dulu, satu gang..wakaka~~` tak sangka dah kahwin. Cepat masa berlalu kan..


Petang Jumaat tu aku menemani dia gi buat henna. Aku pon menggedik la buat henna tu..Tahan lama tau..masuk hari ni dah 5 hari dah.. Harus la aku buat kat sini jugak nanti.. Pastu owner kedai tu kata, semalam dia buat Linda Jasmine punya henna jugak.. ooo...Linda jasmine buat henna kat sini rupanya..


Petang tu, selesai buat henna, aku terus gerak pergi rumah Adini. Wah!!!! sangat seronok ok..Sekala sekala membujang..huhu~~Malam tu sembang punya sembang, aku ngan Thrisha tak hengat dunia, sembang sampai kul 4.30am ok.. Segala cerita 10 thn lepas semua dikorek kembali..wak!!! rindu ni~~


Kul 4.30am camtu kitorg masuk la rumah nak tido, org yg buat deco bilik pengantin pon selesai menghias.. Aku apa lagi, merasmi kan lah katil pengantin..wakakaka~~ boleh?? Aku ngan pengantin tido atas katil tu..huhu~~ Tapi kami x buat apa² ye..ekekeke~~





Tgk la si pengantin posing sblm tido. Esok nak menikah kul 10..
Tapi dah kul 5am tak tido2 lagi



Kami otw ke masjid tempat Adini nak dinikahkan.
Nikah kul 10am.. Kul 9.30 baru gerak dari Puchong nak ke masjid kat Bandar Tun Razak, Cheras..!!! Bukan main deras Thrisha drive.. Alhamdulillah semuanya selamat..


Sebelum bernikah, harus la kami berposing dengan Adini kan..


Dengan sekali lafaz, Adini sah menjadi milik Jimmy..Alhamdulillah

Masa ni org dok usik2 kan??? huhu~~


Lepas majlis bernikah, kami posing lagi kat luar masjid


On The Way nak gi makan selepas majlis..
Wah!!! aku ayu gitu bertudung..


Balik tu Adini tunjuk kitorg hadiah utk Husband dia..wak!!!!
Sunday je ke cuti Adini?? wakakaka~~


Selepas berehat2, ptg tu kami semua gi swimming..
wak!!!!! lenguh2 badan aku ni..





Selesai sudah cerita 14 Februari 2009.. Selamat sudah Adini bergelar Isteri org.. Alhamdulillah..Esok aku update lagi ttg majlis bersanding pulak ye..

sELaMat pENgAntiN bARu ~aDiNi & jiMMy~

Salam...
Aduh!!! Capek sekali aku.. wakakaka~`
Sebenarnya aku banyak sekali cerita mahu dikongsi sama kalian..
Tapi aku keletihan bangat...
Kawanku bernikah kelmarin dan resepsinya semalam, jadi nya aku dan teman2 yg lain bermalam dirumahnya..
Dari hari Jumaat sehingga semalam baru pulang ke rumah..
Apa2 pun ingin ku ucapin SELAMAT PENGANTIN BARU buat Jimmy dan Adini..Selamat menempuhi alam rumahtangga ya...
Bulan depan turn aku pulak..wak!!!!!!!!!!






**Kenapakah aku berloghat Indonesia?? huhu~~

Thursday, February 12, 2009

rENjis² diPiLiS…wakakaka~~

Ha!!!! Akhirnya Berjaya sudah aku upload gambar² ni.. Dari semalam aku gigih mencuba nak upload gambar sbb nak update blog ni.. Takkan nak update tanpa gambar kan? “SIAPALAH ENTRY TANPA GAMBAR”.. Wakakaka~~
Kelmarin aku gi umah sepupu aku nyer makcik dimana aku panggil dia mak ngah.. So, utk senangkan cerita, kelmarin aku gi umah mak ngah.
Kenapa???
Sebab aku amik benda nih
Apakah???
******
*****
****
***
**
*
Tempat bunga pahar dengan bunga mangga..huhu~~
bunga pahar tu, 75cucuk belah kanan,75 cucuk belah kiri
tempat bunga mangga. Tapi nanti pembalut batang tu aku nak tukar color

Ni gambar dari dekat tempat nak cucuk² bunga pahat ngan bunga mangga tu






**Eh, Uolls…..betul ke aku eja bunga mangga tu arr?? Ker bunga manggar?? Mana² je la..Korang faham kan??

Wednesday, February 11, 2009

HIV tEst

Salam Uolls...
Ni nak cerita ni.. Hari Jumaat aritu kan aku cuti kan? Bukan cuti sesajer tau.. Aku tgh gigih bekerja ni,tak apply leave pun sbb simpan cuti utk kahwin nanti..Insyaallah~~

Aku cuti aritu, sbb aku pergi buat HIV test..Setiap pasangan yg nak berkahwin diwajibkan menjalani test ni.. Makanya, aku pergi la dengan sayang..

Test ni kena amik kat Klinik Kerajaan je. Klinik swasta tak laku rasa nyer..huhu~~

Nak buat test ni, kul 2pm keatas je. Kalau hari Jumaat, kul 2.45pm keatas..

Maka nyer aku kena lah buat test ni lepas sayang solat Jumaat kan..

The result is.....jeng jeng jeng...

Korang rasa apa???? wakakakakaka!!!!!~~


No giliran aku ngan sayang.
Beza 10 org tu. Aku ni la miang x nak amik no. pada mulanya..

Keputusan HIV kami.. Apakah????!!!
Pamplet..Dia suh baca.. Aku siap dah hafal lagi..wakakaka~~

Sunday, February 8, 2009

oUR 1st eNgAgEMeNt aNNiVeRsARy

~~sEtAhUN sUdAh~~~

8 Februari 2008 - kenangan yang amat bermakna bagi aku di mana aku telah pun diikat menjadi tunangan kepada MOHD KHAIRUL NIZAM. Setelah 2 bulan lebih menjalin hubungan cinta bersama, janji dimeterai dengan ikatan pertunangan...

Ya Allah, semoga kau tabahkan hati kami dalam mengharungi liku-liku dugaan di alam pertunangan ini.. Ya Allah aku bersyukur kerana Kau telah mengurniakan aku dengan pasangan yang tepat... Insyaallah…

Siapa sangka, pertemuan tak dirancang pada Novemver 2007 boleh membibitkan rasa cinta dalam kedua-dua hati kami.

Tanpa mengambil masa yang lama, Disember 2007 sayang meluahkan perasaan untuk memperisterikan aku. Tapi kami perlu mengenali hati budi masing2 terlebih dahulu. Aku suruh sayang fikir betul-betul sbb perkenalan kami terlalu singkat.

Semakin hari,kami dapat menerima bahawa kami diciptakan untuk satu sama lain. Walaupun rintangan dan halangan di hadapan,kami berjanji menempuhnya bersama-sama.

8 February 2008, tarikh bermakna yang menyaksikan kami berdua mengambil satu lagi langkah menuju ke alam rumahtangga. InsyaAllah, 28.03.09 akan menyaksikan penyatuan dua hati ini untuk selama-lamanya. I LOVE YOU SAYANG~~~












To Mohd Khairul Nizam, thanks for being there for me. InsyaAllah, we'll make it through the years and may our love stay strong as ever. Looking forward to the big day in one and a half month time. Amin...

Friday, February 6, 2009

cUti


Hari ni aku cuti ye kawan-kawan

Ada kerja yg aku nak sattle kan

Nanti ada masa aku jenguk blog korang eh

Yang pasti, hari ni aku rindu korang

MMUUUAAAHHHHXXXXX!!!

Thursday, February 5, 2009

nASi LeMak aNtARabANgSa


Minggu lepas aku ngan sayang kuar nak makan malam
Sayang tanya nak makan kat mana
Tetiba aku terbayangkan nasi lemak ayam kat Wangsa Maju tu
Kami pun pergi..
Sekali sampai sana kedai tu tutup daa...
adeh!!!! Nak nasi lemak jugak!!
Kalau tak kempunan telur tembakul....ekekeke~~
Pastu bagi memperkenankan hajat aku, sayang bawa aku gi makan Nasi Lemak Antarabangsa kat Danau Kota tu..
Wak!!! Masa tu pulak bateri handphone aku nak kong..
Tak dapat aku nak amik gambar nasi lemak..huhu~`
Sampai umah, aku snap je pic resit tu..Bole??
Korang tgk je la gambar resit tu eh..wakakaka~~~
**bukti tu**

Wednesday, February 4, 2009

aZEERa & fAiRuZ

30hb Januari aritu, kawan aku, Azeera secara sah menjadi isteri kepada Fairuz.. Adeh!!mereka ni bercinta lama gilak..7 thn..Dan Alhamdulillah, impian mereka utk hidup bersama tercapai..

31hb pulak, Hari persandingan mereka. Majlis berlangsung di Dewan Wawasan PGRM.. Aku seperti biasa, menghadiri majlis bersama tunang tercinta..

Azeera ni kawan aku masa Sekolah Menengah.. Satu kelas masa form 4 & 5. Mulut dia sangat lah becok macam bertih jagung.. Masa sekolah dulu aku x ler rapat sangat ngan dia. Dah lepas2 sekolah baru aku start rapat ngan dia sbb rumah kami dekat. Lebih2 lagi bila setiap tahun bila Hari Raya, Azeera akan booking aku teman dia gi beraya umah bakal mak mertua..ekekeke~~ **oit!! aku 1st time jumpa bakal mak mertua sorg2 je tau**


Selamat Pengantin Baru Azeera & Fairuz
Pelamin
Gift
Band.. Sempoi je, pakai cam nelayan..
Uik??!!! sapa nih??
Ooo..Dr. Fazley rupa nya.. Azeera ngan Dr. Fazley ni sepupu..


Tuesday, February 3, 2009

bLog mENghiNa jUNjUNgaN kitA


Entry ni di ’edit’ dari entry semalam sebenarnya..

Semalam KL kan cuti ..

Maka nyer aku pon cam bermalas-malasan lah nak update blog..

Tu yg buat entry simple bangat..

Hari ni baru cam ada mood upgrade skit entry ni..ekekeke~~

Semalam aku ber'YM' ngan yanmie.

Yan kata dia sedih sebab dia ada terjumpa blog yg menghina NABI kita..

Aku pun gigih la membuka blog LAHANAT itu..

Meh aku tepek url tu kat sini

Korang pun leh baca gak..

JAHANAM punya manusia..

HARAM JADAH!!!!!