Friday, January 30, 2009

wAk!!!!!!!!!!!!

Hari tu kan aku ada cerita pasal henna. .
Yang aku tak puas hati sebab kaler dia tak pekat tu..
Pastu kat ada kawan blogger kita, ~nana~,dia rekemen henna RANI KONE..
Maka nya, masa cuti CNY aritu, gigih aku mencari henna itu.. huhu~~
Jumpa tau..
Balik tu aku ber'henna' kan lah tangan aku..
Buat sendiri tau...wakakaka~~
Merah gak kaler dia..cantik!!
Tapi cam tak lama la..2 hari camtu dia dah pudar dah..


********************
Pastu pagi semalam aku bengang ni.. Sayang boleh lambat amik aku gi kerja. Aku masuk kerja kul 8.30am. Tapi kul 8.15am tak sampai2 lagi.. Aku call, sayang baru nak bangun tido???!!!!!Erk!!! Apakah???
Tgk!!!!! aku sempat amik gambar ayam serama atuk aku tau..wakakakaka~~~ Selalu tu pagi2 x sempat langsung nak tgk muka ayam ni..Tapi semalam ayam tu siap berposing lagi depan aku suh masukkan muka depa dalam blog..wakakaka!!!!


Sampai2 je ofis.. aku dapat msg "syok mimpi sayang lahirkan baby. Terus bangun lambat".... wak!!!!
Aku balas "eleh..mengada kan sayang.." **nak cover line la tu sbb dah lambat**
"Best sayang mimpi tu..Dapat kembar lelaki dengan perempuan. Saya suka tgk masa sayang lahirkan baby tu"
"Hah??? sayang tgk ke saya bersalin?"
"Aha sayang..Bila dah keluar je baby, saya menitis airmata tgk sayang ngan baby tu"
"Naper sayang nangis?"
"Sbb dalam mimpi tu sayang selamat lahirkan zuriat kita. Sayang beri baby kat saya. Perasaan gembira jadi ayah tak terkata sayang"
"Alah...mimpi je tu"
"Tak pe la..Sekurang2 nya saya dapat merasai mimpi indah tu"
"Sbb tu DIA bagi mimpi indah tu kat sayang, sebab kalau lepas kahwin nnt kita x de rezeki nak dapat baby pon, sayang dah ada pengalaman dalam mimpi"
"Insyaallah sayang.. Ade lah rezeki kita nanti. Mana tahu mimpi tu jadi kenyataan"
********************
Huhu~~
Tetiba touching pulak aku.. Ye arr..korang ingat tak pasal entry aku yg ni - doktor kata takde apa2 - Aku takut arr..Mana arr tau x de rezeki..huhu!!!
Cet!!! apa daa aku ni..Kahwin la dulu kan.. Baru tau..Sibuk2 pulak fikir yg bukan2 **sesi menyedapkan hati sendiri**

Thursday, January 29, 2009

aKu nAk aDDReSs kORaNg!!!

Hari Jumaat lepas aku gi amik kad kahwin aku.. Wak!!!! takut siot..Genap2 lagi 2 bulan je nak sampai majlis aku.. Insyaallah~~~

Kad aku ada 700 keping.. Hari Ahad aritu kononnya gigih la aku ngan sayang melipat kad2 itu.. Adeh...sekerat jalan dah surrender ok..dapat buat 270 keping je..wakakaka~~


Kad kahwin aku masa amik aritu..tak dan nak kemas, aku taruk je kat kerusi..

Ha.... ini lah 270keping kad yg berjaya aku ngan sayang lipat2


Kepadakan para blogger yg disayangi sekelian, sudi2 lah kiranya korang tinggal alamat umah atau e-mail korang di sini ye.. Senang aku nak send kad kahwin nanti..wasalam~~~

Wednesday, January 28, 2009

stORy mORy

Hey korang...Rasa cam lama je tak jumpa korang kan..Rindu lah.. Hari ni korang dah start kerja ke? Atau masih ber'hari' raya cina?? huhu~~

Rasa cam kekok lak nak start blogging sbb cam dah lama sangat tak ber'blogging'..wak!!!poyo la pulak..

Aku mulakan dengan cerita hari Sabtu dulu ye..Malam minggu aritu, aku ngan keluarga bakal mertua gi dinner.. Adik perempuan bongsu sayang belanja.. Dia tanya aku, makanan western kat mana sedap. Aku x de idea, aku terfikirkan Kapal,Kg Baru tu jer..

Yang best nyer, sayang pun x diberitahu plan nak dinner sama2 nih... Aku yg bgtau sayang, sampai sayang cakap "Ye la..skang apa2 hal diorg cakap kat sayang dulu, baru cakap ngan saya"

Wakakaka~~~~ Jeles ker sayang??

Makanya, malam minggu aritu, kami ( Ibu, Ayah, Sayang, Aku, Ayu, Siti & Apis ) dinner di Kapal, Kg Baru..

Sayang punyer

Aku punyer - Black Pepper Stick -

Aku amik gambar makanan aku ngan sayang jer..Takkan nak amik gambar makanan diorg sumer. Wak!!!!! Pelik pulak mak ngan pak mertua aku nanti..huhu~~


Hari ahad pulak, aku ngan saya pergi Berjaya Time Square.. Sayang nak beli baju ngan cap Nike & kasut kerja, aku pulak nak beli body care body shop.. Mula2 ingat nak gi MidValley sbb sana semua ada kan..Tapi bila dalam perjalanan tu, cam malas je nak gi jauh2..At last kami gi Berjaya Times Square je..Dekat pun dekat.. Nike pun ada,Body shop pun ada..Tapi body shop kena jalan skit arr gi Sg. Wang




Selesai sudah aktiviti membeli-belah dan seperti biasa, aku kena teman sayang layan Initial-D


Sampai sini dulu ye cerita buat kali ni..huhu~~ Ada byk lagi story nak share ni. Tapi takut korang bosan pulak..

Friday, January 23, 2009

sOLat aKHiR wAktU


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea .... Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya ?.. Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" Sekatan tol tiada Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka.. Jatuh berderai?

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga, La..... Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula

Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti




Ya Allah !!!
Ampunkan kami !
Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.








p/s : Astagfirullahalazim.. aku selalu sangat lewat² kan solat..Lagi parah, kadang² hangus terus!!! aduh!!!!

Thursday, January 22, 2009

pApER cUttER



Semalam ngan kelmarin, kerja aku during lunch time islah memotong kertas..huhu~~


Korang nak tau apa tu? Aku potong doa..uikss???!!!??


Macam ni. Aku suka sangat dengan sepotong doa yg dibuatkan dalam kad kahwin kawan aku. Doa tu panjang. Aku mmg bercita2 + berimpian, aku nak masukkan doa tu dalam kad kahwin aku nanti.


Tapi, nak dijadikan cerita, kad aku tu tak muat utk dimuatkan dengan doa ni sbb dia panjang sangat. Org kedai tu kata, kalau nak masukkan jugak doa ni, kena kecik kan map..Oh tidak!!!!!Kecik kan map?? Never!!!


Maka nya,aku pun decided nak print sendiri doa tu, pastu selit kan je dalam kad tu kan??? Bijak...bijak...anak sapa nih..???!! wakakakaka~~

Itu la cerita nyer.. bila dah print, kena la potong kan..takkan pulak aku nak potong guna gunting kan? Sampai beranak nanti x siap..wakakaka~~ Tu pasal la aku menggunakan harta company jap..Setakat semalam aku dah siap potong 700 keping..wahhh!!!! another 500 pieces to go..caiyokk~~

Insyaallah hari ni sattle la dan Insyaallah jugak aku akan gi amik kad aku hari ni..wak!!! takut siot...

Wednesday, January 21, 2009

hENNa




Hari Sabtu hari tu aku pergi jumpa org yg nak buat kan inai henna utk aku nanti..

Aku gi jumpa dia sebab aku nak test colour henna dia ni..

Aku suka yg pekat. Merah nak ke hitam tu.

Tapi masa dia test kan kat tangan aku hari sabtu tu,aku rasa cam tak pekat je.

Aku cakap ngan dia yg warna inai tu tak pekat.

Dia kata tak mungkin sbb sebelum ni dia buatkan org lain pekat jer.

Dia kata boleh try lagi kalau aku nak.

Korang rasa macam mana? Nak gi test colour lagi ke? Atau pun redah je amik sbb dia dah confident kata pekat. Atau pun korang ada cadangan atau sapa2 yg korang nak suggest boleh buat henna utk aku nnt?

Monday, January 19, 2009

mEEt uNcLe HuSSiEn


Korang tgk tak anugerah Juara Lagu semalam? Aku tgk gak sikit2..Tapi kan..dalam banyak2 lagu yg dinyanyi kan malam tadi, aku sangat tersentuh dengan lagu aper tau...cuba korang teka?Lagu ni tak de kena mengena pon dalam pertandingan tu. Tapi aku sangat touching dengan lagu ni okeh~~~Lagu ni macam sesuatu jer...


Fantasia Bulan Madu
Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang Kejora
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

***************************************************

Malam tadi Lagu Untukmu dinobat kan sbg Juara Lagu.
Tahniah buat Meet Uncle Hussien!!!!!

Si Alan, Vocalist MUH ni kawan aku masa study kat kolej dulu..Uish!! dah lama giler tak contact..last aku jumpa dia pun masa thn 2004 ke 2005 ntah.. Pastu dah lost contact sampai lah bulan puasa thn lepas aku jumpa girlfriend dia kat Pasar Ramadhan..Masa tu dia ada bg no. tel, tapi hp aku pulak buat hal, kena format semula, makanya nombor2 dalam tu hilang...hampeh!!!


Pape pon to Alan "Kalaulah kot2 kau terbaca blog aku ni, walaupun aku rasa cuma 5% je kebarangkalian kau nak reach blog aku ni.. tapi kalau lah..kalau...!!contact la aku weh. aku tau kau tau mana nak contact aku..huhu~~~ leh aku jemput kau masa aku kahwin nnt. Insyaallah"

Friday, January 16, 2009

sEtiAp wANitA itU cANtik


Wah…..rasa cam dah lama aku tak update blog kan? Adoi!!! Sejak kebelakangan ni, banyak sangat perkara yg menekan.. haishh!!!! Aku tak update sbb aku mencari ketenangan .. mencari damai abadi… Eceh!!!! Korang rindu tak kat aku? huhu~~

Alhamdulillah.. aku semakin tenang berbanding beberapa minggu lepas... satu persatu masalah terhurai, terungkai, terungkap.. THANKS SAYANG TO ALWAYS BE BY MY SIDE..
Dan seperti biasa.. Aku tak de idea..

Makanya ..aku nak kongsi email yg aku dapat ni ngan korang.. okeh!!!

Kalau korang dah pernah dapat email ni sblm ni, buat2 je la cam belum pernah dapat eh..wakakaka~~

********************

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis..

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Korang tau....

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.

So…para blogger wanita.. Mari lah kita meraikan Bulan Sejarah Wanita.. Kepada kaum lelaki, sedarlah dan ingatlah akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata…Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik

Tuesday, January 13, 2009

aPa-ApA LaH!!!!!

Hari Sabtu x de cerita menarik la..
korang dengar la cerita aku hari Jumaat lepas eh. huhu~~

Hari Jumaat aritu x-ofismate aku suh gi sana (ofis lama aku), sajer2 la sbb lama x jumpa kan..Aku pun pergi Berjaya Times Square.. Dulu aku kerja situ ye kawan2..tingkat 13..wakaka~~

Sampai je sana.. aduh!!!! rindu gilak ngan ofis sana..banyak tol kenangan..

Sementara aku dok bergosip kat atas, korang tau sayang buat apa?

Hah!!!! ini lah kerja sayang.. Main game.. perabih duit kan.. aku dah biasa dah ngan situasi ni..masa mula2 bercinta dulu, sini la tempat kami ber'dating'.. wakakak..

aku kerja tingkat 13, game ni kat tingkat 6.Tiap2 ptg sayang tunggu aku balik kerja, pastu terus gi tingkat 6..huhu~~

Aku suka sayang main game Initial D.. Kalau kat Mid Valley, aku suka sayang main OutRun..wakakaka!!!!! Tapi skang skill sayang dah x tajam cam dulu.. Sb skang dah jarang main..


Lepas abis main game, aku ngan sayang gi makan Kenny Rogers~~



Kami berdua amik Quater meal Black Paper

Hah!!! ini cerita hari ahad pulak. Aku, sayang ngan bakal ibu mertua pergi Meru, Klang.. Umah sepupu sayang. Tgk kucing dia..besar la... tapi muka dia buruk..sian dia tau kena kurung..bila kitorg dekat je dia mengiau2 minta keluar.."sowwy cayang, x leh bawak awak keluar..nnt tuan awak marah"



Pastu kan..diorg ada ternak lintah..wak!!!!! aku x suka lintah..wak!!!! benci..benci..benci... geli la!!!!

Friday, January 9, 2009

aLhAmDuLiLLaH


Sekarang ni apa je yg aku buat, dah tak kena pada mata diorg..
Aku dah semakin tak faham keadaan sebenar..
Aku semakin keliru...

BIARLAH!!!!!

Allah Maha Mengetahui hati aku isi hati aku..
Mungkin ini balasan Allah untuk aku atas segala kesilapan yg pernah aku lakukan atau mungkin juga ini dugaan Allah untuk aku..
Aku tak dapat memuaskan hati setiap pihak kerana aku tak boleh buat sepertimana yg mereka nak..
Aku hanya mampu berdoa pada yang Maha Esa, supaya tunjuk kan aku jalan..
Aku hanya mampu berdoa pada yang Maha Pencipta supaya segala-galanya selesai dengan cara baik..
Aku hanya mampu berdoa pada yang Maha Agung supaya dikurniakan aku ketabahan utk menghadapi semua dugaan ini..

AMIN!!! AMIN!!! AMIN!!!

Thursday, January 8, 2009

pELaMiN

Kelmarin aku dapat msg dari pereka pelamin aku. "Datang la butik..dah free dah skang nih" Maklum la..baru balik dari JB buat pelamin Mawi..

So, semalam, balik kerja aku pun pergi ke butik itu..

Masuk2 je butik tu, aku dah nampak dah..Nampak apa? Nampak baju yg Ekin pakai masa sanding kat Felda Taib Andak tu..

Aku pun snap la gambar baju tu..gigih you!!!





Hah!!! yg ini pulak draft pelamin aku.. Setelah berbincang konsep dan theme aku, akhirnya terhasil sudah draft ini... Tapi x leh tunjuk full eh..Nanti tak surprise.. Kalau nak tau pelamin full caner, kena la datang wedding aku nanti.. huhu~~~*paksaan ke nih*

Wednesday, January 7, 2009

diA miLiK kU

Hari tu kan aku gi karaoke.. Kawan aku, Azrin ada nyanyi lagu Dia Milikku by Khadeeja.. Aku macam tertarik pulak ngan lagu tu.. Korang layan eh lirik dia.. Best!!!!!



Memang benar akulah cinta hatinya
Tiada guna kau menafikan segala
Simpan saja mimpi mu untuk bersama
Berundurlah dari nanti kau kecewa
Maafkan diriku oh andai engkau
Ikhlas ku katakan niat ku yang suci
Tidak perlu untuk kau merayu lagi
Sememangnya banyak cinta yang menanti
Dan andainya kau masih berkeras hati
Jangan harap untuk ku mengalah pergi

Memang benar ku katakan
Dia milikku
Biarpun kau mengganggu dia setia padaku
Sudah jangan kau mencoba untuk memiliki
Kerna dia tak semudah kau sangka
Bukan sudah ku katakan
Dia milikku
Biar apa di kata dia tetap kan ku cinta
Memang sukar di percaya harus kau terima
Kerna hanya diriku berhak di atas cintanya

Bukannya maksudku
Terlanjur bicara
Maafkan dirikuAndai kau terasa
Ikhlas ku katakan
Niat ku yang suci
Untuk pertahankan
Percintaan ini
____________________


Tuesday, January 6, 2009

di tAMaN tEMaN

Aku tak de cerita sangat nak update arini..
Tapi ada 2 perkara yg aku nak bagitau korang..

1st - Ada org nak cari pasal ngan aku pasal epal hijau bodoh.. Skang aku nak tahu.. Aku bodoh ke? Dia bodoh ke? Atau epal hijau tu yg bodoh? Jawapannya mesti la dia yg bodoh nak mampos!!! Sbb dah kerepot nak cari pasal ngan aku...wakakaka~~~ Elok letak kau kat kandang harimau..



2nd - Aku baru beli CD terbaru Siti Nurhaliza, Lentera Timur, Album dia yg ke-13. Wallaweh!!! Komen - lagu dia best2..Aku paling suka lagu ADA MASA MATA ciptaan M.Nasir..









foto - credit to sitizone


Bukti yg aku betul2 beli CD Lentera Timur ni. Siap snap pic lagi..huhu~~
Kepada sesiapa yg tgk cerita Spa-Q. Ni la lagu tema cerita tu.
DI TAMAN TEMAN
Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku
Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

Monday, January 5, 2009

nENek & aSyifAh

Hari Jumaat aritu, ibu sayang call aku suruh datang umah hari Sabtu sebab ada buat kenduri kecil2an sempena birthday nenek yg ke-89

Aku pun bgtau sayang. Pastu sayang kata,"saya x tau apa2 pon?" lalalala~~ naseb la sayang..skang apa2 pun ibu akan cakap kat saya dulu baru bgtau sayang..huhu~~

So, hari sabtu tu pun, dalam kul 5 camtu,aku gi umah nenek sayang.

Sampai2 sana je, belum sempat aku masuk umah lagi, Kak Long (sepupu sayang) terus tarik aku ngan sayang gi KL central. Ingat kan kenapa. Rupanya Kak Long nak beli kek utk nenek.

Sampai KL Central, Kak Long lari jap gi Secret Recipe sementara aku kena jaga anak dia..wak!!!

Kak Long ada 3 org puteri.. Noraisyah, Norasyikin dan Norasyifah

Semalam Kak Long bawa Asyifah

Asyifah dan Mak Long..wakakakaka~~~ Mak Long ke aku? huhu~~ Lain macam je sbb kalau belah aku, aku sorg je,xde adik-beradik lain. Maknanya, aku x de anak buah la kan. Sbb tu rasa janggal bila org panggil aku Mak Long. Kena biasa kan neh!!

Wah!!!! bulat mata kau eh Asyifah..

See!!!! aku henjut dia sikit2 je, terus lena.. Masa ni sayang kata,"sayang, sayang ketuk2 dia macam tu dia tido sayang". wakakaka!!! tergelak aku.. Nasib baik Asyifah tak terjaga. Aku cakap kat sayang,"Tepuk la sayang. Bukan ketuk".

Punya la lena. Sampai kat umah, org dok kerumun dia, dia still maintain tido ok. Tapi aku letak je dia kat tempat tido dia,hah!! amik kau..bulat balik mata dia. Pastu Kak Long cakap,"Dia suka tido kat kau. Macam tilam dunlop". wak!!!!


Dah abis baca doa, makan and now time to potong kek..

Selamat Hari Lahir nek.. Semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yg sempurna.

Friday, January 2, 2009

wELcOMe 2009

Korang celebrate New Year kat mana?
Aku tak celebrate pun thn ni sbb aku ngan sayang demam..
Dua-dua demam...
Hari Rabu aritu kami mc tau..uhuks~~
Macam budak nak membesar la pulak..
Demam bila umur nak meningkat setahun lagi...
Tak pun sbb takut our big day dah nak dekat kot...wak!!!!
Tapi malam tu kitorg gigih gak keluar nak abiskan masa bersama..
Tapi gi makan je..Itu pun ngam2 kul 12 kitorg sampai umah.. x mo lelama kat luar tu, jalan jammed + road block banyak gilak...
Kitorg makan kat Kg Baru..Kedai Tom Yam 3000..
sapa pernah makan kat situ?
Erm..korang tgk la apa yg kami makan eh..sebab rasa nyer cam dah lama je tak de entry gambar makanan..
Masa bulan puasa dulu bukan main banyak lagi gambar makanan..

Aku setia ngan sirap bandung
Sayang pulak setia dengan Milo 'o' suam
Telur dadar
Ayam goreng kunyit
Sambal Belacan
Kailan masak ikan masin - sayang punya. aku x makan sayur -
Tom Yam campur

Pastu semalam kan cuti, aku ngan sayang keluar lagi.. Kitorg gi mid valley..
Otw ke Mid Valley,aku touch up muka aku dalam kereta..
Masa aku tgh pakai eye liner tu, sayang cakap "kalau saya tekan brek ni, mesti mata sayang terconteng kan"?
Aku cakap,"kalau muka saya terconteng, saya conteng muka sayang"
Pastu sayang acah2 tekan brek...
aku pun apa lagi..aku conteng la muka sayang...aku buat tahi lalat..wakakakaka!!!!!!
korang tgk la pic sayang aku bertahi lalat didagu..wakakakaka~~


p/s - muka sayang tgh menahan geram.. Lepas aku lukis tahi lalat tu, aku dah bantai gelak bagai nak giler..Pastu aku snap pic sayang.. "Sorry sayang.. tunang sayang ni nakal.." huhu~~~