Friday, November 28, 2008

sELaMat bERNikAh zURa

Hari ni kawan aku - Zura - akan bernikah jam 11 pagi nanti. Semalam sepatutnya aku jumpa dia sbb dia nak bg kad, tapi disebab kan aku balik kerja lambat dan dia pon dah siap2 nak g khatam quran, aku cakap kat dia "xpe la zura..nnt hari sabtu aku datang. tak payah la kad".. Aku tau, zura sedaya upaya nak bg aku kad sebab aku pernah cakap "kalau aku x dapat kad, aku x nak datang" wakakaka~~~ aku gurau je la zura..

Tapi kan, korang tau tak, hati aku ni sayu je bila zura nak kahwin.. Aku x tau naper, tapi perasaan ni akan hadir setiap kali kawan2 aku nak kahwin..cam sedih je.. malam tadi aku dok view semua pic2 aku ngan dia masa sekolah2 dulu. Zura satu kelas ngan aku masa form 4 & form 5.

Banyak jugak kenangan aku ngan dia..huh!!!! kenangan siot'

Masa bertunang, kami bertunang sama2 bulan Februari masa chinese new year aritu. Kad kahwin kitorg pun sama..hiks~~~ sebijik tau.. x sangka leh design sama2 pulak. Lagi satu fakta, kami akan bernikah dan sanding pada tarikh yg sama iaitu 28 & 29hb, cuma bezanya dia bulan ni November. Aku bulan March thn depan. Insyaallah

Apa pun zura, aku doakan kau bahagia sehingga ke akhir hayat bersama dia yg kau pilih.. Utk Aniq, pls take care of Zura for the rest of your life..


Zura & Aniq (Zura kata muka Aniq ngan sayang lebih kurang.. Ye ker??)

Masa Zura bertunang. Aku x dapat g sebab aku pun bertunang



~~SELAMAT PENGANTIN BARU ZURA & ANIQ~~

Thursday, November 27, 2008

fiEDah & nOh

Korang ingat tak aku gi kenduri kahwin kawan aku bulan oktober aritu..
Kalau korang lupa klik sini
Aritu aku dah tepek gambar kat sini, tapi pic tu aku amik guna handphone jer..
Skang ni pic tu dah siap.. Photographer nyer yang bgtau aku gambar dah siap..
FYI, photographer ni,photographer aku masa bertunang aritu dan photographer waktu hari bahagia aku nanti. Insyaallah~~
FYI jugak, dia ialah kawan sekolah menengah aku. Nama dia Nor Elena.. wak!!! Elena, aku dah promote kau nih.. Nnt harga cincai kira..wakakaka~~
Makanya, aku dah curi gambar2 ni kat iweb...
So, sila la menjamu mata ya..






Wednesday, November 26, 2008

90 dAyS, fALLiNg iN LoVe dAYs


A fate that surpasses taboo, a love that surpasses morality...
Hyun Ji-seok (Kang Ji Hwan) is at the peak of his life at thirty-one year old he is fated to leave this earth in three short months. he is married to Park Jung-ran (Jung Hye Young), but it's not shes not his true love. The one and only thing this man wishes for is to find his one true love and spend the remaining 90 day's that he has left with her.

Hyun Ji-seok was fated to meet Mi-yeon (Kim Ha Neul) but their hearts were destined to be broken in the end. Through an unexpected turn of events, Mi-yeon turns out to be his his first cousin. They are now desperately pleading for 90 days in which to love each other for the last time on earth.

Will their love be able to overcome the harsh realities of society?

********************************************************

Skang ni aku tgh layan citer ni..
Korean Drama
Tajuk : 90 Days, Falling in Love Days
Aku lom abis tgk lagi citer ni, tapi aku dah dapat rasa kan citer ni best..
Yang sebenarnya aku tak de idea nak post apa arini.. Tu pasal la aku taruk menatang nih.. Mengantuk la..Waarrgghhh!!!!!!~~





p/s : ada x sesapa yg boleh ajar aku caner nak download movie? Tolong!!!!!!!!!!

Tuesday, November 25, 2008

kRoNoLogi ciNtA nURmALa & kHaiRuL

24 November sebenarnya anniversary pertama aku ngan sayang. Tak de la declare2 kan. tapi sendiri2 mau ingat la.. Alhamdulillah, sepanjang hubungan aku ngan sayang, semua nya berjalan lancar,bergaduh2 manja sekali sekala tu biasa la..hiks~~ Hari ni baru nak genap setahun hubungan aku dan sayang, tapi lebih kurang 4 bulan je lagi aku akan bergelar isteri kepada Mohd KhairuL Nizam.. ~muaahhxxxXx~



Kronologi percintaan aku ngan sayang~~


2 November 2007 - For the first time aku jumpa ngan sayang. My ex-officemate - kak hanim - pindah kerja di hotel istana - sayang kerja kat hotel istana - Kak hanim still main kutu ngan kitorg lagi. Selalu kak hanim bank in je. Tapi ntah apa mimpi dia aritu dia pas duit tu kat sayang suh bg kat aku.. ptg tu Kak Hanim msg "mala, call aku balik. ada cerita best". Aku pun call. Pastu kak nim kata "mala, budak yg pass duit kat kau tadi tu minta no tel kau. Kak nim bg ek"..wah!!!! itu detik permulaan, pertemuan aku ngan sayang..


15 November 2007 - Lepas berbalas2 sms, sekali sekala call, aku ngan sayang berdating. Itu pun x lama. sbb 1st time kuar sama kan. itu pun lepas balik kerja. so, masa very the limited.. malu2 gitu..wakaka~~ Balik je dari jumpa tu, otw nak balik, aku terima sms dari sayang "awak, saya rasa saya dah mula suka kat awak, senyum awak, ketawa awak,sikap awak. saya dah mula selesa dengan awak" aku reply "awak, kita baru jumpa tadi. awak tak kenal saya lagi. bagi masa utuk kita saling mengenali ye awak".. Cheewaaaahhh..!!! ayat tak tahan tu..wakakaka~~~




Ni la rupa sayang masa 1st time kua tu..hiks~~


24 November 2007 - officially im being sayang girlfriend.. Tak de kata2, tak de surat, tak ada bukti yg mengatakan kami memiliki antara satu sama lain, hanya hati menjadi perantaraan :: a giFt fRoM hEaRt ::




1 December 2007 - our very 1st weekend together.. Sebelum ni jumpa lepas2 balik kerja je.. Itu pun jumpa kejap2..




Ni la rupa sayang ku masa 1st time keluar on weekend tu. Lain kan dari 1st time jumpa tu.
Masa raya haji thn lepas. 1st time dibawa jumpa mak mertua..wak!!!! kecut perut aku..


8 February 2008 - Akhirnya, aku menjadi tunangan Mohd Khairul Nizam..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Janji di ikat untuk menempuhi alam pertunangan yg penuh dugaan.



14 & 15 June 2008 - Kami mengikuti kursus perkahwinan di Zura's akademi



TODAY - 4 MONTH, 4 DAYS UNTIL OUR WEDDING.. INSYAALLAH~~~~

Monday, November 24, 2008

bERkHatAN & wEDDiNg

Sabtu, 22 Nov 2008

Aku gi Melaka ngan mak ngan sayang. Pak cik aku anjur kan majlis berkhatan beramai2 di kawasan umah dia -Taman Desa Taming Sari- Termasuk anak dia sekali lah yg bersunat. hikss~~~

Kanak2 yg nak berkhatan tu di arak
Lori bomba utk mandikan budak2 tu nanti..


Ni la sepupu kecik aku - syafiq -

Kanak2 yg bakal dikhatankan tgh tunggu giliran utk ditepung tawar.. sepatutnya 20 org. Last minit tinggal 11 org jer..wakaka~~~
Pakcik aku tgh menyampaikan sepatah dua kata
Wah wah wah!!!! seronok ek korang kena pancut ngan bomba. Tunggu la sat lagi..

Ha!!! ini la ghupanya selepas disunatkan..Dia org pertama, tapi dia dah jerit ketakutan,semua pon jadi takut xmo sunat gak..wakakaka~~ tapi akhirnya Alhamdulillah..
Ahad, 23 Nov 2008
Hari ahad pulak aku pergi kenduri kahwin jiran aku kat Dewan Bangquet, UPM. Dia ni kawan aku masa kecik2 dulu. Cuma bila dah besar2 ni masing2 bawa haluan sendiri.
SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIMIE & KHAIRUL** sama nama cam sayang. huhu~~
gift dia utk tetamu lelaki. Tapi harus la aku yg dapat kan!!

ni pulak gift utk org perempuan ok..aku jugak yg dapat wakakakaka!!!!

p/s: tgk org kahwin, x sabar nak kahwin gak..huhu~~ korang doakan semuanya berjalan lancar ye..Insyaallah

Friday, November 21, 2008

kADaR cARuMaN kWSp pEkERjA diKuRaNgKaN mULai gAJi jANuARi 2009

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima manfaat daripada pengurangan caruman bulanan pekerja sebanyak tiga peratus, dari kadar berkanun 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan langkah mengurangkan kadar caruman pekerja semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan untuk Bajet 2009 pada Selasa lalu. Langkah ini akan membantu meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Pada masa sama, pertambahan pendapatan boleh guna akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Pengurangan kadar berkanun caruman pekerja pernah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2003 sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.

Untuk memudahkan ahli dan melancarkan pelaksanaan langkah tersebut, pengurangan caruman bulanan pekerja dari 11 peratus kepada 8 peratus akan dilaksanakan secara automatik mulai gaji Januari 2009 sehingga gaji Disember 2010.

Bagaimanapun, ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL). Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Sehubungan itu, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru. Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dan Borang KWSP 17A (AHL) dari mana-mana cawangan KWSP atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 1 Disember 2008.



(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Kanan
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 6 November 2008


*********************************************************

Semalam, lepas balik kerja aku pergi KWSP, Jalan Raja Laut tu. Aku pergi kiosk KWSP utk amik salinan penyata aku.. Sebab apa???? Lu pikir la sendiri~~~~~

Tapi, kat sini aku cuma nak bgtau, tak tau la kalau korang dah tau..
Skang dah senang kalau nak amik penyata KWSP kita sbb dah ada kiosk nih..
Tak payah nak amik² no atau nak beratur² lagi dah.. Memudahkan kerja kita sbb is macam penggunaan mesin ATM jer.. Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, korang klik sini

Monday, November 17, 2008

wALiMatUL uRuS nUR aiN





Hari Jumaat hari tu, balik kerja aku tgk ada surat utk aku.
Rasa cam kad jemputan je.
Mmg betul pon.
Kawan aku masa kat Sekolah Rendah Agama Al-Watan dulu kahwin bulan Disember nnt kat Dewan Besar Tun Rahah.
Tak sangka dia ingat kat aku lagi.
Insyaallah aku pergi bersama tunang tercinta dan bonda tercinta..huhu~~

Friday, November 14, 2008

sEPi itU iNDaH


Di kala ini aku bersendirian....
Di kala ini jua aku berteman....
Walaupun berteman, di kala ini jua aku kesepian....
Sepi? Kata orang sepi itu indah...

Sepi itu indah...
Mungkin ada jua kebenarannya...
Walaupun aku kesepian...
Namun aku tetap aku....
Pasrah dan redha dgn ketentuan-Nya.

jiWa kAcAu


Hari ini hatiku basah lagi. Musim tengkujuh dihati masih belum berlalu. mengapa kesakitan-kesakitan ini makin membelenggu? Makin aku cuba utk melepaskan. Makin ia memaut kejap dihati...

Kamu tak akan dapat faham isi lubuk hati Seorang Nurmala...Pergilah wahai jiwa yg suci. Pergilah mencari damai yang mampu memberikan kamu harapan dan bahagia... Tinggalkanlah aku di daerah sepi ini utk seketika. Biarlah hanya aku yg mengerti siapa aku…



Ya Allah
perjalanan hidup ini makin berliku...
duri duri kehidupan ini makin menyakiti.. makin melukakan perasaan..
adakah aku mampu utk terus melangkah...?
.berikanlah aku kekuatan ya Rahim...
pimpinkanlah hatiku ini ke jalan yg benar Ya Rahman...
agar aku masih mampu melangkah..biarpun langkah ini sumbang...
sesungguhnya aku redha atas segalanya...
aku pasrah... aku berserah...!
AMIN!!!


kEkASiH hAti nAsHa aZiZ


Berikut adalah petikan laporan Berita Harian yang menemubual Nasha Aziz baru-baru ini. Nasha Aziz baru sahaj memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kategori filem Anugerah Skrin 2008 namun beliau tiada di’majlis tersebut untuk menerima sendiri anugerah tersebut.

Bicara kami pagi itu disulami dengan kisah hubungan ‘intimnya’ dengan seorang pemuda Cina yang sering dilihat bersamanya sejak kebelakangan ini. Mungkin perasaan bahagia yang memenuhi ruang hati serta musim bunga yang dilaluinya ketika ini dengan jejaka yang juga seorang promoter konsert terkenal, membuatkan Nasha tidak teragak-agak untuk menyingkap sedikit rahsia hidupnya sebagai tatapan pembaca akhbar ini.

Kami memang rapat dan sudah enam bulan saya berkawan dengannya. Dan dia pun sudah bergelar saudara baru pada Ramadan lalu dan kini dikenali dengan nama barunya Nur Iman Tang. Jadi sepanjang bulan puasa lalu, saya sibuk membantunya menerangkan serba sedikit mengenai asas agama. Dan kami juga sering menunaikan sembahyang Tarawih bersama,” cerita jurucakap Avon dan Polo ini dalam nada teruja.

Mengakui amat menyenangi jejaka itu, Nasha berkata sepanjang mengenalinya dia melihat kesungguhan Nur Iman memeluk agama Islam adalah kerana keikhlasannya terhadap agama itu.

Mungkin akan ada suara nakal mengatakan yang dia memeluk Islam kerana saya. Tak baiklah berfikiran begitu kerana sepanjang mengenalinya, dia begitu dekat dengan budaya dan adat resam orang Melayu."

Dia juga sudah lama mempelajari Islam dan mengamalkannya secara berdikit-dikit. Dan sepanjang bulan puasa lalu, saya lihat dia selamba saja berpuasa tanpa menunjukkan ciri-ciri keletihan yang teramat,” ulas Nasha mengenai sikap temannya itu.

Thursday, November 13, 2008

LoVe iS iN tHe aiR


Apakah??

Majalah apakah itu??

Wak!!! Majalah Bridal Guide

Aku baru beli majalah nih.

Dah banyak dah sebenarnya aku beli majalah-majalah yg sewaktu dengannya.

SEBAB!!!????

Wedding planner aku la yg sesibuk suh cari majalah-majalah seangkatan ni.

MOTIF!!!????

Bila dia tanya aku nak macam mana? apa theme aku nanti?

aku akan jawab "ntah la..tak de idea lagi" atau "nak cam ni la..eh..tak mo la,nak cam tu"atau "eh..cam ni pun cantik jugak" atau "eh..yg ni lagi cantik"
wakakakakakaka~~~~





p/s: aku ni mmg cam gitu..rambang mata. Rasa cam nak kahwin 7 hari 7 malam. Boleh la aku try macam2..wak!!!!

Monday, November 10, 2008

tAG bY kAk sU

Aku telah di tag oleh kak su

syarat-syarat nye adalah seperti berikut :-

"snap work station anda. then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang aku buat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag aku ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa"


Jadi, ini la workstation aku
skang aku nak tag korang2 pulak
jeng jeng jeng.....
5 org je boleh tak?? hehe~~ *menyelat*

Sunday, November 9, 2008

kAd kAhWiN




Wak!!!!! Apakah????
Hehehe...Sebenarnya last two week org kad kahwin tu call aku, dia kata draft kad kahwin aku dah siap, sila lah ke kedai utk tgk..
Tapi disebab kan last week sayang ada futsal kat Bukit Jalil dari pagi sampai ke ptg, x dapat la aku pergi kan.. Sayang izinkan aku gi sendiri, tapi cam x best la, kad ni kad berdua. Tapi nnt ikut sesuka hati aku pulak kan?? At least kalau sayang ada leh tau apa yg dia nak/x nak..betul tak???
Maka, jadi nya hari Sabtu tu la baru aku berkesempatan pergi..
Fuh!!! ramainyer org..Sambil2 aku menunggu tu, sempat la aku snap gambar2 ni..

Budak tu tgh adjust kad kahwin aku macam yg aku nak.. wak!!! cerewet gak aku ni!! Macam2 aku minta dia ubah pastu taruk apa2 yg patut. Mengikut selera aku okeh..


**dah la. Aku x mo citer panjang2 sbb nnt ada mulut kumbahan..lalalala~~

Friday, November 7, 2008

tAg bY yAN, wAWa & zURiS

aarrgghh!!! hari ni baru aku leh jawab tag nih..

mula-mula aku dapat tag ni dati yanmie, pastu wawa pulak tag aku.. dan skang zuris pulak..

Itu pun tak dan aku nak buat kat ofis tadi. Aku cuma sempat amik gambar je, pastu malam ni baru la aku jawab tag itew okeh..

syarat2nya ialah:-

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this






bEcKhAm tAkUt biNi

Aku dapat email ni semalam. Tajuknya - Beckham ternyata suami yg takut isteri - So, jom kita enjoy this pics since aku pun x de idea lagi nak update apa ni.. Nnt dah ada idea aku update lagi ek..




Thursday, November 6, 2008

dOctOr kAtA tAkDe aPa²

Ni la ubat yg aku dapat semalam - Ferrum Sulphate -


1st of all, Terima kasih kepasa sesapa yg mendoakan aku semalam.. Doa korang sentiasa bersama aku kan?? Semalam kat hospital sempat aku online jap tau. Guna mobile internet.

Ok..aku cerita skang..Cerita ni sebenarnya agak keperempuanan skit la. Tapi takpe arr,aku nak citer gak.. *open minded plzzz*

Bulan Ogos aritu, aku x period. Takpe la mungkin period aku terlewat. Pastu bulan 9 pulak, period aku datang 3 hari jer. Itu pon sikit bangat, cam tanda² tu jerk. uik?? Naper ek?? Lepas 2 minggu cam tu, aku period lagi, pon dia kua sikit² cam tanda² tu jerk. dekat 6 hari dia macam tu, tapi bila masuk hari ke 7 tu, darah mula mencurah².. banyak giler.. masa tu time raya lak tu. sehari aku kena pakai 6/7 pad.. aku pergi beraya siap bawa beberapa pad tu dalam beg. sampai je rumah sesapa, aku tumpang toilet sebab nak tukar pad. pastu, aku tak leh bergerak banyak². kalau aku bergerak je,terasa darah tu kua.. macam air paip..

sampai la raya ketiga tu, aku beraya umah x-officemate aku tu, aku leh pitam cam nak pengsan, pastu muntah..segala makanan, ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang keluar..wakakakakakaka!!!!!

Sayang ajak aku gi klinik. Aku kata tak nak. Aku nak rest kat umah je. Mungkin sebab bulan puasa, pastu raya melantak cam sakai, jadi perut aku terkejut la.. aku assume cam tu..

Aku cakap kat sayang, tak pe..kita tunggu bulan depan...
Tapi x sampai bulan depan, 2 minggu pastu je, aku dah kena balik cam tu.. darah banyak giler..dekat 2 minggu dah tapi darah still x benti² lagi.. badan aku pon cam dah letih jerk..

Sayang kata, tak de tapi² lagi. Kita g klinik. Aku gi klinik Idzham Pandan Jaya, dia x tau kenapa tapi dia suspect fibroid. Then, dia refer aku to specialist kat Hospital Ampang Puteri..
Tu yang aku pergi semalam tu, Azrin teman aku - my bestfriend ever –

Bercinta jugak la aku ngan azrin kat Ampang Puteri tu. Dari kul 10 kami disitu sampai kul 1 turn aku x sampai² lagi.
Elok sampai turn aku je, doc stop jap sbb ada org nak beranak..wak!!!!!

kul 2 cam tu, nama aku dipanggil.. berdebar² gak la aku..Sbb aku dah terbayang² doc akan cakap "awak didapati........" Doc check aku, dia buat ultra sound. Dia kata tak de pape. Then, dia amik darah aku.. Aku x tau dia nak buat apa ngan darah tu sbb result dia tak dapat lagi.

Next month aku ada appointment ngan doc tu lagi.. Nnt aku update ye..

Wednesday, November 5, 2008

sAkit aPeR eK?



Aku dah alami benda ni dari bulan lepas sebenarnya. Tapi aku ingat cam biasa jer.
Semalam aku g klinik, tapi doc x tau naper ngan aku. So, dia refer aku to Ampang Puteri.
Makanya, hari ini. Kul 8am aku akan ke Hospital Ampang Puteri utk jumpa pakar.
Minta2 x de yg buruk. AMIN!!!!
Korang doakan aku ye..

Tuesday, November 4, 2008

aBBy mEMbERoNtAk, sERaNg nORmAN


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2008: Pelakon Abby Abadi, 30, sudah nekad. Apa terjadi, dia tetap mahu diceraikan juga oleh suaminya, Norman Hakim, 32.

Bercakap kepada murai.com.my semalam, Abby berkata: "Saya sudah nekad. Apa jadi sekalipun, dia (Norman Hakim) kena lepaskan saya. Saya juga penat kerana percakapan dan perbuatan dia selama ini langsung tidak seiring.

Tengah hari semalam, Abby memberontak dan terus menyerang Norman di lokasi Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju, di sini. Apa yang menggemparkan, Abby terlebih dulu memaklumkan kepada pihak media yang dia akan ke sana untuk bersemuka.

Sewakti di lokasi Gerak Khas itu, wartawan melihat dengan kepala mata sendiri drama perang mulut antara Abby dan Norman. Apa yang begitu mengecewakan dan menaikkan kemarahan Abby, Norman terus-terusan mempertahankan atau membela pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, yang dicekup khalwat bersamanya pada 30 Oktober lalu.

Berikut antara perang mulut antara Abby dan Norman semalam...

"Kenapa asyik mempertahankan dia (Memey)? Memey baik, Memey itu, Memey ini. Saya ini siapa dalam hidup Abang?" tanya Abby.

Norman pula menjawab dia perlu mempertahankan Memey kerana dia tidak mahu Memey malu dan mencemarkan maruah keluarganya gara-gara insiden khalwat tempoh hari.

Kemudian tanya Abby lagi: "Kenapa Abang jadi macam ni sekali? Abang asyik bercerita Memey pandai itu, pandai ini, kenapa? Saya ni isteri Abang tau!"

Jawab Norman pula, "Saya cerita ini dari sudut kemanusiaan. Dia ada emak bapa, dia naif."

Terus Abby menjawab," Habis tu, saya tak ada emak bapak?"

Sebelum keadaan menjadi lebih tegang, mereka berdua terus ditenangkan oleh wartawan di situ malah ada yang menasihati Norman supaya beredar saja. Pada suatu ketika, air mata Norman turut menitis di pipinya selepas terlalu sebak.

Norman berkata dia sesungguhnya masih mengharapkan supaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

"Demi Allah, saya sayangkan keluarga saya. Saya tidak boleh ceritakan apa keburukan dia... saya masih sayangkan lagi hubungan ini. Saya sangat sedih kalau rumah tangga kami akan berakhir dengan penceraian lagi. Abby masih lagi isteri saya yang sah," kata Norman.



Monday, November 3, 2008

apA aPa aJA

Jumaat lepas, tgh aku dok buat² kerja, tetiba ada org BUZZ aku kat YM.. Korang nak tau sapa?? My Sayang… 1000 thn sekali la kalau korang nak tgk dia online YM. Tapi tak sangka dia online ari Jumaat aritu. Tu pun kejap jerk.. Jadi la kan. Merasa gak la aku nak YM ngan dia walaupun kejap..uhukSS~~~


Cerita hari sabtu pulak.. Hari sabtu aritu seharian aku x jumpa sayang.. 1st tak jumpa sayang okeh, dari mula kitorg kenal dulu..wak!!!! Sebab hari sabtu tu sayang ada futsal tournament kul 8.30am. Dia ajak aku ikut, tapi aku malas sbb w’pun sayang kata “kalau kalah, boleh balik awal”, tapi aku tau team dia takkan balik awal punya.. Sudahnya kul 4.30pm baru sayang abis futsal..baper jam tu?? 8 jam okeh..x sanggup aku~~

Hari ahad pulak aku teman sayang g umah kawan dia bertunang.. Bukan umah kawan dia sebenarnya, umah belah pompuan kat Kajang. Kiranya cam aku ngan sayang ni rombongan dari pihak lelaki lah.. Sayang kena bawa dulang hantaran sbb masa aku bertunang aritu, kawan² dia gak yg mengetuai rombongan pihak lelaki bawa dulang hantaran. So, skang ni turn sayang la pulak kan..


Tgk tu..sayang bawa dulang hantaran..


Hah!!! Nak ni pic masa aku bertunang aritu.. see~ kawan² sayang bawa dulang hantaran aku tu

On the way balik dari kajang tu, aku ngan sayang singgah umah Siti ( bakal adik ipar aku lah ).. Semalam dia call, ajak datang umah dia sbb dia ada buat makan² sikit.. Umah Siti kat Bandar Mahkota, kan dah dekat ngan kajang tu.

Tapi aku ngan sayang belum pernah sampai umah dia sblm ni, so terkial² jugak la kami cari. Aku call siti, suh dia bg direction. Dia dah bg direction, last sekali dia kata “ Lepas masuk area shop lot tu, terus je, sampai Nampak temple tak siap kat belah kanan”…wak!!!! Satu hal lagi aku nak kena cari temple tak siap..wakakaka..


cari punya cari, at last aku jumpa gak temple x siap tu..huhu~~

Dah makan kekenyangan tu, dok lepak tgk tv.. Korang tau, diorg ni adik beradik kartun tau.. Ptg tu pon lepak tgk citer kartun.. Ptg² kan banyak citer kartun..aduh!! aku pon layan~~~~

Tapi yg menari perhatian aku, patung² atas rak tv nih.. mak aii…punya la banyak..adeh!! Sayang boleh pulak kenal kan nama sekor² kat aku.


On the way balik dari rumah siti, harus la aku dan sayang posing dalam kereta okeh.. Kata blogger tegar..